4
PENDAHULUAN
Malaysia sudah merdeka selama 52 tahun. Dalam 52 tahun itu juga, Malaysiamembangun dengan pesatnya. Kejayaan malaysia mencipta nama di peringkat antarabangsamembuka mata dunia bahawa Malaysia mampu bersaing dengan negara-negara lain.Didalam aspek seni Islam contohnya, terdapat pelbagai senibina-senibina mega yangmempunyai pengaruh seni Islam yang kini menjadi kemegahan Malaysia seperti masjidPutrajaya yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.Jika dikaji dengan teliti, setiap pengaruh seni dalam sesuatu binaan membawabanyak manfaat. Kebanyakkan acuan sekarang banyak mengambil idea-idea luar yangmenarik. Kelihatannya meniru sesuatu simbol kemegahan orang lain, namun dari sudutpositifnya, pengaruh-pengaruh luar inilah yang akan menarik pelajar-pelajar, pelancong-pelancong, para penyelidik mahupun rakyat biasa untuk lebih mendalami seni.Sepertimana yang kita tahu, setiap aspek dalam Islam adalah yang terbaik dan tiadayang dapat menandingi kesempurnaan Islam. Oleh itu tidak kira dari sudut politik, sosial danekonomi kebanyakannya banyak menerima pakai sistem Islam dan ini meyakinkan kitabahawa Malaysia yang serba moden ini banyak dipengaruhi oleh seni-seni Islam.Oleh itu kita perlulah mengkaji sedikit sebanyak tentang pengaruh-pengaruh seniislam di Malaysia agar kita tidak ketinggalan menghayati dan mengambil tahu betapahalusnya seni dalam Islam.