Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
53Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kaedah Komunikasi Islam

Kaedah Komunikasi Islam

Ratings:

4.95

(22)
|Views: 7,476 |Likes:
Published by IMM
komunikasi menurut pandangan Islam
komunikasi menurut pandangan Islam

More info:

Published by: IMM on Feb 08, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/27/2013

pdf

text

original

 
Kaedah Komunikasi Islam
Beberapa Kaedah Komunikasi Islam: MenjaminProduktiviti Kerja
 
 Ahmad Sufyan Che Abdullah
Komunikasi adalah asas dalam kehidupan seseorang manusia. Dalam sesebuahorganisasi, komunikasi ibarat nadi yang menggerakkan fungsi pengurusan sesebuahorganisasi. Komunikasi menjadi medum penyebaran maklumat daripada seorangmanusia kepada manusia yang lain. Justeru, sistem pengurusan organisasi ataumasyarakat akan tergendala tanpa komunikasi. Semakin berkesan systemkomunikasi di amalkan, semakin cekaplah pengurusan dan pentadbiran yangsesebuah organisasi tersebut. Sama ada komunikasi itu melalui saluran rasmi atautidak rasmi, sistem komunikasi perlu melalui kaedah yang betul dengan etika yangbaik untuk memastikan keberkesanannya.Islam sebagai cara hidup yang komprehensif telah menyediakan alternatif kepadasistem komunikasi biasa yang sering menimbulkan masalah. Islam bukan sekadarmenyediakan etika, bahkan Islam juga menyediakan teknik-teknik komunikasi yangberkesan untuk menjamin pelaksanan pengurusan dan pentadbiran yang efektif melalui teladan yang ditunjukkan oleh Sunah Nabi Muhammad. Itu pun jika kitamelihat Sunah secara universal dan pandai mentafsirkannya mengikut kesesuaianrealiti semasa. Dalam Islam, sistem komunikasi bermula dengan kepastian mengenaiketepatan maklumat, kejujuran dan ketelusan dalam komunikasi, keadah-kaedahkomunikasi, serta amalan-aman dalam komunikasi yang menjamin keberkesanankomunikasi dan pengurusan, seterusnya meningkatkan kualiti dan produktivitipekerja.
Prinsip Pertama: Semakan Ketepatan Fakta
 Kaedah yang pertama dalam sistem komunikasi Islam ialah prinsip ketepatan faktadalam penyampaian sesuatu maklumat. Dalam Islam, fakta-fakta yang diterimahendaklah ditapis, disaring dan disahkan kebenarannya sebelum disampaikan kepadaorang lain. Amalan menerima dan terus menyebarkan fakta kepada orang lain tanpamemeriksa dahulu ketepatan maklumat adalah jelas menyalahi ajaran Islam. FirmanAllah di dalam al-Quran ini jelas menunjukkan betapa pentingnya pengesahansesuatu maklumat: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamuseorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan)kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yangtidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikankamu menyesali apa yang kamu telah lakukan[al-Hujurat:6]Fakta-fakta hendaklah disahkan daripada sumber berautoriti sebelum disebarkankepada orang lain. Dengan cara ini, organisasi boleh mengawal komunikasi ‘grapevine’ daripada menyebarkan spekulasi yang lebih banyak memberikan kesanburuk berbanding kesan yang baik. Dalam kes ini juga, maklumat-maklumat yangmasih spekulatif atau semata-mata sangkaan wajar dielakkan daripada disebarkan.Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan darimaklumat berupa sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang
 
dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa” [al-Hujurat: 12]. Dengan ini, hanya maklumat-maklumat yang benar sahaja yangtersebar dan keadaan ini akan memantapkan lagi operasi sesebuah organisasi.
Pilih Maklumat Yang Sesuai Dengan Penerima Yang Sesuai
 Kaedah kedua dalam komunikasi ialah pemilihan terhadap maklumat yang adasebelum disebarkan kepada orang lain. Jika anda seorang pengurus, tidak semuamaklumat yang anda terima perlu disebarkan, tetapi ketepatan memilih maklumatberasaskan fungsi yang boleh dilakukan oleh penerima maklumat. Maklumat yangtepat, jika diberikan kepada penerima yang tidak sepatutnya, boleh menyebabkankesilapan berlaku. Jika dilihat dalam sejarah Rasulullah, bagaimana bagindaberkomunikasi dengan pelbagai jenis dan darjat manusia, adakalanya bagindamemperincikan perkara yang sama dengan maklumat yang berbeza-beza, sesuaidengan fungsi yang dapat diamalkan oleh penerima tersebut. Dalam suatu keadaanRasulullah menyatakan sebaik-baik amalan ialah beriman kepada Allah [SahihBukhari, Kitab al-Iman, no 26] dan dalam situasi yang lain Rasulullah menyatakansebaik-baik amalan ialah mengerjakan sembahyang dalam waktunya dan berbuatbaik kepada ibu bapa [Sahih Bukhari, Kitab Mawaqit al-Solah, 396]. Menurut seorangpenulis pengurusan, Stephen P. Robbin, kesilapan dalam memilih saluran danmaklumat yang tepat boleh menjadi antara halangan dalam komunikasi efektif danmembantutkan perjalanan organisasi. Seseorang pengurus perlu memilih maklumatyang sesuai, atau memilih penerima yang sesuai untuk menerima sesuatumaklumat.
Kekuatan Bahasa dan Kepetahan Berbicara
 Penggunaan bahasa yang jelas dengan kepetahan berkata-kata juga penting dalamkomunikasi yang berbesan. Ini merupakan salah satu daripada kaedah komunikasiyang ditunjukkan oleh al-Quran dan Sunah. Dalam kisah dakwah Nabi Musa yangdijelaskan oleh al-Quran, Nabi Musa pernah meminta kepada Allah, “Dan lepaskanlahsimpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku; dan jadikanlah bagiku,seorang penyokong dari keluargaku. Iaitu Harun saudaraku” [Ta Ha: 27-30] Daripadakisah ini, menurut Dr Iqbal Yunus, dapatlah difahami bahawa komunikasi efektif memerlukan kepada kemahiran berkata-kata untuk menyampaikan mesej dengan jelas kepada penerima. Justeru, jika anda ingin menjadi pengurus yang baik, andawajar melatih diri supaya petah berkata-kata, atau melantik juru cakap yang petahberkata-kata, sebagaimana Nabi Musa meminta Harun membantu bagindaberdakwah kepada Firaun.
Prinsip Hikmah Dalam Komunikasi
 Islam juga meletakkan prinsip hikmah dalam berkomunikasi. Firman Allah di dalamal-Quran: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan penuh hikmahkebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka(yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik” [al-Nahl: 125] Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam kuliah Ramadan beliau tahun lalu menghuraikan bahawa ayat inimemberi panduan dalam berkomunikasi dengan mereka yang sealiran dan yangtidak sealiran. Dalam mana-mana organisasi sering terjadi konflik dua pihak. MakaAllah menyeru agar kita berbicara dengan penuh hikmah dengan memberipengajaran yang baik kepada mereka yang sealiran dengan kita, manakalaberbincang dan berbahas dengan cara terbaik dengan mereka yang berkonflikdengan kita. Konflik tidak boleh dibiarkan berlalu tetapi perlu diselesaikan dengan
 
