You are on page 1of 7

From: http://www.umrahmalaysia.

com/cara-mengerjakan-umrah/

Cara Mengerjakan Umrah


ADMIN FEBRUARY 9, 2012 15

Berikut adalah panduan ringkas bagaimana untuk mengerjakan ibadah umrah. Semoga ibadah kita diterima oleh-Nya, insyaAllah.

Rukun Umrah
Sebelum itu mari kita pelajari rukun-rukun umrah. Rukun umrah terbahagi kepada 5 iaitu:
1. 2. 3. 4. 5. Niat Tawaf Saie Bercukur atau bergunting Tertib

Huraian terperinci bagi setiap rukun adalah seperti dibawah. 1. Niat Setiap ibadah hendaklah dimulai dengan niat. Jika seseorang itu tidak berniat sama ada sengaja atau terlupa umrahnya menjadi tidak sah. Berniat umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa. Berikut ialah lafaz niat umrah: Ertinya : Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Taala. 2. Tawaf Tawaf adalah salah satu rukun yang sangat penting dalam ibadat umrah. Sekiranya ia tidak dilaksanakan mengikut syarat-syaratnya, ia menjadi tidak sah dan justeru itu Saie, iaitu rukun yang berikutnya juga akan menjadi tidak sah. Syarat- syarat sah tawaf - Berniat mengelilingi Kaabah semata-mata untuk menunaikan tawaf kerana Allah S.W.T. Lafaz niat Tawaf Umrah: Ertinya: Aku berniat Tawaf Umrah di Kaabah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.

3. Saie

Tawaf hendaklah dilakukan di luar Kaabah tetapi di dalam Masjidil Haram. Tawaf boleh dilakukan di bahagian atas Masjidil Haram tetapi mesti dipastikan bahu sentiasa mengiringi Kaabah. Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Kaabah termasuk Syazarwan (bingkai Kaabah) semasa tawaf. Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Kaabah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Kaabah). Laluan tawaf hendaklah bersih daripada najis. Tawaf hendaklah dimulai dari belakang garisan Hijr al-aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama. Tawaf hendaklah dilakukan sebanyak tujuh kali pusingan dengan sempurna dan yakin. Mesti mengirikan Kaabah sepanjang masa tawaf. Beri perhatian khusus apabila tiba di penjuru -penjuru Kaabah. Mesti suci daripada hadas kecil (yakni berwuduk). Mesti suci daripada hadas besar. Badan dan pakaian mesti suci daripada najis.( mendukung anak lelaki yang belum berkhatan adalah diaggap membawa najis yang menyebabkan tawaf menjadi tidak sah). Mesti menutup aurat.

Saie adalah juga satu rukun yang penting dan perlu dilaksanakan dengan sempurna. Walaupun begitu sahnya Saie bergantung kepada sahnya tawaf. Jika kerana sesuatu sebab, tawaf tidak sah maka Saie yang walaupun dibuat dengan sempurna akan turut menjadi tidak sah. Syarat-syarat sah Saie:
Hendaklah dilakukan selepas tawaf. Tujuan hendaklah semata-mata untuk Saie. Saie hendaklah dimulai dari Bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah. Saie dilakukan genap dan sempurna bilangan sebanyak tujuh kali. Perjalanan balik dari Marwah ke Safa dikira sekali pula. Jarak perjalanan Safa ke Marwah dikira dari kaki bukit ke kaki bukit. Tetapi sekurang-kurangnya ialah jarak yang ditentukan untuk mereka yang menggunakan kereta sorong. Perjalanan dari Safa ke Marwah dan sebaliknya tidak terputus yakni seseorang itu tidak melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula menerusi satu pintu lain.

Bercukur/bergunting Bertahallul maknanya melepaskan diri dari larangan ihram menurut cara yang ditetapkan untuk umrah. Bagi umrah seseorang itu boleh bertahallul setelah selesai melaksanakan dengan sempurna semua kerja-kerja rukun yang lain iaitu niat, tawaf dan Saie. Syarat Bercukur

Menggunakan sekurang-kurangnya tiga helai rambut (bukan bulu) dengan cara bergunting atau dengan caracara lain. Tetapi adalah afdhal bagi lelaki mencukur kepalanya. Bagi orang yang kepalanya tidak berambut memadai jika dilalukan pisau di atas kepalanya. Perkara-perkara yang berkaitan dengan jemaah wanita:
Perempuan yang berambut panjang boleh memotong mana-mana bahagian rambutnya untuk tahallul asalkan tidak kurang dari tiga helai. Suami boleh menggunting rambut isterinya sebelum menggunting rambutnya sendiri selepas keduaduanya selesai Saie umrah. Tetapi sebaik-baiknya suami menggunting rambutnya dulu. Perempuan haid boleh bertahallul dan rambut yang dipotong dimasukkan saja ke dalam bekas yang disediakan.

Tertib Para jemaah hendaklah melaksanakan segala Rukun Umrah satu persatu, mengikut tertibnya (aturan). Wajib Umrah
Wajib Umrah ialah perkara-perkara yang mesti dilaksanakan oleh jemaah umrah, sekiranya ditinggalkan, ibadah umrah tersebut masih sah tetapi dikenakan bayaran Dam. Pengabaian terhadap perkara-perkara Wajib Umrah dengan sengaja adalah berdosa dan dikenakan Dam. Jika ditinggalkan dalam keadaan tidak sengaja, hukumnya tidak berdosa tetapi masih dikenakan Dam. Berikut ialah perkara-perkara Wajib Umrah: Berniat umrah di Miqat (sempadan) yang ditetapkan ataupun sebelumnya. Menjaga larangan ihram. Miqat Makani (sempadan tempat) adalah tempat yang ditetapkan bagi seseorang yang hendak mengerjakan umrah melafazkan niatnya. Niat boleh dilafazkan pada mana-mana tempat sebelum sampai ke Miqat ini. Tetapi jika sudah melampaui Miqat ini, niat umrah masih boleh dilafazkan tetapi Dam berupa seekor kambing dikenakan.

