You are on page 1of 39

August 1, 2011 [MATEMATIK MT3311D1]

August 1, 2011 [MATEMATIK MT3311D1]

Penghargaan
..Bismillahirahmanirahim Sekalung budi diucapkan kepada Puan Low Kee Sun kerana bimbingan dan tunjuk ajar beliau dalam memberikan pengajaran sepanjang melaksanakan KKP Matematik MT3311D1 semester 3 PPISMP Ambilan Jun 2010. Sekalung apresiasi buat rakan-rakan sekelas unit PPISMP Bahasa Melayu SJKC kerana kerjasama yang diberikan dalam perkongsian maklumat dan pelaksanaan tugas masing-masing secara langsung ataupun tidak langsung. Jutaan terima kasih diucapkan kepada rakan senior kerana sudi meluangkan masa dan sedia memberi bimbingan dan tunjuk ajar walaupun masing-masing mempunyai tugasan yang harus disiapkan. Terima kasih juga diucapkan kepada para responden yang terdiri daripada pelbagai unit kerana kerjasama yang diberikan. Ribuan terima kasih buat keluarga yang sentiasa memberikan bimbingan dan dorongan yang jitu agar semua tugasan dapat disiapkan. Tanpa sokongan dan dorongan keluarga agak rumit untuk memotivasikan diri melaksanakan tugasan yang diberikan. Terima kasih juga ditujukan buat pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas penglibatan dan usaha yang ditonjolkan. Sekian, Terima Kasih.

August 1, 2011 [MATEMATIK MT3311D1] HALAMAN PENGAKUAN: Saya Faizatul Hanim Binti Matdin (920719-12-6176), Saya Nurul Maiyah Binti Yahya (921214-12-6730), Mengaku bahawa semua hasil tugasan dan perkongsian ilmu adalah hasil kolaborasi kami sendiri tanpa memplagiat/meniru/menjiplak mana-mana hasil tugasan/maklumat orang lain. Sekiranya terdapat persamaan maklumat, itu adalah disebabkan dapatan sumber yang sama ataupun hasil perbincangan dan kolaborasi yang dilakukan bersama-sama. Sekiranya kami (seperti nama di atas) didapati memplagiat mana-mana hasil tugasan orang lain, kami (seperti nama di atas) bersedia menerima sebarang tindakan yang akan dikenakan.

________________________ ( FAIZATUL HANIM MATDIN)

_______________________ (NURUL MAIYAH YAHYA)

August 1, 2011 [MATEMATIK MT3311D1]

Bil 01 02 03 04 05 06 Profil Pelatih Penghargaan Halaman Pengakuan Kandungan Soalan Tugasan

Kandungan

Muka surat 1, 2 3 4 5 6, 7, 8

Statistik Penggunaan Komputer Riba Dalam Kalangan Responden 1. Peranan 2. Objektif 3. Sasaran

07

Dapatan Hasil Kajian/Tinjauan Dapatan kajian mengikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Jantina Umur Jenama Komputer Riba Harga Warna Komputer Riba Saiz Komputer Riba Kapasiti/Ram Komputer riba (GB) Tempoh Penggunaan (Bulan) Responden yang menggemari komputer riba jenis touch Screen

08 09 10 11

Kesesuaian Pemilihan Graf Kesesuaian Kajian dengan Objektif] Rumusan Keseluruhan Refleksi

August 1, 2011 [MATEMATIK MT3311D1]

12 13 14

Rujukan Borang Kolaborasi Lampiran

August 1, 2011 [MATEMATIK MT3311D1] STATISTIK PENGGUNAAN KOMPUTER RIBA DALAM KALANGAN RESPONDEN 1. Peranan Kami selaku pembekal laptop menghadapi masalah untuk mengeluarkan laptop kerana terdapat pelbagai jenis laptop yang dikeluarkan dan cita rasa setiap pengguna adalah berbeza dan tidak sama mengikut kemampuan kuasa beli pengguna. Oleh itu, kami ingin membuat tinjauan dengan menggunakan kaedah soal selidik kepada para pengguna, khususnya para pelajar kerana mereka tidak asing lagi bagi penggunaan laptop. Bagi mengenal pasti jenis laptop yang cenderung mereka gunakan dan bersesuaian dengan kemampuan kuasa beli mereka, maka kami membuat keputusan untuk membuat kajian berdasarkan kaedah soal selidik. 2. Objektif Objektif kajian soal selidik kami ini merangkumi 3 objektif yang utama : (I) Mengetahui cita rasa pengguna berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan. (II) (III) Mengeluarkan laptop mengikut cita rasa pengguna. Memaksimumkan pengeluaran. (IV) Menjadi pengedar laptop yang disenangi dan dikenali agar pengguna mudah berhubung dan berurusan apa sahaja mengenai Laptop. (V) Mengkaji bilangan pengguna yang menggunakan komputer riba berdasarkan umur, jantina, jenama komputer riba, saiz, warna, versi window yang digunakan, kuantiti harga, tempoh penggunaan dan bilangan pengguna yang menggemari Komputer riba jenis touch screen. kepuasan pengguna dengan meminimumkan kos

