Professional Documents
Culture Documents
Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi
dalam masa aman, masa peperangan dan masa bencana dengan mengambil apa-apa
jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta
harta benda penduduk awam.
2
3.4 VISI
Ke arah mewujudkan masyarakat yang berpengetahuan dan responsif terhadap
bencana yang mengancam nyawa serta harta benda.
3.5 MISI
Melibatkan orang awam dalam aktiviti Pertahanan Awam mengikut piawaian
antarabangsa (ICDO).
3.6 SLOGAN
3.7 OBJEKTIF
• Melindungi orang awam dan harta benda daripada ancaman keselamatan
dan bencana.
• Melatih sekurang-kurangnya 10% rakyat dengan pengetahuan dan
kemahiran kecemasan.
• Melibatkan rakyat dalam aktiviti-aktiviti Pertahanan Awam (bencana dan
Keselamatan negara).
• Menyedia dan mengurus perkhidmatan kecemasan dan bencana.
3.8 FUNGSI
• Menubuh, mengurus dan menyenggara Angkatan Pertahanan Awam.
• Merangka dan melaksana program-program latihan pengurusan bencana
dan kecemasan kepada orang awam.
• Melaksanakan perkhidmatan bantuan bencana dan kecemasan.
• Menyediakan, mengurus dan menyenggara pusat-pusat pemindahan
Dan sistem amaran bencana dan keselamatan.
• Merancang dan melaksanakan aktiviti menyelamat mangsa dan harta
Benda sebelum, semasa dan selepas bencana.
• Menggubal dan melaksanakan dasar-dasar Pertahanan Awam
3
3.9 KAITAN RAKYAT
• Kebakaran –
menyelamat mangsa, memadam dan
mencegah api kebakaran.
• Kecemasan lain –
rawatan perubatan, mencegah penyakit merebak atau berjangkit,
pencegahan serangan haiwan/serangga berbisa dan bahaya, kawalan
rusuhan atau ketenteraman awam dan pencegahan jenayah
• Khidmat kemanusiaan –
bantuan kebajikan, gotong royong, pemulihan emosi dan persekitaran serta
kaunseling, kawalan keselamatan dan apa jua langkah yang dapat
mencegah dan memulihkan bencana serta menjamin keharmonian rakyat.
4
3.11 PERANAN JPA3
5
4 LANGKAH-LANGKAH DAN CARA-CARA
MENGHADAPI KECEMASAN.
• Mengawal pendarahan
- Hentikan pendarahan dengan
meletakan kain bersih pada luka dan
tekan dengan jari atau tangan
(Tekanan Tepat).
- Apabila pendarahan berhenti, balut
dengan kain bersih.
- Jika terdapat objek asing seperti
paku, kaca atau pisau, jangan tekan pada luka. Balut sekeliling
objek itu
- dengan kain bersih dan dapatkan rawatan lanjut.
- Jika tangan atau kaki yang cedera, tinggikan ia melebihi paras
6
jantung untuk mengurangkan tekanan.
- Sekiranya luka itu besar dan pendarahan benyak, dapatkan
rawatan lanjut.
* Jangan gunakan teknik Tourniquet kerana ianya lebih memberi mudarat dari kebaikan.
7
- Nasihatkan mangsa untuk berehat.
-
* Jangan biarkan kepala mangsa terkulai ke belakang. darah mungkin mengalir ke
dalam tekak dan mengakibatkan muntah. Jika perdarahan menjadi teruk atau
berterusan selama 30 minit, hantar mangsa ke hospital dalam kedudukan rawatan.
• Rawatan
- Gunakan sarung tangan pakai buang kalau ada.
- Baringkan mangsa di atas sehelai gebar. Angkat lutut mangsa dan lapik
dibawahnya bagi mengurangkan ketegangan pada kecederaan.
- Longgarkan sebarang pakaian yang ketat, contohnya tali pinggang atau
baju.
- Letakkan pembebat ke atas luka dan letakkan pembebat pada tempatnya
dengan pembalut atau pita berpelekat. Jika darah menembusi pembebat,
Tambahkan selapis lagi.
- Telefon 999 atau 991 untuk ambulans.
4.2.2 KEPATAHAN
• Tanda-tanda kepatahan.
- Kecacatan, bengkak dan lebam pada
kawasan tulang yang retak.
