You are on page 1of 1

REFLEKSI INDIVIDU NAMA NO.

I/C OPSYEN : AISHAH BT ABD RADZAK : 820308-08-5682 : MATEMATIK KUMPULAN 1

Bersyukur saya kepada Alllah kerana dengan izinnya saya dan pihak sekolah telah Berjaya menlaksanakan kejohanan Olahraga dan balapan peringkat sekolah kali yang ke 10 bagi tahun 2013.Dalam menjayakan sesuatu program pelbagai dugaan ,masalah, cabaran dan dugaan yang terpaksa ditemuh bagi memastikan perjalanan program yang dijalankan berjalan dengan lancer tanpa sebarang masalah. Namun kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang akan menentukan semuanya.Dalam menjayakan kejohanan olahraga peringkat sekolah saya amat bersyukur kerana segala yang dirancang berjalan dengan tersusun dan mengikut program yang dirancangkan.Semua guru memberikan komitmen yang baik dan jitu dalam memastikan semuanya berjalan lancar.Semua guru memainkan peranan yang telah ditetapkan oleh penyelaras.Saya sebagai pengurus peserta rumah sukan Temenggung memastikan murid yang terlibat dalam setiap acara hadir dan terlibat dalam acara yang telah ditetapkan.Semua murid yang terlibat hadir dan menunjukkan komitmen yang baik semasa acara sukan dijalankan. Selain itu, terdapat juga beberapa masalah yang timbul semasa acara sukan berlangsung.Terdapat murid yang cedera semasa acara larian.kaki peserta tersebut terseliuh dan murid berkenaan diuruskan oleh guru yang mengendalikan bahagian kecemasan dan kecederaan murid.

You might also like