August 1, 2011 [MATEMATIK MT3311D1] 3. Sasaran: Sasaran kajian ini ialah pengguna yang berumur sekitar 19-22 tahun dan menuntut sebagai pelajar/pelatih IPG Kampus Kent, harga komputer riba yang berpatutan selaras dengan kajian yang ingin dilakukan. Justeru itu beberapa item telah disediakan untuk mencapai target dan sasaran kajian. Antaranya ialah: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix) Jantina Umur Jenama Komputer Riba Harga Warna Saiz Komputer Riba Kapasiti komputer (GB) Tempoh penggunaan Bilangan Responden yang menggemari komputer riba jenis touch screen

August 1, 2011 [MATEMATIK MT3311D1] DAPATAN HASIL KAJIAN/TINJAUAN : 4. Hasil Tinjauan: Jadual 1: Bilangan Responden mengikut Jantina: Jantina Lelaki Perempuan Bilangan 6 34 Jumlah (%) 85 % 15 %

Bilangan Responden Mengikut Jantina


35 30 25

bilangan

20 15 10 5 0 Lelaki Perempuan

jantina

Graf bar 1 : Bilangan responden mengikut jantina

August 1, 2011 [MATEMATIK MT3311D1] Tafsiran: Berdasarkan Graf 1, didapati bahawa seramai 40 orang responden telah melengkapkan borang soal selidik yang diedarkan. Dalam kalangan 40 orang responden tersebut seramai 34 orang responden terdiri daripada kaum wanita dan mencatatkan jumlah peratusan tertinggi iaitu sebaknya 85 % manakala 6 orang lagi ialah kaum lelaki dengan kadar jumlah sebanyak 15 %. Ini membuktikan bahawa lebih ramai kaum wanita yang cenderung untuk membeli komputer riba dan menjadi pelanggan tetap. Ini mungkin disebabkan faktor kewangan kerana kajian menunjukkan bahawa wanita abad sekarang lebih berkerjaya dan memerlukan komputer riba untuk menyelesaikan kerja mereka. Di samping itu wanita juga memilih komputer riba yang berjenama dan berdasarkan reka bentuk luaran berbanding dengan kaum lelaki yang lebih cenderung meneliti bahagian luar dan dalam komputer riba kerana kaum lelaki lebih arif dalam bidang elektronik.

August 1, 2011 [MATEMATIK MT3311D1] Jadual 2 : Bilangan Responden Mengikut Umur : Umur 18 tahun 19 tahun 20 tahun 21 tahun 22 tahun Bilangan 15 orang 7 orang 8 orang 6 orang 4 orang

Bilangan Responden Mengikut Umur

22 TAHUN

21 TAHUN

20 TAHUN

BILANGAN RESPONDEN

19 TAHUN

18 TAHUN 0 5 10 15

Graf Bar berganda 1: Bilangan responden mengikut umur

10

August 1, 2011 [MATEMATIK MT3311D1] Tafsiran: Berdasarkan graf di atas, responden yang lebih ramai membeli dan menggunakan komputer riba terdiri daripada responden yang berumur 18 tahun iaitu seramai 15 orang disebabkan faktor menuntut sebagai pelajar dan latar belakang keluarga. Di samping itu memandangkan responden terdiri daripada guru pelatih yang menerima elaun bulanan maka ia merupakan sumber tambahan bagi pelatih untuk membeli komputer riba. Manakala responden yang kurang membeli dan menggunakan komputer riba ialah responden yang berumur sekitar 22 tahun ke atas. Ini mungkin disebabkan faktor kewangan memiliki komputer riba jenis PC. Selain itu responden yang berumur 20-22 tahun ke atas terdiri daripada kaum lelaki yang kurang membeli komputer riba. Manakala responden yang berumur 20 tahun seramai 8 orang dan responden yang berumur 19 tahun seramai 7 daripada 40 orang responden. Selain itu, responden yang berumur 21 tahun terdiri daripada 6 orang.