- Sakit dan kesukaran untuk
menggerakkan bahagian tercedera.
- Anggota tubuh yang tergeliat, menjadi
pendek dan bengkok.
- Hujung tulang yang berkeriut (crepitus)
dan bunyi kasar yang boleh dirasa dan
dengar, tetapi tidak dapat dicari.
- Tanda-tanda renjatan, terutamanya jika
8
keretakan atau patah berlaku pada tulang paha atau pelvis.
- Kesukaran untuk menggerakkan anggota secara normal atau tidak
dapat bergerak langsung.
- Luka dengan hujung tulang tertonjol.
• Tanda-tanda pengsan.
- Hilangnya daya sedar yang singkat menyebabkan mangsa jatuh ke lantai.
- Denyut nadi yang perlahan.
- Pucat, kulit sejuk dan berpeluh.
9
4.2.4 MANGSA TERCEKIK.
• Tanda-tanda tercekik.
- Mangsa akan menunjukkan tangannya pada leher.
- Mangsa akan cuba bercakap, tetapi tidak dapat.
- Muka mangsa kelihatan kemerah-merahan.
- Mangsa mengalami kesukaran bernafas.
* Untuk mangsa yang mengandung, tekan di atas bahagian perut dengan teknik
tekanan di tengah dada. Dapatkan rawatan lanjut sekiranya perlu.
10
•Rawatan tercekik Mangsa pengsan.
- Baring dan terlentangkan
mangsa.
- Dapatkan bantuan dan
hubungi ambulans.
- Buka mulut mangsa, periksa
bendasing dan keluarkan
dengan jari anda.
- Buka saluran pernafasan (teknik angkat dagu dan
dongak kepala) dan periksa pernafasan.
- Jika tiada, lakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut
dan terus ulangi jika tiada tindakbalas dari mangsa.
- Jika dada masih tiada pergerakan, beri 15 kali tekanan
di
dada (posisi tangan sama seperti CPR).
- Ulangi langkah di atas sehingga mangsa pulih atau
bantuan tiba.
11
• Rawatan kecemasan tercekik untuk kanak-kanak (Umur 1-8
tahun).
- Pastikan kanak-kanak tersebut boleh berkata-kata atau batuk.
- Lakukan tujahan di perut ( Heimlich Manoeuvre ) berulang kali sehingga
bendasing itu terkeluar. ( Gunakan sebelah tangan sahaja )
- Tekanan di dada boleh dilakukan sekiranya kanak-kanak itu berbadan
besar.
- Jika kanak-kanak itu menjadi pengsan lakukan CPR. Periksa bendasing
di kerongkong atau mulut. (Jangan korek dengan jari). Alihkan bendasing
hanya sekiranya kelihatan.
• Rawatan.
- Segera sejukkan dengan air paip yang mengalir, rendam dalam
takungan air atau balut dengan kain yang basah selama 5 minit
sehingga hilang sakit.
- Tanggalkan cincin, jam tangan
atau barang kemas yang
dipakai pada tempat cedera.
- Jangan pecahkan gelembong
atau tanggalkan kain yang
melekat pada tempat yang
cedera.
- Balut dengan kain bersih.
12
4.2.5.2 Kelecuran teruk.
• Tanda-tanda kelecuran
teruk.
- Sakit.
- Kesan kelecuran yang jelas.
- Kesukaran untuk bernafas.
- Renjatan.
• Tanda-tanda.
- Kesan-kesan kimia di
kawasan persekitaran.
- Kesakitan yang kuat dan
menyengat.
- Kawasan kulit yang terjejas
berubah warna, melecur,
mengelupas dan
bengkak.
13
• Rawatan.
- Segera alirkan air ditempat yang cedera selama 20 minit. Elakkan
diri dan mangsa dari terkena air yang bertakung.
- Tanggalkan sebarang pakaian yang tercemar dengan bahan kimia.
- Balut kecederaan dengan kain bersih.
- Dapatkan rawatan lanjut dengan segera.
- Berhati-hati supaya bahan kimia tersebut tidak terkena pada anda.
* Jangan sapukan losyen, minyak urut, ubat gigi atau sebagainya pada bahagian
yang melecur.
4.2.6 KERACUNAN.
• Tanda-tanda.
kemungkinan terdapat tanda-tanda berikut bergantung keatas jenis racun:
- Muntah, kadang-kadang terdapat kesan darah.
