You are on page 1of 78

PERMUAFAKATAN KOMUNITI DAN SEKOLAH

PPISMP KG-BM AMBILAN JULAI 2007

Konsep, Rasional dan Kepentingan Masyarakat, Komuniti, Sekolah dalam Sistem Sosial

Komuniti boleh dirujuk sebagai sebuah

masyarakat kecil yang ditempatkan dalam sesuatu kawasan tertentu dan ditadbirkan oleh kerajaan tempatan, biasanya dikenali sebagai
Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran.

Ciri-ciri sistem sosial komuniti


1. Ia terdiri daripada sekumpulan manusia.
2. Semua ahlinya berinteraksi dalam kawasan

yang sama. 3. Anggota2 menjalankan aktiviti2 mengikut fungsi khusus masing2 tetapi saling berkait antara satu sama lain. 4. Aktiviti2 komuniti diaturkan mengikut sesuatu kebudayaan dan sistem sosial.

5. Setiap anggota menganggap diri sebagai sebahagian daripada komunitinya. 6. Setiap ahlinya bertindak dengan cara bersatu padu dan teratur mengikut sistem sosial yang telah dipersetujui.

Konsep Sekolah Sebagai Masyarakat Kecil


Sekolah mempunyai ciri2 komuniti seperti berikut: 1. Sekolah terdiri daripada sesuatu kumpulan manusia, iaitu Guru Besar atau Pengetua, guru, kakitangan dan murid2. 2. Semua anggotanya berinteraksi dalam kawasan sekolah yang sama. 3. Guru Besar atau Pengetua, guru, kakitangan dan murid2 menjalankan tugas masing2 mengikut peranan2 yang ditetapkan dan saling berkaitan.

3. Guru Besar atau Pengetua, guru, kakitangan dan murid2 menjalankan tugas masing2 mengikut peranan2 yang ditetapkan dan saling berkaitan. 4. Aktiviti2 anggota sekolah diaturkan mengikut budaya dan peraturan2 sekolah. 5. Setiap anggota sekolah bertindak dengan cara bersatu padu dan teratur, mengikut sistem sosial yang telah dipersetujui.

Konsep Sekolah Sebagai Satu Sistem Sosial


Pada lazimnya, terdapat lima institusi asas

ditubuhkan dalam sebuah masyarakat yang kompleks, iaitu institusi keluarga, politik, agama, ekonomi dan masyarakat. Sekolah ialah satu institusi pendidikan yang ditubuhkan untuk memenuhi keperluan masyarakat supaya membolehkan mereka menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk kemajuan dan perkembangan diri dan masyarakat.

Manakala, institusi boleh didefinisikan sebagai sesuatu sistem perhubungan sosial manusia yang teratur, mengandungi nilai2 dan

peraturan2 yang diterima oleh ahli2 untuk memenuhi keperluan asas masyarakat.

Ciri-ciri sistem sosial institusi


Ciri-ciri institusi : 1. Mempunyai matlamat dan objektifnya. 2. Mempunyai kod tingkah laku dan peraturan untuk dipatuhi oleh anggota-anggotanya. 3. Mempunyai autoriti untuk melaksanakan berbagai2 fungsi. 4. Mempunyai cara2 pehubungan dan bertindak dengan asosiasinya.

Dalam masyarakat moden, sekolah telah

menjadi institusi pendidikan yang penting dan utama. sekolah adalah tempat penyebaran ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai2 yang diperlukan untuk dimiliki setiap anggota masin-masing.

Dalam sesuatu institusi yang komlpeks, misalnya sekolah di Malaysia masa kini., biasanya mengandungi beberapa asosiasi

atau persatuan seperti Lembaga Pengurus Sekolah, PIBG, Persatuan Murid Tua, Lembaga Pengawas, Kelab dan Persatuan, Badan Unit Beruniform, Kelab Sukan dan Permainan, dan sebagainya. Asosiasi2 ini memainkan peranan mereka masing2 untuk kemajuan dan perkembangan sekolah mereka.

