You are on page 1of 12

PENGENALAN KAUNSELING

Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.

Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.

Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya. kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu.

Krumboltz (George & Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesian kepada masalah klien.

Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kunseling, dipetik tiga definisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan James (1982). Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses

pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.

Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.

PETA MINDA KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

Kemahiran Menyoal Kemahiran Mendengar Kemahiran Membalas

Kemahiran Berkomunikasi KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

Kemahiran Menghadapi Kesenyapan

Kemahiran Melakukan Dorongan Minima

Kemahiran Membuat Interpretasi

Kemahiran Membina Perhubungan

Kemahiran Membuat Refleksi

Kemahiran Mendengar
Matlamat utama mendengar adalah mendengar secara aktif dan reflektif. Menjadi pendengar yang aktif dan reflektif tidak bermakna hanya mengangguk dengan apa yang dikatakan penutur

Pernyataan masalah : Azimah menemui guru kelas untuk mendaptkan nasihat berhubung keputusan emaknya untuk tidak membenarkan dia pergi ke sekolah berasrama penuh. Dia berhajat untuk tetap ke sana tanpa menghirakan keputusan ibunya.

Guru : Tadi kamu ada menyatakan kamu sayang dengan emak kamu? Betul.. Azimah : Iya.. saya ada cakap begitu tadi.

Mendengar adalah berkait rapat dengan memberi perhatian. Brammer (1973) merumuskan : tanpa perhatian, mendengar sahaja tidak akan membawa kepada kefahaman, maka komunikasi tidak wujud.

Menurut teori Humanistik semasa sesi kaunseling, kaunselor hanya akan mendengar secara aktif serta memberi dorongan yang wajara sepanjang sesi kaunseling.

Proses mendengar melibatkan seluruh deria yang terdapat pada diri kaunselor. Telinga digunakan untuk mendengar apa yang diperkatakan. Mata untuk melihat bagaimana gerka laku semasa perkataan atau ayat dituturkan. Hidung juga turut menghidu bau-bauan yang ada di sekeliling.

Kemahiran Membalas

Secara umumnya kemahiran membalas terdiri daripada sub kemahiran iaitu kemahiran penstrukturan, dorongan minima dan kemhiran mendengar

Dengan membalas kata-kata manusia dapat mewujudkan hubungan yang baik antara satu sama lain.

Tujuan utama seseorang bertindak balas ke atas katakata orang lain adalah untuk menggalakkan penglibatan masingmasing di dalam perbualan itu

Menurt Teori Pemusatan Perorangan : Carl Rogers percaya bahawa terapi pemusatanperorangan adalah terletak di atas asas teori yang lebih kukuh berbanding dengan terapi yang lain kerana hubungannya yang rapat dengan teori personaliti yang telah terbina dengan baik.

Penyataan masalah : Ana merupakan seorang anak kepada penagih dadah. Hidup Ana selalu dicemuh oleh masyarakat setempat dan Ana berasa amat tertekan. Ana tidak ada sesiapa yang ingin mendekati dan menolongnya. Dia telah pergi menemui guru untuk mengatasi tekanan yang di alaminya. Contoh : Ana : Saya nak bincang masalah keluarga saya Guru : Hmmm.. silakan. Ana : Saya tidak tahu apa yang berlaku dalam hidup saya. Guru : (angguk)

Kemahiran Berkomunikasi

mengelakkan daripada menggunakan perkataanperkataan yang sukar difahami oleh klien Kaunselor patut menggunakan ayatayat yang biasa dan bukannya dari bukubuku akademik

menggunakan perkataan yang mudah supaya klien tidak berasa rendah diri apabila berhadapan dengan kaunselor

Kemahiran Komunikasi
Komunikasi bukan lisan pula melibatkan gerak badan, kontak mata dan postur badan kaunselor. Lima cara utama dalam menghantar komunikasi ;
Mesej lisan Mesej vokal Mesej badan Mesej sentuhan

Mesej yang berbentuk aksi

Kemahiran Konfrontasi Kemahiran Konfrontasi

Konfrontasi adalah kata-kata yang boleh mencabar perasaan, pandangan dan juga tingkah laku tanpa lisan mereka. Konfrontasi teknik yang digunakan oleh kaunselor bagi mengetahui dengan lebih mendalam ruang dalaman klien. Teknik ini perlu digunakan dalam situasi yang sesuai supaya tidak menyebabkan klien berdiam diri.