- Daya sedar yang lemah.
- Rasa sakit dan perit yang membakar.
- Bekas-bekas kosong dikawasan persekitaran.
- Latarbelakang pendedahan/tertelan.
- Cirit-birit
- Pening kepala dan demam.
- Tanda-tanda renjatan.
- Perut sakit dan kejang.
14
- Jika bibir mangsa terselar oleh bahan-bahan kakis, beri mangsa minum
air atau susu sejuk dari masa kesemasa sementara menunggu bantuan
perubatan.
4.2.7 RENJATAN.
15
Apabila bekalan oksigen ke otak menjadi lemah:
- Resah gelisah dan mangsa menjadi agresif.
- Menguap dan tercungap-cungap untuk menyedut udara.
- Tidak sedarkan diri.
• Rawatan.
- Telefon ambulans jika perlu.
- Baringkan pesakit jika ia muntah, pusingkan kepala ke sisi.
- Jika tiada kecederaan di kepala dan dada serta tiada kesukaran
bernafas, tinggikan kakinya antara 8”-12”.
- Longgarkan pakaian yang ketat.
- Panaskan pesakit tetapi elakkan dari berpeluh.
- Beri keyakinan.
- Jangan beri air atau alkohol.
• Renjatan elektrik.
- Jika mangsa didapati terkena renjatan elektrik, berhati-hati. Pastikan arus
elektrik telah dimatikan atau suis utama telah ditutup sebelum memberi
sebarang bantuan kecemasan. Jika tidak, alihkan wayarelektrik dengan
kayu yang kering atau objek yang bukan pengalir.
- Dapatkan bantuan dan hubungi ambulans.
- Periksa mangsa jika perlu lakukan CPR.
- Beri rawatan terbakar dan melecur.
- Jika mangsa tidak sedarkan diri, berikan rawatan untuk mangsa pengsan.
- Temani mangsa sehingga bantuan tiba.
- CPR adalah satu kunci penting dalam rantai hidup untuk mangsa yang
mengalami masalah kejutan secara tiba-tiba pada jantung dan
pernafasan. Ianya bertujuan untuk mencegah kerosakan otak sebelum
menerima bantuan perubatan. CPR mempunyai 2 matlamat iaitu:-
16
• Memberi tiupan kedalam mulut mangsa untuk menolak masuk udara
berosigen ke dalam paru-paru. Ini akan menyerapkan oksigen ke dalam
salur darah.
• Memberi tekanan di dada mangsa untuk membuatkan darah mengalir di
dalam badan.
Serangan sakit jantung secara tiba-tiba adalah punca utama kematian di kalangan orang
dewasa. CPR menggandakan peluang untuk hidup daripada serangan sakit jantung itu. 75%
selalunya berlaku di rumah, mangsa yang biasa mengalaminya adalah lelaki yang berusia 60an
dan wanita dalam usia lewat 60an. Dua kali ganda lelaki diserang sakit jantung berbanding
wanita. Tindakan bantuan CPR mesti diambil dalam tempoh 4 minit untuk bantuan pernafasan
(oksigen) ke otak bagi meningkatkan tahap “ survival ” mangsa.
- D = danger.
- R = response.
- A = airway.
- B = breathing.
- C = blood circulation.
• D:Danger (Bahaya).
- Nilai situasi yang berlaku. Bergantung dengan tempat kejadian.
- Alihkan benda-benda yang boleh mendatangkan bahaya kepada anda
dan mangsa.
- Cuba minta bantuan kalau perlu untuk mengawal
keadaan.
• R: Response (Tindakbalas).
- Periksa tindakbalas pesakit. Kejutkan pesakit, tepuk
bahu dan jeritkan “ awak ok ke?”.
- Letakkan pesakit berbaring terlentang di atas
permukaan yang padat.
- Jika tiada tindakbalas, hubungi ambulans
(999 atau 991).
17
• A: Airway (Saluran pernafasan).
- Lakukan teknik ‘angkat dagu dan dongak
kepala’. Buka salur nafas pesakit secara
mendongakkan kepala dengan satu
tangan sementara dagunya diangkat
dengan tangan yang satu lagi.
- Periksa kalau lidah mangsa mengganggu
laluan pernafasan mangsa. Alihkan lidah
tersebut kalau menghalang pernafasan.