11

August 1, 2011 [MATEMATIK MT3311D1] Jadual 3 : Bilangan Responden Mengikut Jenis Laptop Jenis Komputer Riba HP/Compact Acer Dell Apple LAIN-LAIN Bilangan 7 orang 19 orang 4 orang 4 orang 6 orang

Jenis Laptop HP/Compact

Bilangan responden/peratus

Jumlah (%) 17 %

Acer

48 %

Dell

10 %

Apple

10 %

Lain-lain

15 %

12

August 1, 2011 [MATEMATIK MT3311D1] peratus bilangan responden mengikut jenis Laptop

LAIN-LAIN 15%

HP/Compact 17%

Apple 10%

Dell 10%

Acer 48%

Carta Pai 1 : peratus Bilangan responden mengikut penggunaan jenis Laptop

13

August 1, 2011 [MATEMATIK MT3311D1] Tafsiran: Berdasarkan carta 1, didapati bahawa seramai 40 orang responden yang menggunakan pelbagai jenis Komputer Riba mengikut cita rasa masing-masing. Statistik carta di atas menunjukkan bahawa pengguna lebih cenderung menggunakan Komputer Riba jenama Acer iaitu seramai 19 daripada 40 orang responden dengan jumlahnya sebanyak 48 %. Manakala komputer riba yang jarang digunakan dan menunjukkan jumlah yang paling sedikit dalam carta kajian ialah komputer riba jenama Dell dan Apple iaitu seramai 4 daripada 40 orang responden dengan jumlah sebanyak 10%. Manakala pengguna Komputer riba jenama HP/Compact mencatatkan bilangan responden seramai 7 daripada 40 orang dengan peratus bilangan responden seramai 17 %. Selain itu, pengguna Komputer riba jenama Sony Vaio, Toshiba, Lenovo, Asus, Zyrex dan lain-lain juga ada digunakan dalam kalangan responden seperti yang terdapat dalam jadual dan carta di atas dengan responden seramai 6 orang dan peratus bilangannya sebanyak 15 %. Ini menunjukkan bahawa tidak semua pengguna mampu membeli komputer riba berjenama Sony Vaio dan sebagainya kerana faktor kewangan, mengikut pilihan keluarga, warna, saiz dan sebagainya.

14

August 1, 2011 [MATEMATIK MT3311D1] Jadual 4 : Bilangan Responden Mengikut harga Harga Komputer Riba RM 1299 RM 1699 RM 1799 RM 2199 RM 2299 RM 2699 RM 2799 RM 3199 Lain-lain Bilangan 15 12 5 6 2

Bilangan Responden Mengikut Harga


16 14 12 10 8 6 4 2 0 RM 1299RM 1699 RM 1799RM 2199 RM 2199RM 2699 RM 2799RM 3199 LAIN-LAIN BILANGAN RESPONDEN

Silinder Bar 1: Bilangan Responden Mengikut harga

15

August 1, 2011 [MATEMATIK MT3311D1] Tafsiran: Berikut adalah dapatan soal selidik berkaitan kuantiti harga komputer riba yang dibeli oleh seramai 40 orang responden di IPG Kampus Kent, Tuaran. Berdasarkan dapatan di atas, dapat dikenal pasti bahawa responden lebih cenderung membeli komputer riba dengan kadar harga yang lebih murah. Seperti graf di atas, seramai 15 orang responden yang membeli komputer riba dengan harga yang ditawarkan sebanyak RM 1299 RM 1699. Ini disebabkan faktor kewangan, cita rasa keluarga dan juga tawaran murah/PC Fair di pusat membeli belah yang terdapat di sekitar bandar raya Kota Kinabalu. Manakala responden kurang membeli komputer riba yang berharga RM 3299 ke atas kerana tidak mampu dan juga kurang meminati komputer yang berjenama. Berdasarkan graf di atas, hanya 2 orang responden sahaja yang mampu membeli komputer riba berharga RM 3299 ke atas. Responden juga kurang memahami penggunaan komputer riba yang berjenama kerana kebiasaannya komputer riba yang berjenama mempunyai kemudahan grafik dan gadget yang sukar digunakan apatah lagi responden terdiri daripada kaum wanita secara majoritinya. Seramai 12 orang responden yang mampu membeli komputer riba dengan kadar harga yang ditawarkan sebanyak RM 1799 RM 2199. Responden membeli komputer riba dengan harga sedemikian kerana memilih komputer riba yang bergrafik tinggi dan memilih model yang baru dikeluarkan. Manakala responden yang mampu membeli komputer riba berharga RM 2799 RM 3199 adalah seramai 6 orang daripada 40 orang responden dan seramai 5 orang responden yang membeli komputer riba dengan kadar harga RM 2299 RM 2699 kerana faktor tertentu seperti model komputer yang terbaru dan juga faktor cita rasa yang tinggi.

