BINGKISAN BUAT KAKAK
‘Sesuatu yang tak disangka,Seringkali mendatangi kita,Itukah suratan dalam kehidupan,Atau sekadar suatu kebetulan…’Lirik lagu ‘Suratan Atau Kebetulan’ sememangnya memberi seribu satu maknadalam hidupku. Dalam kehidupan ini memang banyak perkara yang tidak dapat dijangkamenimpa kita. Kehadirannya dalam hidupku tidak pernah sekali dirancang dan semuanyadi luar jangkaan. Namunku tahu, ini semua ketentuan ilahi. Pertama kali aku menatapwajahnya, aku dapat rasakan suatu ketenangan yang sudah lama kucari.Aku ingin sekali jadikan beliau sebagai seorang ‘KAKAK’ dalam hidupku. Akusendiri tidak mengerti mengapa begitu tinggi sekali anggapanku terhadap dirinya,sedangkan baru sekali aku bersua muka dengannya. Aku sentiasa mencari masa yangsesuai untuk menegurnya di kolej. Tapi diriku tidak yakin untuk berbuat demikian. Akutakut, benar-benar takut kerana tidak mahu peristiwa silam berulang kembali. Sebelumini, aku memang pernah rapat dengan seseorang sehingga kakak menjadi gelaran buatnya. Tapi entah macam mana, gelaran itu hanya buat seketika sahaja. Mungkinkerana tiada sefahaman antara kami. Sehingga kini aku tidak pasti ke mana koordinasiinsan itu. Ah, cerita lama buat apa hendak diungkit kembali!Tiap kali aku bertembung dikolej, hati ini seolah-olah mendesak untuk bertemudengannya. Lidah bagai ada sesuatu ingin diungkapkan. Tapi aku takut bila bertemulidahku kelu, diam seribu bahasa. Selepas dua bulan di kolej, aku baru berani memintanombor telefonnya. Aku mula menghantar mesej kepadanya. Walaupun jarang sekali beliau membalas. Kawanku mula memerli. Kata mereka aku ‘syok sendiri’. Ada jugayang cakap ‘orang lain
admire
lelaki, dia
admire
perempuan. Datang sini cari
boyfriend
lah bukan cari AWEK.’ Lantaklah, aku kisah apa! Namun aku masih ingat lagikata-kata yang meluncur keluar dari mulut Fitri, ‘tidak semestinya cinta yang kita beriakan dibalas kembali’Cuti semester bermula. Kawan-kawanku semua sudah pulang ke rumah. Aku balik agak lewat memandangkan ayah menempah tiket kapal terbang lambat. Beliaumengajakku ke rumahnya lantaran rakan serumah beliau pulang ke kolej esok. Hanyatuhan sahaja yang tahu perasaanku pada waktu itu. Inilah masa yang aku nanti-nantikan.Sepanjang malam kami berborak kosong sehingga tidak perasan waktu subuh hampir tiba..Di rumah, fikiranku masih melayang-layang teringatkan beliau. Aku mencapaitelefon bimbit NOKIA 6030ku lantas menghantar mesej kepadanya. Aku tekad untuk memberitahu niatku untuk menjadikannya sebagai kakak angkatku. Aku tidak menyangka pula beliau boleh menerimaku. Aku yakin, beliau pasti terpinga-pinga dengankehadiran hidupku. Insan asing yang tidak pernah beliau kenali sebelum ini. Yeah, cerita