You are on page 1of 2

REFLEKSI INDIVIDU Nama No.

Kad Pengenalan Opsyen : Aishah binti Abd Radzak : 820308-08-5682 : Matematik Kumpulan 1

Bersyukur kepada yang maha berkuasa kerana dengan limpah kurnianya saya telah berjaya menyiapkan tugasan Perancangan dan pengajaran matematik bersama-sama ahli kumpulan yang lain dengan jayanya. Saya berasa bersyukur kerana setalah saya menyiapkan tugasan ini banyak perkara baru yang telah saya pelajari.Saya belajar cara bekerja secara kumpulan kerana kami sama-sama berusaha bagi memahami konsep yang betul untuk menyiapkan tugasan ini. Saya belajar bagaimana untuk menggunakan mengaplikasikan pengajaran matematik dengan menggunakan satu rancangan pengajaran harian untuk mengajar didalam kelas. Walaupun mempunyai pengalaman mengajar mencecah sepuluh.Ia merupakan

perkara biasa yang telah dilalui yang menjadi lumrah bagi seorang guru menggunakan bahan batu mengajar yang sesuai mengikut topik yang di ajar supaya pembelajaran yang betul dapat difahami oleh murid konsep matematik dengan baik. Di samping itu, pada awalnya saya keliru bagaimana untuk menyediakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan satu rancangan pengajaran harian. Namun setelah mendapat maklumat yang jelas dan terperinci oleh pensyarah pembimbing En. Muhammad bin Basar barulah saya fahami kehendak pensyarah bagi menyiapkan tugasan ini. Sebenarnya tugasan ini mendidik para pelajar supaya berbincang dan mengambil satu kata sepakat bagi menghasilkan satu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan memberi maanfaat kepada murid khususnya. Saya juga amat berbangga kerana murid saya amat memberikan komitmen yang baik semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid menunjukkan minat ingin tahu yang mendalam.Saya merasakan murid amat menanti-nantikan berat badan mereka kerana kebiasaanya berat badan mereka sukar diketahui melainkan pihak sekolah ingin membuat BMI terhadap murid tersebut atau untuk mengisi laporan akhir tahun murid. Kesimpulannya, Setelah saya berjaya menyiapkan tugasan ini dapat saya jelaskan bahawa setiap pengajaran dan pengajaran yang dijalankan akan lebih berkana apabila bahan maujud dipamerkan kepada murid.Namun kekangan yang dihadapi oleh guru dengan tugasan sampingan menjadikan bahan bantu mengajar hanya digunakan secara minima di

sekolah. Kadang kala, apabila dikaji pihak sekolah banyak melakukan pembaziran kerana bahan bantu mengajar tidak digunakan sepenuhnya malah bahan tersebut rosak kerana tidak digunakan dengan sepenuhnya. Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan sekumpulan Puan Aida binti Mohd Ariff dan Encik Azhar bin Ab Hamid kerana begitu bersungguh sungguh membuat perbincangan bagi menyiapkan tugasan ini.Tidak lupa juga kepada En. Muhammad bin Basar yang tidak jemu-jemu memberi bimbingan yang sewajarnya bagi menyiapkan tugasan ini. Bersyukur dan berbangga saya rasakan kerana saya berjaya menyiapkan hasil kerja kumpulan saya dengan jayanya. Sekian terima kasih.

You might also like