You are on page 1of 13

PENGENALAN Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan unggul selaras dengan semangat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21. Matematik di peringkat sekolah rendah adalah satu mata pelajaran asas yang menegaskan kepada penguasaan bahasa matematik, kefahaman konsep, penguasaan kemahiran mengira, menaakul dan kemahiran menyelesaikan masalah serta penerapan nilainilai murni. Elemen kreativiti, keusahawanan dan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) perlu diterapkan melalui konteks yang sesuai bagi setiap standard pembelajaran Dalam sains, terminologi untuk jisim dan berat adalah dua pengertian yang berbeza. Jisim ialah ukuran jumlah jirim dalam suatu objek manakala berat ialah tindakan graviti ke atas jisim. Walaubagaimana pun, kedua-dua penggunaan terminologi ini agak longgar tetapi pada bahasa maksudnya adalah sama. Biasanya proses berat objek merujuk kepada jisim. Jika dibandingkan dengan panjang, konsep jisim adalah lebih sukar untuk difahami kerana jisim tidak boleh dilihat, tetapi boleh dipegang dan dirasa. Dengan kata lain berat dua objek tidak boleh boleh dibandingkan dengan melihat. Berat objek tidak kadar terus dengan saiz. Ketulan besi yang kecil mungkin lebih berat bungkusan besar kapas. Maka adalah penting untuk memberi kesedaran kepada murid bahawasaiz objek yang besar tidak semestinya lebih berat daripada objek bersaiz kecil. Unit bukan piawai berat ialah sebarang ukuran berat abitrari yang digunakan sebagai unit. Contoh objek yang biasa digunakan adalah kekacang, biji getah, klip kertas, paku tekan dan batu kelikir. Unit ukuran berat boleh diterima di peringkat antarabangsa. Contohnya ialah kilogram, pound, auns and gram. Unit-unit seperti pound dan auns ialah unit Imperial bagi berat manakala kilogram dan gram ialah unit metrik. Setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran apa-apa sahaja mata pelajaran akan memerlukan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang berfungsi sebagai alat pembantu kepada guru dalam mencapai objektif pembelajaran seterusnya membantu murid-murid agar lebih memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Selain itu, BBM juga turut berfungsi sebagai satu medium yang akan menarik perhatian dan minat murid untuk terus menumpukan perhatian terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Seperti mana kita sedia maklum bahawa, murid akan mudah untuk berasa bosan, mengantuk malah kurang