16

August 1, 2011 [MATEMATIK MT3311D1] Jadual 5 : Bilangan Responden Mengikut Warna Laptop warna Hitam putih Kelabu Biru tua/gelap Lain-lain Bilangan 18 4 3 5 10

Bilangan responden mengikut warna Laptop


lain-lain

Biru tua/gelap

Warna

Kelabu bilangan Putih

Hitam 0 5 10 15 20

Bilangan

Graf bar berganda 2: Bilangan responden mengikut Warna Laptop

17

August 1, 2011 [MATEMATIK MT3311D1] Tafsiran: Berdasarkan graf bar berganda di atas, responden lebih menggemari komputer riba berwarna hitam kerana warna hitam adalah warna yang majoriti digunakan oleh pengguna komputer riba seluruh Malaysia. Selain itu warna hitam juga adalah warna yang gelap dan melambangkan warna komputer riba mewakili semua warna komputer di dunia. Berdasarkan dapatan di atas majoriti responden memilih warna hitam iaitu seramai 18 orang. Dapatan di atas juga menunjukkan bahawa responden tidak menggemari warna kelabu di mana hanya 3 orang responden sahaja yang menggemari warna kelabu. Melalui dapatan di atas juga didapati bahawa seramai 10 orang responden yang meminati lain-lain warna yang tidak disenaraikan contohnya warna Light Pink, ungu, merah dan sebagainya. Manakala seramai 5 orang responden yang menggemari warna biru tua/gelap kerana faktor tertentu seperti meminati warna tersebut. Daripada kajian di atas hanya 4 orang responden sahaja yang menggemari warna putih kerana berdasarkan tinjauan, warna putih adalah warna kegemaran kaum wanita dan pengguna komputer riba berwarna putih didapati serasi dengan cita rasa kaum wanita.

18

August 1, 2011 [MATEMATIK MT3311D1] Jadual 6 : Bilangan Responden mengikut Saiz Laptop Saiz C 12 D 13.3 E 14.1 F 15.4 Lain-lain Bilangan 7 4 21 4 4

Jadual 7 : Peratus Bilangan Responden mengikut saiz Laptop Saiz Bilangan Responden/Peratus Jumlah (%)

C 12 D 13.3 E 14.1 F 15.4

17%

10%

53%

10%

Lain-lain

10%

19

August 1, 2011 [MATEMATIK MT3311D1]

peratus bilangan responden mengikut saiz laptop

10% 10%

17%

Saiz Laptop
10% C 12" D 13.3" E 14.1 53% F 15.4 lain-lain

Carta Pai 2: Peratus bilangan responden Mengikut saiz Laptop

Tafsiran: Berdasarkan carta di atas, rata-rata responden lebih selesa menggunakan komputer riba bersaiz E 14.1 iaitu seramai 21 orang dengan peratusan bilangannya sebanyak 53%. Manakala responden jarang menggunakan komputer riba bersaiz D 13.3, F 15.4 dan lain-lain saiz yang tidak disenaraikan. Berdasarkan dapatan di atas hanya 4 orang responden yang menggunakan saiz berkenaan dengan jumlah peratus 10 % bagi setiap saiz. Saiz berkenaan jarang dikeluarkan oleh sesetengah pengeluar komputer riba malah saiz tersebut kurang sesuai dengan cita rasa pengguna. Berbanding dengan saiz C 12, terdapat pengguna yang menggunakan saiz C 12 kerana cita rasa masingmasing. Berdasarkan kajian di atas, seramai 7 orang responden yang menggunakan komputer riba bersaiz C 12 dengan jumlah sebanyak 17 %.

20

August 1, 2011 [MATEMATIK MT3311D1] Jadual 8 :Kapasiti (Ram) Laptop: Kapasiti (Ram) (GB) 2 GB 4 GB 8 GB Lain-lain Bilangan 16 13 9 2

Bilangan Responden Mengikut Kapasiti (Ram) Laptop


Bilangan Responden 20 15 10 5 0 2 GB 4 GB 8 GB Lain-lain Kapasiti (Ram) - GB Bilangan

Silinder Bar 2: bilangan responden Mengikut kapasiti (ram) laptop

21

August 1, 2011 [MATEMATIK MT3311D1] Tafsiran: Graf bar di atas menunjukkan bilangan responden mengikut kapasiti komputer riba (GB) yang sering diguna pakai. Berdasarkan graf tersebut didapati pengguna lebih banyak kapasiti/ram komputer riba sebanyak 2 GB iaitu seramai 16 orang. Manakala pengguna yang kurang menggunakan kapasiti /ram komputer riba dengan bilangan responden seramai 2 orang ialah pengguna yang menggunakan ram komputer 8 GB ke atas. Ini mungkin disebabkan pertambahan ram yang diminta atau ditambah oleh pengguna itu sendiri. Seramai 13 orang responden yang menggunakan kapasiti/ ram komputer riba sebanyak 4 GB manakala seramai 9 orang responden yang menggunakan komputer riba berkapasiti 8 GB.