Fungsi dan Peranan Sekolah Dalam Sistem Sosial

Fungsi
Fungsi utama sekolah ialah

memberi pendidikan dan latihan.

Pendidikan
Dianggap sebagai proses membentuk

seorang manusia yang sanggup berfikir kritikal dan mempunyai daya kreatif.

Latihan
Latihan bertujuan untuk memberi

kemahiran teknikal dan kegiatan

psikomotor

Peranan Sekolah
Untuk memberi peluang kepada manusia,

khasnya kepada generasi muda, untuk menguasai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk melanjutkan perkembangan masyarakat.

Sebagai institusi masyarakat juga

mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku murid-murid mengikut arah aliran dan kehendak masyarakat.

Berperanan dalam mengekalkan corak

kehidupan dan kebudayaan yang dianggap baik. Untuk menanamkan sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna, mematuhi peraturan masyarakat.

Sebagai agen memodenisasikan masyarakat

dalam semua bidang perkembangan dan kemajuannya. Sekolah perlu mementingkan nilai kemasyarakatan dan perkembangan sifat perseorangan murid serta membawanya pembaruan semasa.

Suasana persekolahan mesti

menggembirakan dan menyenangkan agar para pelajar berasa senang dan riang dan seterusnya bersedia menerima segala tunjuk ajar daripada guru.

Hubungan Timbal Balik antara Sekolah dan Komuniti

Hubungan sekolah dan Komuniti

Definisi Komuniti
Masyarakat kecil atau komuniti adalah

terdiri daripada sekumpulan manusia yang hidup bersama dalam sesuatu tempat mengikut peraturan-peraturan dan caracara tertentu. Corak dan kedudukan masyarakat manusia bukan statik tetapi dinamik dan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman.

Masyarakat manusia adalah ditubuhkan

oleh manusia sendiri untuk hidup bersama dan dikembangkan melalui pengubahsuaian dari generasi ke generasi yang berupaya menghadapi cabaran hidup yang kian bertambah

Pendidikan
Adalah sebuah proses dan aktiviti yang

bertujuan membawa perubahan kepada seorang individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat.

Sekolah
Sebuah institusi pendidikan yang

ditubuhkan oleh masyarakat. Merupakan salah sebuah komuniti dalam masyarakat. Maka, perhubungan sekolah dengan komuniti adalah begitu erat, malah saling berinteraksi dan saling mempengaruhi di antara mereka masing-masing.

Sekolah dipertanggungjawabkan untuk

memberi pendidikan dan menghasilkan perubahan positif ke atas pelajar. Sekolah juga merupakan pengaruh yang utama sebagai satu aspek alam sekeliling yang mendatangkan kesan di dalam pembentukan sahsiah pelajarnya. Pengaruh sekolah melandaskan kebudayaan masyarakat yang merangkumi agama, kepercayaan, norma, nilai, sikap, aspirasi, ilmu pengetahuan dan warisan kebijaksanaan.

Memberi pendidikan dalam aspek

mengekalkan kebudayaan tradisi yang bersesuaian dengan kemajuan dan pembangunan tetapi juga menyediakan ahliahli masyarakat untuk menghadapi dan menerima proses pembaharuan. Pada masa kini, masyarakat perindustrian yang maju dalam teknologi sedang mengalami perubahan sosial yang pesat.

Sekolah juga berperanan sebagai agen

memodenisasikan masyarakat dalam semua bidang perkembangan dan kemajuan. Di Malaysia, sekolah ditubuhkan bertujuan memenuhi keperluan-keperluan masyarakat dan negara. Tanggungjawab sekolah terhadap masyarakat adalah melahirkan pelajarpelajar mengikut keperluan-keperluan yang telah dinyatakan dalam Matlamat Pendidikan Negara.

Prestasi persekolahan murid-murid bukan

sahaja bergantung kepada preatasi sekolahnya tetapi juga banyak dipengaruhi oleh cara hidup pelajar-pelajar sendiri. Kegiatan-kegiatan pertubuhan di dalam masyarakat atau komuniti juga memainkan peranan penting sebagai pangaruh sosial yang berkesan terhadap pencapaian persekolahan pelajar-pelajar yang berkenaan.

