You are on page 1of 8

PENGENALAN Modul ini membincangkan tentang kemahiran saintifik yang terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran

manipulatif. Kemahiran proses sains adalah cara pemikiran manakala kemahiran manipulatif adalah kemahiran psikomotor semasa menjalankan aktiviti sains. Bagi setiap kemahiran dibincangkan maksud, contoh dan akhirnya latihan bagi menguji kefahaman anda. HASIL PEMBELAJARAN 1. Mengembangkan penghayatan kritikal terhadap kemahiran proses sains asas dan bersepadu, dan amalannya dalam pengajaran sains di sekolah rendah. 2. Menunjukkan kompetensi dalam mereka bentuk pendekatan untuk menyokong perkembangan kemahiran dan kefahaman prosedur sains kanak-kanak. 3. Menerangkan kemahiran manipulative sebagai proses psikomotor yang dikembangkan melalui ujikaji saintifik.

TAJUK 1: PENGAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH Murid-murid sekolah rendah secara semulajadi memang sentiasa ingin tahu dan selalu bertanya soalan tentang apa yang diperhatikan. Sifat ini menjadikan amat sesuai sains dipelajari di sekolah rendah. Sains akan membenarkan mereka meneroka dunia mereka dan menemui perkara baru. Sains melibatkan aktiviti hands-on yang amat sesuai dengan kanakkanak yang suka terlibat secara aktif semasa belajar. Mengikut Dr. Eshach dalam bukunya Science literacy In primary schools and pre-schools (2006), sains perlu mula diajar di sekolah rendah kerana; Kanak-kanak secara semulajadi suka memerhati dan berfikir tentang alam semulajadi. Ini disebabkan sifat semulajadi kanak-kanak ingin tahu, kanak-kanak akan suka aktiviti sains Perkembangan sikap terhadap sains bermula pada umur yang muda. Jadi apabila sains didedahkan secara seronok ini akan memupuk sikap positif terhadap sains Pendedahan awal terhadap fenomena sains akan menuju kepada kefahaman konsep sains yang akan diajar secara formal diperingkat lebih tinggi

Sains adalah cara yang berkesan untuk membentuk pemikiran saintifik yang boleh diaplikasikan dalam menyelesaikan semua masalah harian Justru, kelebihan yang akan diperolehi bila kita perkenalkan sains di sekolah rendah adalah seperti berikut; Sains dapat membentuk kemahiran menyelesai masalah setelah menguasai kemahiran saintifik yang diperkenalkan dalam sains. Ini akan juga memotivasikan kanak-kanak untuk terus berminat untuk meneroka alam semulajadi. Asas sains yang diajar di sekolah rendah akan digunakan oleh kanak-kanak apabila mereka berada di sekolah menengah dan seterusnya. Lebih cepat kita dedahkan konsep dan fenomena sains akan memudahkan kita mengenalpasti miskonsep dan seterusnya ditangani. Miskonsepsi sukar untuk ditangani diumur yang lebih tua

Kerjaya yang berkaitan dengan bidang sains amat luas. Sekiranya didedahkan lebih awal kepada kanak-kanak sekolah rendah mereka boleh terokai dan dibimbing untuk menyediakan diri bagi memilih kerjaya yang mereka minati di masa hadapan

"Science is an intensely human, creative, enterprise. Science dominates our lives and presents society with tremendous opportunities and tremendous challenges." Dr. Eric Albone, director of the Clifton Scientific Trust Jika sekiranya kita mahu menyediakan ruang dan peluang untuk memenuhi cabaran ini kita perlu mula mengajar sains di sekolah rendah dan diteruskan diperingkat menengah dan pengajian tinggi.

Minda kanak-kanak penuh dengan imaginasi dan idea yang kreatif. Sains dapat mengasuh aspek ini. Lebih awal pemikiran ini diasah kita akan dapat menghasilkan generasi yang suatu hari nanti akan bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah sains tetapi akan dapat menghasilkan inovasi dalam bidang sains dan teknologi

Latihan Sekiranya anda diberi peluang untuk merekabentuk kurikulum sains sekolah rendah, apakah ciri-ciri kurikulum yang akan dihasilkan?

TAJUK 2: KEMAHIRAN MANIPULATIF

2.1 KEMAHIRAN SAINTIFIK Kemahiran saintifik adalah kemahiran yang

diperlukan oleh seseorang bagi belajar dan meneroka sains. Ianya terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.

2.2 KEMAHIRAN MANIPULATIF

Kemahiran manipulatif sains merupakan kemahiran psikomotor dalam menjalankan aktiviti amali sains. Ianya melibatkan perkembangan koordinasi mata dan tangan. Pengalaman mengguna dan mengendalikan bahan dan peralatan sains akan menyediakan pengalaman pembelajaran yang secara beransur-ansur pada pelajar-pelajar untuk menguasai kemahirankemahiran tersebut.

Kemahiran manipulatif terdiri daripada;

1. Penggunaan dan pengendalian peralatan dan bahan sains dengan betul 2. Penyimpanan peralatan sains dan bahan dengan betul dan selamat 3. Pembersihan peralatan sains dengan cara yang betul 4. Pengendalian spesimen hidup dan bukan hidup dengan betul dan cermat 5. Pelakaran spesimen, bahan dan peralatan sains dengan tepat dan berkadaran betul.

2.2.1 Penggunaan dan pengendalian peralatan dan bahan sains dengan betul

Boleh menggunakan peralatan sains yang betul bermakna dapat memilih peralatan yang sesuai dan membaca skala yang terdapat pada peralatan yang digunakan.

