Professional Documents
Culture Documents
[Contoh Tajuk ] CIRI CIRI YANG DAPAT MEMBANTU SESEORANG PELAJAR UNTUK BERJAYA DALAM PERSEKITARAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN.
Mukasurat 1
2.0 Ciri-ciri Penting Seorang Pelajar yang Berjaya adalam Persekitaran Pembelajaran Dalam Talian 2.1 Komunikasi berkesan 2.2 Pengetahuan tentang ICT 2.3 Faktor dalaman dan luaran 2.4 Sikap dan minat 2.5 Motivasi 3.0 Cadangan serta Strategi Yang Boleh Digunapakai Untuk Berjaya Dalam Persekitaran Pembelajaran Dalam Talian 3.1 Sokongan 3.2 Pengurusan masa 3.3 Mempunyai kemahiran Komunikasi 3.4 Menguasai Kemahiran ICT 3.5 Motivasi diri 4.0 Penutup Senarai rujukan
2 3 4 5 6-7
8 9 10 11 11 12
1.0
Pengenalan Selaras dengan impian Negara untuk mencapai matlamat Negara maju, pendidikan adalah faktor yang amat penting untuk mencapai matlamat tersebut. Frasa Pembelajaran sepanjang hayat. Pendidikan sepanjang hayat juga bermatlamat untuk membangunkan kerjaya seseorang bagi meningkatkan produktiviti individu, organisasi tempat kerja dan negara. Hal in bermakna proses pembelajaran itu akan berakhir apabila seseorang itu meninggalkan alam persekolah, sebalik proses tersebut berterusan sepanjang hayat. Untuk itu, pelbagai kaedah pembelajaran diperkenalkan misalnya Pengajian dalam talian. Pertumbuhan pesat kursus dalam talian adalah satu fenomena utama dalam pendidikan yang lebih tinggi pada masa kini. Sebagai contoh peratus pelajar yang mengambil sekurang-kurangnya satu kursus dalam talian adalah kira-kira 10% pada tahun 2003, manakala 25% pada tahun 2008, dan meningkat 30% pada tahun 2009 daripada jumlah pelajar secara keseluruhan dalam pendidikan tinggi (Allen dan Seaman 2009). Pembelajaran dalam talian adalah kaedah pendidikan yang memisahkan pelajarpensyarah/guru secara geografi atau lokasi tetapi boleh dihubungkan oleh teknologi. Ia memungkinkan para pelajar mengikuti kelas bila dan dimana sahaja tanpa kehadiran secara fizikal di kelas konvensional dan pengajian mengikut kesuaian masa dan tempat masing-masing. Hal ini memungkinkan individu untuk menyesuaikan pengajian mereka dengan tanggung jawab lainnya, misalnya komitmen terhadap keluarga dan pekerjaan. Ini juga memberi kesempatan kepada para pelajar yang mungkin tidak berpeluang belajar kerana keterbatasan waktu, jarak atau kewangan untuk mengikuti sesuatu pengajian dengan lebih fleksible. Perkembangan teknologi yang begitu mendadak membuka peluang kepada pengelola pendidikan dalam talian untuk menawarkan program-program pembelajaran melalui Information and communications technology (ICT) atau teknologi maklumat dan medium utamaya adalah internet dan World Wide Web (WWW) serta konferens video, CD-ROM dan sebagainya. ICT bermaksud teknologi maklumat dan komunikasi digital yang digunakan untuk berkomunikasi serta menyalurkan maklumat dalam talian atau secara telematik untuk membantu pelajar dalam bidang pendidikan. Penggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan serta Internet, Intranet, Satelit, tape audio video, TV interakrif, telesidang dan CD-ROM adalah sebahagian daripada media elektronik dan komunikasi (Hasmawati & Fatimah, 2005) yang menggalakkan kegunaan ICT dalam pendidikan. Kejayaan merupakan satu pencapaian didalam apa jua yang kita kehendaki didalam hidup ini. Kejayaan juga bermaksud kemajuan yang dicapai dan memuaskan kehendak seseorang itu. Kejayaan selalu disertai dengan kebahagiaan dan ketenteraman fikiran. Kejayaan akan dapat dicapai apabila terdapat faktor-faktor yang menyokong ketenteraman fikiran seseorang pelajar dalam menuntut ilmu dan seterusnys menjadi pelajar cemerlang terutama dalam persekitaran pembelajaran dalam talian.
