You are on page 1of 11

Huraikan Bagaimana Bentuk Masyarakat Pluraliti di Alam Melayu Sebelum dan Selepas Kedatangan Kuasa Eropah Fatin Hanani

Binti Mohamad Akhir Abstrak Kajian akademik ini membincangkan tentang bentuk masyarakat pluraliti di Alam Melayu sebelum dan selepas kedatangan kuasa Eropah. Penghijrahan pelbagai budaya ke Alam Melayu telah mewujudkan kepluralitian masyarakat. Masyarakat pelbagai budaya berhijrah di Alam Melayu untuk mencari kekayaan dan kehidupan sebelum kedatangan kuasa Eropah yang berlaku secara semulajadi. Maka berlakulah pelbagai perubahan dari segi agama, ekonomi, jumlah penduduk dan sebagainya. Selepas itu, datang pula para pedagang Eropah yang datang bukan hanya sekadar untuk berdagang tetapi telah membawa misi serampang tiga mata iaitu mengembangkan agama kristian, mencari kekayaan dan mencapai kemegahan (Gospel, Gold and Glory). Kedatangan masyarakat pelbagai budaya berlaku secara paksaan oleh penjajah Eropah. Walaubagaimanapun, pluralisme tetap berlaku dan bertambah konflik lagi. Terdapat juga beberapa keunikan masyarakat pluralistik selepas Merdeka diutarakan dalam kertas kerja ini.

1.0

Pendahuluan

Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana mempunyai pelbagai kaum dengan pelbagai budaya dan adat resam. Perbezaan ini telah wujud sejak abad ke-5 Masihi lagi. Seawal abad ke-5 Masihi lagi, Alam Melayu telah mempunyai hubungan dengan pelbagai budaya. Antara budaya tersebut ialah Arab pra-Islam, Buddhisme, Hinduisme, Arab Islam dan Eropah. Hal ini menyebabkan berlakunya suasana kepluralitian budaya dalam kalangan penduduk di Alam Melayu. Sehubungan itu, kajian akademik ini cuba menjelaskan bentuk-bentuk masyarakat pluraliti di Alam Melayu sebelum dan selepas kedatangan kuasa Eropah. Untuk tujuan itu, isu perbincangan akan difokuskan kepada aspek-aspek berikut:

2.0

Definisi Pluraliti dan Pluralistik

Pluraliti ialah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada masyarakat pelbagai bangsa di Alam Melayu sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah yang terbentuk melalui proses semulajadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan di sebaliknya. Contohnya ialah masyarakat Arab, Hindu dan Buddha. Pluralistik pula merupakan istilah yang digunakan untuk merujuk kepada masyarakat pelbagai bangsa di Alam Melayu selepas kedatangan kuasa-kuasa penjajah yang terbentuk melalui proses secara paksaan dan dirancang untuk kepentingan tertentu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pluralistik bermaksud majmuk dan berasaskan pluralisme. Contohnya ialah masyarakat Arab, Hindu, Buddha dan penjajah Eropah. Kuasa Eropah terdiri daripada Portugis, Belanda, Sepanyol dan British.

3.0

Ciri-ciri Masyarakat Pluraliti

Ciri-ciri pertama masyarakat pelbagai bangsa berdagang di Alam Melayu sebelum kedatangan orang Eropah terbentuk melalui proses semulajadi untuk mencari kekayaan dan kehidupan. Mereka juga turut membawa keluarga mereka datang ke Alam Melayu tanpa paksaan. Malah ada dalam kalangan pedagang membuat keputusan untuk terus tinggal di Alam Melayu bersandarkan hasil persetujuan ahli keluarga masing-masing. Mereka juga dapat hidup dengan aman dan harmonis kerana tiada paksaan dalam setiap keputusan yang mereka lakukan sama ada ingin berdagang di Alam Melayu atau menetap di sana. Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2008), berlaku satu proses penyesuaian yang melibatkan golongan etnik berlainan budaya hidup dengan aman dan harmoni serta perasaan saling menghormati budaya lain yang juga dikenali sebagai proses akomodasi juga wujud yang merupakan ciri-ciri yang seterusnya. Unsur-unsur akomodasi ini berlaku kerana ada dalam kalangan mereka secara sukarela berkahwin dengan penduduk tempatan. Contohnya, masyarakat Cina Baba wujud apabila masyarakat tempatan dan masyarakat Cina berkahwin menurut Zaid Ahmad et al (2006). Cara pemakanan dari
2

