You are on page 1of 1

Al-Farabi merupakan seorang ahli falsafah islam yang amat terkenal pada zamannya.

Nama sebenarnya ialah Abu Nasr Muhammad ibnu Muhammad ibnu Tarkhan ibnu Uzlaq Al-Farabi. Beliau dilahirkan di Transoxia yang terletak dalam wilayah Wasji di Turki pada tahun 874M (260H). Al-Farabi menamatkan pendidikan awalnya di Farab dan Bukhara. Beliau berhijrah ke Baghdad untuk meneruskan pendidikan tingginya. Beliau telah mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakar Muhammad ibnu Al Sariy. Selepas beberapa waktu, beliau berpindah ke Damsyik sebelum meneruskan perjalanan ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhimat di istana Saif Al-Daulah dengan gaji 4Dirham sehari. Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliau seorang yang sederhana, tidak memandang harta dan cinta akan dunia. Beliau lebih menumpukan perhatian untuk mencari ilmu daripada kekayaan duniawi. Walaupun AlFarabi seorang yang zuhud tetapi beliau bukan seorang ahli Sufi. Al-Farabi telah menghembuskan nafas terakhir pada tahun 950M (339H). Al-Farabi merupakan seorang ilmuan yang terkenal kerana hasil kerja dan penulisannya. Beliau berkemampuan menguasai pelbagai bahasa dan cabang ilmu pengetahuan. Beliau terkemuka dalam bidang falsafah, logik, dan sosiologi. Beliau turut memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik dan sejarah. Beliau juga seorang pemuzik yang handal. Beliau telah mencipta peralatan muzik seperti gambus, selain menyumbang kepada ilmu nota muzik. Sebagai seorang ilmuan, Al-Farabi banyak mencurahkan ilmu dan hasil kerjanya dalam bentuk buku seperti buku Almusiqa (bidang muzik), buku Ara ahl Almadina al Fadila (bidang sosiologi), Fusus alHikam (bidang falsafah) dan buku lain dalam pelbagai bidang termasuk etika, metafizik, dan perubatan.

You might also like