Kemahiran ini hanya dilaksanakan selepas terbentuknya hubungan yang baik antar klien dengan kaunselor. Kaunselor perlu menggunakan nada suara yang lembut, yang mengambil unsur-unsur mengambil berat supaya mesej yang disampaikan tidak disalahtafsirkan. Ini merupakan kemahiran untuk menunjukkan kepada klien yang huraian tentang dirinya atau satu-satu situasi adalah berbeza dengan pandangan kaunselor. Konfrontasi digunakan apabila klien tidak mahu mengaku sesuatu, tidak mahu bertindak atau tidak melihat dari suatu sudut yang berlainan

Teori Rasional Emotif Terapi : Menurut Albert Ellis, individu-individu mempunyai keupayaan bertindak sama ada dalam bentuk rasional mahupun tidak rasional. Tingkah laku rasional ialah dilihat sebagai keberkesanan dan kemungkinan produktif, manakal tingkah laku yang tidak rasional pula hasilnya dalam keadaan tidak gembira dan menghasilkan 'output'. Penyataan masalah : Muhammad memberitahu rakan dan guru bahawa beliau tidak mahu mengikuti rombongan ke Negeri Sembilan. Namun begitu di sudut hatinya dia sangat beringinan untuk mengikuti rombongan tersebut. Pada hakikatnya ibu bapa Zakir tidak membenarkan kepergiannya kerana kesuntukkan wang, demi egonya beliau menyatakan kepada rakan dan guru bahawa beliau langsung tidak berminat untuk mengikuti rombongan tersebut.Jadi secara diam-diam, dia sering berjumpa kaunselor untuk mengetahui perkembangan lanjut tentang rombongan tersebut. Zakir : Bilakah rombongan ke Negeri Sembilan itu akan bertolak? Guru : Awak telah menyatakan beberapa kali awak tidak meminati rombongan tersebut, tetapi awak kerap bertanyakan saya soal itu.

Kemahiran Refleksi

Refleksi merujuk kepada satu usaha memahami klien dari persepsi dirinya sendiri, Ibrahim Ahmad (2002). Kemahiran refleksi ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu refleksi isi, refleksi perasaan dan refleksi pengalaman. Refleksi sesuai dibuat oleh kaunselor apabila klien menunjukkan perubahan tertentu, antaranya ialah menangis, tidak mahu bercakap, marah, ketawa dan agresif atau gelisah.

Tindakan kaunselor semasa membuat refleksi :

Pernyataan masalah : Suraj berasa gembira kerana guru disiplin sekolahnya telah berpindah ke sekolah lain. Dia tidak perlu lagi berjumpa dan dileteri oleh guru disiplin tersebut setiap kali dia melakukan kesalahan. Kesan daripada itu, dia merasa tidak gentar untuk melakukan kesalahan disiplin lain. Lalu guru kelasnya mengambil langkah menasihatinya. Suraj : Saya rasa amat gembira apabila guru disiplin telah dipindahkan ke sekolah lain. Guru : Awak lega sebab tidak perlu mendengar leteran lagi.

Sigmun Freud : Mengikut fahaman psikoanalisis, seorang individu itu berada dalam kecelaruan mental kerana tidak berlakunya perimbangan id,ego dan superego dalam dirinya.Selain dari itu kaunselor juga boleh merefleksi sekiranya percakapan dan perasaan klien yang dapat dilihat bercanggah. Bukan itu sahaja, kaunselor juga boleh menggunakan kaedah merefleksi ini sebagai pengukuhan apa yang diluahkan oleh klien.

- Jangan membuat refleksi terlalu panjang

Jangan menggunakan perkataan yang sama berulang-ulang

- Tidak membuat refleksi kepada setiap kenyatan yang disampaikan oleh klien.

2. Bincangkan bagaimana anda sebagai guru biasa boleh menggunakan kemahiran asas kaunseling dalam mengenal pasti masalah dan tingkah laku pelajar.

Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip kaunseling yang dilakukan oleh kaunselor terlatih bagi

menghasilkan perubahan perasaan, pemikiran dan tingkahlaku yang positif untuk perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, berlandaskan moral etika kaunseling. Kemahiran kaunseling ini bukan perlu dikuasai oleh guru kaunseling sahaja ia juga perlu dimiliki oleh seorang guru biasa bagi melaksanakan aktiviti bimbingan semasa di sekolah. Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang guru menolong murid untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Melalui sesi kaunseling yang dijalankan oleh guru, diharapkan murid dapat belajar mengendalikan hidupnya sendiri daripada pengalaman dalam proses dan perhubungan kaunseling. Dalam proses kaunseling, murid atau klien belajar tetapi guru atau kaunselor tidak mengajar. Fungsi guru pada masa itu adalah sebagai pemandu yang pada mulanya diperlukan untuk menunjuk jalan dan menemani murid dalam perjalanannya, memahami diri dan situasinya serta mengenal pasti keperluannya. Setelah tujuan ini tercapai, barulah fungsi dan peranan kaunselor/guru tercapai dengan sempurnanya. Semakin berkurangan sehingga sampai klien/murid tidak lagi memerlukannya kerana dia sudah dapat meneruskan perjalanannya sendiri tanpa bantuan daripada kaunselor/guru lagi. Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini, murid dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan antara kaunselor/guru dengan klien/murid atas dasar bahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan klien/murid berubah.