Kerjasama di antara sekolah


Kerjasama di antara sekolah bukan sahaja

dapat meningkatkan prestasi sekolah masing-masing, tetapi juga dapat memberi peluang interaksi pelajar-pelajar di antara sekolah, demi memupuk kesefahaman, toleransi, persahabatan, dan perpaduan, khasnya bagi pelajarpelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Di antara bidang aktiviti-aktiviti yang boleh memupuk dan meningkatkan semangat kerjasama yang akan membawa manfaat kepada sekolah-sekolah yang terlibat ialah :
1. Perjumpaan secara formal/informal di antara Guru Besar/pengetua untuk bertukar pendapatpendapat tentang pengurusan sekolah. 2. Perjumpaan secara formal/informal di antara guru-guru untuk bertukar pendapat-pendapat tentang aktiviti pengajaran-pembelajaran,

pengurusan bilik darjah ataupun aktiviti kokurikulum.

3. Bekerjasama menggubal soalan-soalan

peperiksaan, ataupun menjalankan kajian dan projek yang melibatkan aktiviti pendidikan sekolah. 4. Bekerjasama pertukaran pakar guru untuk latihan dan bimbingan, khasnya dalam bidang kokurikulum.

5. Bekerjasama dalam penggunaan kemudahan-kemudahan sekolah seperti padang, dewan, bilik kuliah, pusat sumber, alat-alat bantu mengajar dan sebagainya untuk aktiviti-aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing ataupun bersama-sama.

Di Malaysia, kerjasama di antara sekolah-

sekolah adalah lebih diutamakan untuk memupuk kesefahaman dan perpaduan di antara anggota-anggota yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Maka, di samping meningkatkan

kerjasama dalam bidang aktiviti kurikulum dan kokurikulum di antara sekolah-sekolah daerah, negeri dan negara, konsep Sekolah Wawasan pula diperkenalkan baru-baru ini untuk meningkatkan dan mempercepatkan proses pencapaian perpaduan dalam kalangan anggota sekolah-sekolah, khasnya murid-murid dari Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina&Tamil).

Hubungan Sosialisasi Keluarga dengan Sekolah

Cara hidup kanak-kanak di rumah dan

persekitaran tempat tinggal mereka merupakan pengaruh sosial yang menentukan pencapaian persekolahan mereka. Kanak-kanak yang diasuh dengan baik dan mendapat perhatian daripada ibubapa akan mendapat pencapaian yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang kurang mendapat perhatian dan sokongan.

Ibu bapa merupakan pengaruh sosial yang

besar terhadap pencapaian persekolahan anak-anak mereka.


Aspirasi dan harapan ibu bapa terhadap

masa depan anak-anak memainkan peranan penting dalam mendorong anakanak berusaha lebih tinggi lagi untuk mencapai prestasi yang baik di sekolah.

Mereka sentiasa dibekalkan dengan

pelbagai kemudahan seperti buku-buku rujukan, guru tuition dan sebagainya yang boleh menbantu anak-anak mencapai persekolahan akademik yang tinggi. Mutu dan kualiti kemudahan-kemudahan pendidikan yang dibekalkan oleh ibu bapa memangnya banyak bergantung kepada taraf sosioekonomi ibu bapanya.

Mereka juga menghadapi masalah

kekurangan makanan yang berzat yang diperlukan untuka kesihatan badan serta kecerdasan otaknya.
Murid-murid daripada keluarga miskin

agak sukar untuk bersaing dengan muridmurid daripada keluarga yang berpendapatan tinggi dalam pencapaian sekolah.

Perhubungan Keluarga dengan Sekolah


Perhubungan keluarga dengan sekolah

biasanya dapat ditinjau daripada perbandingan aspek aspirasi, nilai dan sikap di antara keluarga dengan sekolah.
Jika aspek aspirasi, nilai ataupun sikap ibu

bapa yang bertentang dengan pihak sekolah merupakan kurang erat dan mungkin berkonflik secara terbuka.