22

August 1, 2011 [MATEMATIK MT3311D1] Jadual 9: Tempoh Penggunaan Laptop (Bulan): Tempoh penggunaan 1-6 bulan 7-12bulan 13-18 bulan 19 dan lebih Bilangan 12 10 8 10

bilangan responden mengikut tempoh penggunaan (bulan)


14 12 Bilangan responden 10 8 6 4 2 0 0 0 bulan, 0 1 2 3 Skala 4 5 6 1-6 bulan, 12 7-12 bulan, 10 19 dan lebih, 10

tempoh Penggunaan (Bulan)

13-18 bulan, 8 frekuensi

Frekuensi Poligon 1: Bilangan Responden mengikut tempoh penggunaan (bulan)

23

August 1, 2011 [MATEMATIK MT3311D1] Tafsiran: Graf di atas menunjukkan bilangan responden mengikut tempoh penggunaan komputer riba masing-masing. Seramai 12 orang responden yang telah menggunakan komputer riba selama 1-6 bulan dan mencatatkan kedudukan/jumlah tertinggi dalam graf di atas berbanding 8 orang responden yang menggunakan komputer riba masing-masing dalam tempoh 13-18 bulan dan mencatatkan jumlah yang paling sedikit dalam kajian ini. Berbanding dengan 10 orang responden yang masing-masing menggunakan komputer riba dalam tempoh 7-12 bulan serta 19 bulan dan lebih. Faktor-faktor yang mempengaruhi tempoh penggunaan sesuatu komputer ini bergantung pada individu itu sendiri tentang cara mereka menjaga dan menggunakan komputer riba sebaik mungkin. Selain itu, sesetengah komputer riba juga mempunyai warranty dalam tempoh tertentu contohnya setahun ataupun tiga tahun. Ini juga mempengaruhi tempoh penggunaan komputer riba pengguna masing-masing.

24

August 1, 2011 [MATEMATIK MT3311D1] Jadual 10 : Versi Windows Yang Digunakan Windows version XP windows Windows starter Windows ultimate Windows Home premium Lain-lain Bilangan 11 9 5 7 8

bilangan responden mengikut versi windows

lain-lain home premium windows ultimate Windows Starter XP windows 0 2 4 Windows Starter 9 6 windows ultimate 5 8 home premium 7 10 12 lain-lain 8

XP windows bilangan responden 11

Column Bar 1: Bilangan Responden mengikut Versi Windows

25

August 1, 2011 [MATEMATIK MT3311D1] Tafsiran: Column Bar di atas menunjukkan bilangan responden mengikut versi windows yang digunakan. Dapatan kajian menunjukkan lebih ramai responden menggunakan responden yang menggunakan XP Windows iaitu seramai 11 orang. Manakala tidak ramai responden yang menggunakan Windows Ultimate kerana windows ultimate adalah versi windows keluaran terbaru. Dalam graf di atas hanya 5 orang responden sahaja yang menggunakan windows ultimate dan menunjukkan jumlah yang paling sedikit dalam kajian soal selidik. Berbanding dengan windows starter, seramai 9 orang responden yang menggunakan versi windows tersebut. Lapan orang responden lagi menggunakan versi windows yang tidak dinyatakan dalam borang soal selidik antaranya ialah windows 98, windows 2000, windows 2003, windows milenium, windows vista dan windows 7. Tujuh orang responden pula menggunakan windows home premium kerana home premium version juga merupakan versi windows yang baru dikeluarkan dan mempunyai grafik yang tinggi selepas windows ultimate.

26

August 1, 2011 [MATEMATIK MT3311D1] Jadual 11:Responden Yang Menggemari Laptop Jenis Touch Screen Bilangan responden yang menggemari laptop jenis touch screen Ya 19 Tidak 21

bilangan responden yang menggemari laptop jenis touchscreen

YA 47% 53% TIDAK

YA = 19 orang TIDAK = 21 orang

Doughnut 1: Jumlah Responden yang menggemari laptop jenis TOUCH SCREEN

27

August 1, 2011 [MATEMATIK MT3311D1] Tafsiran: Doughnut di atas menunjukkan peratus bilangan responden yang menggemari komputer riba jenis touch screen. Berdasarkan doughnut tersebut didapati lebih ramai responden yang tidak bersetuju dan tidak menggemari komputer riba jenis touch screen iaitu seramai 21 orang dengan peratus bilangannya sebanyak 53% manakala 19 orang responden lagi menggemari komputer riba jenis touch screen dengan kadar peratusannya sebanyak 47%. Responden tidak menggemari komputer jenis touch screen mungkin disebabkan kepayahan untuk mengurus komputer jenis ini kerana ia memerlukan kepakaran dan kemahiran yang tinggi tentang teknologi canggih ini.