• B: Breathing (Pernafasan).
- Posisikan pipi dekat dengan hidung dan
mulut mangsa, lihat ke arah dada pesakit.
- Lihat, dengar dan rasa pernafasan selama
5 hingga 10 saat.
- Jika tiada pernafasan, picit hidung pesakit
sehingga tertutup dan beri 2 hembusan
penuh ke dalam mulutnya selama 2 saat
setiap hembusan.
18
4.2.8.2 CPR untuk kanak-kanak (1-8 tahun).
19
- Beri 2 hembusan sekiranya tiada
bernafas. Tutup mulut dan hidung bayi
dengan mulut kita dan hembus dengan
kadar 1.5 ke 2 saat setiap hembusan.
- Periksa dada bayi untuk pergerakan pada
setiap bantuan pernafasan.
- Beri 30 tekanan di dada pada kadar 100
kali seminit. Posisikan 2 jari di tengah-
tengah dada/sternum Bone (ulu hati).
Tekan antara ½ ke 1inci.
- Ulangi dengan 2 hembusan nafas dan 30 tekanan.Selepas 1 minit
( Ulangan 1 pusingan)
- hubungi ambulans (999 atau 991 ) dan teruskan memberi hembusan dan
tekanan di dada.
Perhatian :-
Untuk cekap dan mahir dalam CPR, Seseorang harus mengikuti latihan CPR
untuk mempelajari teknik dan prosedur yang betul.
20
4.2.9 KEMALANGAN JALAN RAYA.
21
4.2.9 LEMAS.
22
4.2.11 MEMINDAHKAN MANGSA TANPA USUNGAN.
Membonceng.
- Jika mangsa sedar, ringan dan bertenaga, ini
perupakan teknik yang sesuai.
- Kepit kedua-dua kaki mangsa sementara
kedua-dua tangan mangsa memeluk longgar
leher anda.
Buaian.
- Digunakan untuk mangsa kanak-kanak dan
ringan.
- Letakkan tangan anda dibawah pelipat lutut dan bahunya.
23
4.3 KESELAMATAN SEMASA KEBAKARAN.
- Sekiranya anda mendapati ada kebakaran, anda boleh melaporkannya kepada Jabatan
Pertahanan Awam Malaysia atau Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Haba
24
4.3.1 MENCEGAH KEBAKARAN DI RUMAH.
-
-
-
25
4.3.3 CARA MENGHADAPI SEKIRANYA BERLAKU KEBAKARAN.
26
4.3.4 CARA MENGGUNAKAN ALAT PEMADAM API.
- Tutup mulut dan hidung dengan menggunakan sapu tangan atau kain,
seelok-eloknya kain basah bertujuan menahan asap, debu-debu dan
habuk masuk.
- Apabila bergerak dalam bangunan berasap
gunakan cara meraba-raba dengan tapak tangan
mengarah kepada kita untuk menyentuh
halangan dan juga bagi mengelakkan kejutan
elektrik.
- Seorang terperangkap dalam sebuah bilik
hendaklah menuju ke dinding dan merayap
sekeliling sehaluan hingga berjumpa pintu.
- Memasuki bangunan terbakar secara merangkak
kerana udara bersih dan sejuk ada di permukaan
bawah lantai dan kita dapat mengesan sekiranya masih ada lagi
cahaya kebakaran.
27
• Dari Tingkat Pertama.
28
• Jika Pakaian Anda Terbakar.
- Jangan cemas atau panik.
- Rebahkan badan anda ke bawah dan tutup muka anda dengan tangan.
- Gulingkan badan anda beberapa kali untuk memadamkan api. Dengan
cara tersebut boleh menyekat oksigen bergabung dengan api dan
mengelakkan api daripada mencederakan muka serta mencegah asap
daripada memasuki paru-paru anda.
4.4.1 BANJIR
• Sebelum banjir
- Dapatkan maklumat banjir di tempat anda.
- Pastikan sistem amaran banjir yang ada.
- Periksa longkang supaya tidak tersekat.
- Periksa saluran najis dan pastikan ia
tertutup rapat.
- Dapatkan maklumat pusat pemindahan dan
pusat bantuan bencana
29
• Apabila Banjir Akan Berlaku.
- Buka radio untuk pengumuman tentang bencana.
