• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
SIRAH NABAWIYYAH
Salasilah Dan Kelahiran Nabi 
Kelahiran Agung Telah dilahirkan nabi kita Muhammad s.a.w pada 12hb Rabiulawmaltahun gajah (yakni di tahun tentera bergajah yang dipimpin oleh Abrahah Al-Ashram menyerang kaabah, tetapi dibinasakan oleh Allah dengan cara yangmenakjubkan, di mana ceritanya dinyatakan di dalam Al-Quran). Itulahriwayat yang paling masyhur di kalangan ulama’. Sesungguhnya hari itumenjadi hari yang paling bahagia kepada muka bumi sejak kelahiran.Baginda adalah dari salasilah yang baik, iaitu
Muhammad bin Abdullahbin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilabbin Murrah bin Ka’ab bin Madrakah bin Ilyas bin Mudar bin Nizar binMa’d bin Adnan
(sampailah salasilahnya sehingga Sayyidina Ismail binIbrahim Alaihissalam). Salasilah sehingga sahaj menjadi sepakat ulama.Adapun selepasnya berlaku percanggahan pendapat. Mengenai hal tersebut,Rasulullah s.a.w telah bersabda :
“Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah di kalangan keturunan Ismail. Iamemilih dari kalangan Quraisy dari Kinanah, ia memilih Bani Hashim darikalangan Quraisy dan ia memilihku dari kalangan Bani Hashim”.
(Hadith Riwayat Muslim)Sabda Rasulullah s.a.w :
“Aku ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya Allahtelah menjadikan makhluk ini, kemudian ia menjadikannya dua golongan.Maka ia telah menjadikan aku dari golongan yang baik. Kemudian iamenjadikan mereka bermacam-macam qabilah, lalu ia menjadikan aku dariqabilah yang paling baik. Kemudia ia menjadikan mereka dari kalanganrumah-rumah yang banyak, lalu ia menjadikan aku dari rumah yang palingbaik dan menjadikan aku orang yang paling baik”.
(Hadith Riwayat At-Tarmidzi)Lahirnya Rasulullah s.a.w di kalangan keluarga pilihan adalah menjadi salahsatu asas lahiriah yang kuat. Apatah lagi ketika dibangkitkan menjadi Rasuldi kalangan masyarakat yang tebal dengan fahaman kekeluargaan(asabiyyah) di masa itu. Di samping itu, faktor ini menjadisatu keistimewaankepada keluarganyadan bangsa Arab sebagai kurniaan dari Allah Yang MahaMengetahui tentang makhluknya. Sesungguhnya peranan keluarga yangkuat adalah penting juga kepada dakwah yang disampaikan kepada manusia
 
.perkara ini pernah dinyatakan oleh Nabi Luth a.s ketika dikepung olehkaumnya :

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

80. Nabi Lut berkata: "Kalaulah Aku ada kekuatan untuk menentang kamu,atau Aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan Yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah Aku akan membinasakan kamu)".
 (Surah Hud Ayat 80)Sebaik sahaja, baginda lalu di bawa kepada datuknya Abdul Mutalib. Beliaumenyambut dengan penuh gembira dan membawanya ke dalam kaabahuntuk memanjatkan doa kepada Allah dan memujiNya kerana dikurniakancucu lelaki. Kemudian baginda diberi nama Muhammad, nama pilihan dariAllah yang diilhamkan kepada keluarganya untuk memilih nama itu. Namayang tidak dikenali oleh orang arab sebelumnya dan mereka kagumdengannya. Muhammad ertinya
orang yang terpuji
. Ia adalah nama yangpaling layak kepada Rasulullah s.a.w. Berhubung dengannya, bagindapernah pernah bersabda yang bermaksud : 
“Adakah kamu tidak merasa hairan , bagaimana Allah memalingkan celaandan kutukan orang-orang Quraisy terhadapku? Mereka mencela danmengutuk yang cela, padahal namaku Muhammad (orang yang terpuji)” 
Ibunya Aminah, menjadi penjaga nabi kerana ayahnya, Abdullahmeninggal dunia di Madinah ketika Nabi masih kecil lagi di dalam kandunganibunya. Beberapa hari selepas lahirnya, Nabi disusukan oleh Thuwaibah,hamba perempuan yang bersedia untuk mengambil upah bagimenyusukannya dari kalangan orang Badwi. Begitulah adat penduduk Mekahsupaya anak yang baru dilahirkan itu dapat menyedut udara dan suasanayang lebih bersih dari unsur bandar yang tidak baik. Di samping itu, ia dapatmemelihara bahasa Arab yang betul. Yang paling masyhur menjalankanurusan penyusuan ialah qabilah Bani Sa’ad.Maka tibalah rombongan dari qabilah bani Sa’ad untuk urusan tersebutbagi mencari siapa yang bersedia untuk menyerahkan anaknya. Dia antarayang ikut serta rombongan itu ialah Halimatus Sa’diah. Kebetulan tahun ituialah tahun kemarau dan kesempitan hidup. Untuk mendapat upah yanglumayan sudah tentu Halimah tidak memilih seorang anak yatim sepertibaginda. Begitulah anggapan mereka. Tetapi takdir Allah mengatasi tadbir.Walaupun mulanya Halimatus-Sa’diah tidak berkenaan untuk menerima nabisebagai anak susuannya, kemuadian hatinya jatuh kasih kepada nabimenyebabkan ia datang semula untuk mengambilnya. Di dalam perjalananpulang, Halimatus-Sa’diah sudah merasa sesuatu yang luar biasa dan
 