China yang gemarkan makanan yang pedas juga dibawa masuk ke Alam Melayu. Perkahwinan campur antara orang yang berketurunan India dengan masyarakat tempatan juga berlaku. Selain itu, mereka juga mengamalkan cara hidup orang Melayu. Malah amalan budaya dan adat resam yang dibawa masuk oleh pedagang juga turut diterima pakai oleh masyarakat tempatan. Ciri-ciri yang seterusnya ialah proses asimilasi wujud di kalangan masyarakat pelbagai budaya dan bangsa. Proses asimilasi ialah proses percantuman antara golongan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayan dan identiti yand sama. Masyarakat pelbagai budaya yang berhijrah dan berdagang di Alam Melayu mengamalkan budaya orang Melayu serta pada masa yang sama mereka membawa masuk amalan dan adat resam masing-masing yang diguna pakai oleh penduduk tempatan. Hal ini dapat dilihat semasa kenduri perkahwinan orang Melayu di mana adat bersanding, memberi bunga telur serta berinai yang diamalkan merupakan adat istiadat masyarakat India. Bukan itu sahaja, masyarakat Arab juga turut terlibat dalam perkahwinan campur. Masyarakat Arab yang berhijrah ke Melaka kebanyakkannya terdiri daripada masyarakat pedagang. Masyarakat Arab lebih dikenali dengan gelaran Syed. Seterusnya kedatangan ialah dari segi ilmu pengetahuan. ilmu Masyarakat yang sebelum bercorak

Eropah

mengamalkan

pengetahuan

epistemologi berbentuk metafizik menurut Ahmad Ali Seman dan Warti Bt Kimi (2014). Epistemologi bermaksud perubahan dari segi ilmu pengetahuan yang melibatkan cara berfikir dan cara manusia melihat sesuatu serta melibatkan perubahan terhadap cara manusia memahami sesuatu manakala metafizik pula maksudnya ilmu yang bersumberkan alam ghaib iaitu alam bukan material yang wujud di luar jangkauan pancaindera manusia. Ilmu perubatan perdukunan dan perbomohan yang menggunakan jampi serapah serta berinteraksi dengan makhluk alam ghaib untuk mengubati sesuatu penyakit merupakan contoh amalan metafizik. Ciri-ciri lain pula ialah semasa kuasa Eropah belum menjajah Tanah Melayu hampir kesemua penduduk Tanah Melayu terdiri daripada orang Melayu. Majoriti penduduk di Alam Melayu terdiri daripada orang Melayu walaupun
3

masyarakat Hindu dan Buddha telah datang untuk berdagang di Alam Melayu. Selain itu, ciri-ciri yang lain ialah dari segi agama. Sebelum kuasa Eropah menjajah Alam Melayu masyarakat pelbagai bangsa dan budaya yang berhijrah ke Alam Melayu mementingkan keagamaan. Hal ini jelas dapat kita lihat di mana terdapat sami-sami agama Hindu dan Buddha berhijrah ke Alam Melayu untuk meluaskan ajaran Buddha dan Hindu di Melaka selain mencari pasaran baru untuk berniaga. Bahkan terdapat tinggalan-tinggalan masa lalu warisan Hindu dan Buddha seperti runtuhan Candi di Lembah Bujang yang melambangkan anutan masyarakat tempatan. Bukan itu sahaja, pengaruh pedagang Arab yang menyebarkan agama Islam menyebabkan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam yang terkenal di Asia Tenggara. Contoh ini dapat dilihat semasa Parameswara yang memeluk agama Islam pada tahun 1409 Masihi dan mengubah nama beliau kepada Sultan Iskandar Zulkarnain. Perkara ini menyebabkan penyebaran Islam berlaku secara berleluasa dan rancak oleh masyarakat tempatan. Ciri-ciri yang seterusnya ialah perkembangan tamadun awal dalam Alam Melayu dipengaruhi oleh agama dan kebudayaan India. Masyarakat Alam Melayu terutamanya dalam kalangan raja dan kaum bangsawan menerima unsur-unsur agama Hindu dan Buddha yang tidak bercanggah dengan kepercayaan tempatan. Menurut Syed Naqiub Al-Attas (1972), dalam Shamsul Amri Baharuddin (2008), menyatakan bahawa agama Hindu dan Buddha tidak memberi kesan yang luar biasa dalam kehidupan orang Melayu dalam kalangan rakyat biasa. Pendapat beliau dibuktikan dengan hakikat bahawa jarang sekali wujudnya nama-nama yang berunsurkan Hindu dan Buddha dalam kalangan anak Melayu. Tetapi perkara sebaliknya berlaku apabila pengaruh agama Islam masuk ke dalam masyarakat Alam Melayu kerana hampir kesemua nama yang berunsurkan Islam digunakan oleh masyarakat Melayu. Dari segi kesenian pula terdapat pengaruh kesenian yang dibawa oleh masyarakat Hindu dan Buddha teleh meresap masuk ke Alam Melayu. Hal ini kerana terdapat kitab-kitab yang wujud yang berunsur kesenian yang terdapat
4

