You are on page 1of 4

Format Penulisan Penyelidikan Tingkatan Enam

Oleh;
En.Nallatamby a/l Nalliah
nallatamby_63@yahoo.com

En.Abd.Malek bin Selamat


abdmaleks@yahoo.com

SMK Khir Johari, Tg.Malim

Tajuk hendaklah ringkas dan padat. Di bawah tajuk pula perlu diletakkan nama penuh
penulis berkenaan. Sekiranya penulis lebih dari seorang, nama ketua penulis, nama
institusi beserta e-mel perlu ditulis mendahului nama penulis-penulis lain.Maklumat
penulis yang lain memadai nama institusi sahaja.

i. Tajuk artikel :
 Saiz: 18 poin
 Bold & Title Case
 Centered

ii. Nama Penulis:


 Saiz: 12 poin
 Bold & Title Case
 Centered

iii. Maklumat Penulis:


 Saiz: 9 poin
 Normal & Title Case
 Centered

• PENYEDIAAN ABSTRAK :

Abstrak adalah sinopsis artikel yang padat dan ringkas yang merangkumi aspek-aspek
pemasalahan, objektif, kaedah dan dapatan serta kesimpulan. Abstrak tidak boleh
melebihi 200 patah perkataan dan perlu ditulis menggunakan format Italic, bersaiz 10 dan
Justified.

• KANDUNGAN :

Manuskrip mesti mengandungi bahagian-bahagian berikut iaitu Pengenalan,


Penghargaan, Abstrak serta isi kandungan.. Setiap bahagian perlu diberikan tajuk yang
sesuai dan dinomborkan.
Tajuk dan nombor tajuk tersebut perlu ditulis menggunakan format Bold, bersaiz 12 dan
Justified.
Manakala teks artikel pula ditulis menggunakan format Normal, bersaiz 12 dan Justified.
• PENGHARGAAN :

Penghargaan tidak lebih dari 50 patah perkataan, jika ada, diletakkan di bahagian akhir
manuskrip sebelum bahagian rujukan.

• RUJUKAN :

Semua rujukan yang disebut dalam teks mestilah disenaraikan. Senarai rujukan tidak
boleh mengandungi sumber-sumber yang tidak dirujuk dalam artikel.
Senarai rujukan yang lengkap hendaklah menggunakan sistem penulis – tahun (author -
date) mengikut abjad.
Senarai rujukan hendaklah diletakkan di bahagian akhir sesebuah manuskrip. Gaya
penulisan rujukan adalah mengikut contoh yang berikut:
Penulis (nama akhir diikuti dengan nama pertama bagi penulis utama dan nama pertama
diikuti nama seterusnya bagi penulis lain), tahun, tajuk, terbitan berkala (italic), volume
(nombor): termasuk nombor muka surat.

• SPESIFIKASI JARAK

 Nama penulis perlu diletakkan di bawah tajuk artikel dengan diselangkan


sebanyak dua baris.
 Maklumat lanjut mengenai penulis seperti; institusi dan e-mel perlu diletakkan di
bawah nama penulis pada muka surat pertama artikel berkenaan.
 Jarak di antara Tajuk dengan Nama Penulis dan Abstrak dan di antara Abstrak
dengan baris pertama teks ialah dua baris.
 Jarak di antara sub-judul dengan baris terakhir teks sebelumnya ialah satu baris.
Jarak di antara sub-judul dengan baris pertama teks selepasnya ialah satu baris.
 Jarak di antara perenggan ialah satu baris. Mulakan sub-judul berserta nombornya
dari jidar kiri .
 Mulakan baris pertama perenggan dengan jarak ensotan 1.5cm dari jidar kiri.
Jarak di antara ayat terakhir dengan Jadual, Rajah atau Ilustrasi ialah satu baris. 1.

Format Penulisan Laporan Penyelidikan

 Susunan ayat yang mudah dan jelas difahami


 Rajah atau lakaran yang dapat memudahkan pemahaman
 Susunan persembahan laporan mengikut jujukan secara logik

Format Penulisan
 Jenis tulisan Times New Roman (Bold untuk tajuk)
 Saiz tulisan 12
 Margins :
o Margin kiri 40mm Margin kanan, atas dan bawah – 25mm (semua
maklumat termasuk nota kaki, muka surat mesti didalam margin yang
telah ditetapkan)
 Spacing :
o Dua spacing bagi setiap ayat
o Empat spacing bagi setiap perenggan
o Satu spacing bagi nota kaki, bibliografi, jadual, gambarajah, apendiks,
headings atau subheading

Format Penghasilan Kertas Kerja Penyelidikan.

