You are on page 1of 1

REFLEKSI Tengku Mohd Wira bin Tengku Mohd Ali Alhamdulillah, syukur saya kerana mampu menyiapkan tugasan

KKBI BMM 3114 ini walaupun sibuk dengan praktikum. Subjek ini memberikan manfaat kepada saya dalam mendidik anak bangsa agar warisan dan ketulenan Melayu itu dapat dikekalkan di sekolah. Tugasan secara berkumpulan iaitu mencatat nota dan memindahkan maklumat kepada bentuk grafik sangat berguna kepada kami. Pada pendapat saya, penulisan nota untuk konsep budaya sangat penting dalam mewujudkan

pemahaman kepada kami mengenai budaya. Selain itu, kefahaman budaya yang tinggi juga membawa kepada penghargaan yang tinggi terhadap kepentingan budaya kepada hidup. Saya merasakan bahawa penerapan pemahaman budaya dalam diri sangat penting untuk mewujudkan suasana sayang warisan dalam sekolah. Hal ini dapat dijalankan dengan penerapan budaya itu sendiri oleh para pendidik seperti kami. Selain itu, pemindahan nota atau maklumat kepada bentuk grafik mengajar kami agar mengaplikasikan kemahiran belajar ini kepada murid. Penulisan nota dalam bentuk grafik penting dalam mewujudkan minda inovasi, kreatif dan kritis guru untuk diterjemahkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tugasan yang kedua iaitu tugasan individu pula melibatkan analisis bab dalam Sulalatus Salatin. Tugasan ini membawa diri saya lebih dekat kepada budaya Melayu yang asli dan tulen dalam kehidupan seharian. Pada pendapat saya, tugasan ini juga sedikit sebanyak membantu saya dalam memperolehi ilmu sastera terutamanya dalam prosa tradisional. Oleh itu, kelebihan ini memberi manfaat kepada kami guru dalam mengaplikasikan ilmu ini di sekolah nanti. Saya berharap agar segala pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi melalui tugasan KKBI ini dapat membantu saya dalam memantapkan diri saya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Semoga segala usaha dan kerja yang dilakukan mampu dimanfaatkan pada masa yang akan datang. Sekian.

You might also like