You are on page 1of 19

KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPAR

MENU UTAMA
KHAIRUL NAJWA BINTI ZULKIFLI

MENGH ADANG

SER VIS

MERE JAM

RUJUKAN
KHAIRUL NAJWA BINTI ZULKIFLI

HANTA RAN

SERVIS
setiap pemain bola tampar. Servis yang baik akan meletakkan pasukan lawan dalam keadaan bertahan dan tidak mampu membuat serangan. Pemain dengan ahli pasukannya yang mempunyai gaya servis yang berbeza-beza mempunyai kelebihan berbanding dengan pasukan yang ahlinya mempunyai gaya yang sama. Gaya servis yang berbeza-beza boleh menjadi strategi untuk menyukarkan pihak lawan.
KHAIRUL NAJWA BINTI ZULKIFLI

Servis adalah kemahiran paling penting bagi

Servis Cedok

Servis ini merupakan servis yang


mula-mula perlu dipelajari oleh semua pemain baru. Servis ini mudah dikawal dan memerlukan daya yang sikit untuk memukul bola berbanding daya lain.

KHAIRUL NAJWA BINTI ZULKIFLI

Teknik melakukan servis cedok:


Pegang bola pada lengan yang tidak memukul bola. Bola diarahkan ke bahagian tengah gelanggang. Kaki pada belah tangan yang memegang bola berada di hadapan dan kaki pada belah tangan yang memukul bola berada di belakang. Tangan yang memukul bola diluruskan pada arah bawah ke belakang 90 darjah. Bola dilambung dan tangan yang hendak memukul bola mula diayunkan. Pukul bola dengan bahagian tapak atas tapak tangan yang berhampiran dengan pergelangan tangan sama ada tapak tangan terbuka atau digenggam.
KHAIRUL NAJWA BINTI ZULKIFLI

Servis Gaya Tenis

Servis ini juga disebut sebagai servis


atas tangan. Gaya servis ini mudah gagal dan terjejas ke jaring tetapi jika berhasil akan menimbulkan kesukaran kepada pasukan lawan.

KHAIRUL NAJWA BINTI ZULKIFLI

Teknik melakukan servis gaya tenis: Posisi badan sama seperti gaya sebelum ini. Jika tangan kiri memegang bola, kaki kiri di hadapan. Begitu juga sebaliknya. Lambung bola pada ketinggian kira-kira 30-45 cm dari tapak tangan yang melambung. Tangan yang akan memukul diangkat ke arah atas belakang dan dibengkokkan. Tangan diayunkan sambil tangan diluruskan dan pukul bola. Bola dipukul menggunakan tapak tangan yang jari-jarinya dirapatkan.
KHAIRUL NAJWA BINTI ZULKIFLI

HANTARAN
Hantaran adalah gerakan pertama yang
dilakukan oleh sesebuah pasukan yang menerima bola. Pemain pertama - melantunkan bola kepada rakan sepasukan. Pemain kedua - membuat hantaran lambung. Pemain ketiga - merejam bola kepada pihak lawan.
KHAIRUL NAJWA BINTI ZULKIFLI

Hantaran Bawah
1) Posisi bersedia a) Kaki hendaklah dijarakkan seluas bahu. b) Satu kaki di hadapan dan satu kaki di belakang. c) Lutut dibengkokkan dan tubuh hendaklah sedikit tegak. d) Lengan diluruskan. e) Siku-siku diputarkan ke arah satu sama lain dan dikuncikan. f) Letakkan tangan di atas tapak tangan sebelah tangan yang lain serta ibu jari ke bawah dengan rata. g) Pergelangan tangan terkunci ke bawah. h) Lengan-lengan sejajar kepada paha. i) Meletakkan berat badan di bebola kaki tetapi dalam posisi seimbang.
KHAIRUL NAJWA BINTI ZULKIFLI

2) Pergerakan a) Bergerak ke arah bola. b) Melangkah ke arah bola dengan lengan dihulurkan ke hadapan. c) Melangkah dengan kaki yang terdekat dengan sasaran. d) Melangkah ke sasaran dan menghulurkan lengan-lengan untuk bola yang lambat. e) Menarik sedikit atau mengendur lengan-lengan untuk bola yang laju. f) Melangkah ke sasaran dengan lutut. Punggung dan bahu menuju ke arah bola yang hendak dihantarkan. 3) Pukulan a. Pukul bola di hadapan badan dan di antara lutut-lutut. b. Pukul bola dengan bahagian tangan yang berisi iaitu dua hingga enam inci ke atas dari pergelangan tangan. c. Mata sentiasa memandang bola semasa penghantaran dibuat.
KHAIRUL NAJWA BINTI ZULKIFLI