banyak keberkatan dari penjagaannya terhadap nabi (meskipun Halimatus-Sa’diah mengambilnya kerana tiada yang lain lagi dan supaya dia tidakpulang dengan tangan kosong). Halimatus-Sa’diah juga merasakan rezekinyamenjadi murah dan berkat sejak ketiabaan nabi ke ramahnya.Apabila sampai 2 tahun berada di pangkuan Bani Sa’ad, sepatutnyanabi diserahkan semula kepada keluarganya (oleh kerana masa susuannyatelah selesai). Tetapi ibu susuan nabi masih sayang untuk menyerahkan nabikepada keluarganya dan meminta izin untuk bersama-sama. Permintaannyadiizinkan. Setelah beberapa lama bersama-sama keluarga Halimatus-Sa’diah, berlakulah satu peristiwa yang menakutkan mereka.
Ketika nabi bersama-sama dengan saudara-saudara susunyaberada di belakang rumah, tiba-tiba baginda bidatangi oleh duamalaikat lalu memegang nabi. Kedua-dua malaikat tersebutmenelentangkan nabi nabi dan membelah dadanya. Kemudiandikeluarkan hati nabi untuk dibersihkan. Berlarilah saudara susunyamemberitahu ibubapa mereka di rumah.maka berlari-lari keduaorang tua itu untuk menyelamatkan nabi tetapi ketika merekasampai segala-galanya telah selesai, mereka mendapati muka nabipucat dan kedua-duanya memeluk nabi s.a.w.
Setelah pulang ke rumah , maka berkatalah suami Halimatus Sa’diah,“Hai Halimah, aku bimbang kalau-kalau anak ini terkena sesuatu. Sebelumterjadi apa-apa,pulangkanlah ia kepada keluarganya”. Lalu merekamengambil keputusan memulangkan nabi kepada ibunya. Lalu Aminahberkata, “Mengapa engkau pulangkan anak ini, tidakkah engkau memintasupaya ia bersama-samamu?”. Lalu Halimah menceritakan apa yang berlakusetelah didesak oleh Aminah. Lalu bonda nabi bertanya : “Adakah kamubimbang kalau-kalau anak ini dirasuk syaitan?” Jawab Halimah : “Ya”, lalubonda nabi menegaskan : “Tidak sekali-kali anak ini tidak akan dapat dirasuksayitan. Bagaimana kalau aku ceritakan kepadamu berkenaan dengannya?” Jawab Halimah : “Ceritakanlah”, Lalu bonda nabi menceritakan :“Sesungguhnya ketika aku mengandungnya aku bermimpi cahaya keluardariku sehingga menerangi isatana-istana di Busra dan negeri Syam. Akumengandungnya dalam keadaan sungguh ringan. Ketika aku malahirkannyaberlaku perkara yang aneh di mana kedua tangannya terhampar di lantaisedang tiba-tiba mendongak ke langit. Janganlah bimbang, bawalah iabersamamu”. Maka tinggallah nabi buat beberapa tahun lagi bersama-samaHalimatus-Sa’diah.Sesungguhnya peristiwa pembedahan yang berlaku itu (dan berlaku jugaisra’ mikraj) adalah member makna dan hikmat yang besar kepada Nabi.Peristiwa tersebut menunjukkan pemeliharaan Allah dan Nabi-Nya. Perkaraini ternyata oleh sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Tidak ada seorang pun di kalangan kamu melainkan didampingi oleh jin(syaitan) dan malaikat. Mereka bertanya : “Engakau juga ya Rasulullah?” sabdanya, “Ya, tetapi Allah menolongku untuk menghadapinya maka akuselamat. Maka ia tidak menyuruh aku melainkan yang baik”.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...