You are on page 1of 8

PENGENALAN Tenaga sangat penting dalam kehidupan.

Hakikat ini diakui kerana tenaga bukan sahaja diperlukan untuk tumbesaran dan pergerakan malah ia meliputi segenap aspek kehidupan manusia termasuk aplikasi sistem yang canggih, perindustrian, pengangkutan, pertanian, pencahayaan dan sebagainya. Sukar dibayangkan sekiranya kita tidak mempunyai bekalan tenaga elektrik atau kehabisan bekalan gas, diesel atau petrol. Mungkin sukar untuk kita ke sesuatu tempat tanpa kenderaan. Suri rumah atau pengusaha restoran mungkin tidak dapat menyediakan juadah kerana ketiadaan gas memasak. Jalan raya juga mungkin kacaubilau akibat lampu isyarat yang tidak berfungsi. Lampu jalan yang tidak berfungsi menambahkan lagi kegelapan malam. Mereka yang bekerja di bangunan tinggi juga tentu kepenatan menaiki tangga akibat lif yang tidak berfungsi kerana ketiadaan elektrik.

Umumnya, sumber tenaga berpunca daripada empat sumber asas, iaitu tenaga suria, geoterma, tenaga ombak dan tenaga nuklear. Sumber utama ialah tenaga suria daripada sinaran cahaya matahari. Geoterma dihasilkan oleh aktiviti magma dalam perut bumi. Tenaga ombak pula terhasil daripada peredaran bumi yang menghasilkan air pasang surut manakala tenaga nuklear dihasilkan daripada pembelahan nukleus unsur-unsur tidak stabil bahan radioaktif. Tenaga suria digunakan dalam tiga bentuk iaitu sinaran suria terus, tenaga yang tersimpan dalam bentuk hidrokarbon dan tenaga tidak terus yang menghasilkan tenaga angin, tenaga hidro dan juga tenaga terma laut. Sinaran suria dapat digunakan secara terus dengan menukarkannya kepada tenaga elektrik menggunakan sel foto-voltaik atau digunakan sebagai tenaga haba dalam sistem air panas suria dan juga pengeringan.

Tenaga suria tersimpan dalam bentuk mineral dalam perut bumi seperti arang batu, petroleum dan gas. Ketiga-tiga sumber ini merupakan tenaga yang amat terkenal penggunaanya pada masa sekarang. Malah, kenaikan harga bahan api terutama petrol dan diesel baru-baru ini menyebabkan ramai orang mula memandang serius tentang tenaga diperbaharui (Renewable energy). Selain itu tenaga suria hidrokarbon yang boleh diperbaharui disimpan dalam bentuk biojisim dan juga biogas. Biojisim yang terdapat dalam tumbuhan dianggap sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui kerana tumbuhan dapat ditanam berulangkali. Biogas pula terhasil daripada bahan organik yang ditindakbalaskan oleh mikro-organisma tanpa kehadiran oksigen atau udara yang menghasilkan gas metana dan karbon dioksida. Gas metana merupakan bahan bakar paling baik dan tidak mencemarkan alam, tetapi sekiranya dilepaskan ke udara boleh mengakibatkan kesan rumah

hijau. Bagi menghadapi krisis tenaga kesan daripada kenaikan harga minyak dan kos penggunaan tenaga elektrik yang tinggi pada masa hadapan ialah penggunaan tenaga diperbaharui. Antaranya yang mendapat perhatian pada masa kini ialah tenaga suria yang digunakan dengan meluas di negara-negara maju. Antara aplikasi tenaga suria ialah untuk menyerap tenaga suria dan haba dalam bentuk cecair sebelum menukarkannya dalam bentuk wap panas atau stim dengan jumlah yang banyak. Stim tersebut akan berfungsi untuk menggerakkan turbin dan generator untuk menghasilkan tenaga elektrik. Teknologi ini banyak digunakan untuk menara-menara solar, rumah kediaman dan pusat peranginan yang mempunyai sinaran cahaya matahari yang panjang dan mencukupi. Malaysia berpotensi untuk memajukan sumber tenaga suria ini memandangkan iklim negara kita yang berada di garisan khatulistiwa yang menerima pancaran matahari yang banyak sepanjang tahun. Selain itu, beberapa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sedang giat menjalankan penyelidikan tentang potensi tenaga ini untuk dikomersialkan. Namun begitu, beberapa faktor lain perlu dikenalpasti untuk melaksanakannya. Informasi mengenai taburan keamatan cahaya sangat penting sebelum menetapkan lokasi yang sesuai bagi penjanaan tenaga solar. Selain itu, luas kawasan juga perlu diambil kira bagi memastikan serapan tenaga solar boleh mencapai kuantiti yang mencukupi untuk penjanaan tenaga yang lebih cekap.

