Pantai yg terdedah kepada lautan luas akan menerima damparan dan arus yg kuatmembantuk cerun yg curam seperti pantai timur Semenanjung Malaysia yg terdedahkepada damparan ombak Laut China Selatan. Pantai yg terlindung pula akan menerimadamparan dan arus yang lemah yg membentuk cerun landai dengan bahan enapannyaseperti pantai barat Semenanjung Malaysia yang terlindung dari tiupan angin olehPulau Sumatera.4. Faktor manusiaPantai yang dibangunkan dengan aktiviti penebangan pokok hutau pantai, mengorekpasir dan mendalamkan muara sungai akan mengalami hakisan yang kuat menyebabkancerun pantai menjadi curam. Aktiviti penyuburan pantai seperti penanaman pokok rhudan bakau, membina benteng pecah ombak akan menyebabkan penambahan pasir pantaiyang menjadikan cerun landai.5. Pengaruh arusArus pasang surut yang bergerak selari dengan garis pantai akan memendakkan bahanenapan yang banyak jika pantai bersebelahan dengan muara sungai. Semakin banyakbahan mendapan yang di bawa arus maka cerun pantai menjadi landai. Pantai yangberlumpur lebih landai berbanding pantai yang berpasir kerana ia mempunyaikuantiti, mengalami serakan dan timbun-tambah bahan sedimen yang lebih banyak.Hakisan Ombak1. Tindakan HidraulikTindakan hakisan yang disebabkan oleh kuasa air laut itu sendiri tanpa melibatkanbahan/muatan yang dibawanya. Ombak yang menghempas pantai (swash) akan memampatkanudara yang terdapat dalam rekahan batuan menyebabkan rekahan mengalamipengembangan. Apabila ombak mengundur (backwash) udara dalam rekahan menguncupmaka rekahan mengalami kenduran. Proses yang berulang-ulang menyebabkan batuanpecah dan runtuh.2. Tindakan kikisan atau lelasanTindakan ini melibatkan bahan-bahan muatan yg di bawa ombak dgn batuan di kakicenuram atau tanjung yg mengadap ombak. Bahan ombak seperti batu pasir, kerikil,batu lada, serpihan batuan akan bertindak sebagai alat penghakis untuk mengeseldan menghauskan kaki cenuram tadi. Keberkesanan proses ini amat dipengaruhi olehbahan yg dibawa oleh ombak.3. Tindakan lagaanProses hakisan yang melibatkan perubahan saiz dan bentuk pada bahan-bahan pantaiapabila mereka berlanggar dan berlaga sesama sendiri. Contohnya batu tongkolbertukar menjadi serpihan prismatik yg lebih kecil akibat perlanggaran.Perlanggaran berlaku dalam dua arah iaitu ke atas dan ke bawah semasa damparan dansemasa lurutan ombak.4. Tindakan larutanProses hakisan laut secara kimia iaitu air laut bertindak melarutkan mineralbatuan yang ada di pinggir pantai. Contohnya mineral mudah larut dan bersifatmenyerap air seperti kalsium karbonat (batu kapur) akan menjadi kalsium hidrogenkarbonat atau kalsium bikarbonat.