2.0
Ciri-ciri Penting Seorang Pelajar yang Berjaya dalam Persekitaran Pembelajaran Dalam Talian Pelbagai faktor yang boleh dikaitkan untuk menjadikan seseorang pelajar yang berjaya dalam persekitaran pembelajaran dalam talian. Misalnya komunikasi berkesan, kemudahan dan kemahiran ICT, motivasi kendiri, sikap dan minat serta faktor luaran termasuk sokongan keluarga, sokongan organisasi serta faktor kewangan. Pembelajaran atas talian dan ICT memang tidak dapat dipisahkan. Pelajar- pelajar atas talian memerlukan ICT untuk membantu mereka dalam pembelajaran. Malah pada hari ini, peranan ICT dalam pendidikan semakin berkembang pesat. Kesedaran dan penggunaan ICT dikalangan pelajar juga semakin bertambah 2.1 Komunikasi berkesan Salah satu elemen paling penting yang menentukan kejayaan dalam pembelajaran atas talian adalah wujudnya komunikasi berkesan antara pengajar dan pelajar. Pelajar dan pengajar perlu mempunyai jangkaan yang jelas dan belajar mengurus penglibatan mereka dalam proses pembelajaran agar tidak menimbulkan masalah. Penglibatan dalam pembelajaran atas talian adalah tanggungjawab bersama. Menurut Suzanne Young (2006) Komunikasi yang berkesan adalah berlakunya hubungan dua hala antara pengajar dan pelajar. Mereka saling mengetahui keperluan dan kehendak mereka masing-masing. Melalui komunikasi yang berkesan ini dapat menyampaikan maklumat tentang kursus secara lebih tepat dan difahami oleh pelajar. Antara tujuh item yang telah dikenalpasti dapat menerangkan pembelajaran secara dalam talian yang berkesan ialah mengetahui keperluan pelajar, menyediakan contoh yang bermakna, memotivasikan para pelajar supaya dapat buat yang terbaik, menyampaikan mengawal kursus secara berkesan serta menunjukkan keprihatinan terhadap keperluan pembelajaran para pelajar. Kesesuaian adalah antara faktor yang menyebabkan pemilihan pelajar terhadap pembelajaran dalam talian walaupun pelajar boleh memilih pembelajaran tradisional atau pembelajaran dalam kampus. Pelajar lebih menghargai kesesuaian pembelajaran atas talian kerana mengikut pengurusan masa mereka dan lebih menyukai kebebasan dalam menyiapkan tugasan bila-bila masa dan di mana sahaja.
