Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
43Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Golongan warga emas / kurang bernasib baik

Golongan warga emas / kurang bernasib baik

Ratings:

4.78

(9)
|Views: 4,630|Likes:
Published by ganos
Seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu...anda bagaimana?
Seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu...anda bagaimana?

More info:

Published by: ganos on Feb 07, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/16/2013

pdf

text

original

 
Laman Karya Pelajar 
Golongan Warga Emas dan Kurang Bernasib Baik :Dilupakan dan Diabaikan
Oleh : Aw Mei YeePepatah terbilang Melayu lama yang berbunyi “bagai kacang lupakan kulit”mungkin paling sesuai untuk membicarakan isu golongan warga emas dan mereka yangkurang bernasib baik, dan sering dilupakan dan diabaikan oleh semua pihak. Golonganwarga emas bermaksud mereka yang telah lanjut usianya, manakala golongan yangkurang bernasib baik pula boleh didefinisikan sebagai mereka yang kurang berupaya,ataupun anak yatim dan sebagainya. Dalam hal ini, kita sering tertanya-tanya tentangsebab-sebab golongan ini sentiasa dilupakan, malah diabaikan oleh semua lapisanmasyarakat. Memang tidak dapat dinafikan bahawa “Jika tiada angin, masakan pokok  bergoyang”. Oleh itu, tentu terdapatnya faktor tertentu yang menyumbang ke arah berlakunya masalah ini.Salah satu faktor yang paling ketara ialah sikap manusia itu sendiri. Segelintir manusia memandang enteng terhadap golongan ini. Mereka menggangap warga emastidak berguna lagi, malah amat membebankan. Oleh itu, anak-anak lebih gemar menghantar orang tua yang telah lanjut usianya ke rumah orang tua. Di samping itu,masyarakat juga memandang serong terhadap mereka yang kurang bernasib baik, sekaligus menyisihkan mereka. Sikap sebegini amat tidak bermoral, terutamanya bagi anak-anak yang derhaka. Ibu bapa telah membesarkan mereka dengan bersusah payah, namunapakah yang diperoleh mereka semasa mereka tua dan tidak bertenaga lagi? Tentunyamereka akan berasa sakit hati apabila dilayan sedemikian oleh anak kesayangan merekayang dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh. Selain itu, kita haruslah faham bahawa mereka yang kurang bernasib baik sudah cukup malang, dan janganlahmenambah keperitan itu lagi dengan layanan buruk terhadap mereka. Dalam situasi ini, bukankah masyarakat sepatutnya memberikan kasih sayang kepada mereka? Namun,yang berlaku dalam realiti kehidupan masa kini ialah masyarakat tidak ada pun rasa belaskasihan ataupun menunjukkan simpati terhadap golongan ini, sebaliknya menyisihkanmereka dan menjadikan mereka sebagai bahan gurauan dan cacian.Bukan setakat itu sahaja, masyarakat sering memandang ringan terhadapgolongan ini. Mereka menganggap warga tua telah tiada gunanya dan tidak berjasa lagi.Anggapan sedemikian ini sememangnya salah. Pernahkah kita terfikir akan jasa-jasayang telah disumbangkan oleh warga emas sepanjang hayat mereka? Jika bukan keranamereka, dapatkah kita menikmati kesenangan seperti yang dinimati pada hari ini?Memang tidak dapat dinafikan bahawa golongan warga emas telah banyak menabur budikepada kemajuan yang kita capai pada masa kini. Mereka telah berhempas pulas demimencari rezeki untuk menyara keluarga. Mereka telah berpenat lelah demi masa depananak-anak. Malahan, mereka telah berkorban masa dan tenaga demi kemajuan negara.Walaupun kini mereka telah lanjut usia, mereka tetap tabah mengharungi liku-likukehidupan, dan segala asam garam dan pahit getir dalam hidup ini telah ditempuhimereka. Ingatlah, mereka amat berpengalaman dan segala pandangan, nasihat sertatunjuk ajar mereka patut dihargai dan dijadikan pedoman hidup.smjk chung hwa, kb.
 