cara komunikasi dengan cara-cara yang difikirkan terbaik.
Prinsip Taqwa
 Dalam organisasi, sistem komunikasi yang berjaya ialah dengan menggunakanpelbagai saluran, saluran rasmi dan saluran tidak rasmi. Krisis sering terjadi apabilasaluran komunikasi tidak rasmi tidak dikawal dengan nilai dan etika. Sebab itu Islammeletakkan taqwa sebagai salah satu kaedah penting berkomunikasi. Hal ini keranaDalam organisasi sudah tentu terdapat pelbagai bangsa, kaum, budaya dan ragammanusia. Dengan adanya taqwa, manusia akan menjaga batas-batas komunikasimereka secara lebih berkesan. Firman Allah: “Wahai umat manusia! SesungguhnyaKami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikankamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (danberamah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamudi sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebihketurunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi MahaMendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” [al-Hujurat: 13]Takwa bererti sentiasa mengambil langkah berhati-hati dalam melalukan sesuatuperkara dengan mengelakkan diri daripada dosa dan sifat tercela. Islam mencelasifat memburuk-burukkan kaum dan puak lain [al-Hujurat: 11], juga mengumpatdan membuka aib orang lain kepada umum. [al-Hujurat: 12]. Saluran komunikasitidak rasmi di dalam sesebuah organisasi sudah tentu beroperasi dengan licin tanpaada masa mengumpat dan memburuk-burukkan pekerja lain. Takwa jugamenjadikan seseorang itu sentiasa manjauhi sifat buruk sangka terhadap orang lain.Stephen P. Robbin juga pernah menyeraikan sifat buruk sangka ini seringmenimbulkan suasana tidak selesa dalam organisasi. Keadaan boleh terjadi andainyapengurus memuji seseorang pekerja di hadapan pekerja lain, maka orang yangburuk sangka akan menganggap pekerja yang dipuji itu suka membodek pengurussedangkan alangkah baiknya jika dia bersangka baik dan mahu berusaha pula untukmenjadikan dirinya yang terbaik juga.Orang yang bertakwa dalam berkomunikasi sentiasa menjaga batas suara ketikaberbicara, mengelakkan diri daripada menipu dan berdusta, menggunakan perkataanyang manis dan menjaga adab-adab dalam berkomunikasi sesama manusia.Rasulullah bersabda dalam memberikan adab-adab komunikasi: “Tidak berimanseseorang itu sepenuhnya selagi dia berdusta ketika bergurau dan bertengkardengan orang lain sekalipun ia benar” [Musnad Ahmad, no 8276] Dalam hadis lainRasulullah bersabda: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka diahendaklah mengucapkan yang baik-baik atau pun dia hanya diam” [Sahih Muslim,Kitab al-Iman, no 67].Firman Allah: “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecualiorang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesandengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.[al-Asr: 1-3] Ayat inimenjelaskan tentang adab-adab yang perlu diamalkan dalam komunikasi olehseorang perkerja yang beriman dan produktif. Pekerja yang produktif tidakmenghabiskan masanya dengan berbual-bual kosong di kafe atau gerai-gerai minum,tetapi sentiasa melakukan kerja yang produktif. Dia juga sentiasa menjagakomunikasinya daripada menyampaikan berita-berita yang tersasar daripadakebenaran juga mengingatkan tentang hari akhirat pada waktu senang. Pada waktususah, pekerja ini sentiasa berpesan supaya bersabar menghadapi ujian dankesukaran dalam pekerjaan. Etika, adab, dan prinsip dalam komunikasi Islam

Activity (53)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Nur Liana liked this
Nurhayati Lubis liked this
Roki Ismail liked this
Lizawati Hazali liked this
beewizer liked this
beewizer liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->