You are on page 1of 6

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN

KEMANUSIAAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER

LIQ 1023

KEMAHIRAN AL QUR’AN

Khamis 27 OGOS 2009

4. catatkan pendapat-pendapat ahli tafsir ketika mentafsirkan


perkataan tartil pada ayat 4 surah muzammil
5. pilih satu tokoh qari yang anda minati dan nyatakan biodata serta
sumbangannya terhadap pengajian Al Quran

Pendapat Ahli Tafsir Pada Perkataan Tartil


firman Allah taala dalam surah Al Muzammil ayat 4 yang bermaksud ;
“dan bacalah Al Quran itu dengan penuh tartil.”
Ibnu katsir menyatakan bahawa tartil di sini bermaksud bacaan yang
perlahan-perlahan. Menurut ibnu katsir dalam kitab tafsirnya; maksudnya,
bacalah al Quran dengan perlahan sebab hal itu akan membantu dalam
memahami dan merenunginya. Dan di awal pentafsiran telah disampaikan
beberapa hadith yang menunjukkan disunnahkannya bacaan tartil; dan
pengindahan suara ketika membaca al Quran.
Di dalam kitab tuntunan membaca Al Quran dan terjemahannya1 juga
menjelaskan tartil yang dimaksudkan ini adalah dengan perlahan-lahan.
Manakala tafsir al maraghiy yang dikarang oleh Ahmad Mustafa Al
Maraghiy juga menyatakan bahawa bacaan al Quran dengan perlahan,
kerana cara itu lebih banyak membantu dalam memahami dan
1
Kitab terjemahan Al Quran harfiyah.
merennungkan isi kandungannya seperti Nabi S.A.W membaca al Quran.
Sebagaimana yang di nyatakan oleh Aisyah r.a ; “baginda membaca Al
Quran, lalu mentartilkan bacaannya sehingga bacaan baginda itu lebih
panjang daripada bacaan orang yang lebih panjang”
Ahmad Mustafa Al Maraghiy juga mendatangkan sebuah riwayat yang
diriwayatkan oleh Al Asykari dalam kitabnya Al Mawaiz daripada Ali r.a
yang berkata “bacakanlah Al Quran dengan jelas lagi terang dan jangan
dibaca dengan berterabur (tidak menurut kaedah bacaan Al Quran)
seperti bertaburan gugurnya buah tamar yang buruk. Jangan percepatkan
bacaan Al Quran. Berhentilah bacaanmu apabila tiba pada tempat yang
ada unsure-unsur keajaiban. Ransangkan hatimu dengan keajaiban ini.
Dan janganlah ant ra kamu cepat-cepat ingin mengakhirkan bacaan
surah.”
Jabir pula mengatakan dalam kitab Al Bayan at-Tartil bermaksud
menghadirkan hati ketika membaca Al Quran, bukan semata-mata
mengeluarkan huruf daripada kerongkong serentak dengan pergerakan
muka, mulut dan intonasi suara yang sering di perdengarkan oleh
pembaca-pembaca Al Quran pada masa sekarang. Mereka ini terditi
daripada penduduk mesir mekah dan beberapa negeri lain malahan
bacaan-bacaan ini di anggap bidah yang sengaja ditimbulkan oleh
golongan penentang dan orang yang jahil tentang ilmu-ilmu syarak dan
dalil dalil yang benar.
4. catatkan pendapat-pendapat ahli tafsir ketika mentafsirkan
perkataan tartil pada ayat 4 surah muzammil
5. pilih satu tokoh qari yang anda minati dan nyatakan biodata serta
sumbangannya terhadap pengajian Al Quran