PENGENALAN (PROJEK LAMPU JALAN BERASASKAN SOLAR)

Aspek pencahayaan adalah satu elemen penting bagi menghiasi laman kediaman terutama pada waktu malam dan gelap ketika hujan. Ia bukan setakat mengindahkan laman pada waktu malam, malah melalui pencahayaan kawasan berkenaan kelihatan hidup dan dapat dimanfaatkan penghuni kediaman.

Selain itu, pencahayaan menjadi alat keselamatan yang penting terutama sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi serangan serangga dan binatang berbisa seperti ular dan penyengat. Melalui pencahayaan juga, penghuni dapat mengesan kehadiran orang yang tidak diingini seperti pencuri atau penjenayah. Bagi menambahkan pencahayaan laman, ada

pelbagai kaedah digunakan termasuk memasang lampu, pelita, jamung atau panjut dan unggun api. Terbaru, sesuai dengan kempen alam sekitar, penggunaan lampu solar semakin banyak digunakan menghias laman sama ada menjadi lampu kolam, dinding tembok, lampu sorot, lampu gantung dan lampu keselamatan.

Lampu solar menjimatkan tenaga kerana tidak menggunakan elektrik atau bahan api seperti gas atau petrol. Menariknya, seberapa banyak lampu solar yang diletakkan di laman, kosnya hanya ketika membeli lampu berkenaan manakala kos selepas digunakan sifar. Kebanyakan lampu solar mudah dipasang dan diletakkan di kawasan laman mengikut kreativiti masing-masing. Tanpa memerlukan sebarang sistem pendawaian serta sifar kemalangan dan litar pintas.

Penggunaan lampu solar bukan hanya menjimatkan tenaga tetapi menjimatkan duit kerana tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan membaik pulih atau kos penyelenggaraan yang rendah jika anda mahu memindah atau menukarkan gaya pencahayaan untuk laman. Oleh kerana lampu solar bergantung kepada cahaya suria dan sesetengahnya bantuan bateri, maka tidak perlu mencaj tenaga selalu malah pemilik kediaman tidak perlu membuka suis lampu.

Lampu solar biasanya akan menyala dengan sendiri atau terbuka secara automatik tanpa bantuan manusia apabila hari gelap atau tiba waktu malam. Ia juga akan tertutup dengan sendirinya apabila hari cerah. Bagaimanapun, sesetengah lampu solar yang baru dibeli perlu digoncang atau memerlukan tenaga daripada bateri sebelum berfungsi. Dinasihatkan membaca label dan peraturan pemasangan lampu sebelum menggunakannya.

Ada beberapa jenis lampu solar yang banyak digunakan untuk menghias laman, termasuk lampu di siar kaki sama ada yang ditanam dalam tanah menjadi hiasan pemijak kaki atau diletakkan di kiri kanan laluan pejalan kaki. Satu lagi yang biasa adalah lampu untuk pelantar, dinding tembok dan pagar. Biasanya lampu solar jenis ini dipasang melekat di dinding, pelantar atau pagar. Namun, ia sesuai untuk kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari. Bagi kawasan tertutup lebih elok gunakan lampu elektrik.

Lampu solar lain termasuk lampu gantung digantung di celah dahan pokok, pancang kayu atau digantung di tengah laman. Biasanya lampu ini banyak mendapat tenaga suria kerana terdedah. Lampu solar kalis air pula digunakan menghiasi kolam sama ada di letakkan dalam kolam, luar kolam berhampiran pancuran air atau terampung di dalam kolam.

Selain itu, lampu solar juga digunakan sebagai lampu keselamatan dan biasanya diletakkan di kawasan yang tersorok dicelah pasu bunga, kolam dan pokok. Selain mencerahkan kawasan yang terlindung, lampu keselamatan membolehkan penghuni

menghindari daripada serangga dan haiwan berbisa. Lampu solar keselamatan juga boleh menjadi lampu pengesan yang hanya akan menyala apabila ada benda asing atau makhluk tidak diingini melintas di laman.