- Bawa masuk perabot atau perkakas di luar rumah.
- Letakkan peralatan elektrik di tempat
tinggi.
- Isikan tong-tong yang elok dengan air
bersih dan letakkan di tempat tinggi.
- Letakkan dokumen penting dalam bekas
kalis air dan bersedia untuk dibawa.
- Bersedia untuk menutup suis elektrik,
injap utama bekalan air dan gas.
• Semasa Banjir.
- Dengar pengumuman radio.
- Bersedia dengan peralatan kecemasan.
- Jika diarahkan pihak berkuasa keluar dan berpindah, segera lakukan.
• Di luar Rumah.
- Pergi ke tempat yang tinggi dan selamat jauh dari kawasan lapang,
sungai dan longkang.
- Jangan bersiar-siar di kawasan banjir, berjalan atau dengan sampan.
- Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
- Awasi kanak-kanak dari bermain di kawasan banjir, sungai, longkang dan
lombong.
- Jangan minum air banjir.
• Di dalam Kenderaan.
- Jangan terus mengharungi kawasan banjir, berpatah balik.
- Jika kenderaan anda terhenti dan gagal dihidupkan, keluar, kunci dan
pergi ke tempat yang selamat.
30
• Semasa Pemindahan.
- Berpindah segera apabila diarahkan.
- Berpindah awal sebelum air banjir meningkat atau semasa siang
hari,ianya lebih mudah dan selamat.
- Ikut laluan yang di tentukan, laluan singkat
mungkin terhalang atau merbahaya.
• Selepas Banjir.
- Dengar pengumuman radio atau tunggu
arahan pihak berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan.
- Beri bantuan kepada jiran anda atau golongan kurang upaya dan
istimewa.
- Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan, ianya
mungkin merbahaya.
- Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati
terhadap bahaya-bahaya yang tersembunyi.
• Sebelum Kejadian.
• Tanda-Tanda Tanah Runtuh.
- Pancuran atau resapan di kawasan tanah.
- Kesan bonggolan atau rekahan tanah.
- Tanah berganjak.
- Tapak asas atau konkrit retak atau terjongket.
- Retak atau rekahan pada dinding, tembok atau tiang.
- Kerosakkan paip air, gas atau pembetung bawah tanah.
- Tiang telefon, elektrik dan pagar menjadi condong.
- Jajaran barisan pagar berubah.
- Jalan mendap.
- Pintu atau tingkap sukar ditutup.
• Persediaan.
- Dapatkan maklumat tentang kawasan runtuh.
- Tanam tumbuhan tutup bumi pada cerun.
- Bina tembok penahan atau buat saliran air.
• Semasa Kejadian.
- Hubungi segera pihak berkuasa.
- Beri amaran kepada keluarga dan jiran anda.
- Berpindah segera apabila keadaan menjadi bahaya atau apabila
diarahkan pihak berkuasa.
32
• Di Dalam Rumah.
- Duduk diam di dalam bangunan.
- Berlindung di bawah meja, kerusi atau perabot yang kukuh.
• Di Luar Rumah.
- Jauhi laluan dan kawasan tanah runtuh.
- Lari kearah tanah tinggi yang jauh dari bahaya.
- Jika ternampak aliran air, tanah, batu dan tumbuhan segera berlindung di
sebalik rimbunan pokok.
- Jika tiada pilihan segeralah peluk tubuh anda, membongkok seperti bola,
lindungi kepala, duduk dan bersedia menghadapi sebarang keadaan.
• Selepas Kejadian.
- Jauhi kawasan runtuhan.
- Periksa keadaan keluarga dan jiran anda, beri rawatan pertolongan
cemas jika ada yang tercedera atau sakit.
- Beri bantuan kepada jiran, golongan kurang upaya.
- Dengar pengumuman radio.
- Awas banjir boleh berlaku selepas tanah runtuh.
- Periksa tapak rumah dan tanah di persekitaran anda.
- Laporkan sebarang kerosakan kemudahan awam.
- Dapatkan nasihat pakar untuk membangunkan di tapak yang sama.
33
4.4.3 KEJADIAN ANGIN, RIBUT DAN PETIR
Tanda Kejadian.
- Kepulan awan gelap, besar dan
tinggi.
- Petir dan guruh kelihatan dari jauh.
• Persediaan.