Contoh :

Apabila ingin mengukur panjang pensil anda pilih pembaris pendek untuk mengukur dan mencatat bacaan panjangnya dalam sentimeter atau millimeter Apabila anda ingin mengukur lilitan batang rod, anda pilih angkup vernier supaya dapat bacaan yang lebih tepat dan jitu Apabila ingin mengukur isipadu air anda pilih kelalang isipadu dan bukannya bikar

Apabila mengunakan sesuatu peralatan sains anda mesti menggunakan mengikut teknik yang betul agar bacaan yang diukur tepat dan jitu. Contohnya , apabila anda ingin mengunakan pembaris meter bagi mengukur panjang, anda boleh gunakan langkah-langkah berikut;

a) Letakkan hujung benda yang hendak diukur pada garis 0 pembaris

b) Semasa membaca skala yang terdapat pada pembaris mata perlu pada kedudukan yang digambarkan pada Rajah 1

Rajah 1

Latihan

Berapakah panjang objek berikut; (i)

(ii)

Terdapat beberapa cara atau prosedur yang perlu diberi perhatian semasa mengendalikan bahan dan peralatan sains. Contohnya, apabila mengendalikan jangka suhu anda tidak boleh memegang badan jangka suhu, tidak boleh gunakan jangka suhu untuk mengacau larutan, dan bebuli jangkasuhu tidak boleh bersentuhan dengan dasar bikar apabila bikar itu sedang dipanaskan.

Begitu juga dengan bahan-bahan sains, prosedur yang khusus perlu diperhatikan terutama bahan-bahan sains yang boleh membahayakan sekiranya tidak diambil langkah-langkah berjaga-jaga semasa mengendalikannya. Aspek ini akan dibincangkan secara terperinci dalam kursus SCE3112.

2.2.2 Pengendalian spesimen hidup dan bukan hidup dengan betul dan cermat

Spesimen yang mungkin digunakan di bilik sains adalah tumbuhan dan haiwan-haiwan kecil seperti lipas, cacing tanah, siput dan ikan. Beberapa perkara perlu diberi perhatian semasa menggunakan tumbuhan sebagai spesimen yang dikaji. Contohnya, ingatkan murid- murid supaya berhati-hati apabila gunakan tumbuhan yang mempunyai rembesan/getah yang boleh menimbulkan alahan seperti batang keladi dan miang rebung.

Begitu juga bila gunakan haiwan-haiwan kecil sebagai spesimen yang ingin dikaji. Langkah berjaga-jaga perlu diingatkan kepada murid-murid sebelum mereka mengkaji heiwan-haiwan tersebut.

Langkah-langkah berjaga yang patut dipatuhi oleh murid-murid semasa mengendalikan spesimen hidup adalah; Tutup luka Basuh tangan bersih-bersih selepas kendali spesimen Letak bahan basmi kuman sekiranya digigit oleh haiwan

Bagaimana pula dengan spesimen bukan hidup? Apakah langkah-langkah berjaga-jaga kalau anda gunakan contoh-contoh tanah dalam Tahun 3? 2.2.3 Pelakaran spesimen, bahan dan peralatan sains dengan tepat dan berkadaran betul.

Rajah 2 (a)

Rajah (b)

Rajah 2 (a) adalah gambar bikar manakala Rajah 2 (b) adalah lakaran bikar. Lakaran bikar itu bersifat 2 D.

Berikut adalah panduan untuk melukis peralatan sains; Lukis dengan gunakan pensil dan kertas yang idak begaris Lukisan perlulah agak besar supaya perincian rajah dapat dilihat Lukisan diletak disebelah kiri kertas supaya label boleh diletakkan di sebelah kanan Gunakan pembaris untuk melukis garis label Rajah tidak perlu diwarna atau dilorek Tulis tajuk rajah

Latihan Lukiskan gambar peralatan berikut dengan menggunakan garis panduan tadi.

2.2.4: Pembersihan peralatan sains dengan cara yang betul

Peralatan sains yang digunakan di sekolah rendah tidak banyak, ada yang diperbuat daripada plastik dan ada yang diperbuat daripada kaca. Selalunya setelah digunakan arahkan murid untuk membilas peralatan yang telah digunakan dan dikeringkan sebelum disimpan. Sekiranya peralatan itu terlalu kotor rendam dalam air sabun semalaman sebelum dibilas dan dikeringkan.

Begitu juga dengan bahagian-bahagian peralatan yang digunakan. Contohnya, kanta mata dan objektif mikroskop perlulah dilap sebelum ianya disimpan, piring penimbang dibersihkan dan dilap supaya tidak cepat berkarat.

2.2.5: Penyimpanan peralatan dan bahan sains dengan cara yang betul

Kaki retod, tabung uji, bikar, silinder penyukat, dan penunu Bunsen adalah diantara peralatan yang biasa murid gunakan dimakmal sains. Setelah selesai menjalankan aktiviti pastikan murid meletakkan semula peralatan ditempat penyimpanannya. Tentunya minta mereka pastikan peralatan itu bersih dan kering sebelum disimpan.

Ikut arahan yang tertera pada kotak penyimpanan peralatan yang tertentu. Contohnya, kanta objektif dan kanta mata disimpan dalam tempatnya secara berasingan. Kemudian badan mikroskop dan komponennya tadi disimpan dalam kotaknya atau diletakkan dalam almari yang bercahaya supaya kulat tidak membiak dan merosakkan mikroskop.

Ikut arahan guru bagaimana hendak menyimpan bahan sains. Ada bahan sains yang akan rosak dengan cepat kalau tidak disimpan dengan betul. Ianya bertindak balas dengan wap air yang ada dalam udara dan tidak dapat digunakan semula.

You might also like