Dalam situasi ini, sosialisasi kanak-

kanak dalam rumah keluarga tidak lagi menjadi aset, bukan sahaja bagi kanak-kanak yang belajar di sekolah, tetapi juga akan membawa masalah yang rumit kepada pihak sekolah.

Masalah disiplin banyak berlaku

kerana murid-murid mewarisi aspirasi nilai dan sikap ibu bapa yang bertentang dengan pihak sekolah.

Peranan guru sebagai agen sosialisasi


Fungsi utama sekolah ialah
Memberi pendidikan dan latihan

Pendidikan dianggap sebagai proses

membentuk seorang manusia yang sanggup berfikir kritis dan mempunyai daya kreatif. Latihan bertujuan memberi kemahiran teknikal dan kegiatan psikomotor.

Peranan sekolah ialah untuk memberi peluang kepada manusia, khasnya generasi muda untuk menguasai pelbagai-bagai ilmu

pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk penyesuaian diri dalam perkembangan masyarakat dan kehidupan harian. Sekolah sebagai suatu institusi masyarakat mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku murid-murid mengikut nilai, normah dan kehendak masyarakat.

Sekolah yang berorganisasi itu memainkan

peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggap baik dalam masyarakat sosial. Sekolah secara wajarnya mengajar kebudayaan kebangsaan seperti mencintai dan meluhurkan bendera negara, lagu kebangsaan dan bahasa kebangsaan. Guru bukan sahaja hanya menyampai ilmu pengetahuan tetapi juga menanam sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna dan mematuhi peraturan masyarakat.

Pada masa kini, masyarakat perindustrian

yang maju dalam bidang teknologi sedang mengalami perubahan sosial yang pesat. Oleh itu, guru di sekolah memainkan peranan sebagai agen sosialisasi dengan membawa perkembangan kualiti sosial murid mengikut arus perkembangan masa kini.

Peranan guru sebagai agen sosialisasi adalah

seperti berikut;
Sebagai penyebar ilmu kemasyarakatan
Sebagai pembentuk sahsiah dengan normah dan

nilai masyarakat. Sebagai pembentuk masyarakat penyayang. Sebagai role model untuk dicontohi dalam masyarakat. Sebagai penghunbung diantara guru, ibubapa, pegawai kerajaan dan masyarakat. Sebagai penyumbang kepada masyarakat.

Fungsi PIBG dalam sekolah


Satu pertubuhan di dalam sekolah yang boleh memainkan peranan besar dalam meningkatkan pencapaian persekolahan

murid-murid mereka. Pertubuhan PIBG di peringkat sekolah rendah dan menengah adalah hasil pelaksanaan syor-syor berlandaskan Laporan Aziz yang diumumkan pada tahun 1971.

Fungsi PIBG
Menjaga dan melindungi kebajikan pelajarpelajar dan guru-guru, disamping memberi sumbangan untuk perkembangan sekolah. Dapat diperlihatkan daripada kegiatankegiatan sosial, akademik dan kebajikan yang diusahakan mengikut garis panduan

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kegiatan-kegiatan sosial meliputi; Pungutan derma ibubapa, orang kenamaan, syarikat dan firma untuk menjadi sumber kewangan persatuan dan sebagai pembiayaan projek sekolah. Menganjur kursus motivasi untuk pelajar sekolah
mewujudkan kesedaran mereka demi

meningkatkan keyakinan kendiri ke arah kejayaan cemerlang

Memberi sumbangan dalam bentuk

peralatan seperti mesin fotostat, komputer, hadiah-hadiah untuk pertandingan sekolah dsb. Menganjurkan hari terbuka
memberi peluang ibubapa datang ke sekolah

untuk mengadakan perbincangan dengan guru tentang kemajuan dan masalah anak-anak demi mencapai permuafakatan dan kerjasama untuk membantu pelajar yang menghadapi masalah.

Menganjur lawatan sambil belajar.


Menambahkan ilmu pengetahuan dan

pengalaman secara lansung untuk pelajar-pelajar sekolah.

