Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
22Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Satu Malaysia

Satu Malaysia

Ratings: (0)|Views: 7,450|Likes:
Published by JOYCE YIN

More info:

Published by: JOYCE YIN on Oct 07, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

11/29/2012

pdf

text

original

 
Satu Malaysia
Pada era modenisasi dan globalisasi ini, cabaran yang melanda seluruh dunia memerlukan setiapnegara menyusun strategi masing-masing agar tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia danmenjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia,tanpa mengira keturunan, agama, budaya dan adat resam perlu bertindak sebagai satu bangsa serta berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara yanglebih makmur, maju, selamat dan aman serta mampu bersaing dengan dunia lain. Sebagai rakyatMalaysia yang merupakan pendukung tampuk kepimpinan negara pada masa yang akan datang perlu mempunyai semangat setia negara yang kuat sebati dalam jiwa. Pemuda-pemudi merupakanmodal negara Malaysia, bak kata pepatah “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Negara”. Jadi bagaimanakah generasi baru boleh membawa Malaysia ke arah negara maju menjelang tahun 2020?Bagaimanakah generasi baru boleh menambah kehebatan Malaysia untuk menuju ke peringkatantarabangsa? Seterusnya bagaimanakah generasi baru boleh mengekalkan kedamaian dankemakmuran serta bersaing dengan negara-negara maju yang lain? Bagaimana pula generasi baru boleh melahirkan Malaysia sebagai satu bangsa? Justeru, apakah pencapaian yang boleh dicapaioleh generasi baru ini?Bagi melahirkan bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagaicabaran seperti dalam bidang sosial, ekonomi dan politik, maka pada 15 april 2009, PerdanaMenteri Malaysia yang ke-6 iaitu Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah memperkenalkankonsep ”Satu Malaysia” melalui media massa. Pada mulanya konsep “Satu Malaysia” agak kabur sehingga menimbulkan pelbagai kekeliruan, selepas transkrip Perdana Menteri disiarkan barulahmuncul gambaran yang agak jelas. Apakah “Satu Malaysia”? Bagaimanakah “Satu Malaysia”dilaksanakan? Memetik ucapan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak “Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia.
One People
. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita. Ini bukan bererti kitamengenepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum bumiputera asalkan dasar itudilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan bumiputera yanglayak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalamtembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa rakyatMalaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembangan Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.Prinsip rukun negara juga digariskan dengan konsep “Satu Malaysia” bagi memastikanrakyat Malaysia menjalin perpaduan yang lebih erat. Selain itu prinsip ini juga memelihara carahidup demoktratik, liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayan dan membina masyarakat yang
 
 progesif dan pandai menggunakan sains dan teknologi moden. Sebenarnya, “Satu Malaysia” adalahuntuk menyatupadukan rakyat Malaysia dan mencapai satu hala tuju atau citarasa yang sama bagimemajukan Malaysia. Bak kata pepatah “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”. Natijahnya, generasi yang akan datang dapat menikmatihasil usaha yang telah dicapai hari ini seperti dari aspek pendidikan yang lebih berkualiti. Selain itu berupaya meningkatkan kehidupan rakyat, meningkatkan kemudahan asas di luar bandar danmemperbaiki sistem pengangkutan.Konsep “Satu Malaysiaadalah kombinasi panduan, cogan kata, konsep, gagasan danfalsafah pembinaan negara. Tujuan “Satu Malaysia” diperkenalkan adalah bagi perpaduan danmengharmonikan masyarakat majmuk di negara kita yang mempunyai kepelbagaian ciri dan tanpamengubah identiti kaum-kaum tersebut. Selain itu ia juga bertujuan meningkatkan stabiliti yangmenjadi asas pembangunan dan kemajuan negara. Untuk merealisasikan gagasan ini, PerdanaMenteri telah menggariskan lapan nilai iaitu budaya cemerlang, ketabahan, rendah diri, penerimaan,kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. Pemimpin dan rakyat perlu memahami danmenghayati kelapan-lapan nilai ini. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatupadukan rakyatMalaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus ke arah satu matlamat iaitu untuk negara. Nilai-nilai murni ini mesti wujud dalam kalangan rakyat Malaysia dan menjadi amalansetiap rakyat malaysia. Setiap kaum perlu menghindarkan perasaan curiga kerana setiap kaum akanmendapat hak dan peluang yang sama rata. Hal ini disebabkan, kerajaan mesti dekat di hati rakyat,mesra rakyat, sanggup turun padang menyingsing lengan dan melakukan perkara yang bolehmengukuhkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan. Budaya berprestasitinggi memastikan setiap perkara dan tugas yang dilakukan dapat mencapai tahap yang terbaik, bukan sekadar hanya mendengar sesuatu yang dijanjikan atau sesuatu diumumkan dan tidak dilaksanakan. Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab daripada pihak kerajaan menjadi asas dalam mencapai sesuatu kejayaan. Rakyat mengharapkan pelaksanaansecepat mungkin. Sikap sambil lewa dan acuh tak acuh seharusnya tidak wujud dalam masyarakatyang berdaya maju. Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan danketekunan terutamanya apabila melaksanakan konsep “Satu Malaysia”. Sebagai rakyat Malaysia,kita harus tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan negara. Di samping itu,rakyat Malaysia juga harus menerima pendapat atau sesuatu perkara positif dengan hati yang ikhlasdan memberi persetujuan secara bersama supaya dapat membina sebuah negara bangsa. Nilai-nilaimurni seharusnya dipupuk sejak kecil lagi seperti “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.Perpaduan merupakan pra syarat dalam usaha merealisasikan aspirasi negara iaitu mencapaistatus negara maju menjelang tahun 2020. Tambahan pula, “Satu Malaysia” adalah penerusanagenda membina negara. Perpaduan yang utuh perlu dicapai terlebih dahulu, jadi mendahulukanrakyat dalam segala perkara adalah konsep “Satu Malaysia” yang diamalkan, manakala pencapaian

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->