dalam bahasa jawa. Contohnya, dalam permainan wayang kulit wujud namanama seperti Sri Rama, Ramayama, Sita Dewi dan Hanuman. Hal ini bermakna, pengaruh Hinduisme dan Buddhisme tetap memberi kesan yang besar dalam kalangan masyarakat Melayu sebelum Islam bertapak di Alam Melayu. Konsep raja dan kerajaan merupakan istilah daripada agama Hindu manakala konsep negeri atau negara pula ialah dari perkataan Sanskrit menurut Ismail Hamid (1988), dalam Ahmad Ali Seman dan Warti Bt Kimi (2014). Perlantikan pegawai kerajaan seperti Orang Besar Empat, Orang Besar Lapan dan sebagainya dipengaruhi oleh astrologi Hindu di Alam Melayu. Menurut kepercayaan Hinduisme, raja ialah anak tuhan yang diutus ke bumi. Maka rakyat perlu mentaati segala perintah raja. Rakyat juga membina candi-candi untuk menunjukkan kebesaran raja. Contohnya pembinaan candi Borobudur di Indonesia dan Angkor Wat di Kemboja. Apabila raja dikatakan memiliki kuasa mutlak, sistem ini kekal walaupun Islam telah wujud di Alam Melayu. Kemuncak Pembentukkan masyarakat pluraliti ialah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka sebelum kedatangan kuasa Eropah. Zainal Abidin B. Abd. Wahid (1983), menyatakan bahawa Melaka telah dibuka lebih kurang dalam tahun 1403. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berkekalan selama lebih satu abad. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka telah dikalahkan pada tahun 1511 di tangan penjajah Portugis yang diketuai oleh Alfonso de Albuquerque. Sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka ialah Sultan Mahmud Shah. Melaka diperintah oleh para sultan dan pembesar yang berpandangan jauh. Negeri Melaka merupakan kawasan pertemuan para pedagang dari seluruh dunia. Hal ini menyebabkan Empayar Melaka digelar The Venice of The East. Abdul Latif Abu Bakar (1997), menyatakan bahawa Melaka merupakan sebuah pelabuhan yang paling kaya di dunia kerana pelabuhan Melaka sangat sesak dengan beribu-ribu kapal yang berulang-alik. Para pegawai yang dilantik bukan semuanya terdiri daripada kalangan orang Melayu sahaja tetapi orang India juga turut menjawat jawatan dalam istana. Perkahwinan campur juga telah terjadi.
5

