ملــسا رــجلــق ناوــت ــسرــق
SMK.TUN ABANG HJ OPENG, Risalah Terbitan Julai,2004
MANUSIA BERHADAPAN DENGAN ENAM PERSIMPANGAN
Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelahkirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. SedangkanAllah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arahmaksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dananggota tubuh menagajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapatkeampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga sertamenuju keampunan-Nya..."Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa,maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal daridirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhiajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T.,maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasaberwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.
KISAH KUCING TAK KENANG JASA. MANUSIA?
Telah lalu seorang hakim di hadapan rumah seorang lelaki yang sedang memukul seekor kucing. Lalu hakimitu bertanya sebab ia memukul kucing tersebut. Dijawabnya bahawa ia telah menjumpai kucing itu di suatulorong dalam keadaan kesejukan dan lemah. Ia mengambilnya dan memberi makan minum hingga benar-benar sihat.Tetapi setelah itu, kucing berkenaan telah membuang najis merata-rata di dalam rumahnya.Hakim tersebut barkata, "Inilah ibarat dan peringatan Allah kepada kita. Dia memelihara kita daripada kecildengan rezeki, pakaian dan segala-galanya. Tetapi setelah begitu banyak nikmat diberikan, kita kembalidurhaka kepada Allah dengan meninggalkan suruhannya dan melakukan apa yang dilarangNya. Tetapi Allahtetap memberi kita rezeki dan rahmatnya walaupun kita derhaka dan engkar. Dia masih belum menyiksadan memukul kita."Apa pandangan anda? Adakah kita seperti kucing tersebut atau lebih teruk lagi?
ANAK-ANAK ZAMAN INI
Pada zaman internet ini manusia sentiasa rasa hebat, masyhur, kaya, tidak memerlukan teguran dan dirimenjadi sombong. Lantaran itu manusia tidak lagi mahu mengikut kehendak agamanya yang suci ini.Masing-masing berasakan dirinya sudah hebat dengan mengikut gelagat bintang-bintang filem, penyanyi-penyanyi dan segala jenis seniman yang memporak-perandakan iman umat Islam zaman ini. Antara bentuk-bentuk ikutan yang difikirkan negatif oleh pandangan kita dan agama juga ialah seperti:
1.
Mewarnakan rambut yang hitam dengan warna seperti bulu tupai yang keperang-perangan.
2.
Memotong rambut ala bintang filem Barat, berekor dan jijik dipandang
3.
Memakai subang sebelah seperti anak haram negro
4.
Menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya seperti bintang filem makyung Cina
5.
Memakai baju tidak berlengan yang mendedahkan panau dan kurap di tangan.
6.
Memakai seluar yang koyak di lutut untuk menonjolkan kemiskinannya.
7.
Mentatoo lengan seperti orang Siam supaya air sembahyang tidak rata dan sentiasaberkeadaan tidak suci.
8.
Memakai baju yang bercorak lukisan muka hantu dan iblis yang menjijikkan untukmenunjukkan diri sudah menjadi rakan iblis tersebut.
9.
Berkepit dengan pasangan yang bukan muhrim di komplek membeli belah untukmenunjukkan kehebatan diri yang dijadikan Tuhan.
10.
Mengusung anak dara orang dengan motosikal besar ke sana kemari untuk dibuat tontonan.
Leave a Comment