• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 2
    CommentGo Back
Download
 
JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR
FALAK
8
Pengenalan
Bumi dikenali sebagai “al-ardhu” dalam bahasaarab dan “earth” dalam bahasa Inggeris. Iamerupakan planet ketiga dari matahari selepasplanet Utarid dan Zuhrah dalam sistem suria.Dijangkakan bumi telah berusia selama 4,600 jutatahun. Bentuk bumi adalah ellipsoid iaitu bulattetapi leper sejarak 133 km di kedua-dua sisinya.Jejari bumi di khatulistiwa ialah 6378.14 kmdengan ukur lilitnya 40 084 km dan mempunyaigaris pusat sepanjang 12,756 kilometer.
Asal Usul Kejadian
Menurut ahli falsafah Yunani bernamaAnaximenes (585-528 SM), mengatakan bahawaalam semesta berasal dari udara yang berkumpul,lalu padat menjadi awan. Awan yang cairmenjadi hujan manakala awan yang beku pulamenjadi tanah dan batu, iaitu bumi. Kejadianmatahari, bulan dan bintang pula wujud dari wapbumi. Wap yang keluar dalam bentuk api telahmembentuk matahari. Bumi berbentuk datarseperti meja dan ia ditampung oleh udaraDalam kajian kosmologi moden, kejadian alamsemesta adalah hasil daripada teori letupanbesar dan teori keadaan mantap. Menurut ahliastronomi Belgium bernama George Lemaitrepada tahun 1927, alam semesta ini sedangbergerak menjauhi di antara satu sama laindisebabkan letupan besar yang telah berlakupada satu jisim mampat, kira-kira 15 ribu jutatahun dahulu. Berdasarkan teori ini, serpihan jisim selepas letupan besar yang berlaku telahmewujudkan galaksi, planet, debu-debu angkasadan segala khazanah alam setelah mengalamipelbagai proses. Kesemua jisim tersebut masihlagi bergerak ke seluruh pelusuk alam hasil tenagadari letupan tersebut.Dari segikepercayaantauhid, sesuatu selaindari Allah S.W.T. mestiada awal dan akhir. Walauapa pun teori ten-tangnya,hendaklah diyakini bahawa alamini bersifat ‘baharu’ iaitu bermulanyadengan tiada dan berakhirnya juga dengantiada. Persoalan untuk mengetahui asal kejadianalam tidak akan dapat diselesaikan tanpa kitaberpegang kepada sunnatullah.Menurut ilmu kosmologi Islam, alam semestaberasal dari asap (dukhan) sebagaimanadijelaskan oleh firman Allah S.W.T.:
“Kemudian Dia (Allah) menunjukkan kehendak-Nya kepada penciptaan langit, sedangkan langit ketika itu masih berupa asap.. .” (Surah Fussilat: 11)“Apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu padaasalnya bercantum(sebagai benda yang satu), laluKami (Allah) pisahkan di antara kedua-duanyadan Kami jadikan daripada air tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahuberiman?” (Surah al-Anbiya’: 30)
Ayat di atas menghuraikan bahawa alam semestasebelum kejadiannya adalah berbentuk paduandari satu jisim yang wujud hasil paduan (ratq)gas-gas dengan debu-debu angkasa yangdisebut sebagai dukhan. Jisim ini kemudiannyaberputar ligat disebabkan tekanan dari pusatnya,menghasilkan tekanan yang menyebabkanberlakunyaletupan dan menghancurkan jisim berkenaan.Pecahan dari jisim ini seterusnya membentukobjek angkasa seperti penciptaan langit danbumi. Objek angkasa ini akan terus bergerakdalam ruang angkasa sehingga waktu yangtelah ditentukan. Pergerakan ini katakan sebagaiproses pengembangan alam secara berterusanyang mana mutakhir ini masih terdapat banyakpenemuan-penemuan baru objek angkasa melaluipenyelidikan aero-angkasa.Dengan kemampuan aqal manusia dan teknologiyang terbatas, penciptaan bumi menunjukkankebesaran Allah S.W.T. di alam ini. Firman AllahS.W.T.:
“Dan langit itu Kami (Allah) bina dengankekuasaan kami (dalam bentuk binaan yangkukuh) sedangkan sesungguhnya kami benar-benar berkuasa. Dan bumi pula kami hamparkan(untuk kemudahan kamu mendiaminya), makakamilah sebaik-baik yang menghamparkannya. “ (Surah al-Dhariyat: 47-48)
Kandungan 
Dari ruang angkasa lepas, bumi dapat dilihatsebagai satu jasad berwarna biru, perang danhijau, iaitu kesan daripada warna-warna lautan,
Oleh :
Ustaz Hairul Anuar B. Samingan
(Bahagian Falak Syarie)
 