28

August 1, 2011 [MATEMATIK MT3311D1]

Jumlah Responden Mengikut Bilangan Jantina yang Menggemari Laptop Jenis "Touch Screen"
25

20

Jumlah Responden

15

10

0 Perempuan Lelaki

Ya 17 2

Tidak 17 4

Graf Bar 2: Bilangan Responden yang menggemari laptop jenis TOUCH SCREN mengikut jantina (Lelaki & Perempuan)

29

August 1, 2011 [MATEMATIK MT3311D1] Tafsiran: Berdasarkan graf bar di atas, majoritinya seramai 34 orang perempuan secara majoritinya bersetuju dan tidak bersetuju menggunakan komputer riba jenis touch screen kerana komputer jenis ini keluaran yang dianggap canggih namun terdapat keburukannya iaitu sukar untuk digunakan dan tidak tahan lama. Namun dari segi kualitinya amat tinggi. Dapatan di atas menunjukkan seramai 17 orang responden kaum perempuan yang bersetuju manakala 17 orang lagi tidak bersetuju. Enam orang responden yang terdiri daripada kaum lelaki pula kebanyakannya tidak bersetuju. Berdasarkan graf di atas hanya 4 orang daripada 6 orang lelaki sahaja bersetuju manakala 2 orang lagi tidak bersetuju. Dapatlah disimpulkan bahawa majoritinya kaum perempuan lebih cenderung dengan penggunaan komputer riba.

30

August 1, 2011 [MATEMATIK MT3311D1] Kesesuaian Pemilihan Graf Dengan Kajian: Bil 01 Jenis Graf Faktor pemilihan Kelemahan

Graf bar

Jelas dan mudah difahami Bilangan/item graf mudah ditafsir

Tidak dapat menjelaskan maklumat yang lebih dalam 1 bar

02

Carta pai

Menunjukkan bilangan peratusan sesuatu jumlah dengan tepat dan terperinci Carta mudah difahami dan jelas menunjukkan maklumat

Tidak dapat menjelaskan maklumat yang lebih dalam 1 bar

03

Doughnut

Jelas dan mudah difahami serta ditafsir Menunjukkan bilangan yang terperinci dengan peratusan jumlah yang tepat

Tidak dapat menjelaskan maklumat yang lebih dalam 1 bar

04

Column bar

Mudah difahami Dapat menjelaskan dua atau lebih maklumat dalam satu masa

Maklumat Kurang jelas Tidak sesuai untuk menunjukkan jumlah dalam peratus (%) Tidak sesuai untuk menunjukkan jumlah dalam peratus (%)

05

Silinder bar

Mudah difahami Dapat menjelaskan dua atau lebih maklumat dalam satu masa

06

Graf bar berganda

Maklumat nyata

Tidak sesuai untuk

31

August 1, 2011 [MATEMATIK MT3311D1] menunjukkan jumlah Dapat menjelaskan dua atau lebih maklumat dalam satu masa 07 Menerangkan maklumat dengan sistematik. Kemahiran analisis data yang tinggi. dalam peratus (%)

Frekuensi Poligon

Sukar untuk difahami dan memerlukan masa yang banyak untuk menganalisis data. Tidak dapat mentafsir data yang lebih daripada dua. Tidak sesuai digunakan untuk menunjukkan kadar peratus(%)