1. 2. 3.

Miqat bagi jemaah umrah dari Asia Tenggara (dengan kapal terbang): Qarnul Manaazil Lebih kurang 94km dari Makkah atau lebih kurang setengah jam perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Makkah setelah mendarat di Jeddah. Bir Ali (disebut juga sebagai Zulhulaifah) Lebih kurang 10km dari Bandar Madinah atau lebih kurang 450 km dari Makkah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Madinah dan dari sana berniat ihram sebelum bergerak menuju Mekah. Ia juga menjadi Miqat untuk penduduk bandar Madinah itu sendiri.

Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Berangkat


1. Memotong kuku; 2. Mencukur bulu kemaluan & bulu ketiak; 3. Merapikan rambut dan misai. Cara-cara mengerjakan umrah adalah seperti imej dibawah:

Kredit imej: Tabung Haji

=======================================================================

Masjidil Haram Masjid Tertua Di Dunia


ADMIN NOVEMBER 13, 2012 0

Dalam bahasa Arab, Masjidil Haram bererti masjid yang dihormati atau dimuliakan. Masjidil Haram terletak di tengah-tengah kota Mekah. Sejak tahun kelapan kerasulan Nabi Muhammad SAW, baginda menjadikan Masjidil Haram sebagai tempat ibadah umat Islam. Oleh hal yang demikian itu, masjid ini menjadi tumpuan umat Islam dari berbagai-bagai penjuru dunia untuk melakukan ibadah haji, umrah, solat dan menuntut ilmu. Mereka datang daripada pelbagai mazhab.

Kaabah
Di tengah-tengah Masjidil Haram terletaknya Kaabah. Bangunan terpenting dalam Masjidil Haram adalah Kaabah, yang berbentuk kiub dan disebut juga Baitullah (Rumah Allah), Baitulatiq (Rumah Kuno), dan Baitulharam (Rumah Suci).

Di dalam masjid ini juga terdapat makam Ibrahim (bekas tapak kaki Nabi Ibrahim as pada batu ketika membina atau mendirikan Kaabah), Hajar Aswad (batu hitam) dan telaga zamzam. Masjidil Haram merupakan sebuah kompleks bangunan yang berbentuk empat persegi yang mengelilingi Kaabah. Masjid ini terletak di atas tanah empat segi di tengah-tengah kota Mekah. Keadaan Masjidil Haram pada masa Nabi SAW dan Saidina Abu Bakar tidaklah seluas sekarang. Pada zaman Saidina Umar dan Uthman, masjid ini diperluaskan dan dibina dinding di sekelilingnya. Kerja-kerja pembaikan terus dilakukan sehingga pemerintahan Umaiyah.

Usaha untuk memperindahkan bangunan ini secara besar-besaran dilakukan pada zaman Kerajaan Abasiyah. Ketika Sultan Salim II (1566-1574 M) dari kerajaan Uthmaniah memerintah, baginda beberapa kali memperbaiki dan menambah bangunan berupa atap kecil. Kerana tuntutan zaman dan perkembangan umat Islam, Masjidil Haram hingga kini terus menerus diperluas dan diperindah oleh pemerintahan kerajaan Arab Saudi.

Menara
Di sekeliling masjid ini terdapat tujuh buah menara yang menjulang tinggi. Ketujuh-tujuh menara itu masing-masing mempunyai nama trendier iaitu: Bab al-Umrah, Bab al-Hazurah, Bab as-Salam, Bab az-Ziadah, Bab al-Ali, Sulaimaniah, dan Kait Bai. Menara-menara ini turut menjadi model masjid di seluruh dunia. Masjidil Haram memiliki keutamaan yang tersendiri bagi umat Islam. Hal ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Janganlah memberatkan untuk mengadakan perjalanan kecuali ke tiga masjid: Masjidil Haram, masjidku (Masjid Nabawi di Madinah), dan Masjidil Aqsa. Solat di Masjidil Haram lebih utama daripada 100,000 kali solat di masjid lain kecuali di Masjidil Aqsa. (riwayat ad-Darimi, an-Nasai dan Ahmad)

Telaga zamzam

Telaga zamzam terletak di bahagian tenggara Kaabah dengan kedalaman 140 kaki. Telaga ini juga disebut Telaga Ismail. Pada masa Abdul Mutalib sebagai pembesar Mekah, telaga ini tertutup tanah. Beliau melakukan penggalian dan seterusnya telaga ini berada di bawah pengawasannya. Masjid ini ditutupi dengan atap dan dilengkapi dengan menara, tiang-tiang kecil tempat lampu penerang dan kubah-kubah kecil (152 buah). Tiang setinggi 20 kaki (sekitar 6m) dan berdiameter 1.5 kaki (sekitar 0.5m) berjumlah 589 buah. Setiap tiga tiang diselangi dengan satu tiang besar dengan ketebalan sekitar 4 kaki (sekitar 1.2m). Di bahagian utara pula terdapat satu tiang merah dan satu tiang abu-abu kemerah-merahan, manakala di bahagian timur terdapat dua tiang abu-abu. Di bahagian loteng atau lelangit terdapat ukiran kaligrafi ayat-ayat al-Quran dan perhiasan. Pada bahagian tembok pula terdapat batu yang bertuliskan Muhammad, Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan Asma ul Husna. Kredit: Utusan Malaysia

You might also like