Menganjur jamuan makanan untuk guru-guru

dalam hari guru dan memberi sumbangan kewangan untuk jamuan-jamuan lain yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Menganjur projek gotong-royong untuk mengerat hubungan para ibubapa, pelajarpelajar dan guru-guru di sekolah.

Di bawah bidang akademik, PIBG boleh menjalankan aktiviti-aktiviti seperti berikut; 1. Menderma buku-buku ilmiah untuk pelajar dan guru sebagai rujukan tambahan di perpustakaan sekolah. 2. Menganjur kelas tambahan untuk membantu pelajar yang kurang cerdas.
Mengukuhkan kemahiran dan ilmu pengetahuan

demi meningkatkan prestasi dan pencapaian murid dalam peperiksaan sekolah dan peperiksaan awam.

3. Menjemput pensyarah, pakar guru dan pemeriksa kertas jawapan untuk menyampaikan ceramah berkaitan dengan kemahiran menjawab soalan-soalan peperiksaan awam.
Membantu pelajar-pelajar memupuk keyakinan

dan memperolehi keputusan yang cemerlang.

4. Menganjur kelas pemulihan bagi pelajarpelajar yang lemah dalam bidang pembelajaran tertentu.

Di bawah bidang kebajikan, diantara aktiviti PIBG yang diusahakan ialah; Membantu pelajar-pelajar yang miskin membayar peperiksaan awam.
Menderma buku-buku latihan, kasut, pakaian

sekolah dan menganjur projek pemakanan untuk pelajar yang miskin. Menderma untuk pelajar-pelajar atau keluarganya yang ditimpa kemalangan.

Membaiki tempat bekerja guru supaya menjadikannya kemas, bersih dan selesa.
Membaiki kemudahan-kemudahan dan

menghiasi kawasan sekolah.


Meningkatkan iklim persekolahan yang lebih

kondusif untuk aktiviti pengajaran pembelajaran dan interaksi sosial.

Kerjasama di antara Sekolah dan Masyarakat.


Sekolah ialah institusi pendidikan yang ditubuhkan berlandaskan kehendak masyarakat. Perkembangan dan kemajuan masyarakat bergantung kepada sumbangan sekolah yang ditubuhkan. Sekolah dan masyarakat saling bergantung dan sering bekerjasama untuk perkembangan dan kemajuan sesama.

Sekolah boleh memberi perkhidmatan untuk masyarakat atau komuniti melalui perkhidmatan pasukan-pasukan pakaian

seragam, termasuk tenaga guru yang boleh disumbangkan untuk membantu masyarakat apabila menganjur aktiviti perayaan dan kebudayaan dari semasa ke semasa.

Kemudahan-kemudahan sekolah seperti dewan padang dan gelanggang boleh dipinjam untuk kegiatan-kegiatan yang

dianjurkan oleh pertubuhan-pertubuhan masyarakat. Masyarakat dan komuniti boleh bekerjasama dengan sekolah seperti menyalurkan derma dan bantuan untuk projek dan pembangunan sekolah, membekalkan kemudahankemudahan awam seperti dewan, stadium dsb untuk digunakan sekolah.

Kilang-kilang, stesyen radio dan tv, kem-kem

latihan serta pusat kajian dan penyelidikan boleh dibuka untuk lawatan sambil belajar daripada pelajar-pelajar sekolah. Kemudahan-kemudahan sosial seperti kelas tadika, kelab bimbingan dan perpustakaan awam akan memberi peluang kepada pelajar sebagai pendedahan yang lebih luas serta berkesan dalam bidang pendidikan mereka.

Kerjasama Antara Sekolah Dengan Masyarakat


Sekolah juga satu institusi masyarakat juga

mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku murid-murid mengikut aliran dan kehendak masyarakat. Justeru itu, persekolahan yang berorganisasi memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan budaya ilmu yang dianggap sesuai.

Nilai-nilai budaya masyarakat ini, adalah

penting kerana ia menentukan kandungan normanya.