Sheikh Abdurrahman as-Sudais


Nama sebenar sheikh abdurrahman as-sudais ialah Abu Abdulazeez
Abdurrahman Ibn Abdulazeez Ibn Abdullah Ibn Abdulazeez Ibn Muhammad
Ibn Abdullah as-Sudais. Beliau dilahirkan di Riyadh arab saudi pada tahun
1961M bersamaan 1382H. Beliau adalah dari keturunan Bani Anzah iaitu
salah sebuah Kabilah yang terkenal di Arab Saudi dari Wilayah al-Bakirya
di dalam daerah al-Qusaim.
Sheikh as-sudais telah menghafaz al-Quran semenjak kecil lagi ketika
berumur 12 tahun. Bapanya menghantar beliau belajar di dalam
Pertubuhan Menghafaz al-Quran di Riyadh yang dikelolakan dan dipantau
oleh Sheikh Abdurrahman Ibn Abdullah al-Faryan yang merupakan guru Al
Quran yang masyhur di sana. Kemudiannya beliau belajar dengan Qari
Sheikh Muhammad Abdul Majeed dan beberapa orang guru yang lain dan
guru terakhir beliau adalah Sheikh Mohammad Ali Hassan.
Sheikh as-sudais dilahirkan dan membesar di Riyadh beliau mendapat
pendidikan awal di Sekolah Rendah al-Muthana Bin Harith dan kemudian
meneruskan pelajarannya di Institut Saintifik Riyadh. Beliau telah
mendapat didikan oleh beberapa orang tokoh ilmuan yang terkenal di
sana antaranya Sheikh Abdullah Almunif dan Sheikh Abdullah Ibn
Abdurrahman al-Twaijiri. Sheikh as-Sudais merupakan seorang pelajar
yang rajin dan pintar. Beliau mendapat kejayaan Mumtaz2 semasa
bergraduat dari Institut Saintifik Riyadh pada tahun 1399H.
Pengajian beliau tidak berakhir di situ. Sheikh as-Sudais meneruskan
pengajian di Koleh Syariah Riyadh dan bergraduat pada tahun 1403H.
Antara gurunya yang mengajar beliau di sana adalah:
1. Almarhum Sheikh Saleh Al Ali Naser
2. Sheikh Abdulaziz Bin Abdullah Al Sheikh (Mufti Besar Arab Saudi)
3. Dr. Sheikh Saleh Bin Abdurrahman Alatram
4. Sheikh Abdullah Bin Abdurrahman Ibn Jibrin
5. Sheikh Abdulaziz Aldawood
6. Sheikh Fahd Alhemin
7. Sheikh Dr. Saleh Bin Ghanem Al Sadlan
8. Sheikh Dr. Abdurrahman Bin Abdullah Aldarwish
9. Sheikh Dr. Abdullah Bin Ali Alrakban
10.Sheikh Dr. Abdulaziz Bin Abdurrahman Alrabia
11.Sheikh Dr. Ahmad Bin Ali Almubaraki
12.Sheikh Dr. Abdurrahman Alsadhan
Sheikh as Sudais merupakan pencinta ilmu. Selain dari pengajian yang
rasmi di institut-institut pengajian, beliau juga sempat belajar secara tidak
2
Pangkat cemerlang sebagaimana pengiraan pangkat STAM dan SMA di Malaysia
rasmi dengan beberapa orang Sheikh di masjid-masjid. Antaranya ada
yang telah meninggal dunia dan ada yang masih mengajar di masjid
sekitar arab saudi.
1. Almarhum Sheikh Abdulaziz Ibn Baz (Mantan Mufti Besar Arab
Saudi)
2. Almarhum Sheikh Abdurrazaq Afifi
3. Sheikh Dr. Saleh Alfawzan
4. Sheikh Abdurrahman Bin Naser Albarrak
5. Sheikh Abdulaziz Bin Abdullah Alrajihi,
Sumbangan beliau
Penglibatan awal beliau selepas menghabiskan pengajian adalah
dalam bidang akademik. Beliau dilantik sebagai pensyarah di Kolej
Syariah Riyadh tempat beliau menuntut sebelum ini selepas berjaya
dengan pangkat Mumtaz di dalam bidang perundangan di sana. Di
samping itu, beliau juga bekerja sebagai Imam dan Khatib di beberapa
buah masjid di sekitar Riyadh disamping menjadi pensyarah di institut
berkenaan. Sebelum beliau dilantik menjadi imam besar masjidil haram,
terakhir sekali beliau bertugas sebagai Imam Besar di Masjid Sheikh
Abdurrazaq Alafifi. Selain daripada itu beliau juga bertugas sebagai guru
di Institut Saintifik Imam Aldawa.
Pada tahun 1404H, Perutusan Rasmi dihantar kepada beliau daripada
Pemerintah Arab Saudi melantik beliau sebagai Imam Besar dan Khatib di
Masjidilharam. Beliau memulakan tugasnya di sana pada hari Ahad 22
Sya’aban 1404H apabila beliau mengimamkan solat fardhu Asar di masjid
tersebut. Khutbah pertama beliau di Masjidilharam disampaikannya pada
15 Ramadhan 1404H.3
Empat tahun kemudian 1408H, beliau memperolehi Ijazah Sarjana dari
Universiti Imam Mohammad Bin Masood dalam bidang perundangan.
Beliau mendapat kepujian di dalam thesis akhirnya berkenaan isu-isu
berkaitan persaksian di dalam perundangan Syariah. Kemudian beliau