Aktiviti perdagangan berjalan dengan begitu baik. Hal ini adalah kerana hasil daripada sistem pemerintahan terbuka. Negeri Melaka juga menjadi pusat kemasyarakatan dan perkembangan ajaran agama Islam yang terkenal. Pengaruh Islam di Alam Melayu berdasarkan tiga teori dominan. Teori yang dijelaskan oleh para saujana ialah melalui pedagang dan mubaligh Arab, India dan Cina. Menurut Ma Huan dalam Muhammad Yusoff Hashim (1989), yang beragama Islam, tertarik dengan suasana yang wujud di Melaka, iaitu perkara yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam. Dalam teks Ying-yai Sheng-Lan, Ma Huan menyebut bahawa Megat Iskandar Syah yang merupakan penganti Parameswara telah memeluk agama Islam ketika usianya telah lanjut. Ma Huan juga menyatakan bahawa Megat Iskandar Syah berubah fikiran untuk memeluk agama Islam adalah kerana pengaruh para pedagang Islam dari negeri Arab, India dan Pasai. Kemudian Melaka menjadi sebuah pusat perdagangan Islam menurut Ma Huan dalam Muhammad Yusoff Hashim (1989).

4.0

Ciri-ciri Masyarakat Pluralistik

Ciri-ciri masyarakat pluralistik ialah kedatangan etnik Cina dan India ke Tanah Melayu berlaku secara paksaan oleh pihak British menurut Ahmad Ali Seman dan Warti Bt Kimi (2014). Pihak British membawa masuk masyarakat Cina dan India kerana mereka ingin memenuhi kepentingan ekonomi dan politik mereka. Orang Cina perlu membuka lombong-lombong bijih timah dan emas manakala orang India pula perlu bekerja di kawasan ladang-ladang getah. Hal ini bermakna kuasa Eropah yang menentukan pekerjaan apa yang perlu dilakukan oleh setiap etnik. Masyarakat Cina dan India juga berhijrah ke Tanah Melayu tanpa membawa kaum keluarga mereka kerana mereka perlu menumpukan sepenuh perhatian untuk memenuhi kehendak ekonomi dan politik British. Apabila perkara seperti ini berlaku masyarakat pastilah merindui keluarga mereka yang berada jauh sehingga menimbulkan perasaan ingin pulang ke tempat asal mereka semula. Suasana ini juga mengakibatkan proses asimilasi budaya tidak berlaku. Setiap ahli etnik masing-masing hanya menjalankan kehidupan dalam
6

kelompok

sendiri

sahaja.

Walaubagaimanapun, proses akomodasi sosial tetap berlaku kerana setiap kaum iaitu Cina, Melayu dan India meneruskan kehidupan berasaskan sistem sosial masing-masing secara aman. Ciri-ciri yang seterusnya ialah dari segi ilmu pengetahuan. Unsur baharu dalam pentadbiran telah dibawa oleh penjajah Eropah iaitu konsep epistemologi menurut Shamsul Amri Baharuddin (2008). British telah mengubah epistemologi metafizik kepada epistemologi fizikal. Epistemologi fizikal ialah bukti sesuatu ilmu menerusi pancaindera yang bersifat rasional dan saintifik yang kemudiannya dipertingkatkan dengan penggunaan alat saintifik seperti mikroskop. Sesuatu perkara atau penyakit akan diiktiraf sekiranya dapat dibuktikan dengan penggunaan alatan saintifik. Epistemologi ini juga memperkenalkan ilmu kolonial. Ilmu kolonial ialah ilmu yang berkaitan dengan konstruksi sosial, idiom dan perbendaharaan kata. Perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran institusi juga merupakan ilmu kolonial seperti banci, peta, muzium dan kategori etnik. Selain itu, ciri-ciri yang seterusnya ialah semasa penjajah British menjajah Alam Melayu, kuasa Eropah telah memisahkan antara agama dan sains moden. Hal ini menyebabkan pentadbiran negara diasingkan. Isu-isu yang berkaitan agama dan adat resam diurus oleh sultan manakala pihak Britih pula menguruskan negara. Penjajah British juga telah memperkenalkan sistem pentadbiran pengagihan kuasa iaitu kehakiman, eksekutif dan perundangan. Dari segi agama pula menurut Ahmad Ali Seman dan Warti Bt Kimi (2014) British telah mewujudkan negara kolonial sekular dan agama Islam hanya sebagai agama untuk penganutnya. Dasar ini telah dilaksanakan di Pakistan, India, Bangladesh, Bhutan, Nepal dan Sri Lanka. Bernard Cohn dalam Ahmad Ali Seman dan Warti Bt Kimi (2014), yang merupakan ahli antropologi berbangsa Amerika menyatakan bahawa kolonial sekular British tidak hanya melibatkan penaklukan ruang fizikal tetapi juga melibatkan sistem pemikiran penduduk peribumi. Pihak British tidak mementingkan faktor agama dalam kehidupan. Pihak British menganggap agama merupakan penyebab