Terkini, ada lampu solar yang dibina seakan pasu bunga yang diletakkan di meja taman. Lampu jenis ini kini banyak digunakan sebagai hiasan untuk majlis di taman pada waktu malam seperti resepsi perkahwinan dan parti hari jadi.

KAEDAH PROJEK LAMPU JALAN BERASASKAN SOLAR

1- Rekaan lampu berasaskan LED yang dikuasakan oleh tenaga matahari (lampu solar) untuk pencahayaan kawasan kediaman. Walaupun versi ini direkabentuk untuk pautan pada dinding, ianya boleh diubahsuai dengan mudah untuk lain-lain bentuk pemasangan.

2- Rekaan lampu solar ini menggunakan solar panel (panel Photovoltaic / PV) buatan sendiri yang digunakan untuk mengecas bateri Asid-Plumbum (Lead-Acid) melalui teknik yang dikenali sebagai Trickle Charging.

3- Litar pensuisan bertindak mengecas bateri di waktu siang dan akan menyalakan lampu LED secara automatik apabila mengesan cahaya persekitaran menjadi malap. Tahap sensitiviti / kepekaan pengesanan cahaya pula boleh dilaras melalui tombol pada bahagian hadapan lampu.

4- Kedudukan dan penghalaan lampu boleh dilaras pada paksi mendatar dan menegak bagi membolehkan fokus pencahayaan di tempat yang anda ingini.

5- Bahagian-bahagian pada lampu solar yang telah siap. Tali yang dapat dilihat pada lampu membolehkan lampu dimatikan dan dinyalakan (secara manual) apabila dipaut pada tempat tinggi. Tarik untuk ON, dan tarik sekali lagi untuk OFF (Pull ON - Pull OFF switch). Klik imej di bawah untuk paparan yang lebih besar.

6- Anda boleh dikira amat bernasib baik jika menemui panel solar yang memberikan rating voltan dan arus yang sepadan dengan keperluan rekaan anda.

7- Realitinya, panel solar ready-made yang boleh diperolehi di pasaran Malaysia datang dengan pilihan-pilihan rating kuasa yang begitu terhad (5W, 10W, 20W, 30W dsb). Satu contoh solar panel 5W yang boleh diperolehi di pasaran memberikan rating 17.82V dan 285mA (rating voltan dan arus ini berbeza-beza bergantung kepada jenis dan pengeluar).

8- Kerapkali rating ini tidak berpadanan dengan keperluan rekaan anda. Untuk tujuan pemadanan, tenaga elektrik yang dijana oleh solar panel tersebut perlu melalui proses perubahan (conversion) agar menepati keperluan litar. Malangnya proses conversion bukanlah suatu proses yang cekap dan akan mengakibatkan kehilangan tenaga (loss) yang tinggi.

9- Panel solar boleh ditempahan mengikut keperluan rekaan secara terus dari pengeluar mengikut kemampuan kerana panel solar melibatkan pengunaan kos yang tinggi bergantung kepada banyak mana penyerapan tenaga daripada cahaya mtahari.

10- Unit sel solar ini memberikan prestasi lebih baik berbanding sel solar yang diuji sebelum ini dimana di bawah matahari yang terik, ia mampu menjana sekitar 5.13V dan 57mA. Pelantar panel diperbuat daripada plat akrilik (Acrylic) yang dipotong menjadi segiempat sama dan digerudi untuk memberikan akses kepada contact point setiap sel solar.

11- Perlu diingat, sel solar yang mudah diperolehi di Malaysia mempunyai rating 5V30mA, 5V-50mA, 5V-100mA, 12V-50mA dan 12V-100mA. Pengujian kepada sel solar sangat penting sebelum membuat pembelian dalam jumlah banyak kerana kerapkali prestasi sel solar yang dijual tidak berupaya mencapai rating yang dijanjikan.

12- Sebelum membina panel, bahagian belakang sel solar disusun dan ditampal dengan pita pelekat bagi mengelakkan ia bergerak. Sel-sel ini kemudiannya dilekatkan pada permukaan plat akrilik.

13- Panel solar yang telah siap. Sisi solar panel di rivetkan dengan stok aluminum L bar. Bahagian atas solar panel diletakkan Phototransistor untuk pensuisan dan pengesanan cahaya. Di bawah sinaran matahari terik, solar panel ini mampu menjana sekitar 2.6 Watt.

