You are on page 1of 9

PJM 3102 ISL/M4 Tajuk: Memperkenalkan strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran pergerakan asas.

Strategi Strategi merupakan satu penentuan dan perancangan kaedah dan teknik untuk mencapai objektif jangka panjang. Terdapat sembilan contoh strategi pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani. Contoh strategi 1. Belajar Cara Belajar (BCB) Menjelaskan konsep belajar cara belajar kepada guru. Memahami faktor yang mempengaruhi pembelajaran murid Membimbing guru mengenal pasti strategi pembelajaran yang sesuai untuk murid. Membantu guru mengaplikasikan kemahiran belajar cara belajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Menyediakan contoh rancangan pengajaran-pembelajaran untuk guru.

2. Kemahiran Berfikir (KB) Mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak Mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada dalam atau luar sekolah Menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif Mengatasi kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercalaru, kabur dan sempit Meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka Bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujjah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.

Doreen Tiong Ning, Josh Ting Sze Wu, Kong Yuk Kian, Ngui Ching Ching

PJM 3102 ISL/M4 3. Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) menyokong pembelajaran bersepadu secara menyeluruh selaras dengan Falsafah Paendidikan Kebangsaan dan keperluan murid. menerima persamaan dan perbezaan individu dengan mengakui bahawa setiap murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan. meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak terbatas. meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. meningkatkan profesionalisme guru dan menggalakkan inovasi dan penyelidikan dalam pengajaran dan pembelajaran mewujudkan kolaboratif disekolah. mempelbagaikan penilaian.

4. Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran. Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan. Meningkatkan motivasi murid. Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise) Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi. Membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa. Meningkat daya kreativiti dan imaginasi murid. Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.

5. Kajian Masa Depan (KMD) Kajian Masa Depan (KMD) ialah satu pendekatan pembelajaran yang mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum. Dalam Pendidikan Jasmani sebagai contoh tentang sejarah permainan sepak takraw dan dengan pengetahuan sedia ada murid, guru boleh meminta pelajar untuk meramalkan corak permainan tersebut pada sepuluh tahun akan datang.

Doreen Tiong Ning, Josh Ting Sze Wu, Kong Yuk Kian, Ngui Ching Ching

PJM 3102 ISL/M4 6. Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) Pemikiran baru dalam bidang pendidikan mendapati bahawa murid boleh bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri. Hal ini membawa kepada peranjakan mod pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran kendiri. satu program yang memberi murid akses kepada tempat, bahan, bimbingan, stail dan tempoh masa belajar. Murid belajar secara kendiri melalui penggunaan bahan pembelajaran dan memilih aktiviti pembelajaran sendiri serta menilai dan memantau kemajuan mereka sendiri. murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab dan berdikari ke atas pembelajaran mereka. satu pendekatan pembelajaran yang berpusatkan murid dan pembelajaran berlaku atas daya usaha murid sendiri. Murid mempunyai akses kepada sumber pembelajaran dan mereka mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pemerolehan pengetahuan dan kemahiran sendiri.

7. Pembelajaran Masteri (PM) Suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Bagi memastikan aktiviti yang dijalankan berkesan dan boleh merangsang minat murid, guru perlulah mempelbagaikan kaedah pengajaran. Sebagai contoh menggunakan kaedah-kaedah pengajaran yang melibatkan visual, audio dan kinestetik.

8.Pembelajaran Secara Kontekstual (PKT) Bentuk pembelajaran kontektual ialah seseorang murid akan melaluipengalaman pembelajaran iaitu REACT. R Relating (menghubungkait) E Experience (mengamali) A Applying (mengaplikasi) C Cooperating (bekerjasama) T Transferring (memindahkan)

9. Pembelajaran Secara Konstruktivisme (PKS) Murid membina sendiri pengetahuansecara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

Doreen Tiong Ning, Josh Ting Sze Wu, Kong Yuk Kian, Ngui Ching Ching

PJM 3102 ISL/M4 Kaedah dan teknik Kaedah adalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran itu disampaikan dan teknik merupakan cara yang lebih teliti lagi dalam penyampaian isi pelajaran itu. Kaedah kaedah yang digunakan dalam Pengajaran Pendidikan Jasmani. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani. Antara kaedah yang disarankan ialah : a. Kaedah Kuliah b. Kaedah Perbincangan c. Kaedah Kuliah-Demonstrasi d. Kaedah Latihan e. Kaedah Penemuan f. Kaedah Projek g. Kaedah Persembahan Lisan h. Kaedah sebahagian-keseluruhan. Kesemua kaedah-kaedah diatas boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani (PJ), tetapi hanya dua kaedah yang popular digunakan iaitu kedah kuliah dan keadah kuliah-demonstrasi. KAEDAH KULIAH Kaedah ini adalah kaedah yang luas digunakan untuk kelas-kelas teori dan praktikal. Ia lazim digunakan didalam kelas yang memerlukan kedua-dua bahagian teori dan praktikal. Penilaian dan memberi maklum balas tidak boleh diberikan semasa kuliah. Dengan itu kuliah perlu digunakan untuk memberi motivasi kepada pelajar atau memberi taklimat berkenaan dengan matlamat guru. Walau bagaimanapun, kuliah boleh memberi manfaat jika ia dirancang dengan rapi dan disampaikan dengan penuh semangat. Ia lebih berkesan lagi jika bergabung dengan teknik lain. Berikut adalah satu contoh kuliah yang boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani : 1. Pengenalan Menerang dan menjelaskan skop pelajaran Memberitahu pelajar apa yang dikehendaki daripada mereka Cuba membangkitkan minat Sentiasa senyum, menghadap kelas dan bercakap dengan pelajar termasuk pelajar di barisan belakang.