3
http://farissyahmi.wordpress.com/2007/12/18/imam-imam-masjidilharam/
bertugas sebagai pensyarah di Universiti Umm al-Qura di dalam Kolej
Syariah.
Beliau mendapat Ijazah Kedoktoran dengan Mumtaz dari Universiti Umm
al-Qura. Thesis beliau bertajuk “The Clear in the Jurisprudence Principles
by Abi Alwafa Bin Oqail Alhanbali: study and inspection”. Thesis beliau
dipantau oleh Sheikh Dr. Ahmad Fahmi Abu Sunnah, dan dibentangkan
kepada Sheikh Dr. Abdullah Bin Abdulmuhsen Alturki (Setiausaha Liga
Muslim Sedunia) dan Dr. Ali Bin Abbas Al Hakami (Pengerusi Pengajian
Tinggi Syariah, Universiti Umm al-Qura). Selepas itu, beliau dilantik
sebagai Profesor Madya di universiti yang sama. Selain itu beliau juga
mengajar di Masjidilharam.
Sumbangan yang besar Sheikh as-Sudais dalam bidang pengajian Al
Quran tidak dapat dinafikan sama sekali. Beliau menjadi rujukan muslimin
di seluruh dunia dengan bacaan-bacaan beliau. Al Quran yang merupakan
sumber dalam kehidupan muslim menjadi satu yang tidak mungkin di
lepaskan dalam kehidupan dan tatacara hidup seharian. Begitulah Imam
Sheikh as Sudais ada menyebut “Ketahuilah saudara-saudaraku,
sebagaimana kalian menyambut kedatangan bulan suci ini4, kalian juga
tidak lama kemudian pastikan berpisah dengannya. Apakah engkau tahu
–wahai hamba Allah- apakah engkau akan boleh bertemu dengan akhir
bulan ini? Ataukah engkau tidak akan menemuinya?? Demi Allah kita
tidak tahu, sedangkan kita setiap hari menyolatkan puluhan jenazah.
Dimanakah mereka yang dulu berpuasa bersama kita? Seorang yang bijak
akan menjadikan ini semua untuk bermuhasabah dan meluruskan
kepincangan dan membuangnya dari jalan ketaatan sebelum ajal
menjemputnya dengan tiba-tiba. Sehingga tidak bermanfaat ketika itu
kecuali amalan soleh. Ikrarkanlah janji kepada Robb kalian di tempat yang
suci ini dan di bulan yang suci ini yang penuh barakah ini untuk bertaubat
dan penyesalan serta melepaskan diri dari kekangan kemaksiatan dan
dosa. Bersungguh-sungguhlah untuk mendoakan kebaikan bagi diri kalian
dan saudara-saudara kalian kaum muslimin.”

4
Bulan Ramadhan
Selain beliau yang bertugas sebagai imam di masjidilharam terdapat
beberapa lagi imam lain yang bersama-sama beliau antaranya:
1. Sheikh Saleh bin Hameed .
2. Sheikh Mohammed bin Abdullah Subbyil.
3. Sheikh AbdurRahman bin Abdul Aziz Al Sudais .
4. Sheikh Saud bin Ibrahim Al Shuraim.
5. Sheikh Khayyat .
6. Sheikh Saleh Aal Talib .
7. Shiekh Maahir Al Mu’ayqali .
8. Sheikh Abduallh Juhany .
9. Sheikh Khalid Al Ghamdi .
10.Sheikh Faisal Ghazawi .
11.Sheikh Adel Al Kalbani .
(……………………)
Ibnu Sulaiman
ISMP Pendidikan Islam Semester 2 2009/2010
27 Ogos 2009

You might also like