Pemilihan Bateri Simpanan Tenaga

1- Bateri simpanan berfungsi menyimpan tenaga elektrik yang dijana oleh solar panel di waktu siang, dan berfungsi membekalkan tenaga yang tersimpan tersebut untuk menyalakan lampu LED di waktu malam.

2- Terdapat pelbagai jenis bateri di luar sana, namun bateri-bateri daripada jenis Asid Plumbum (Lead-Acid), Nickel Cadmium (Ni-Cad), Lithium-Ion (Li-Ion), Lithium Polymer (Li-Po) dan Nickel-Metal Hydride (Ni-Mh) boleh dicas semula (rechargeable).

3- Daripada kesemua jenis bateri ini pula, bateri jenis Ni-Cad dan Li-Ion memerlukan arus dan voltan yang malar serta litar kawalan pengecasan agar ianya dapat dicas dengan selamat tanpa risiko terlebih cas (overcharging). Kedua-dua bateri ini tidak begitu sesuai digunakan untuk aplikasi rekacipta berkaitan solar kerana keamatan cahaya matahari sentiasa berubah-ubah dan tertakluk kepada keadaaan cuaca.

4- Bateri Ni-Mh dan Lead-Acid pula mempunyai toleransi yang tinggi terhadap arus pengecasan yang berubah-ubah. Dengan menggunakan teknik yang dikenali sebagai Trickle Charging, bateri Ni-Mh dan Lead-Acid dapat dicas dengan selamat (tanpa risiko terlebih cas) tanpa menggunakan litar kawalan selagi arus pengecasan adalah tidak melebihi 10% rating arus bateri tersebut.

5- Jika dibandingkan prestasi antara bateri Ni-Mh dan Lead-Acid, bateri jenis Lead-Acid mempunyai keupayaan kapasiti menyimpan cas yang lebih tinggi berbanding Ni-Mh. Mengambilkira kesemua faktor ini, bateri Lead-Acid adalah pilihan paling ideal untuk untuk rekacipta sebegini, dan tidak hairanlah ia juga digunakan dengan meluas di dalam aplikasi-aplikasi tenaga solar komersil.

6- Nilai voltan dan arus yang dilabelkan di bahagian Charging Instruction bateri di atas adalah panduan bagi penggunakan litar pengecasan dari sumber elektrik malar (contohnya pengecas komersil yang menggunakan bekalan elektrik dari soket dinding) dan tidak boleh diaplikasikan secara terus untuk konteks Trickle Charging dan janakuasa tenaga boleh baharu.

Weather Proofing

1- Pengkalisan cuaca atau wheather proofing adalah langkah tambahan bagi lampu solar yang akan diletakkan di persekitaran yang terdedah kepada elemen cuasa (seperti hujan, panas dan kelembapan). Cara paling mudah dan murah adalah dengan menyaluti komponen eletronik serta menutup segala lubang dan penyambungan dengan menggunakan hot melt glue / glue gun.

2- Oleh kerana lampu ini bergantung kepada cahaya matahari yang senantiasa berubahubah dan sukar diduga, prestasinya juga berubah-rubah mengikut keadaan dan bergantung kepada nasib. Hujan dan litupan awan adalah musuh paling utama

RUMUSAN

Terdapat pelbagai bahan boleh dijadikan alternatif bagi mengurangkan penggunaan bahan bakar fosil seperti tenaga solar (matahari), tenaga air, tenaga angin, hidrogen, dan biojisim kelapa sawit. Malaysia merupakan negara yang beriklim panas dan lembap sepanjang tahun.

Justeru, kita boleh memanfaatkan cahaya matahari sebagai sumber tenaga untuk menggantikan tenaga elektrik. Walaupun kos untuk sistem solar tinggi dan sesetengah kawasan tidak mendapat matahari untuk jangka masa panjang kerana keadaan cuaca tidak menentu, tetapi kebaikannya tidak boleh diabaikan.

Tenaga matahari dapat mengurangkan pencemaran udara dan kesan rumah kaca serta boleh disimpan untuk penggunaan elektrik pada waktu malam. Ia juga boleh dimanfaatkan untuk kegunaan lampu tiang yang banyak terdapat di Malaysia.

Secara kesimpulannya, satu sistem pengurusan sumber yang berkesan perlu dilaksanakan bagi menjamin bekalan dan penggunaan berterusan bagi kegunaan manusia pada masa depan.

You might also like