2.2
Pengetahuan tentang ICT Menurut kamus Oxford, teknologi maklumat diistilahkan sebagai satu bidang
sains berkaitan dengan aktiviti menyimpan dan menghantar keluar maklumat denan menggunakan komputer. Manakala British Advisory Council For Applied research and Development menjelaskan maksud teknologi maklumat sebagai satu disiplin saintifik, teknologi dan kejuruteraan serta teknik pengurusan yang digunakandalam pengendalian dan pemprosesan maklumat serta kegunaannya, komputer dan saling tindak antara komputer dengan manusia dan hal yang berkaitan dengan sosial, ekonomi dan kebudayaan (Abdul Razak etc.,2000). Oleh itu ICT adalah suatu metodologi peralatan perisian yang terlibat dalam proses penjanaan, pemprosesan, penyebaran dan penyimpanan maklumat. Pelajar atas harus mempunyai asas dalam ICT serta menggunakan peluang yang ada untuk mendalami bidang pendidikan serta bidang ICT.Selain dari menguasai teknologi maklumat yang terkini, cabaran ICT dalam era globalisasi. Melalui kajian yang dilakukan oleh Google baru-baru ini, ia memperlihatkan Malaysia di tangga 10 terbawah untuk kelajuan dari segi desktop mahupun peranti mudah-alih, dari sebanyak 50 negara yang diuji kelajuannya. Ini sedikit sebanyak memberi tekanan kepada pelajar atas talian untuk masa depan kerana ICT amat penting terutamanya dalam bidang pendidikan di institusi tinggi khususnya pengajian dalam talian. ICT harus diterimapakai dan diaplikasi ke tahap mana ianya menyumbangkan kepada keperluan serta misi dan visi intstitusi. Selain dari itu segala usaha mernperkembangkan ICT harus terus dikekalkan serta sumber yang sedia ada diaplikasikan ke tahap maksima yang mungkin agar mendapat kelebihan dalam persaingan sarna ada dari pihak tempatan mahu pun antarabangsa.
2.3
Faktor dalaman dan luaran Pembelajaran dalam talian membolehkan pelajar terutamanya pelajar dewasa
yang mempunyai komitment terhadap perkerjaan, keluarga dan pelbagai tanggung jawab lain untuk meningkatkan ilmu dan pengetahuan untuk memajukan diri tanpa meninggalkan kerjaya masing-masing dengan jadual yang fleksibel dengan komitment mereka. Menurut Moore dan Kearsly (2005) kebanyakan pelajar yang menggikuti pengajian dalam talian berusia antara 25 hingga 50. Faktor luaran seperti sokongan organisasi, masalah kewangan, dan kekangan masa telah diketahui menjadi halangan penting untuk penyertaan orang dewasa dalam pembelajaran kerana pelajar dewasa yang dikaitkan dengan pelbagai peranan dalam kehidupan mereka (Darkenwald & Merriam, 1982; Johnstone & Rivera, 1965) . Ia meliputi bukan sahaja dalam program-program pembelajaran dewasa tradisional malah dalam program-program pembelajaran dalam talian. Willging dan Johnson (2004) mendakwa bahawa faktor-faktor luaran seperti isu-isu keluarga, kurang sokongan organisasi, kerja berubah, dan beban kerja adalah faktor utama yang menjejaskan keputusan untuk keluar dari kursus dalam talian. Greer, Hudson, dan Paugh (1998 ) menekankan keluarga dan sokongan rakan sebaya untuk kejayaan pelajar dalam talian. Rovai (2003 ) juga menekankan kesan faktor-faktor bukan akademik yang bertentangan dengan kehidupan akademik pada keputusan pelajar tercicir . Pelajar dewasa yang tidak menerima sokongan daripada keluarga dan / atau organisasi mereka semasa mengambil kursus dalam talian, lebih cenderung untuk keluar dari kursus dalam talian. Faktor dalaman seperti strategi reka bentuk kursus dan motivasi pelajar perlu diutamakan di peringkat pembangunan kursus untuk membuat urusan penyertaan dan menarik dan untuk memastikan pelajar terlibat. Setelah kursus ini dilancarkan dan yang sedang berlangsung, bagaimanapun, pentadbir dan pengajar kursus perlu mengambil kira faktor-faktor luaran yang mungkin mengganggu penyertaan pelajar dan ketekunan. Ia akan menjadi sukar bagi mereka untuk mengawal faktor-faktor luaran. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mempertimbangkan keadaan pelajar manakala menguruskan atau mengekalkan kursus supaya pelajar boleh mendapatkan bantuan jika diperlukan.
