You are on page 1of 2

Cetak Kerajaan melancarkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pada September 2009 sebagai satu usaha meningkatkan

kesejahteraan hidup rakyat. Di bawah bidang NKRA LIH, Kerajaan telah menetapkan sasaran untuk membasmi 44,643 isirumah kemiskinan tegar, mengurangkan jumlah golongan miskin daripda 3.6% kepada 2.8%, melatih dan membangun 2,000 usahawan wanita pada tahun 2010 dan meningkatkan jumlah usahawan wanita kepada 4,000 orang hingga tahun 2012 serta meningkatkan 50 peratus pemilikan rumah kos rendah di kalangan penghuni dan penyewa yang berpendapatan isirumah kurang daripada RM2,500 sebulan pada akhir tahun 2010. Usaha mengurang dan membasmi kemiskinan, NKRA Kemiskinan melibatkan beberapa agensi pelaksana yang bertanggungjawab menjalankan program-program pembasmian kemiskinan. Antara agensi pelaksananya adalah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selaku agensi peneraju manakala Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan 32 agensi-agensi lain di peringkat persekutuan, negeri dan daerah. Mereka yang tergolong dalam miskin tegar terdiri daripada yang berpendapatan isirumah di bawah RM440 sebulan. Manakala golongan miskin adalah yang berpendapatan isirumah kurang daripada RM750 sebulan. Golongan yang berpendapatan isirumah kurang daripada RM2,000 sebulan pula termasuk dalam golongan mudah miskin. Golongan miskin tegar dan miskin terdiri daripada pelbagai peringkat umur, mempunyai latar belakang kehidupan dan kesihatan berbeza-beza. Golongan ini boleh dikategori kepada golongan produktif dan tidak produktif. Oleh yang demikian, usaha membasmi kemiskinan perlu dilaksanakan melalui pendekatan yang berbeza-beza. Bantuan yang diberikan kepada golongan ini sekarang adalah dalam bentuk kewangan dan kebendaan. Hasil daripada pengalaman Jabatan Kebajikan Masyarakat selama hampir 60 tahun dalam memberi bantuan kebajikan, kerajaan kini menjurus kepada productive welfare dimana golongan miskin tegar dan miskin yang produktif akan diberi bantuan dalam bentuk kemahiran, latihan dan motivasi/kursus pembangunan minda. Dengan kata lain, mereka dilatih untuk berdikari tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata. Bagi golongan yang tidak produktif seperti golongan tua, berpenyakit (sakit terlantar) dan orang kurang upaya (OKU), kerajaan akan terus memberi bantuan kepada bentuk kewangan dan kebendaan. Manakala golongan yang produktif (mereka yang sihat), kerajaan akan menyerapkan mereka ke dalam program 1AZAM bagi membolehkan mereka meningkatkan pendapatan dan sekali gus mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan. Program 1AZAM meliputi empat bidang iaitu Tani, Kerja, Khidmat dan Niaga. Program 1AZAM didokong dan disokong oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Kementerian Sumber Manusia (MOHR) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). MOA adalah peneraju kepada AZAM Tani. MOHR merupakan agensi teraju bagi AZAM Kerja manakala AIM adalah pendokong kepada AZAM Niaga dan AZAM Khidmat. Di bawah Program 1AZAM, peserta program ini akan diteliti dan dinilai dari segi pengalaman, minat, kemahiran dan kesesuaian. Minat dan kemahiran mereka akan dipadankan dengan projek yang sesuai dengan mereka. Proses pemadanan dibuat bertujuan memastikan matlamat program 1AZAM membasmi kemiskinan dapat dicapai. a. AZAM Kerja - merupakan bidang kerja yang menumpukan kepada beberapa jenis pekerjaan yang tidak memerlukan pendidikan dan kemahiran tinggi. Pekerjaan tersebut adalah seperti;1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. pembantu rumah pekerja stesen minyak pengawal keselamatan pelayan restoran pembantu kedai / pasaraya tukang cuci kerja-kerja pembinaan yang dilindungi seperti kerja paip, memasang tiles dan tukang kayu.

b. AZAM Khidmat - Projek ini menawarkan peluang kepada golongan berpendapatan rendah menjadi pekerja atau usahawan. Peserta juga diberi pilihan untuk terlibat sebagai pekerja sambilan atau sepenuh masa. Di antara perkhidmatan yang dimaksudkan adalah seperti;1. kantin bergerak

2. 3. 4. 5. 6.

perkhidmatan cucian kereta bergerak memotong rumput perkhidmatan kepada ibu selepas bersalin pusat penjagaan harian kanak-kanak dan orang tua membuat pemasangan peralatan/barang di rumah

c. AZAM Niaga - Projek ini melibatkan peluang perniagaan secara kecil-kecilan. Ia bertujuan untuk menggalakkan penglibatan keusahawanan di kalangan golongan berpendapatan rendah bermula daripada berniaga secara kecilkecilan secara seterusnya menuju ke arah perniagaan yang lebih besar dan maju. Perniagaan adalah seperti:1. 2. 3. 4. 5. 6. perniagaan pasar malam, penjual ais krim, penjual air tebu, menjual burger, peniaga gerai, perkhidmatan masak di rumah dan lain-lain.

d. AZAM Tani - Projek ini melibatkan projek-projek pertanian yang mendapat pulangan dalam jangka masa pendek. Antara projek tersebut adalah;1. tanaman jangka pendek seperti cili merah, sawi, kangkung, jagung, kailan dsb. 2. Projek akuakultur seperti ternakan ikan, penetasan dan penjagaan benih ikan keli/ kelah/siakap/ kerapu dll. 3. Projek ternakan jangka pendek seperti projek pengemukan lembu Untuk mencapai matlamat membasmi miskin tegar dan mengurangkan jumlah golongan miskin, Pejabat Delivery Management Office (DMO), NKRA Kemiskinan (Low Income Household LIH), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menjalankan proses saringan di kalangan golongan miskin tegar dan miskin yang berdaftar dalam sistem eKasih bagi memadankan mereka dengan program 1AZAM. Proses ini sedang dilaksanakan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh negara. Kerajaan telah menetapkan sasaran menawarkan sebanyak 61,060 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah Jabatan Perumahan Negara untuk disewa 44,146 unit rumah kos rendah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk dijual. Secara keseluruhannya, usaha kerajaan membasmi jumlah golongan miskin tegar melalui NKRA LIH telah menunjukkan hasil positif dan usaha gigih pelbagai agensi pelaksana akan diteruskan bagi memastikan usaha membasmi miskin tegar dapat dicapai pada akhir tahun 2010. Kemaskini Terakhir 24/01/2011 06:49 PM

You might also like