Doreen Tiong Ning, Josh Ting Sze Wu, Kong Yuk Kian, Ngui Ching Ching

PJM 3102 ISL/M4 2. Persembahan Kuat tetapi nada mesra Jelas percakapan dan pilih perkataan yang sesuai Huraikan istilah yang digunakan Bercakap dengan semua pelajar Menggunakan teknik-teknik lain seperti penyoalan, papan tulis, demonstarsi dan lain-lain Ulang butiran penting Guna lawak jenaka Mengetahui isi kandungan pelajaran dan yakin 3. Penutup Mengulangi point-point utama Menggalakkan perbincangan Meneguhkan point yang lemah KAEDAH KULIAH DEMONSTRASI Kaedah ini merupakan kaedah utama yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani. Demonstarsi boleh digunakan oleh guru. pelajar atau kumpulan pelajar. Kaedah ini melibatkan demonstarsi lisan dan penglihatan, dengan itu ia menambahkan lagi nilai kaedah ini. Biasanya demonstarsi digunakan untuk menggambarkan penerangan lisan. Berikut adalah contoh kaedah kuliah-demonstarsi yang boleh dipraktikan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani : 1. Pendahuluan Susun pelajar supaya mereka boleh dengar dan lihat. Pelajar boleh duduk, melutut dan berdiri Mengenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah kuliah Kaitkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelum ini 2. Demonstrasi Melakukan demonstarsi mengikut kadar pergerakan sebenar Ikut cara dan prosedur yang piawai Gunakan istilah yang piawai untuk mengelakkan kekeliruan 3. Demonstrasi dan pengajaran Semasa membuat pelakuan , beri butiran yang sepatutnya Beri sebab tentang cara sesuatu pergerakan dilakukan Terang dengan sepenuhnya mengenai pergerakan yang tidak dapat dilihat jika ia tidak diberitahu. Gunakan kaedah ansur maju dan mengajar mengikut turutan yang sebenarnya. Kaitkan petalian antara kemahiran yang baru belajar dengan pengalaman lepas.

Doreen Tiong Ning, Josh Ting Sze Wu, Kong Yuk Kian, Ngui Ching Ching

PJM 3102 ISL/M4 4. Ulang demonstarsi dan butiran yang penting Ulang pelakuan dengan kadar yang agak perlahan sedikit Membuat demontrasi untuk memberi pandangan yang berlainan Beri butiran penting 5. Penutup Ulang butiran penting Menggalakkan perbincangan Kukuhkan pengalaman yang terdapat dalam pengajaran KAEDAH ATAU GAYA PENGAJARAN Terdapat beberapa gaya atau kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk menjalan pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Gaya-gaya yang dipraktikan mestilah membawa satu objektif iaitu setiap murid akan dapat manfaat daripada gaaya yang dikemukakan. Gaya atau kaedah pengajaran boleh dibahagikan kepada 3 kategori yang utama iaitu : Kaedah/Gaya Langsung Kaedah/Gaya Gabungan Kaedah/Gaya Tidak Langsung Gaya Langsung Gaya ini mementingkan guru. Seseorang guru membuat semua atau kebanyakan daripada keputusan tentang apa, bagaimana dan bila sesuatu aktiviti itu bermula. Gaya ini berdasarkan Teori Pembelajaran Tingkah Laku (Behavioristic) yang menerangkan bahawa pembelajaran itu berlaku dari luar ke dalam melalui pembentukan semula peristiwa-peristiwa yang betul (Gallahue, 1993). Guru dianggap mengetahui bagaimana kemahiran pergerakan dilakukan dengan cara yang betul. Kelebihan Kelemahan Kaedah yang berkesan Berfokus kepada yang ingin dipelajari Tidak ambil kira perbezaan individu (kesesuai perkembangan), anggap pelajar mencapai tahap Tidak banyak peluang untuk salah faham dan salah interpretasi Persekitaran pembelajaran yang berstruktur pembelajaran dan kemajuan yang sama (kesesuai umur kumpulan) Lebih mementingkan matlamat atau hasil pengalaman pembelajaran daripada proses pembelajaran itu.

