• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Latar belakang
Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia AfrikaatauArab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun,bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan
National Geographic 
menjumpai kepinganbatu kapur  yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000hingga 7000 SM di masa kiniJordan. Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melaluipedagang-pedagang Arab.Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dariMelaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu.Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai kesana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai
warri 
atau
awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama
congklak
, di Filipina,
sungka
.
Pada zaman dahulu, golonganistanabermain congkak dengan menggunakan papancongkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkandengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia.Congkak begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai lamanweb di internet. Dalam laman-laman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia. Terdapat juga permainan congkakdalam talian.
 
Asas permainan
Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyaikelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.
Papan congkak berbentuk bangau menyudu.
Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak.Papan congkak boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuhlubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubangibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80cm dan lebanya 18 cm.
Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akanmengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalamsetiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehinggasalah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiriterletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalansehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehinggakehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapatdalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yangmenang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehinggasalah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggapkalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali kelubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranyaia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".
 
Peraturan permainan
Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa:
1.Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak,dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung denganpergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.2.Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkandalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklahberhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu bolehmenembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengautkesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satupusingan.3.Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati.Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskanpermainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampungsendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, makapermainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainanseterusnya hingga mati.4.Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpungiliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindahkepada pihak lawan.5.Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampungdengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggapterbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua,ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...