BULETIN AT-TAQWA • BIL. 9
9
daratan dan tumbuh-tumbuhan bumi. Dibahagian luar lapisan bumi terdapat tanah untukkediaman, pertanian, gunung-ganang dan tanah-tanah pamah yang dikenali sebagai kerak bumiiaitu litosfera, kemudian diikuti oleh permukaanlautan (hidrosfera), lapisan batu-batan yang kayadengan galian (mesosfera) dan lapisan yangpaling dalam iaitu pusat bumi. Kerak bumi lebihnipis di dasar laut iaitu sekitar 5 kilometer. Kerakbumi terbahagi kepada beberapa bahagian danbergerak melalui pergerakan plat tektonik (teorihanyutan benua) menghasilkan gempa bumi.Bumi mempunyai lapisan udara (atmosfera) danmedan magnet (magnetosfera) yang melindungpermukaan bumi daripada angin suria, sinaranultra merbahaya dan radiasi dari angkasa lepasbagi membolehkan sebarang kehidupan. Lapisanudara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian700 kilometer dan yang selebihnya dianggapangkasa lepas.Atmosfera bumi mengandungi gas-gas nitrogensebanyak 75%, oksigen (23%), karbon dioksidadan gas-gas lengai (2 %). Atmosfera kekaldi sekeliling bumi disebabkan tarikan graviti.Lapisan ini semakin tumpat pada paras puratalaut dan menipis apabila semakin tinggi.Pembahagian lapisan atmosfera adalah mengikutkadar ketumpatannya, bermula daripada lapisantroposfera, stratosfera, mesosfera, themosfera.dan Eksosfera. Atmosfera menjadi penting bagibumi dan penghuninya disebabkan:1. Kandungan atmosfera mengandungi gas yangsesuai untuk pernafasan.2. Lapisan atmosfera menapis sinaran matahariyang merbahaya dari sampai ke bumi.3. Lapisan atmosfera membantu memerangkaphaba daripada sinaran matahari danini membantu menyeimbangkan suhupermukaan bumi. Perbezaan suhu yang kecildi antara waktu siang dan malam adalah diantara ciri-ciri penting untuk mem-bolehkankehidupan wujud di muka bumi.4. Molekul dalam atmosfera membantumenyerakkan cahaya matahari kepersekitaran, menjadikan panorama bumibegitu indah.Lapisan ozon, setinggi 50 kilometer, wujud dilapisan Stratosfera dan Mesosfera. Ia merupakansejenis gas hasil rangkaian 3 atom oksigen atautrioksigen (O
3
) yang dapat melindungi manusiadaripada sinaran ultra-lembayung matahari yangmerbahaya, terutama terhadap kulit dan sistempelalian manusia.Walau bagaimanapun sejak beberapa dekad yanglalu, melalui kajian yang dijalankan didapatilapisan ozon semakin nipis. Kajian saintifikmenunjukkan penipisan ini berpunca daripadakarbon klorofluro (CFC) yang terbebas ke udaradan akan memasuki stratosfera, di mana CFCakan dihuraikan menjadi unsur klorin yang aktif sehingga dapat merosakkan lapisan ozon dengancara memusnahkan molekul ozon. CFC merupakanbahan kimia digunakan sebagai gas penyejukdalam peti sejuk, alat penghawa dingin.Bumi mempunyai 1 satelit asli iaitu bulan. 70.8%permukaan bumi diseliputi air. Udara Bumi terdiridaripada 78% nitrogen, 21% oksigen, dan 1%wap air, karbon dioksida, dan gas lain. Bumidianggarkan mempunyai teras dalam bumi yangterdiri daripada besi nikel beku setebal 1,370kilometer dengan suhu mencecah 4,500°C,diselitupi pula oleh teras luar yang cair setebal2,100 kilometer, diselitupi pula oleh mantle silikapadu setebal 2,800 kilometer membentuk 83%isipadu bumi, dan akhir sekali diselitupi oleh kerakbatu silika hampir 100 kilometer tebal.Puncak tertinggi : Gunung Everest (8,848meter)Lautan terdalam : Mencecah 10,924 mTasik tertinggi : Tasik TiticacaTasik terbesar : Laut CaspianLautan terbesar : Lautan Pasifik.Berat jisim Bumi : 59,760 juta juta tanKetumpatan Bumi : 5,500 kilogram setiapmeter persegiPengukuran Graviti Bumi : 10 N kg-1Keluasan Bumi:Lebih 2/3 kawasan Bumi dilitupi oleh air12% daripada kawasan Bumi merupakanpadang pasir.Keseluruhan: 510.073 juta km
2
Daratan: 148.94 million km
2
(29.2%)Lautan: 361.132 million km
2
(70.8%)Sempadan daratan: 251,480.24 kmPersisiran pantai: 356,000 km
Sistem Peredaran
Bumi bergerak mengelilingi matahari padakelajuan purata 30 km/s dalam orbit berbentukelips. Dalam pergerakan ini, bumi akan berada dititik terjauh daripada matahari iaitu afelion lebihkurang pada 4 Julai dan berada di titik terdekat(perihelion) pada 4 Januari setiap tahun. Jarakpurata Bumi dengan matahari adalah 149.6 jutakilometer. Sehari di Bumi bersamaan 24 jam dansetahun di bumi bersamaan 365.25 hari.
BulanBumi Matahari 
FALAK
You're Reading a Free Preview
Page 3 is not shown in this preview.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...

I am definitely going to favorite this

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...