2.4
Sikap dan minat Minat dan sikap belajar pelajar dan penggunaan aktiviti dan sumber
pembelajaran. Pengajaran pensyarah merujuk kepada proses pengajaran yang dilaksanakan yang menghasilkan kesan pembelajaran di kalangan pelajar (Mok Soon Sang, 2001). Minat menurut Kamus Dewan 14(2000), minat adalah kecenderungan dan kesukaan manakala sikap merujuk kepada kesungguhan dan kesanggupan untuk melakukan sesuatu. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1983), minat adalah daya penggerak atau kecenderungan seseorang untuk memberi perhatian kepada sesuatu benda dan peristiwa. Minat berupaya untuk meningkatkan keinginan dan daya usaha pelajar untuk mempelajari atau memiliki sesuatu benda. Pelajar yang mempunyai minat untuk belajar akan berasa seronok dan bersungguhsungguh untuk belajar kerana mereka akan mendapat kepuasan daripada proses pembelajaran itu sendiri. Sulaiman Masri (1996) menyatakan sikap pelajar yang bersungguh-sungguh terhadap pembelajaran adalah pendorong ke arah pencapaian akademik yang cemerlang. Maka, pelajar yang mempunyai sikap positif akan sentiasa memberi tumpuan terhadap pengajaran pensyarah dan rajin mengulangkaji pelajarannya. Di samping minat, pelajar juga mesti mempunyai kesanggupan dan kerelaan untuk memberi perhatian atau tumpuan ke atas sesuatu perkara. Ini adalah disebabkan kesanggupan dan kerelaan akan memberikan motivasi kepada pelajar untuk mencapai matlamat. Motivasi adalah satu tindakan untuk mencapai tujuan tertentu (Reber & Beech, 1982). Ini jelas menunjukkan pentingnya minat serta motivasi pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. Lee Shok Mee (1991) pula menegaskan bahawa minat pelajar memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kesediaan pelajar untuk belajar. Pelajar yang minat dalam perkara yang dipelajarinya akan mencapai prestasi yang lebih cemerlang. Kamaruddin Kachar (1984) dalam kajiannya terhadap masalah pembelajaran pelajar bumiputera mendapati sebanyak 96% pelajar tidak berminat untuk belajar. Selain itu, terdapat 73% pelajar suka belajar pada saat-saat akhir. Kepuasan hati terhadap kursus dalam talian dan relevan kepada pekerjaan, pengetahuan terlebih dahulu, dan pengalaman faktor-faktor utama yang mempengaruhi keputusan pelajar untuk tidak meneruskan pengajian dan seterusnya berjaya dalam persekitaran pembelajaran dalam talian.
2.5
Motivasi Motivasi merupakan daya penggerak utama yang menjamin kejayaan seseorang dengan kecenderungan menyeluruh untuk bertindak pada masa tertentu. Apabila seseorang mendapat dorongan, dia akan mempunyai keinginan yang kuat untuk bertindak ke arah mencapai matlamat (Siti Hawa Munji, 1990). Bagi pelajar yang memerlukan motivasi ekstrinsik, mereka selalu didesak atau digalakkan supaya bertindak untuk mendapatkan ganjaran. Dalam pembelajaran, insentif diberikan dalam bentuk markah, gred, hadiah dan kedudukan dalam kelas. Pada akhir satu peringkat pembelajaran, keputusan peperiksaan yang baik, sijil dan surat akuan merupakan insentif yang mendorong pelajar supaya lebih berusaha dengan lebih tekun. Motivasi intrinsik juga penting untuk pelajar bagi memberikan dorongan dalaman kepada mereka untuk turut serta dalam aktiviti pembelajaran. Dorongan dalaman ini adalah seperti keperluan, minat, sikap dan emosi yang semulajadi ataupun berpandukan pengalaman serta kehendak persekitaran. Apabila pelajar sukar memahami dan memperoleh pengetahuan dalam sesuatu pengajaran, pelajar mudah kehilangan minat dan kurang memberi tumpuan. Kecekalan penumpuan yang tinggi bagi seseorang individu dapat membantu pelajar belajar dalam tempoh masa yang panjang. Tahap kecekalan yang berbeza antara individu menyebabkan mereka memerlukan waktu dan tempoh masa rehat yang berbeza. Ada segelintir pelajar yang mudah hilang minat serta berasa bosan terhadap kerja kerana mereka hanya mampu menumpukan perhatian dalam jangka masa yang pendek sahaja. Ramai pelajar mempunyai perangai suka menangguhkan kerja terutama apabila tugasan yang diberikan itu membosankan, sukar serta memerlukan usaha yang lama untuk menyiapkannya.