- Periksa sekitar rumah, pokok dan
dahan kayu yang mati mungkin jatuh.
- Ikat atau letakkan dengan kukuh
barang-barang diluar rumah.
• Sebelum Bencana.
- Segera masuk kedalam rumah atau bangunan.
- Sekiranya terasa petir akan berlaku, segera membongkok ke hadapan,
duduk dan peluk lutut ke dada.
- Jangan meniarap ke atas tanah.
- Jauhi struktur yang tinggi seperti pokok, pagar,
tiang telefon, tiang elektrik, dan sebagainya.
- Jauhi rod-rod pengalir seperti antenna radio, kayu
golf, tangga besi atau jentera seperti traktor,
basikal dan sebagainya.
- Jauhi longkang, sungai, paya, tasik atau mana
mana tempat takungan air.
• Semasa Bencana.
• Di Dalam Rumah.
- Bawa masuk barang-barang ringan ke dalam rumah.
- Tutup tingkap dan pintu serta kunci dengan betul.
- Tutup suis elektrik dan injap gas, tinggalkan palam perkakasan elektrik.
- Jangan gunakan telefon, radio wayarles atau menonton televisyen.
- Dengar siaran radio untuk maklumat terkini.
- Jauhi pili dan paip air, sinki, tab mandi atau paip gas (pengalir kilat)
34
• Di Dalam Kereta.
- Berhenti di tepi jalan dengan berhati-hati dan jauhi pokok-pokok besar.
- Duduk di dalam kereta dan nyalakan lampu kecemasan (hazard Lights).
- Jangan berhenti atau melalui jalanraya yang mungkin dilanda banjir.
• Selepas Bencana.
- Pastikan tiada kecederaan atau tanda-tanda sakit pada ahli keluarga, beri
bantuan jika ada.
- Hulurkan bantuan kepada jiran anda, golongan kurang upaya.
- Laporkan segera kepada pihak berkuasa jika terdapat tiang lampu atau
elektrik yang tumbang, paip air atau gas yang pecah atau bocor.
- Jika memandu teruskan perjalanan dengan berwaspada, jalanraya
mungkin di tenggelami air atau terdapat sampah sarap dan objek yang
menghalang laluan anda.
4.4.4 KEMARAU.
* Apabila jumlah hujan yang turun menjadi berkurangan dari yang sepatutnya dalam
satu jangkamasa yang lama berlakulah kemarau.Ia bukan sahaja memberi kesan
kepada bekalan air malah boleh menyebabkan penyakit.
• Sebelum Bencana.
(Tanda kejadian)
- Hujan Semakin berkurangan atau tiada langsung.
- Cuaca semakin panas dan kering.
- Debu mula kelihatan.
• Persediaan.
- Sediakan bekas-bekas air untuk menyimpan bekalan atau stok.
- Dapatkan maklumat lanjut dari pihak berkuasa.
- Jika anda pesakit Asthma sediakan ubat dan bawa sentiasa.
35
• Semasa Bencana.
- Pakai pakaian yang longgar dan tidak memanaskan.
- Minum air yang banyak.
- Kerap berehat dan berada di kawasan yang redup.
- Jimatkan penggunaan air, jangan membazir.
- Beri rawatan pertolongan cemas (kepanasan melampau akan
menjejaskan ramai orang) kepada yang memerlukan.
- Jangan kerap bersiar-siar, kurangkan aktiviti rekreasi.
- Berjumpa segera dengan doctor jika ada tanda-tanda batuk, selesema
atau sakit mata dan tekak.
- Jangan biarkan air bertakung, nyamuk mudah membiak dan membawa
penyakit.
- Jangan melakukan pembakaran terbuka.
- Periksa dan pastikan tiada botol-botol kosong, tin atau kaca di kawasan
semak yang kering.
• Jimatkan Air.
- Bekalan air akan menjadi masalah utama semasa kemarau.
- Jimatkan penggunaan air, jangan gunakan air sebagaimana sebelum
kemarau.
- Gunakan air untuk perkara-perkara perlu sahaja.
- Semasa menggunakan air biarkan lebihan air mengalir ke tanah, ini akan
membantu kitaran semula sumber air.
- Sekiranya bekalan air dicatu,sediakan tong kosong untuk mendapatkan
bekalan air dari pihak berkuasa.