masyarakat bergaduh dan berperang. Hal ini terjadi kerana terdapat dua
7

penyokong yang berbeza pandangan iaitu penyokong yang mementingkan agama dengan penyokong yang mementingkan sains moden. Penyokong sains moden melebihi penyokong agama. Pihak British berpendapat bahawa ilmu sains lebih bersifat universal yang boleh menyatukan manusia. Maka agama diasingkan dalam kehidupan. Ciri-ciri masyarakat pluralistik seterusnya ialah dari segi ekonominya. Selepas kedatangan British, penjajah British lebih mementingkan bekalan bijih timah, emas dan getah untuk dipasarkan. Ciri-ciri yang terakhir ialah kebanyakkan penduduk di Tanah Melayu terdiri daripada kaum Melayu sebelum tahun 1848. Tetapi menjelang tahun 1931, penduduk bukan Melayu melebihi orang Melayu. Kedatangan orang Cina dan India adalah disebabkan perkembangan perusahaan bijih timah mulai pertengahan abad ke-19 dan perusahaan getah mulai awal abad ke-20. Selepas kedatangan kuasa Eropah kewujudan pelbagai kaum yang mengekalkan cara hidup masing-masing sehingga mengakibatkan satu masyarakat majmuk di Tanah Melayu walaupun setiap kaum menggunakan bahasa, agama dan cara hidup yang berlainan. Walaupun terdiri daripada pelbagai kaum, mereka tetap bekerjasama untuk hidup dalam keadaan aman dan harmonis. Malah meraka juga bekerjasama menuntut kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. 5.0 Keunikan Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka

Masyarakat pluralistik selepas Merdeka mempunyai keunikannya yang tersendiri. Selepas kemerdekaan pada tahun 1957, pelbagai perubahan yang berlaku. Antaranya dari segi politik, pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Dari segi agama, wujud pelbagai jenis agama. Antaranya ialah agama Islam, Buddha, Kristian dan Hindu. Pendidikan di Malaysia juga dapat menunjukkan ciri-ciri keunikan masyarakat pluralistik. Selepas kemerdekaan sistem pendidikan yang setara telah diperkenalkan. Sistem pendidikan yang tidak hanya menguntungkan sesuatu kaum dapat mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat. Kurikulum
8

Berasaskan Sekolah Rendah dan Kurikulum Berasaskan Sekolah Menengah telah membentuk integrasi rasional dalam kalangan pelajar. Dari segi bahasa, terdapat pelbagai jenis bahasa yang wujud selepas Malaysia mendapatkan kemerdekaan. Orang Melayu menggunakan bahasa Melayu. Sebelum kedatangan kuasa Eropah, tulisan yang digunakan orang Melayu ialah tulisan jawi. Orang Cina pula menggunakan bahasa Hokkien bagi orang Cina Hokkien manakala orang Cina Kantonis pula menggunakan bahasa Kantonis. Bagi orang yang beragama Hindu yang berasal dari Chennai pula menggunakan bahasa tamil. Berlainan pula dengan orang yang beragama Hindu yang datang dari Malayalan kerana mereka menggunakan bahasa Malayalan. Amalan dan kepercayaan juga berlainan selepas kemerdekaan berjaya diperolehi. Orang Cina sangat mementingkan pelajaran. Pada abad ke-19 anak-anak orang Cina paling ramai bersekolah. Hal ini kerana mereka percaya bahawa pelajaran dapat menaikkan nama keluarga dan membantu saudara-maranya satu hari nanti. Semasa kematian seseorang, masyarakat Cina akan melakukan aktiviti perarakan. Perarakan ini disertai dengan alunan muzik. Malah jika seseorang itu telah berusia 60 tahun mereka perlu membayar yuran bulanan kerana mereka sudah layak untuk memasuki Persatuan Keranda. Bagi orang India pula masyarakat terbahagi kepada Hieraki sosial tertentu. Hieraki tersebut dikenali sebagai sistem kasta. Amalan rumah terbuka juga dapat menunjukkan ciri-ciri keunikan masyarakat pluralistik. Amalan rumah terbuka ini telah mendorong keharmonian tetap kekal di Malaysia. Contohnya semasa Tahun Baru Cina, masyarakat Cina akan mengadakan rumah terbuka kepada semua jenis masyarakat sama ada Melayu, India ataupun orang yang beragama Kristian. Begitu juga sebaliknya yang berlaku semasa rumah terbuka pada Hari Raya Aidilfitri bagi orang Islam dan sambutan Thaipusam bagi orang India.