Laman Karya Pelajar Bagi mereka yang kurang bernasib pula, kasihanilah mereka kerana mereka tidak  berhak untuk menentukan betapa sempurnanya mereka sebaik dilahirkan. Tidak adasesiapa pun yang mahu dilahirkan sedemikian. Pada hakikatnya, ini ialah takdir merekayang telah tersurat. Cuba bayangkan perasaan golongan ini. Tentunya mereka mendapattamparan yang begitu hebat! Mereka tentu berasa sebak akan nasib yang menimpamereka! Dalam hal ini, bukankah kita patut memberi dorongan, galakan serta kasihsayang kepada mereka? Kita sepatutnya berasa bertuah kerana amat bernasib baik sejak dilahirkan. Kita mempunyai keluarga yang bahagia, badan yang cergas dan otak yangcerdas. Namun, golongan yang kurang bernasib baik ini tidak dapat menikmati segalatuah dan kegembiraan yang kita alami. Oleh itu, kita patutlah cuba menyelami perasaandan jiwa raga mereka, mengambil berat soal mereka dan menghulurkan bantuan semasamereka berada dalam kesusahan. Janganlah kita menganggap mereka sebagai sampahmasyarakat kerana kita harus ingat bahawa mereka juga sebahagian daripada masyarakatkita. Oleh itu, berilah peluang kepada mereka agar mereka gigih berusaha. Hal inidemikian kerana kita yakin golongan yang kurang bernasib baik ini juga akan berjayadalam mengharungi liku-liku kehidupan, malah dapat menyumbang kepada masyarakat, bangsa dan negara.Sikap masyarakat yang sering melupakan dan mengabaikan warga tua dangolongan yang kurang bernasib baik haruslah dikikis. Untuk mencapai matlamat ini,semua pihak patut menggembleng tenaga, bak kata pepatah, “ berat sama dipikul, ringansama dijinjing”. Dalam mengatasi masalah ini, peranan institusi keluarga, terutamanyaibu bapa amat penting. Ibaratkanlah anak-anak sebagai kain putih, maka ibu bapalah yangmenentukan coraknya, sama ada tetap putih ataupun terpalit warna hitam. Lantaran itu,ibu bapa perlulah mengasuh anak-anak dengan baik semenjak mereka berusia setahun jagung lagi. Didikan agama yang kukuh juga perlu disemai dalam diri anak-anak sejak mereka masih kecil. Nilai-nilai murni seperti kasih sayang, belas kasihan, taat akan orangtua dan sebagainya perlu disemaikan dalam jiwa raga anak-anak. Bukan setakat itusahaja, ibu bapa juga perlu menjadi suri teladan(
role model 
) yang baik kepada anak-anak dan berpegang teguh pada peribahasa kita,
bapa borek, anak rintik,
dan
bagaimanaacuan, begitulah kuihnya
. Janganlah menyesal apabila anak-anak yang tidak diasuhdengan baik tidak mentaati ibu bapa mereka apabila ibu bapa mereka menjangkau usiatua kerana
 sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
. Semuanya sudahterlambat apabila
nasi sudah menjadi bubur.
Ibu bapa hanya dapat mempersalahkan dirisendiri kerana tidak mendidik anak-anak dengan baik.Di samping itu, media massa dan pihak sekolah juga perlu memainkan perananmasing-masing. Para guru hendaklah menekankan aspek rohaniah para pelajar disamping menyalurkan ilmu pengetahuan. Mereka bertanggungjawab menerapkan nilai-nilai muni kepada para pelajar untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi pengetahuan dan juga sahsiahnya. Media massa juga memainkan peranan yang tidak wajar dipandang enteng dalam membendung masalah ini. Media massa perlulahmengadakan kempen-kempen kesedaran moral menerusi kaca televisyen dan juga akhbar untuk mewujudkan masyarakat penyayang. Hal ini amat penting untuk memastikanmasyarakat yang terpelajar tidak lagi melupakan serta mengabaikan golongan ini,smjk chung hwa, kb.

Activity (43)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Arshad Yaakub liked this
Sapina Ramli liked this
Mohd Rohaslam liked this
Darrel Elroy liked this
Nur Hafsah liked this
Sabrina Stylo liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->