36
• Peralatan Kecemasan.
- Radio kuasa bateri (kecil dan mudah alih), lampu suluh, kasut, baju
hujan, wisel, pisau, bateri, dan mentol tambahan.
- Alat Pertolongan Cemas dan ubat-ubatan penting.
- Makanan dalam tin atau paket ( sediakan pembuka tin).
- Air minum (air kosong adalah terbaik)
- Duit terutama syiling ( Untuk telefon)
- Dokumen penting (sijil lahir, Polisi insuran, Kad pengenalan, dan
sebagainya) disimpan dalam bekas kalis air.
- Sejauh ini, gegaran bumi yang teruk tiada berlaku di Negara kita.
Namun, jika terdapat tanda-tanda gegaran yang akan mengancam
Malaysia, Jabatan Kaji
Cuaca akan bertindak
memberi amaran
awal.Dalam keadaan
demikian, Pertahanan
Awam Malaysia dan Polis
akan membuat tindakan memberi amaran awam dan usaha
pemindahan serta lain-lain tindakan kecemasan.
• Hentikan Kenderaan.
- Jika anda sedang memandu, berhenti segera dan berdiam diri
didalam kereta anda.
- Elakkan daripada berhenti berdekatan atau dibawah pokok, bangunan,
jambatan, jejantas dan kabel elektrik tergantung.
* Usah cemas jika bekalan elektrik terputus atau amaran sistem air pemadam api (fire
sprinkler) dibunyikan.
38
• Jangan Memegang Sebarang Wayar Elektrik
Yang Rosak.
- Jangan memegang wayar elektrik yang
rosak.Laporkan juga kebocoran gas kalau
ada.
- Beri bantuan kepada mereka yang cedera
atau memerlukan bantuan. Hubungi Jabatan
Pertahanan Awam/ Polis jika perlu.
- Duduk diam dan lindungi kepala dan muka anda dari serpihan kaca atau
objek-objek lain yang mungkin jatuh dengan menggunakan baju, selimut,
surat khabar, kotak, tilam dan lain-lain.
- Jauhi kawasan yang kelihatan berbahaya atau kurang stabil.
- Bersandarlah pada tembok yang tidak bertingkap
kaca atau yang mempunyai rak diatas. Jika boleh,
merangkaklah kebawah meja atau katil kerana ia
memberi anda ruang udara untuk bernafas
disamping perlindungan dari sebarang runtuhan
kecil.
- Jika anda sudah berada ditempat yang agak
selamat, jangan kemana-mana. Elakkan menggunakan tangga
atau lif kerana selalunya terdapat bahaya lain seperti runtuhan
kecil, anak tangga atau lorong keluar yang telah musnah dan
gangguan kuasa didalam lif dan terowong lif.
39
- Gunakan lampu suluh untuk menarik perhatian. Bagaimanapun, jangan
hidupkan suis lampu atau mancis, dapur gas dan sebagainya. Kerana
dikhuatiri terdapat kebocoran gas berlaku.
- Jika anda tersepit/terhimpit dibawah runtuhan, suba gerakkan jari-jemari
tangan dan kaki anda bagi memastikan peredaran darah anda tidak
tersumbat dan mengelakkan pembekuan darah.
- Kekalkan semangat hidup yang tinggi dengan memikirkan orang-orang
yang anda sayangi.
- Bertenang, berwaspada dan sahut jika anda mendengar panggilan para
penyelamat. Bagaimanapun, jangan teriak tanpa sebab kerana ini akan
melemahkan anda.
- Cuba tarik perhatian para penyelamat dengan lampu suluh, ketukan pada
dinding atau teriak jika anda pasti yang para penyelamat ada berdekatan.
4.4.6 TSUNAMI.
- Tsunami, tidak kira besar atau kecil adalah berbahaya apabila sampai ke
tepi pantai. Menyebabkan ombak yang besar.
- Jika anda berada di pantai atau tepi laut dan merasa bumi bergegar,
terus lari ke kawasan tinggi. Jangan tunggu amaran tsunami untuk diberi.
- Air yang surut secara tiba-tiba menjadikan parasnya menurun hingga
sejauh satu kilometer atau lebih adalah tanda ombak tsunami akan
melanda. Jangan berlengah, bergerak ke kawasan tinggi dengan segera.
