You are on page 1of 20

ASAS PERMAINAN BOLA SEPAK

ANAS MARUDIN ZULHILMI ROSLI IHSAN SABRI

ALATAN PERMAINAN
Peralatan asas

Setiap pemain perlu juga mematuhi undang-undang berpakaian. Berikut adalah peralatan asas yang patut dipakai oleh pemain: Jersi

Kasut bola
Seluar pendek Stoking Pelindung kaki

Pelindung kaki (shin guards)

Setiap pemain juga memerlukan pelindungan pada kaki. Pelindung kaki atau shin guards yang diperbuat daripada bahan yang sesuai seperti getah atau plastik perlu dipakai di dalam stoking.

Keselamatan

Pemain tidak dibenarkan memakai peralatan atau perhiasan yang boleh

membawa bahaya kepada dirinya dan juga kepada pemain-pemain yang


lain. Sebagai contoh cincin, gelang atau jam tangan.

Bola

Bola mestilah berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit binatang atau bahan lain yang dibenarkan. Lilitan bola yang ditetapkan oleh FIFA adalah 68sm-70sm dan berat bola dalam lingkungan 410g-450g. Bola yang digunakan untuk pemain dewasa ialah bersaiz 5 manakala saiz 4 dan 3 lazimnya digunakan untuk sukan remaja. Berikut merupakan bentuk bola yang dimaksudkan.

Penjaga Gol

Penjaga gol perlu memakai warna jersi yang berlainan daripada pemain

lain, pengadil dan pembantu pengadil.

Pertukaran Penjaga Gol

Untuk menukar penjaga gol pengadil hendaklah diberitahu terlebih dahulu sebelum pertukaran dibuat.

TEMPOH MASA PERLAWANAN


(a) Tempoh permainan Tempoh permainan pada setiap separuh masa adalah 45 minit, kecuali terdapat persetujuan terhadap perubahan di antara pengadil dan keduadua pasukan. Sebarang persetujuan untuk menukar masa permainan hendaklah dibuat sebelum permainan itu dimulakan. Contohnya mengurangkan masa untuk setiap separuh masa kepada 40 minit.

(b) Masa Rehat Masa rehat diberikan kepada pemain selepas menamatkan separuh masa pertama. Masa yang diberikan adalah tidak melebihi 15 minit. (c) Masa tambahan Masa tambahan diberikan apabila berlaku pemberhentian masa sewaktu pertukaran pemain, rawatan kepada pemain yang tercedera atau pengadil bertindak mengeluarkan pemain yang cedera dari padang untuk mendapakan rawatan.

(d) Tendangan penalti Apabila tendangan penalti hendak diambil atau diambil semula, tempoh masa akan dipanjangkan sehingga tendangan penalti itu dilakukan. (e) Pemberhentian perlawanan Sesuatu perlawanan yang dihentikan akan dimainkan semula melainkan peraturan pertandingan menyatakan sebaliknya

Bola Masuk dan Keluar

Pengadil akan menghentikan perlawanan sekiranya bola dikira keluar dari padang apabila melintasi garisan tepi, sama ada bola meleret di atas atau di udara garisan padang. Permainan akan diteruskan kembali dengan:

(a) Perlawanan akan disambung semula dengan lambungan bola di mana tempat terakhir bola terkeluar. (b) Lambungan bola yang terkena pengadil atau penjaga garisan semasa di dalam padang permainan. (c) Jarak masa ketika sedang menunggu keputusan apabila berlaku pelanggaran undang-undang.

Tendangan Percuma

Terdapat 2 jenis tendangan percuma iaitu secara langsung dan tidak langsung. Jaringan boleh dikira dengan tendangan percuma langsung. Manakala bagi menjaringkan gol daripada tendangan percuma tidak langsung, bola mestilah disentuh dahulu oleh pemain lain selepas sebelum bola itu melepasi

pemain membuat tendangan percuma garisan gawang.

Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya

9.15m (10 ela) dari kedudukan bola untuk membuat tendangan percuma langsung dan tidak langsung. Pemain pertahanan boleh berada dalam jarak kurang dari 9.15m daripada bola apabila pasukan penyerang diberi tendangan percuma tidak langsung dalam jarak 10 ela dari gawang pasukan pertahanan.

Dalam situasi tersebut, pemain pertahanan boleh

berdiri

pada gawang mereka untuk menghalang

jaringan berlaku.

Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kawasan

penalti dan sekurangkurangnya 9.15m dari bola apabila

pemain mengambil sepakan percuma dari kawasan penalti


mereka..

Bola mestilah berada dalam keadaan statik dan

tidak bergerak apabila sepakan percuma diambil. Jika pemain yang mengambil sepakan percuma itu menendang untuk kali kedua sebelum pemain lain menyentuhnya, secara tidak langsung pasukan lawan akan diberi sepakan percuma

Tendangan Gol

Tendangan gol akan diberikan apabila bola yang akhir sekali

disentuh oleh pemain yang membuat hantaran, terkeluar di


belakang garisan gol sama ada melalui leretan padang atau udara.

Prosedur: 1. Bola ditendang di kawasan petak penjaga gol oleh pemain

pertahanan atau pun penjaga gol.


2. Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola

sehingga pemain lain menyentuhnya.


3. Tendangan gol terus kepada penjaga gol tidak dibenarkan di kawasan

penalti.
4. Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kotak penalti semasa

tendangan gol diambil.


5. Jaringan tidak dikira melalui tendangan gol. Tendangan Sudut

Tendangan Sudut

Tendangan sudut diambil apabila bola yang dimainkan terkeluar atau melepasi garisan belakang gol.

Prosedur: 1. Bola hendaklah diletakkan di kawasan lengkungan sudut pada hujung

padang bersebelahan dengan tiang bendera.


2. Tendangan hendaklah dibuat oleh pasukan lawan. 3. Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m dari

bola sehinggalah tendangan sudut diambil.


4. Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola

sehingga pemain lain menyentuhnya.

You might also like