Antara cara guru biasa boleh menggunakan kemahiran asas kaunseling dalam mengenal pasti masalah dan tingkah laku pelajar ialah dengan menggunakan kemahiran asas melayan dan mendengar. Guru biasa boleh menggunakan keadah ini kerana keadah ini amat mudah dan selamat dijalankan. Keadah ini juga tidak memerlukan kemahiran yang tinggi. Contoh situasi yang mungkin berlaku setiap tahun di sekolah adalah : Azimah menemui guru kelas untuk mendapatkan nasihat berhubung keputusan emaknya untuk tidak membenarkan dia pergi ke sekolah berasrama penuh. Dia berhajat untuk tetap ke sana tanpa menghirakan keputusan ibunya. Guru biasa, biasanya berhadapan dengan situasi sebegini. Guru boleh menggunakan soalan tertutup dan terbuka semasa Guru juga boleh bertanyakan pelajar tentang

mendengar masalah dari pelajar.

perasaan mereka terhadap masalah yang mereka hadapi. Ini bertujuan untuk menceminkan perasaan sebalik apa yang diceritakan oleh kanak-kanak. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan penerokaan kanak-kanak. Guru hendaklah membuka minda pelajar dengan bertanyakan soalan-soalan terbuka, ini akan menyebabkan pelajar dpat memikirkan apa yang akan meraka dapat lakukan seterusnya. Maka dengan itu para guru biasa perlu mempersiapkan diri dengan kesemua kemahiran asas kaunseling. Kemahiran asas kaunseling ini diperlukan sebagai strategi untuk menambat hati klien/murid supaya kaunselor/guru dapat terus membantunya. Kemahiran yang baik dan sesuai perlu diikuti oleh tingkahlaku dan personaliti guru yang juga sempurna bagi memantapkan kejayaan sesuatu proses.

4.0 REFLEKSI Refleksi Ahmad Najibullah Bin Che Mohd Pelaksanaan Kerja Kursus Pendek (KKP) EDU 3107 semasa praktikum ketiga semester ini banyak memberikan input yang sangat berguna untuk saya aplikasikan di dalam kelas pada masa akan datang.Soalan tugasan memerlukan saya dan rakan sepasangan saya mencari bahan-bahan bacaan dan kenal pasti kemahiran asas kaunseling yang perlu dimiliki oleh seseorang guru bimbingan dengan menggunakan peta minda. Selain itu, secara berkumpulan kami perlu membincangkan peranan guru biasa boleh menggunakan kemahiran asas kaunseling dalam mengenal pasti masalah dan tingkah laku pelajar. Sebelum membuat tugasan ini juga, saya dan rakan bertungkuslumus mencari bahan di perpustakaan dan melayari internet. Saya juga berasa bimbang kerana mempunyai kekangan untuk bahan mendapatkan rujukan disebabkan bahan rujukan yang tidak mencukupi di perpustakaan dan sekolah. Guru bimbingan dan kaunseling SK Pedas juga banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan pada kali ini. Sebelum mengikuti program EDU 3107, saya kurang mempunyai pengetahuan mengenai kaunseling. Ini mungkin disebabkan guru kaunseling kurang terkenal semasa saya di sekolah dahulu. Melalui tugasan ini saya telah memperolehi banyak input yang berguna

berkaitan kemahiran asas kaunseling. Kaunselor yang ingin memberikan perkhidmatan kaunseling yang baik perlu menguasai serta menggaplikasikan beberapa kemahirankemahiran asas kaunseling. Kecekapan menguasai kemahiran-kemahiran ini sangat berguna ketika berhadapan dengan klien yang berada dalam ketidakseimbangan emosi dan psikologi. Antara kemahiran yang asas dalam membantu adalah kemahiran membina perhubungan, kemahiran membalas, kemahiran menyoal, kemahiran parafrasa, kemahiran mendengar, kemahiran melakukan dorongan minima, dan kemahiran konfrontasi. Selain itu juga, input yang saya dapat ialah saya dapat mengetahui peranan yang boleh dimainkan oleh guru biasa untuk mengenal pasti masalah pelajar.

Kesimpulannya, tugasan seperti wajar di teruskan pada masa akan dating kerana ia membawa lebih banyak manfaat dan kebaikan kepada guru pelatih.

You might also like