- Jangan mendekati kawasan pantai untuk menyelidik apa yang berlaku.
- Jika anda dinasihatkan untuk berpindah ke kawasan lain, lakukannya
dengan segera.
40
4.4.6.2 Apa Yang Harus Anda Lakukan Jika Dilanda Tsunami.
41
4.5 KECEMASAN SEMASA PEPERANGAN.
42
• Sejurus Berada Di Dalam Tempat Perlindungan.
- Berkumpul.
- Mendengar tentang pengumuman semasa.
- Jangan hidupkan api untuk memasak
sewaktu berapa di tempat perlindungan.
- Tunggu arahan daripada pihak berkuasa.
- Jangan membawa barang-barang
merbahaya sewaktu berada di tempat
perlindungan.
- Jika anda masih berada di luar cari longkang
atau tempat yang boleh anda menyembunyikan diri daripada ancaman seperti
longkang, longkang pembentung atau longkang terbuka. Jikalau boleh
baringkan badan anda.
4.6 PENGGANASAN.
43
• Tanda-tanda keracunan kimia.
- Sesak nafas.
- Perubahan pada warna kulit.
- Kejang perut atau cirit-birit.
- Rasa pening atau pengelihatan jadi kabur.
- Pedih di bahagian mata, kulit atau kerongkong.
Ia adalah pelepasan kuman atau bahan biologi lain yang boleh menyebabkan
kita sakit. Ia boleh memasuki badan kita melalui pernafasan, menyerap melalui
kulit yang luka dan terdedah atau melalui makanan.
Contoh bahan tersebut adalah:-
a. Bacillus Antraks.
b. Racun Toksid.
c. Ricin.
44
• Apabila berlaku serangan kimia dan biologi.
* Anda mungkin tercemar oleh bahan kimia yang dilepaskan, JANGAN CEMAS.
45
- Salin dengan pakaian yang bersih yang tersimpan dalam laci atau
almari tertutup.
- Dapatkan bantuan perubatan untuk pemeriksaan.
46
seperti.
a. Bila bom tersebut akan meletup.
b. Dimana bom itu berada.
c. Jenis bom yang dinyatakan.
d. Bagaimana rupabentuknya.
e. Kenapa bom itu diletakkan.
f. Dari mana panggilan terperinci.
47
• Surat yang disyaki berbahaya.
- Tiada nama dan alamat pengirim.
- Ejaan yang salah.
- Alamat kepada jawatan sahaja.
- Kesilapan nama dan jawatan.
- Taip atau tulisan yang teruk.
- Nilai setem yang berlebihan.
- Kelihatan wayar.
- Tanda pos asing.
- Bentuk yang ganjil dan tidak sekata.
- Padat dan keras.
- Terdapat kesan-kesan seperti serbuk, gris atau berminyak.
- Bau yang asing.
- Pita atau ikatan yang berlebihan.
- Ada bunyi ganjil.
- Terdapat tanda seperti “peribadi” atau “sulit”.
- Mungkin kiriman dibuat dari luar Negara.
48
4.6.5 ANCAMAN PENGGANAS.
49
5. AKTIVITI DAN LATIHAN DALAM
PERTAHANAN AWAM.
2. Latihan Lanjutan.
- Penyelamat Lanjutan.
- Responder Pertama.
- Melawan Kebakaran Lanjutan.
- Ascending dan Descending.
- Pengurusan Trafik.
- Pengurusan Bencana.
- Membaca Peta dan Kompas.
- Pengendalian Peralatan Penyelamat.
3. Latihan Kemahiran.
- Menyelamat di Air dan Skuba.
- Trauma Life Support.
- Pengendalian Bot Penyelamat.
- Alat Bantuan Pernafasan.
- Penyenggaraan Alat Penyelamat.
- Komunikasi.
51
5.6 LATIHAN ORANG AWAM.
5.6.1 Objektif.
• Sijil penyertaan akan dikeluarkan dengan syarat berumur 18 tahun ke atas dan
warganegara Malaysia.
• Latihan boleh di buat di mana sahaja mengikut kesesuaian dan persetujuan
bersama pemohon dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
• Semua pertanyaan dan permohonan hendaklah dikemukakan ke pejabat
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang berhampiran.
52
5.8 SYARAT MENJADI ANGGOTA.
Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Angkatan dan Latihan.
Ibupejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
53