You are on page 1of 20

SAYA

MUHAMMAD AFIQ IQBAL BIN ZULKIFLI . DARI KELAS 2 CEKAL .

SAYA

PERSAHABATAN

Mohd Amran Daud

Seorang

kanak-kanak berbaju kurung nampak cantik berlesung pipit beralis lentik bermain-main riang, bermain keseorangan pada wajahnya meriak gembira pada bibirnya menguntum ceria berderai ketawa mengocak suasana.

Seorang

kanak-kanak berpakaian ceongsam bertocang dua bergincu pipi tampak ceria tiba-tiba datang menerpa bertegur sapa menghulur senyum dan ketawa manja pada wajahnya menyerlah keriangan mereka bermain alang-kepalang berkejar-kejaran tanpa halangan

Seorang kanak-kanak bersari bergelang kaki bertindik hidung menguntum seri melihat saja telatah manja si comel berdua, bermain, dan ketawa dirinya bagai digamit bermain bersama mengongsi kemesraan menterjemah makna kejiranan

Ah, kanak-kanak biar berlainan agama biar berlainan bangsa mereka saling bersalaman dan berpeluk mesra tanpa menghirau adat dan budaya; membina keakraban tanpa curiga membentuk perpaduan tanpa prasangka bersatu hati membentuk jati diri

ke arah wawasan lebih bererti!

Gambaran

seorang kanak-kanak berbangsa Melayu yang nampak cantik apabila berbaju kurung. Mempunyai lesung pipit dan kening yang lentik. Dia sedang bermainmain keseorangan dalam keadaan keriangan. Di wajahnya menampakkan kegembiraan melalui senyum dan ketawanya.

Gambaran seorang kanak-kanak berbangsa Cina yang mengenakan pakaian cheongsam dan mempunyai dua tocang pada rambutnya. Wajahnya menampakkan keceriaan. Kemudian dia datang bertegur sapa dengan kanak-kanak berbangsa Melayu. Dia menghulurkan senyuman dan ketawa manja yang menyerlahkan keriangannya. Kemudian mereka bermain dan berkejaran bersama-sama tanpa sesiapa yang menghalang.

Gambaran

seorang kanak-kanak berbangsa India yang mengenakan pakaian sari, bergelang dan bertindik hidung. Apabila dia melihat keriangan kanak-kanak berbangsa Melayu dan Cina itu bermain bersama-sama maka timbul rasa di hatinya untuk bermain bersama-sama dan berkongsi kemesraan.

Kanak-kanak yang berlainan agama dan bangsa itu saling bersalaman dan berpeluk mesra. Mereka tidak menghiraukan perbezaan adat dan budaya yang wujud antara mereka. Mereka telah membina hubungan baik antara satu sama lain tanpa rasa curiga. Wujudnya perpaduan dalam kalangan mereka tanpa rasa prasangka. Mereka telah bersatu hati membentuk jati diri bagi merealisasikan wawasan negara agar lebih bererti.

Sajak ini mengemukakan tema tentang perpaduan antara kaum masyarakat berbilang kaum perlulah bekerjasama antara satu sama lain bagi mewujudkan perpaduan.

Tentang

Hubungan persahabatan yang wujud tanpa mengira agama dan bangsa

Kemesraan dalam perhubungan

Sikap ramah mesra tanpa batasan

Gaya

bahasa;

SINKOPE KATA

: melihat saja telatah manja.

kanakkanak\bermainmain\berkejar-kejaran.
GANDA :

Sajak

ini bernada Patriotik.

Perpaduan=
Masyarakat perlulah bersatu padu antara satu sama lain untuk menjayakan wawasan negara.

Keakraban

dalam hubungan persahabatan= pelbagai kaum menjalin hubungan persahabatan tanpa timbul rasa curiga.

Kanak-kanak

Kita hendaklah menjalinkan hubungan persahabatan tanpa mengira kaum atau agama. Kita janganlah menyimpan perasaan curiga atau prasangka antara satu sama lain. Masyarakat perlulah bersatu-padu antara satu sama lain bagi menjayakan wawasan negara.

TERIMA KASIH!!!!!

You might also like