SEJARAH MALAYSIA 1900 HINGGA KINI
Sekilas pandang, umum melihat artikel Harry Miller ini bersifat holistik ataumenyeluruh dalam penceritaannya. Namun, pengkaji merasakan bahawa penulis telah bersikap bias terhadap PKM itu sendiri apabila penulis menyatakan bahawa;“..sa-kalipun Chin Peng tidak menyerah, segala kemungkinanmemang ada ia-itu menjelang 31 August, saki baki alat yangmenggerakkan tentera komunis itu akan dapat di berhentikan..”.Pengkaji berpendapat sedemikian kerana, 31 Ogos yang dimaksudkan penulis tersebut adalahsetahun selepas kemerdekaan Malaysia iaitu pada 31 Ogos 1958. Sedangkan pada waktu itu,undang-undang Darurat masih lagi wujud pada 1960
dan seperkara yang menarik untuk diketahui, perjuangan PKM sebenarnya masih diteruskan sehingga penghujung tahun 1980-an. Umum juga tidak seharusnya terkeliru dengan frasa
“Chin Peng”
yang digunakan penuliskerana pada ketika itu, berlaku pergolakan di dalam PKM itu sendiri. Oleh itu, tidak hairanlah jika ada pihak yang menyokong atau tidak tindakan yang diambil oleh setiausaha PKM itu.Justeru, adalah tidak wajar artikel ini ditulis berupa sedemikian kerana fakta yang tepat akankekuatan sebenar gerila PKM ini masih tidak dapat diketahui oleh British pada waktu itu.Ekoran dari itu, pengkaji merasakan penulis telah menulis artikel tersebut bagi kepentinganBritish semata-mata dan bukannya menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku di TanahMelayu pada waktu itu.Sejarah telah membuktikan apabila British menguasai mana-mana kawasan di TanahMelayu sejak dahulu lagi, mereka akan meletakkan kesalahan yang telah mereka lakukan keatas orang lain.
Namun, hal ini bukan bermaksud pengkaji menyebelahi perjuangan PKM.Pengkaji merasakan PKM telah menjadi mangsa atau boneka British dan perkara ini tidak berjaya difahami oleh masyarakat tempatan kerana mereka seringkali dimomokkan dengansandiwara British sejak dahulu lagi. Umum sedia maklum bahawa, penubuhan gerila PKM
4
Zainal Abidin Abdul Wahid et al. 1996.
Malaysia Warisan Dan Perkembangan
. Kuala Lumpur. DewanBahasa Dan Pustaka. Hal. 323.
5
Mohammad Redzuan Othman (peny.). 2006. Sejarah pembinaan Negara bangsa. Kuala lumpur. PenerbitUniversiti Malaya. Hal. 79.
3
Leave a Comment