You are on page 1of 10

PEMBELAJARAN MASTERI

Disediakan oleh: Zuraidah binti Md Zandar Wan Nurul Farahin binti Wan Ahmad Nurfaizatul Fasihah binti Sahrom

Konsep pembelajaran masteri


Marison (1930) telah memperkenalkan pembelajaran Masteri (Mastery Learning) di mana dipercayai boleh menangani masalah pelajar yang mempunyai pelbagai peringkat kebolehan.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), mentakrifkan pembelajaran masteri ialah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan memastikan semua pelajar menguasai hasil pembelajaran yang ditentukan dalam satu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya.

Pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti

Menguasai satu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya

Pembelajaran masteri

Ikut kemampuan pembelajaran murid sendiri

Masa yang mencukupi diperuntukkan

Prinsip pembelajaran masteri


1. Perancangan pembelajaran dan pengajaran yang strategik dan jelas. 2. Semua murid dapat belajar mengikut kemampuan sendiri. 3. Murid dapat menguasai unit pembelajaran mengikut urutan. 4. Latih tubi / latihan yang mencukupi. 5. Masa yang mencukupi diperuntukkan untuk menguasai setiap unit pembelajaran.

Perancangan strategik

Murid boleh belajar

Masa yang mencukupi

Murid dapat menguasai unit pembelajaran

Ciri-ciri pembelajaran masteri


1. Guru sediakan satu set hasil pembelajaran yang ingin dicapai oleh pelajar. 2. Hasil pembelajaran disusun mengikut unit pembelajaran. 3. Guru sediakan aktiviti yang bermakna, berkesan dan menarik. 4. Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria (URK) 5. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai 6. Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang telah ditetapkan sebelum berpindah ke unit pembelajaran lain. 7. Melaksanakan aktiviti pemulihan bagi pelajar yang belum menguasai aras masteri. 8. Aktiviti pengayaan untuk murid cemerlang.

Langkah melaksanakan pembelajaran masteri


1. Mengajar dan menyampaikan pelajaran kepada pelajar. 2. Memberikan latihan dan melihat maklum balas. 3. Melaksanakan ujian formatif untuk mengukur sama ada objektif sesuatu unit pelajaran boleh dikuasai oleh pelajar. 4. Menyediakan aktiviti pemulihan bagi pelajar yang tidak menunjukkan pengusaan. 5. Memberi semula ujian formatif kepada pelajar yang telah mengikuti aktiviti pemulihan.

Peranan guru dalam pembelajaran masteri


1. Mengenal pasti tahap keupayaan murid. 2. Membuat perancangan yang rapi. 3. Menyediakan unit pembelajaran mengikut hierarki kesukaran. 4. Membimbing murid menguasai unit pembelajaran. 5. Membuat penilaian secara berterusan. 6. Menggalakkan murid melaksanakan kemahiran pada aras yang lebih mencabar.

Peranan murid dalam pembelajaran masteri


1. Menyedari keupayaan kendiri. 2. Memahami arahan dengan betul. 3. Memberi tumpuan kepada kemahiran yang perlu dikuasai. 4. Mengambil bahagian secara aktif. 5. Menyelesaikan masalah pada setiap unit pembelajaran dalam masa yang diperuntukkan. 6. Bersikap optimis dan mempunyai motivasi kendiri.

You might also like