Hantaran Atas
1) Posisi bersedia. a. Kaki dijarakkan, satu kaki ke hadapan, luasnya adalah lebih luas sedikit pada bahu. b. Bengkokkan sedikit lutut dan condong sedikit di hadapan. c. Trisep hendaklah sejajar dengan lantai. d. Tangan dihulurkan ke atas di hadapan bahagian dahi. e. Tapak tangan menghadap keluar dengan jari-jari terbuka luas dan ibu jari terbuka ke dalam. f. Siku bengkok ke luar. g. Ibu jari dan jari telunjuk kedua-dua tangan masing-masing berjarak dua inci dan empat inci untuk menbentuk satu segi tiga kecil. h. Pergelangan tangan ditegakkan ke belakang.
KHAIRUL NAJWA BINTI ZULKIFLI

2) Pergerakan a.Bergerak di bawah bola. b. Mengambil posisi bersedia sebelum menyentuh bola. c. Daripada posisi mendekam bagi menpercepatkan bola untuk menbuat kontak. d. Menyelaraskan kelajuan ansur maju semua bahagian sendi. e. Permindahan berat semasa kelajuan harus ke atas bola menuju ke sasaran. f. Kaki, lutut dan punggung menghadap ke sasaran. g. Bergerak dengan menyeret kaki atau secara bersilang dan berputar untuk sampai ke bola. 3) Pukulan a. Pukulan dilakukan di atas dahi. b.Semua jari hendaklah menyentuh bola. c. Ibu jari dan jari telunjuk menberi kuasa. d. Jari telunjuk adalah penunjuk arah. e. Bola dilihat melalui jari-jari telunjuk dan ibu-ibu jari.
KHAIRUL NAJWA BINTI ZULKIFLI

MEREJAM & MENYELAMAT Merejam BOLA merupakan pukulan serangan


dalam permainan bola tampar. Untuk merejam bola, pemain perlu melompat sehingga tangan melepasi jaring. Dalam beberapa situasi di mana hantaran bawah tidak dapat digunakan ataupun bola dihantar ke tempat yang sukar untuk diterima atau diselamatkan, maka kemahiran menyelamat bole diperlukan.
KHAIRUL NAJWA BINTI ZULKIFLI

Merejam
Rejam berdiri a. Tidak ada run-up b. Melonjak dengan kedua-dua kaki bertolak dari setempat. c. Bengkokkan lutut dan menolak ke atas dengan tangan dihayunkan ke belakang dan ke atas. d. Menaikkan tangan kanan atau kiri di atas kepala atau di belakang bahu untuk merejam bola. e. Pukulan boleh dibuat dengan pukulan buku lima tangan, tapak tangan terbuka atau menadahkan tangan. f. Pukulan boleh dibuat dengan buku lima tangan, tapak tangan terbuka atau menadahkan tangan. g. Pergerakan pergelangan tangan penting untuk membawa bola turun.
KHAIRUL NAJWA BINTI ZULKIFLI

Rejam sambil berlari (running spike) a) Perejam berdiri dua hingga tiga meter dari jaring. i. Berlari (run up) tiga langkah.Langkah pertama adalah bermasa(a timing pace). ii. Langkah kedua akan menbawa perejam di bawah bola dan kedua-dua belah kaki akan hampir bersama. iii. Memukul bola dengan buku lima, tapak tangan terbuka atau menadah tangan.

KHAIRUL NAJWA BINTI ZULKIFLI

MENGHADANG
Lazimnya tindakan menghadang
diamalkan untuk menentang smesy oleh pihak lawan. Hadangan (blocking) yang berkesan akan menyebabkan bola mati dalam gelanggang pihak yang smesy. Menyentuh jaring semasa hadangan adalah satu kesalahan.
KHAIRUL NAJWA BINTI ZULKIFLI

a) Melonjak kedua-dua belah kaki, tangan dihulurkan lurus ke atas. b) Bahagian lengan dan tapak tangan condong ke sebelah pihak lawan.

KHAIRUL NAJWA BINTI ZULKIFLI

B. Sarjit Singh dan Sheikh Kamaruddin. 1987. Buku Sumber Kecergasan Fizikal. Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia Ed. ke 3. Kuala Lumpur. Fauzee H.A. 1989. Pendekatan Pengajaran Pendidikan Jasmani: Latihan Fizikal. Kuala Lumpur. Terbit Sri Maju Sdn. Bhd Fox E.L & Mathews D.K. 1981. The Physiological Basics of Physical Education and Athletcs USA. Saunders College Publishing Oshea John Patrick. 1976. Scientifik Principles and Methods of Strenght Fitness, 2nd ed. London. Addison-Wesley Publishing Co. Inc. Rax Hazeldine. 1992. Fitness for Sport Marlborough. The Crowood Press Ltd. Trevor Slack. 2000. USA Track & Field Coaching Manual. Human Kinetik: Australia. Tudor O. Bompa. 1994. Theory and Methodlogy of Training. Canada. Kendall & Hunt Publishing Company. Vasudevan T. Arasoo (1995). Pengajaran Pendidikan Jasmani untuk Sekolah-Sekolah Menengah dan Tinggi. Petaling Jaya. Siri Pendidikan Fajar Bakti.
KHAIRUL NAJWA BINTI ZULKIFLI

RUJUKAN

TERIMA KASIH PENSYARAH


Puan Noraini Binti Mohd Nor RAKAN-RAKAN J 2.6 SEMESTER 2 2012

You might also like