tumpuan sekiranya sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung itu tidak menarik. Sebagai guru, sudah menjadi tugas kita untuk merancang satu sesi pengajaran yang menarik serta berkesan. Namun, dalam konteks penggunaan bahan manipulatif sesi pengajaran dan pembelajaran matematik pula, bahan-bahan manipulatif tersebut lebih kepada bermotifkan untuk mencapai objektif pembelajaran seterusnya menghasilkan satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam mata pelajaran matematik. Sepertimana yang telah dikatakan oleh Sowell 1989, Suydam dan Higgins 1977 iaitu pembelajaran yang efektif terhadap konsep dan teknik matematik ialah dengan penggunaan bahan-bahan manipulasi. Maka, penggunaan bahan-bahan manipulatif seperti attributes block, colorful unifix cubes, kiub saling pautan dan bongkah atau blok kayu adalah sangat penting. Ini kerana, ia bukan sahaja sebagai BBM tetapi juga sebagai satu teknik yang digunakan oleh guru agar murid dapat menguasai atau sekurang-kurangnya menguasai konsep sesuatu topik matematik yang diajarkan. Bahan manipulatif didefinisikan sebagai model konkrit yang melibatkan konsep matematik untuk menarik kepada beberapa deria serta boleh disentuh dan digerakkan oleh murid-murid, Heddens (2005). Ironinya, penggunaan bahan manipulatif ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran matematik pada ketika ini telah diguna pakai sebagai satu kaedah dalam membantu murid-murid belajar matematik dengan lebih bermakna. Penggunaannya juga malah turut membantu dalam pembinaan imej mental yang lebih jelas dalam memahami idea-idea dan konsep-konsep matematik, Weiss (2006). Manakala Swan dan Marshall (2010) pula menyatakan bahawa bahan manipulatif matematik merupakan objek yang dikendalikan individu melalui deria iaitu pemikiran matematik akan dipupuk dalam keadaan individu itu sedar atau tidak. Penggunaan deria tersebut ialah deria sentuh dan lihat dan bahan manipulatif ini mampu mendorong ke arah kesedaran, pembangunan konsep dan idea yang dikaitkan dengan matematik sementara setiap bahan manipulatif yang direka itu mempunyai kegunaan dan tujuan khas atau tersendiri berdasarkan topik yang diajar. Dalam topik asas ukuran Jisim pula, berdasarkan Sukata Pelajaran Matematik Tahun 2, murid akan belajar tentang sukatan dan geometri iaitu murid akan berkenalan dengan unit piawai yang digunakan untuk mengukur sesuatu jisim. Murid juga akan belajar dan melakukan aktiviti menimbang dan merekod berat sesuatu jisim menggunakan unit piawai yang sesuai contohnya untuk menyukat berat sesuatu jisim, unit gram (G) dan kilogram (KG) akan digunakan. Seperti biasa, sesi pengajaran dan pembelajaran untuk topik ini akan menjadi lebih menarik jika guru menggunakan bahan manipulatif yang ada agar pembelajaran tersebut menjadi lebih berkesan manakala murid akan lebih memahami konsep

topik ini iaitu menyukat dan merekod jisim. Untuk menyukat jisim, guru akan menggunakan bahan manipulatif seperti alat penimbang jisim. Dalam muka seterusnya, contoh rancangan pengajaran harian akan disertakan dalam pengajaran dan pembelajaran topik Asas Ukuran Jisim untuk Tahun Dua.

Gambar Penimbang Jisim Yang Boleh Digunakan Sebagai Bahan PnP

SUKATAN DAN GEOMETRI : TAHUN 2 Masa: 60 minit Kelas: 2 Amanah Masa: 8.30am-9.30am

Bidang: Sukatan dan Geometri Tajuk: Jisim Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk: 11.3 Menganggar dalam unit gram dan kilogram Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk: (i) Menganggar jisim sesuatu objek dalam unit gram dan kilogram dan bandingkan anggaran dengan timbangan sebenar.

Fasa

Aktiviti a. Murid diberi kotak yang mengandungi dua

Komunikasi

1. Persediaan

bahan maujud. b. Seorang murid diminta mengambil bahan

i. Apakah barang tersebut? ii. Manakah lebih berat?

Pemerhatian dan Analisis

maujud dan bersoaljawab tentang jisim berat bahan tersebut iii. Kenapa jisim belon ringan?

2. Imaginasi Penjanaan Idea Sintesis Idea i. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. ii. Setiap kumpulan diberi beberapa biji gulagula, sekilogram tepung, setengah kilogram gula pasir, dan lain jisim yang sesuai. iii. Murid diminta menganggar jisim barangbarang tersebut dan menulis dalam kertas mahjung yang disediakan. iv. Murid bersoaljawab dengan guru tentang jisim barang tersebut. v. Murid menimbang barang yang ringan dan barang yang berat. vi. Murid menyatakan jisim barang yang ringan boleh ditimbang dalam gram manakala barang yang berat ditimbang dalam kilogram. vii. Murid membanding anggaran jisim vi. Bandingkan anggaran kamu dengan timbangan yang telah kamu buat. v. Apakah jisim barang yang ringan? iv. Apakah jisim barang yang berat? iii. Unit apakah yang digunakan untuk timbangan berat? ii. Apakah objek yang lebih ringan? i. Apakah objek yang lebih berat?

barang-barang tersebut dengan timbangan sebenar.