Malaysia meletakkan nilai tinggi terhadap

usaha melahirkan rakyat yang berakhlak mulia, dan berilmu pengetahuan.

Sekolah merupakan tempat yang

mengekalkan dan menyebarkan budaya masyarakat menerusi pemupukan budaya ilmu di kalangan pelajar. Kejayaan memupuk budaya ilmu dapat diperlihatkan daripada situasi-situasi berikut :a) kewujudan satu keadaan yang mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri, secara langsung atau tidak langsung, dalam kegiatan keilmuan.

b) Ilmu dianggap sebagai keutamaan tertinggi dalam sistem nilai peribadi dan masyarakat. c) kewujudan keadaan di mana segala tindakan manusia pada peringkat individu dan masyarakat dilakukan atas landasan keilmuan melalui kajian atau syurah.

d)kewujudan keadaan usaha manusia menggunakan ilmu untuk meningkatkan kualiti hidup serta membawa kemakmuran, kesejahteraan, dan kebahagiaan untuk keluarga, masyarakat, dan negara. e) kewujudan keadaan segala lapisan masyarakat menggunakan ilmu untuk memperjuangkan kebenaran dan keadilan, menolak kejahilan, dan kepalsuan.

Di antara tanggungjawab guru sebagai

agen sosialisasi dan penyebar budaya ilmu:a) mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, atau negara, ataupun yang bertentangan dengan rukun negara.

b)

memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan, dan agama.

c) menghormati masyarakat sebagai tempat berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. d) menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dan ibu bapa institusi pendidikan dalam masyarakat. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiaan masyarakat.

KESIMPULAN

Kerjasama di antara sekolah dengan

masyarakat atau sebaliknya amat penting untuk perkembangan da kemajuan kedua-duanya. Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan membawa perubahan kepada seseorang individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat. Sekolah dipertanggungjawabkan memberi pendidikan dan menghasilkan perubahan positif ke atas pelajar.

Sekolah juga merupakan pengaruh utama

sebagai satu aspek alam sekeliling yang mendatangkan kesan di dalam pembentukan sahsiah pelajarnya. Justeru itu, pendidikan di sekolah tidak memadai lagi dengan penyampaian pengetahuan, dan cara hidup tradisi. Sekolah juga menyediakan ahli-ahli masyarakat untuk menghadapi dan menerima pembaharuan.

Sekolah juga memainkan peranan sebagai

agen memodenisasikan masyarakat dalam semua bidang perkembangan dan kemajuan. Ini bermakna pendidikan di sekolah perlu mementingkan nilai kemasyarakatan dan proses pembaruan.

Misalnya, masyarakat yunani, kira-kira

2000 tahun yang lalu mengutamakan aktiviti pendidikan sebagai matlamat kehidupan utama mereka, dan seorang ilmuan Socrates, sanggup mengorbankan jiwa kerana mempertahankan ilmu yang sebenar.

Menurut F. Rosenthal dalam karyanya,

Knowledge Triumphant 1970, mengakui bahawa ilmu yang dikembangkan oleh tokoh-tokoh Islam menjadi batu asas untuk membantu dunia barat mencapai kemajuan dan kecemerlangan dalam bidang ilmu sehingga kini.

Pada zaman Dinasti Tang (618-960 TM) di

negeri China yang teraju pemerintah negara adalah pegawai-pegawai berpendidikan tinggi berjaya merintasi pelbagai tahap peperiksaan dari daerah hingga ke pusat kerajaan.

Dalam abad ke 20, negara barat, khasnya Amerika Syarikat yang memperkenalkan ilmu sebagai wawasan utama hingga membawa

sesuatu situasi yang dikenali sebagai ledakan ilmu. Sekolah melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu pengetahuan dan dapat memberi sumbangan yang amat bernilai untuk perkembangan dan kemajuan masyarakat dan negara. Kerjasama di antara sekolah dan masyarakat penting untuk membawa sekolah dan masyarakat bersama-sama menuju kejayaan dan kegemilangan.

Sekian, terima kasih

You might also like