3.0
Cadangan serta Strategi Yang Boleh Digunapakai Untuk Berjaya Dalam Persekitaran Pembelajaran Dalam Talian Pembelajaran berkesan atas talian adalah satu tugas yang sukar. Di dalam pembelajaran atas talian, pengajar boleh mengubahsuai kandungan, penyampaian, tugasan mahupun jadual aktiviti kursus yang perlu dipenuhi oleh pelajar. Tetapi pengajar atas talian perlu mereka membina kursus yang ke hadapan, menyiapkan peralatan dan bahan, jadual, ujian mahupun tajuk-tajuk perbincangan. 3.1 Sokongan Dalam organisasi, konsep ini merujuk kepada proses yang mana pekerja
mendapatkan pengetahuan (tacit knowledge) serta melalui pengalaman bagi meningkatkan kemahiran. Mengikut Raymond (2002), pembelajaran sepanjang hayat memerlukan pekerja memahami keseluruhan sistem kerja termasuk perhubungan di antara kerja mereka, unit kerja mereka dan organisasi. Pekerja diharapkan memperolehi kemahiran baru, menggunakannya dalam kerja dan berkongsi maklumat dengan pekerja lain. Pengalaman yang bersifat pengetahuan seperti ini tidak akan dapat dipelajari secara 4 bentuk yang biasa, tidak juga secara formal dan latihan. Ianya memerlukan pusingan yang berterusan mencipta, dissemination dan memahami erti pengkongsian ilmu (Hassan, 1987) Selalunya pelajar dewasa patut diberikan masa dibebaskan dari pekerjaan dan diberikan galakan daripada rakan-rakan dan / atau penyelia untuk mengambil bahagian dalam kursus ini. Ia adalah jelas bahawa sokongan organisasi boleh menjadi faktor penting untuk mempengaruhi keputusan keciciran pelajar. Hasilnya juga menunjukkan bahawa pelajar yang melihat bahawa kursus itu adalah berkaitan dengan pekerjaan atau kehidupan kurang cenderung untuk membuat keputusan untuk keluar. Pelajar dewasa cenderung untuk memilih pembelajaran yang mempunyai tujuan praktikal untuk pembelajaran untuk tujuan akademik sahaja. Oleh itu, kursus dalam talian perlu direka dengan cara untuk membenarkan pelajar dewasa untuk memohon pembelajaran mereka kepada kehidupan sebenar mereka.