6.0

Rumusan
9

Pembentukkan masyarakat pluraliti sebelum dan selepas kedatangan kuasa Eropah mempunyai keunikannya yang tersendiri. Walaupun berlaku banyak perubahan selepas kedatangan kuasa Eropah, ia juga memberi satu kelebihan kepada Alam Melayu. Sebelum kuasa Eropah menjajah Alam Melayu boleh dikatakan hampir keseluruhan penduduk tempatan ialah orang Melayu. Tetapi aktiviti perdagangan dan penghijrahan yang berlaku secara pesat telah melahirkan masyarakat majmuk yang mempunyai pelbagai budaya bangsa dan agama. Kaum yang pelbagai di Alam Melayu ini dapat kekal aman dan harmonis disebabkan oleh penerimaan setiap kaum terhadap kaum yang lain. Mereka juga menghormati setiap kaum serta berusaha menyesuaikan diri mereka dengan menerima seadanya budaya masyarakat lain. Unsur-unsur

akomodasi dalam kehidupan inilah penyebab mengapa kaum dari pelbagai adat dan budaya dapat bersatu. Akomodasi ialah satu proses penyesuaian yang melibatkan golongan etnik berlainan budaya hidup dengan aman dan harmonis dengan perasaan saling menghormati budaya etnik yang lain. Selain itu, masyarakat yang datang ke Alam Melayu juga membawa masuk adat resam dan amalan budaya masing-masing yang telah diserap masuk dan diguna pakai oleh penduduk tempatan. Proses ini dikenali sebagai proses asimilasi. Kemajmukan yang wujud sama ada berlaku secara semulajadi atau paksaan ini telah melahirkan negara Malaysia yang maju dan aman pada masa kini. Di Malaysia istilah-istilah seperti akomodasi, asimilasi pluraliti, etnisiti dan pelbagai lagi istilah kemasyarakatan dapat dijelaskan melihat kepada rupa masyarakat yang ada pada masa kini. Masyarakat Malaysia yang berwarnawarni dari segi budaya perkahwinan, budaya kebendaan, kepercayaan, makanan dan sebagainya telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik. Keunikan ini sangat mengagumkan seluruh dunia kerana Malaysia berjaya mengekalkan keamanan dan keharmonian kaum.

10

Rujukan

Ahmad Ali Seman and Warti Bt Kimi. (2014). Hubungan Etnik di Malaysia. Kuala Lumpur: Freemind Horizonz Sdn. Bhd. Shamsul Amri Baharuddin (2008). Modul Hubungan Etnik. Kuala Lumpur: Maskha Sdn. Bhd. Abdul Latif Abu Bakar (1997). Sejarah di Selat Melaka. Melaka: Percetakan Surya Sdn. Bhd. Muhammad Yusoff Hashim (1989). Kesultanan Melayu Melaka. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Zainal Abidin B. Abd. Wahid (1983). Sejarah Malaysia Sepintas Lalu. Kuala Lumpur: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Zaid Ahmad, Ho, Hui Ling, Sarjit Singh Gill, Ahmad Tarmizi Talib, Ku Halim Ku Ariffin, Lee, Yok Fee, Nazri Muslim and Ruslan Zainuddin (2006). Hubungan Etnik di Malaysia . Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

11

You might also like