Doreen Tiong Ning, Josh Ting Sze Wu, Kong Yuk Kian, Ngui Ching Ching

PJM 3102 ISL/M4 Gaya Tidak Langsung Gaya ini berpusatkan pelajar. Ia berasaskan falsafah bahawa pembelajaran adalah lebih daripada mengulang dan meniru perlakuan yang betul. Pembelajaran seharusnya juga melalui percubaan, penyelesaian masalah dan penemuan diri. Ia berdasakan Teori Pembelajaran Kognitif yang mengangapkan pembelajaran sebagai satu proses yang berlaku dari dalam ke luar dan proses pembelajaran itu adalag sama penting dangan hasil pembelajaran berkenaan. Kelebihan Kelemahan Membolehkan pelajar menetapkan matlamat dengan cara mencapainya Memberi kebebasan kepada pelajar dan memberi peluang kepada mereka untuk bertanggungjawab Mengambil kira perbezaan dikalangan pelajar Memberi peluang kepada pelajar merasai kejayaan pada tahap kebolehan sendiri. Memakan masa yang panjang, Lebih masa untuk cuba-jaya, bersoaljawab. Memerlukan guru-guru untuk berlatih dan bersabar. Guru yang tidak biasa dengan gaya ini sentiasa menghadapi masalah untuk menggunakannya secara berkesan. Sukar untuk mengawal kelas Sukar untuk memastikan kesinambungan dalam pelajaran

Gaya Arahan Dalam gaya ini ,guru mengawal APA yang akan dipelajari,BAGAIMANA ia dilakukan serta MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti>Pelajaran yang menggunakan gaya ini mungkin menggunakan proses yang dicadangkan oleh Gallahue( 1995).Langkahlangkah yang terlibat adalah seperti berikut : Guru Pelajar 1. 2. 3. 4. 5. 6. Mengawal penuh pengajaran Memilih aktiviti Menentukan bagaimana dan bila Mengawal tingkah laku Menilai keputusan Menjimatkan masa untuk membuat percuban

Doreen Tiong Ning, Josh Ting Sze Wu, Kong Yuk Kian, Ngui Ching Ching

PJM 3102 ISL/M4 Ciri ciri gaya arahan 1. Guru memberi penerangan ringkas dan membuat demonstrasi tentang kemahiran yang akan dipelajari oleh pelajar . 2. Pelajar berlatih. 3. Guru memberi komen am tentang prestasi kelas. 4. Jika perlu,guru memberi penerangan lanjut dan membuat demonstrasi lanjut. 5. Pelajar berlatih.Guru memberi tunjuk ajar kepada pelajar yang memerlukan bantuan secara individu atau berkumpulan. 6. Menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam aktiviti yang sesuai serta menilai perlakuan Penemuan Terbimbing Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah llimitasi ( Bilbrough & Jones, 1968 ) .Ia memberi pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan,mencuba dan menjadi kreatif tetapi perlakuan dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru.Sebagai contoh Cari dua cara untuk mengimbangkan badan dengan tiga titik Kelebihan kelebihan 1. membenarkan penglihatan lebih oleh pelajar dalam proses pembelajaran. 2. Mengambil kira perbezaan di kalangan pelajar dan pelajar mempunyai peluang belajar mengikut tahapnya sendiri. 3. Memupuk pembangunan arah kendiri Penyelesaian Masalah Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan masa yang panjang,memahami masalah dan memikir dengan logik dan sistematik. Di dalam kelas pendidikan jasmani, selepas guru memberi beberapa soalan, pelajar-pelajar menyelesaikan masalah mengikut langkah-langkah berikut : 1. Menganalisis dana memahami masalah 2. Menyenaraikan syarat-syarat yang perlu untuk menyelesaikan masalah. 3. Guna pelbagai strategi untuk mendapatkan maklumat maklumat 4. Membentukkan jawapan yang mungkin 5. Pilih dan uji penyelesaian alternatif 6. Pilih penyelesaian paling sesuai. 7. Menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah itu.

Doreen Tiong Ning, Josh Ting Sze Wu, Kong Yuk Kian, Ngui Ching Ching

PJM 3102 ISL/M4 Kelebihan-kelebihan 1. Kaedah ini menggalakkan interaksi antara pelajar-pelajar. 2. Ia memupukkan tahap pemikiran kognitif yang tinggi 3. Ia menggalakkan ingatan tentang apa yang dipelajari. Kelemahan kelemahan 1. Lebih memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusat guru. 2. Kaedah ini kadangkala sukar untuk melibatkan setiap pelajar dengan berkesan. Pelajar yang lembab atau pelajar yang kurang kemahiran menyelesaikan masalah tidak akan dapat menikmati pelajaran dengan sepenuhnya.

Doreen Tiong Ning, Josh Ting Sze Wu, Kong Yuk Kian, Ngui Ching Ching

You might also like