3.2
Pengurusan masa Pengurusan masa yang paling berkesan, pelajar perlu membuat jadual waktu
persendirian. Segala aktiviti yang akan dijalankan dalam masa 24 jam perlulah dicatatkan dalam jadual waktu. Seseorang yang mengamalkan tabiat ini dapat menggunakan masanya dengan optimum. Seseorang yang pandai menguruskan masanya akan mempunyai masa yang mencukupi untuk belajar, beriadah, bergiat dalam kegiatan luar, menonton televisyen dan sebagainya. Toh Hon Leong (2000) dalam satu kajiannya mengesahkan bahawa terdapat 6 faktor utama yang dikenali sebagai faktor kejayaan kritikal yang boleh mempengaruhi kejayaan seseorang pelajar. Salah satu faktor kejayaan adalah mempunyai strategi pengurusan masa yang berkesan. Biasanya pelajar yang ketinggalan sentiasa menangguhkan kerja dan suka mencari alasan, akhirnya mereka tidak dapat menyiapkan kerja dan meniru hasil kerja orang lain. Mereka adalah tergolong dalam golongan yang tidak mempunyai pengurusan masa yang berkesan. Padilah Ali (1994) menyatakan, perancangan dan penyediaan jadual waktu dapat menunjukkan beban kerja sebenar yang dihadapi oleh pelajar. Dengan ini pelajar dapat merancang corak pembelajaran dan cara mengulangkaji yang sesuai supaya boleh mencapai keputusan yang paling cemerlang. Malangnya hanya terdapat segelintir pelajar sahaja yang akan membuat jadual waktu, tetapi mereka juga tidak dapat mengikuti apa yang telah dirancang (Padilah Ali, 1986). Kajian oleh Siti Hawa Munji (1987) mendapati 54.45% pelajar di bawah kajiannya tidak merancang jadual waktu. Mereka belajar mengikut keinginan sendiri dan sentiasa membuat kerja lain. Hanya 45.02% pelajar yang merancang jadual waktu, walaubagaimanapun didapati bukan semua pelajar ini melaksanakan apa yang telah dirancang dalam jadual Pembelajaran arahan kendiri sebagai kaedah pengajaran telah digunakan secara meluas di dalam program kolej dan universiti (Rani, 2000). Ia tidak perlu mengikut silabus, masa serta tempat yang tetap. Namun begitu, pembelajaran ini juga boleh berlaku dalam bentuk formal seperti melalui kursus latihan yang tertentu serta mendaftar di institusi pendidikan seperti universiti. Pelajar dewasa memilih cara ini kerana mereka kurang keyakinan dan pengetahuan. Oleh itu, mereka mendapatkan bantuan profesional menerusi pembelajaran arahan kendiri berasaskan pendekatan iaitu pelajar tidak terikat dengan masa untuk memenuhi keperluan intelektual sahaja.
3.3
Pembelajaran adalah suatu aktiviti sosial yang kuat apabila dapat disampaikan dengan baik dan berkesan oleh pengajar. Peranan dan tanggungjawab pengajar dalam pembelajaran secara dalam talian adalah merekabentuk proses pembelajaran dengan baik dan lebih menarik. Pengajar yang efektif dapat memberikan galakan dan maklumbalas yang baik, memotivasikan pelajar dalam menyelesaikan tugasan dan mencapai matlamat. Pembelajaran dalam talian bukan pengasingan antara pengajar dan pelajar walaupun aktiviti pembelajaran adalah bebas tetapi saling melengkapi dan pasangan dalam proses pembelajaran. Salah satu elemen paling penting yang menentukan kejayaan dalam pembelajaran dalam talian adalah wujudnya komunikasi berkesan antara pengajar dan pelajar. Pelajar dan pengajar perlu mempunyai jangkaan yang jelas dan belajar mengurus penglibatan mereka dalam proses pembelajaran agar tidak menimbulkan masalah. Penglibatan dalam pembelajaran atas talian adalah tanggungjawab bersama. Kesesuaian adalah antara faktor yang menyebabkan pemilihan pelajar terhadap pembelajaran atas talian walaupun pelajar boleh memilih pembelajaran tradisional atau pembelajaran dalam kampus. Pelajar lebih menghargai kesesuaian pembelajaran atas talian kerana mengikut pengurusan masa mereka dan lebih menyukai kebebasan dalam menyiapkan tugasan bila-bila masa dan di mana sahaja. Contoh yang bermakna mempunyai hubungan yang penting antara pelajar dengan kandungan kursus. Pelajar-pelajar lebih memahami isi dan kandungan kursus dengan contoh-contoh yang tepat dan relevan. Tidak seperti pembelajaran tradisional, pembelajaran atas talian tidak membolehkan pelajar bertanya secara terus dengan pengajar berkenaan konsep-konsep yang rumit. Ini boleh menyebabkan timbulnya kekecewaan dan mengurangkan motivasi pelajar untuk belajar. Oleh kerana itulah, pengajar perlu membantu pelajar membina kefahaman antara konsep yang di ajar dan pengalaman mereka dengan memberikan contoh yang jelas dan bermakna. Dapatan seterusnya ialah guru atau pengajar yang berkesan dapat menyampaikan kursus yang bernilai kepada para pelajar. Bagi pelajar, pengajar yang berkesan adalah yang mengharapkan hasil kerja yang berkualiti tinggi daripada pelajar mereka. Walaubagaimanapun, bagi persekitaran pembelajaran atas talian, guru atau pengajar yang memberi kurang kerja kepada pelajar, sedikit cabaran, tetapi gred yang tinggi mendapat penilaian yang tinggi daripada pelajar.
