You are on page 1of 3

rasekolah Haji Hassan Itam dibuka pada 04.01.

2004 dengan diberi nama


Sri Wawasan.Kelas ini asalnya adalah bilik guru dan bilik muzik yang telah
diubah suai menjadi kelas Prasekolah.Walaupun kelas ini baru dibuka namun
sambutan para waris untuk menempatkan anak-anak mereka di Prasekolah ini
cukup membanggakan dan ianya terhad hanya 25 orang sahaja dan
dikendalikan oleh Puan Sopiah Bt Din.

Oleh kerana sambutan amat menggalakkan pada tahun 2006, prasekolah


telah ditambah satu kelas lagi dengan diberi nama kelas Prasekolah Gemilang
dan dikendalikan oleh Pn.Siti Fatimah Bt Abd Samat.Kebanyakan kanak-kanak
yang belajar di Prasekolah ini adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam
namun pada tahun 2006 seorang murid berbangsa India berpeluang belajar di
prasekolah ini.

Pada tahun 2007 dan 2008 ,permohonan kemasukan ke Prasekolah ini terus
mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para waris sehingga
permohonan melebihi 50 orang murid .AJK pemilihan terpaksa membuat
saringan setiap borang yang diterima bagi memastikan hanya murid yang
layak dan menepati syarat- syarat yang ditetapkan ditempatkan di kelas
Prasekolah.

Pada masa kini ,Prasekolah SKHHI masih menjadi pilihan dikalangan waris
bagi membolehkan anak-anak mereka mendapat Pendidikan Awal Kanak-
Kanak sebagai persediaan memasuki ke sekolah rendah.
endidikan adalah suatu usaha yang berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan dan berketrampilan,berakhlak mulia
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

edidikan Prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam


semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan
memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

• Mempunyai sifat peribadi,perwatakan dan konsep diri yang positif untuk


menjadi warganegara yang patriotik.
• Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan
kemahiran berbahasa dan berkomunikasi.
• Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan
kedudukan sebagai bahasa kedua.
• Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama
Islam.
• Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
• Mempunyai sifat kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah.
• Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial
• Mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan diri.
• Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan
warisan budaya.

You might also like