 Kertas kerja Penyelidikan Empirical ditulis dalam bahasa Melayu atau Inggeris.
 Menggunakan M/Word untuk penulisan.
 Penulisan kertas kerja TIDAK melebihi 10 muka surat termasuk rujukan.
 Penulisan kertas kerja perlulah menggunakan format APA system.
 Nota kaki tidak dibenarkan.
 Keseluruhan teks perlu ditulis dalam kertas A4, saiz font 12, jenis huruf Times
New Roman dan 1 langkau.
 Tajuk (HURUF BESAR) yang dihitam (bold) di muka hadapan kertas kerja.
 Nama penulis atau penulis-penulis.
 Abstrak selepas nama penulis atau penulis-penulis.
 Biodata ringkas penulis atau penulis-penulis serta alamat lengkap pada bahagian
akhir kertas kerja.

Contoh Penulisan Bibliografi

Menulis bibliografi atau daftar pustaka bermaksud menyenaraikan semua sumber rujukan
dan bacaan sama ada yang telah diterbitkan seperti buku, jurnal dan majalah ataupun
yang belum terbit seperti kertas kerja,tesis dan disertasi. Bibliografi dapat membantu
pembaca mengetahui sumber-sumber yang digunakan dalam sesuatu kerja ilmiah.
Terdapat beberapa perkara dan unsur-unsur yang perlu ditulis dalam bibliografi antaranya
ialah :
 Nama Penulis
 Tahun Penerbitan
 Judul – Digaris atau dicetak miring @ Italic
 Tempat Penerbitan
 Nama PenerbitWalaubagaimanapun, terdapat beberapa kesilapan yang sering
dilakukan oleh penulis dan hal ini perlu diperhatikan dalam penyusunan
bibliografi, antaranya ialah
 Bibliografi tidak diberi nombor
 Urutan nama penulis mengikut urutan huruf
 Gelaran penulis tidak dimasukkan
 Bibliografi diletakkan pada bahagian terakhir tulisan
 Nama pengarang Melayu, Cina dan India ditulis penuh dalam susunan asal tetapi
Pengarang Barat, hanya nama keluarga sahaja yang ditulisAntara contoh-contoh :

Bibliografi

Abdullah Hassan, 1984. Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya.
Petaling Jaya. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Campbell. W.G., 1976. Form And Style In Thesis Writing. Boston. Houghton Mifflis
Company. Mohd. Senu Awang, 1994.
Khutbah Jumaat : Satu Analisis Laras. Kuala Lumpur. Penerbitan Jabatan Pengajian
Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Nik Safiah Karim, et. All. 1993. Tatabahasa Dewan, jilid 1 dan 2. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.http://www.dbp.gov.my/
http://www.bharian.com.my
http://www.utusan.com.my/majalah/massa

Penutup

Dalam dunia ilmu dan seni ada istilah plagiat, aitu kalau sebuah karya ilmiah atau karya
seni yang diumumkan oleh seorang ilmuwan atau seniman ternyata sama atau hampir
sama, atau sebagian besar bentuk dan isinya berdasarkan karya ilmiah atau karya seni
orang lain tanpa menyebut atau menerangkan kenyataan tersebut. Ertinya, ilmuwan atau
seniman itu mengakui karya ilmiah atau karya seni tersebut sebagai karyanya sendiri dan
mengumumkan karya itu atas namanya.Penulis karya ilmiah harus menghindarkan diri
dari tindak kecurangan yang lazim disebut plagiat. Plagiat merupakan tindak kecurangan
yang berupa pengambilan tulisan atau pemikiran orang lain yang diaku sebagai hasil
tulisan atau hasil pemikirannya sendiri.
Oleh kerana itu, penulis skripsi, tesis, dan disertasi wajib membuat dan mencantumkan
penyataan dalam skripsi, tesis atau disertasinya bahwa karyanya itu bukan merupakan
pengambilalihan tulisan atau pemikiran orang lain.
Dalam menulis karya ilmiah, rujuk-merujuk dan kutip-mengutip merupakan kegiatan
yang tidak dapat dihindari. Kegiatan ini amat dianjurkan, kerana bahan rujukan yang
diperolehi akan membantu perkembangan ilmu. Dalam menggunakan bahan dari suatu
sumber penulis perlu meminta izin kepada pemilik bahan tersebut yang dilakukan secara
bertulis. Jika tidak, penulis harus menyebut sumbernya.

You might also like