3.4
Menguasai Kemahiran ICT Kesemua fungsi ini amat penting dan berguna kepada pengguna maklumat untuk
memenuhi keperluan, kehendak dan kerenah mereka. Pada hari ini, sumber maklumat yang cepat, tepat dan berterusan merupakan pemangkin kepada kejayaan semua aspek kehidupan, Oleh itu, ternyatalah ICT telah menjadi sebahagian daripada perkakasan penting dalam setiap aspek rutin kehidupan kita. Justeru itu, penguasaan dan penggunaan ICT sentiasa menjadi tunggak -utama kepada sesebuah masyarakat agar dapat terus berdaya saing dan berdaya maju dalam semua aspek kehidupan. 3.5 Motivasi diri Dalam usaha untuk meningkatkan kepuasan sebagai satu cara untuk memberi motivasi kepada pelajar dalam talian, ganjaran seperti sijil siap, pujian, dan promosi perlu diberikan kepada pelajar. Dengan menyediakan peluang untuk menggunakan pengetahuan baru yang diperolehi ke dalam situasi sebenar, pelajar dapat merasakan bahawa kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi daripada kursus ini adalah berguna dan memuaskan dan dengan itu mereka boleh didorong untuk bertahan dalam kursus ini. Kaitan boleh dicapai dengan mereka bentuk kursus yang mengandungi bahan-bahan pembelajaran dan kes-kes yang berkaitan rapat dengan kepentingan pelajar, pengalaman, matlamat, dan sebagainya. Keller (1987) mencadangkan bahawa relevan boleh ditubuhkan dengan menggunakan pengalaman, membenarkan mereka untuk memilih kaedah pembelajaran dan strategi, dan memenuhi pelajar pelajar harapan dan matlamat. Pelajar dalam talian dengan mudah boleh hilang motivasi kecuali kursus ini direka untuk merangsang penyertaan aktif dan interaksi dan memenuhi harapan mereka. Oleh itu, kursus dalam talian perlu direka dalam cara untuk menjamin kepuasan hati dan sentiasa relevan untuk pelajar mengikut keperluan masing-masing.
4.0
Penutup Peningkatan ilmu dan kemahiran dipandang perlu bagi membolehkan seseorang itu terus menempah tempat di dalam era globalisasi dan masyarakat ilmu. Tanpa perkembangan kemahiran yang sejajar dengan perkembangan semasa, Malaysia sudah pasti akan ketinggalan dalam melahirkan pekerja berpengetahuan yang amat diperlukan dalam saingan yang kian sengit di era dunia tanpa sempadan. Dalam hal ini, pembelajaran seumur hidup sering dicanang sebagai satu langkah positif yang akan mengisi keperluan tersebut. Sementelah itu, banyak institusi dan organisasi yang mengisytihar iltizam ke arah pembelajaran seumur hidup di dalam pernyataan misi dan piagam pelanggan masing-masing. Organisasi kini lebih sesuai digelar organisasi pembelajaran yang mana peningkatan kemahiran diberi keutamaan berlangsung sepanjang masa.