32

August 1, 2011 [MATEMATIK MT3311D1] KESESUAIAN KAJIAN BERDASARKAN OBEJKTIF: Selaku pengeluar Laptop yang terkemuka dan di atas permintaan ramai kajian tinjauan penggunaan Laptop telah dijalankan dengan menggunakan kaedah soal selidik ke atas pengguna. Seramai 40 orang responden telah mengisi borang soal selidik yang diedarkan. Responden terdiri daripada Guru Pelatih IPG Kampus Kent. Melalui kajian yang dijalankan, secara tidak langsung kami dapat mengetahui Laptop jenis apakah yang cenderung responden gunakan untuk memudahkan kami mengeluarkan kadar laptop dalam satu masa. Sebagai contoh, sebelum membuat tinjauan kami menjalankan kaedah pemerhatian kepada lebih 40 orang responden dan dapatan pemerhatian kami menunjukkan bahawa pengguna lebih cenderung menggunakan laptop jenis HP/Compact. Laptop jenis ini sesuai dengan pelajar kerana ia mudah dan mampu menyimpan maklumat yang banyak. Namun begitu daripada dapatan/analisis borang soal selidik, didapati pengguna lebih cenderung menggunakan Laptop jenis Acer. Oleh itu kesesuaian kajian menggunakan kaedah soal selidik adalah lebih tepat berbanding kaedah pemerhatian. Ini disebabkan oleh kaedah soal selidik membolehkan responden meneliti dan memberikan cadangan ke atas Laptop yang akan dikeluarkan. Objektif yang pertama dalam kajian ini telah tercapai di mana kami dapat mengetahui kecenderungan responden menggunakan jenis laptop yang berbeza berdasarkan soal selidik yang telah dijalankan. Melalui kajian tinjauan dan soal selidik ini juga, selaku pengeluar dan pengedar Laptop, kami dapat mengetahui cita rasa responden/pengguna untuk memudahkan kami mengeluarkan pelbagai jenis/model laptop mengikut kesukaan pengguna dari aspek warna, saiz laptop, versi windows yang digunakan, ketinggian grafik dalam laptop, dan perisian/software yang sering diguna pakai oleh pengguna. Sebagai contoh pengguna lebih menggemari Laptop berwarna hitam atas faktor-faktor tertentu seperti tidak mudah kotor, berkilat (shines), sesuai dengan semua warna dan pengguna merasakan diri mereka High Class ketika menggunakan Laptop berwarna hitam. oleh yang demikian soal selidik ini membantu kami untuk mengeluarkan laptop mengikut kesukaan dan permintaan ramai.

33

August 1, 2011 [MATEMATIK MT3311D1] Kaedah Temu bual tidak dijalankan dalam kajian ini kerana kajian ini merupakan kajian berbentuk analisis dan laporan. Oleh hal yang demikian kaedah temu bual kurang sesuai dalam kajian ini. Di samping itu, untuk menemu bual 40 orang responden akan mengambil masa yang lama berbanding kaedah soal selidik. Kaedah soal selidik hanya memperuntukkan sedikit masa kepada pengguna untuk meneliti cita rasa mereka dan menandakan item yang menjadi pilihan mereka. Di samping itu, mereka juga dapat memberikan sedikit sebanyak cadangan penambahbaikan dalam model pengeluaran kami kali ini. Kesesuaian kajian ini telah membantu kami meneliti medan selera pengguna dalam penggunaan ICT. Melalui kajian ini juga kami mendapati pengguna menginginkan Laptop yang tahan lama berdasarkan tempoh penggunaan laptop yang cenderung mereka gunakan. Seperti yang diketahui, permintaan terhadap Laptop amat tinggi, namun ramai pengguna yang mengeluh dengan harga yang ditawarkan. Oleh itu, kajian ini membolehkan kami menganalisis cita rasa pengguna dan mengeluarkan laptop dengan kos yang minimum. Berdasarkan permintaan yang tinggi, penawaran yang ditawarkan juga adalah tinggi dan kami akan memastikan bahawa Laptop sentiasa diperbaharui dengan ciptaan dan inovasi yang baru. Untuk itu, kami akan meminimumkan kos pengeluaran Laptop dan memaksimumkan kepuasan pengguna.

34

August 1, 2011 [MATEMATIK MT3311D1]

35

August 1, 2011 [MATEMATIK MT3311D1]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dan rakan dapat menyiapkan KKP Matematik MT 3311D1 tepat pada masanya walaupun terdapat pelbagai masalah sepanjang menyelesaikan KKP ini. Namun sebagai seorang insan yang bakal bergelar guru, tugasan Kerja Kursus Pendek (KKP) ini bukanlah suatu alasan bahawa sesuatu kerja itu tidak siap tepat pada waktunya kerana saya menyedari bahawa semakin banyak tugasan yang diberikan semakin banyak pengalaman dan pengetahuan yang bakal ditimba. Pada hakikatnya Kerja Kursus Pendek (KKP) ini memberikan pengetahuan kepada saya selaku guru pelatih kerana pelbagai ilmu pengetahuan bakal ditimba. Apatah lagi KKP ini menilai sejauh mana sahsiah dan integriti diri dalam bidang pendidikan. Saya akui sewaktu pertama kali menerima tugasan yang diberikan, saya agak kekok dan hampir berputus asa kerana tidak mengetahui cara dan gaya penyampaian KKP kali ini hinggakan saya hampir kehilangan semangat untuk terus melakukan KKP ini. Namun Pn. Low Kee Sun selaku pensyarah subjek elektif Matematik ini tidak jemu-jemu memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan bahkan beliau sering kali memberikan komitmen dengan tugasnya dengan membimbing kami semua. Pelbagai alternatif yang dilakukan beliau seperti memberikan latih tubi tentang topik utama bagi subjek semester 3 ini iaitu Statistik sehingga saya dan rakan-rakan mampu membuat latih tubi yang diberikan dengan cepat dan penuh komitmen. Pada masa itu semangat saya untuk melakukan KKP ini bangkit semula. Saya bersyukur kerana KKP ini dilakukan secara berkumpulan dan ini membolehkan saya dan rakan-rakan berkongsi maklumat. Saya dan rakan bergerak secara berkumpulan dan tidak melengah-lengahkan masa. Saya bersyukur kerana rakan sekumpulan saya merupakan seorang yang komited dengan tugasnya dan sentiasa menjalankan tugasnya dengan baik. Di samping itu, beliau juga tidak jemu untuk berkongsi maklumat dengan saya dan rakan yang lain.