3. Perkembangan Penambahbaikan Menilai a. Edarkan Lembaran Kerja 26. Warnakan jawapan yang betul.

b. Murid menjawab soalan dalam lembaran yang disediakan.

c. Bincang jawapan.

4. Tindakan Pelaksanaan Amalan Berterusan a. Edarkan Lembaran Kerja 27 dan Lembaran Kerja 28.

Pentaksiran

Berdasarkan kepada keupayaan murid mengasing, melabel, menimbang dan menjawab soalan dalam lembaran kerja yang disediakan, maka murid berupaya menganggar jisim 1g, 1kg dan seterusnya dan membandingkan dengan timbangan sebenar.

Nilai dan Sikap

Terapkan sifat jujur, bekerjasama dan bertolak ansur.

LEMBARAN KERJA 26

Warnakan anggaran yang sesuai bagi gambar yang ditunjukkan.

LEMBARAN KERJA 27

Nyatakan Jisim Objek

LEMBARAN KERJA 28

ANGGARKAN

LEMBARAN KERJA 29

SUAIKAN

PENUTUP Dalam apa juga sesi pengajaran dan pembelajaran apa-apa sahaja mata pelajaran, sasaran guru adalah untuk mencapai objektif pembelajarannya. Contohnya, menjawab dengan tepat empat daripada lima soalan yang diberikan. Selain itu, guru juga mengharapkan bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran yang dirancang serta yang telah dilaksanakannya itu adalah berkesan serta mampu membantu meningkatkan kefahaman murid terutamanya berkaitan dengan topik yang diajarkan itu. Malahan, guru juga mahu agar murid dapat memahami konsep topik yang diajar serta mampu mengaplikasikannya dengan betul. Justeru, penggunaan bahan manipulatif merupakan jalan paling mudah untuk mencapai hasrat tersebut, terutamanya dalam proses pembelajaran matematik di kalangan murid-murid tahun 1, 2 dan 3. Dengan menggunakan bahan-bahan manipulatif ini, murid akan lebih memahami konsep sesuatu topik yang diajar oleh guru. Bahan manipulatif ini berperanan sebagai medium yang akan membantu guru meningkatkan kefahaman murid terhadap konsep-konsep matematik yang agak kompleks bagi murid-murid berumur 7 hingga 11 tahun. Selain itu, penggunaan bahan manipulatif ini juga dapat membantu murid-murid menguasai Kemahiran Kognitif seperti dalam pengkelasan, konsep ruang, konsep nombor, melakukan proses sains dan membuat penyelesaian masalah. Bagi murid pemulihan matematik khasnya, penggunaan bahan manipulasi ini sememangnya memberi impak yang sangat besar terhadap pemahaman dan pencapaian mereka. Oleh itu, pihak-pihak seperti Jabatan Pelajaran Negeri dan Daerah serta pihak pentadbir sekolah perlulah peka akan kepentingan penggunaan bahan-bahan manipulatif ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran matematik khasnya. Pihak-pihak tersebut juga perlu menyedari bahawa penggunaannya juga akan mampu membawa kepada impak yang positif.

RUJUKAN Baharin Shamsudin (1993), Kamus Matematik Bergambar Sekolah Rendah Dewan Bahasa dan Pustaka : KPM , Kuala Lumpur.

Marzita Puteh, Wan Yusof Wan Ngah & Chan Yock Lean. (2010), Matematik Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Buku Teks Jilid 2, Kuala Lumpur : DBP

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Matematik, (1996),Sektor Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Perak.

Modul Linus Numerasi (2010), Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Selangor Daruk Ehsan

Toh Sing Ho, (2003), Carta Bestari Interaktif Matematik :Minda Didik Sdn. Bhd.

Wan Yusof Wan Ngah, Rosli Maun & Haslina Jaafar. (2011), Matematik Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Buku Teks Jilid 2, Kuala Lumpur : DBP.

You might also like