36

August 1, 2011 [MATEMATIK MT3311D1] Perjalanan KKP berjalan dengan baik. perkara yang paling menggembirakan saya dan rakan ialah apabila kami tidak menangguhkan kerja dan mampu menyiapkan KKP ini sepenuhnya hanya dalam tempoh beberapa jam dalam hari yang sama. Dan ini membolehkan kami berkolaborasi dengan Pn. Low Kee Sun dengan mudah. Apabila meneliti objektif KKP ini dengan baik, saya mendapati bahawa KKP ini menyediakan saya dan rakan dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang dapat ditimba antaranya ialah: (i) Mampu menyusun dan membina penggambaran data untuk mempersembahkan kajian (sila rujuk graf). (ii) Menghurai data dan maklumat daripada penggambaran data yang dibuat (sila rujuk tafsiran graf). (iii) Dan mampu membuat kesimpulan berdasarkan data dan maklumat yang diperoleh. Berdasarkan KKP yang dilakukan saya memperoleh pelbagai kemahiran untuk di aplikasi dan kemahiran tersebut sememangnya berguna pada masa hadapan. Selain itu, saya juga dapat mengolah data yang dilakukan secara terperinci agar dapat difahami. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikesan sepanjang melaksanakan KKP ini seperti kekangan masa, kekurangan sumber maklumat serta hasil dapatan kajian tidak menyeluruh iaitu terdapat segelintir guru pelatih yang sewenang-wenangnya mengisi borang soal selidik dengan tidak mengikut arahan soalan dan menjawab dengan jawapan yang tidak sepatutnya. Diharapkan kerjasama sebegini dapat dielakkan untuk memantapkan diri dan menyediakan diri ke arah sistem pendidikan yang lebih teratur pada masa hadapan selaku aset yang berguna kepada negara. Dari aspek nilai-nilai murni, pelbagai nilai positif dapat dipelajari seperti menghayati semangat kerjasama dalam pasukan. Bekerjasama dengan baik dengan rakan lain, mengeratkan hubungan silaturahim sesama sendiri dan juga rakan pelatih yang lain serta dapat menimba ilmu dan kemahiran dalam subjek matematik.

37

August 1, 2011 [MATEMATIK MT3311D1] Semoga ilmu dan kemahiran ini dapat dikembangkan lagi dan di aplikasi dalam kehidupan seharian. Cadangan saya agar masa dan sumber maklumat dapat ditambah dan diperbaiki untuk pengolahan data yang lebih baik pada masa hadapan. Sekian. FAIZATUL HANIM BINTI MATDIN

38

August 1, 2011 [MATEMATIK MT3311D1]

1. http://www.doocu.com/pdf/search/cara+cara+analisis+graf 2. http://mahirkb.tripod.com/proses.htm 3. http://www.ams.org/publications/journals/journalsframework/tpms 4. http://imstat.org/en/index.html 5. http://statlink.tripod.com/id20.html 6. http://www.purplemath.com/modules/meanmode.htm 7. http://math.about.com/od/statistics/a/MeanMedian.htm 8. http://www.mathsisfun.com/median.html 9. http://www.tutorvista.com/content/math/statistics-and-probability/statisticsgraphical-representation/ogive.php 10. http://www.staff.vu.edu.au/mcaonline/units/statistics/presentation.html 11. http://www.excelforum.com/excel-general/389241-creating-ogive-curve.html 12. http://mathworld.wolfram.com/CumulativeFrequencyPolygon.html 13. http://www.mathsrevision.net/alevel/pages.php?page=71 14. http://www.answers.com/topic/cumulative-frequency-polygon-1 15. http://www.cimt.plymouth.ac.uk/projects/mepres/book9/bk9_16.pdf

39

You might also like