You are on page 1of 9

Kemahiran Pemilihan Dan Aplikasi Alat Bantu Mengajar (ABM)

1.

PENDAHULUAN

Pengajaran memerlukan sesuatu untuk ia mudah disampaikan. Manakala pembelajaran pula memerlukan rangsangan untuk memudahkan pelajar menerima isi pelajaran. Rangsangan yang sukar ditanggapi tidak akan dapat diproses dan tidak akan menjadi pengalaman. Oleh yang demikian, kecerdasan walau bagaimana baik pun ia, jika kurang mendapat rangsangan, ianya tidak akan menghasilkan perkembangan kecerdasan dan pengalaman yang berkesan.

berdasarkan hakikat inilah, peranan guru dalam menentukan alat-alat bantu pengajaran dan pembelajaran sangat penting. Ini adalah kerana alat-alat itu merupakan media yang mampu mewujudkan rangsangan dan yang kemudiannya akan bertindak memperkembangkan kecerdasan dan pengalaman. Dari itu, guru-guru disarankan supaya dapat menyusun dan merancang aktivitiaktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka dengan baik, terutamanya dari segi pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan-bahan bantu pengajaran, kerana inilah di antara aspek yang memberi kesan terhadap prestasi para pelajar. Di samping itu alat bantu mengajar (ABM) juga dapat memainkan peranan ke arah peneguhan dan pemahaman pelajar.

2.

ALAT BANTU MENGAJAR (ABM).

Alat bantu mengajar (ABM) bukanlah sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran, ia merupakan alat yang sangat berguna kepada guru semasa mengajar. Pembelajaran dengan menggunakan alat bantu mengajar (ABM) dapat memastikan pelajar mengikuti serta dapat memberikan pelajar kefahaman yang berkesan dan juga dapat menarik minat mereka terhadap mata pelajaran yang diajarkan.

Secara dasarnya, alat bantu mengajar (ABM) adalah alat yang dapat membantu seseorang guru dalam proses pengajaran. Alatan mengajar ini tidak terhad kepada buku teks, papan tulis dan gambar-gambar sahaja tetapi juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pelajaran yang dapat dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya. Alat mengajar merupakan apa-apa saja yang dialami oleh murid (kamaruddin hj. Hussin, 1986)[1]

Atan long (1981) membahagikan alat bantu mengajar (ABM) kepada tiga kumpulan, iaitu:-

Alat pendengaran, Alat pandangan

Alat pandang dengar. Noraziah abdul hamid (1981) menggolongkan alat itu kepada dua kumpulan, iaitu:-

Media elektronik Media bukan elektronik, Hanapiah sudin (1979) menggolongkan kepada dua, iaitu:

Bahan- bahan software Bahan-bahan hardware. Menurut Atan long (1982) lagi alat bantu mengajar (ABM) terdiri daripada berbagai-bagai bahan. Sesuatu bahan dapat disampaikan dengan berbagai-bagat cara. Umpamanya, sesuatu bahan itu mungkin diterbitkan dalam bentuk buku, dalam bentuk carta atau diletak pada slaid dan dipancarkan ke layar. Alat-alat penyampaiannya dinamakan alat bantu mengajar (ABM) berdasarkan pendapat di atas, dapatlah dibahagikan alat bantu mengajar (ABM) ini kepada tiga peringkat, iaitu (kamaruddin hj. Hussin,1987):

Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran, filem jalur- slaid, projektor (overhead), pita video, radio, pita rakaman, piring hitam dan lain-lain Bahan-bahan yang tidak menggunakan media elektronik seperti suara, buku, gambar carta model, surat khabar, papan tulis, kad imbasan dan lain-lain. Bahan-bahan yang bercorak pengalaman seperti lakonan, pantomim, lawatan, projek pameran dan bahan-bahan dari alam sekitar.[2] 3. KEPENTINGAN SERTA TUJUAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM).

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan alat bantu mengajar (ABM) amat penting bagi guru untuk memastikan proses pengajarannya dapat berjalan dengan lancar kerana isi pengajaran yang disampaikan dapat diikuti dengan baik oleh murid dengan bantuan alat bantu mengajar (ABM). Oleh itu, antara kepentingan alat bantu mengajar (ABM) dapat disenaraikan seperti berikut:

Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dapat mengawal serta mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar kekurangan masa. Dapat mempertingkatkan minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran Dapat mempertingkatkan keghairahan untuk belajar.

Dapat memahami secara lebih mendalam dan realistik tentang tajuk yang diajar. Dapat mengekalkan ingatan yang lebih lama terhadap isi-isi pengajaran. Dapat berasakan keseronokan belajar dan mengelakkan rasa jemu terhadap pengajaran guru. Alat bantu mengajar (ABM) menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran, oleh itu ia mengurangkan berbagai-bagai gerak balas lisan daripada murid Alat bantu mengajar (ABM) membekalkan satu dasar untuk perkembangan pembelajaran murid dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal. Alat bantu mengajar (ABM) menolong menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam tentang kefahaman isi pengajaran. Alat bantu mengajar (ABM) menawarkan pengalaman yang sebenar dan menjadikan pengajaran lebih menarik Pembelajaran yang diperoleh akan lebih bermakna.[3] Bahan itu dapat melahirkan dorongan daya kreativiti, baik kepada guru mahupun pelajar. Melahirkan satu interaksi dan kerjasama antara pelajar dengan guru dan pelajar dengan pelajar. Dapat menjimatkan masa dan pelajar akan belajar lebih banyak dalam masa yang singkat. 4. KEMAHIRAN PEMILIHAN DAN APLIKASI ALAT BANTU MENGAJAR (ABM).

Kemahiran adalah kecekapan atau kepandaian seseorang untuk membuat sesuatu. Tanpa kemahiran agak sukar bagi seseorang itu mengendalikan sesuatu. Begitu juga dalam bidang perguruan, kemahiran amat diperlukan. Seperti kemahiran dalam memilih serta mengaplikasikan alat bantu mengajar (ABM) yang telah dipilih.

Dalam memilih alat bantu mengajar (ABM), guru seharusnya berkemahiran dalam menilai dan menimbang akan keperluan atau sumbangan alat bantu dalam pengaplikasiannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Pertimbangan seharusnya menekankan semua aspek atau kriteria-kriteria dalam pengajaran dan pembelajaran. Kriteria-kriteria dalam memilih alat bantu mengajar (ABM) itu, di antaranya:-

Alat bantu mengajar (ABM) haruslah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Isi kandungannya haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajarkan. Alat bantu mengajar (ABM) harus mengandungi idea-idea dan reka bentuk yang asli dan tersendiri. Alat bantu mengajar (ABM) boleh membantu guru dalam aktiviti pengajaran atau boleh juga digunakan oleh murid-murid dalam aktiviti pembelajaran mereka. Dengan perkataan lain guru boleh menyampaikan konsep dengan lebih mudah, tepat dan cepat lagi dengan adanya alat bantu

mengajar (ABM). Murid-murid pula dapat mempelajari konsep itu dengan tepat, penuh minat dan lebih kekal dalam ingatan. Reka bentuk alat bantu mengajar (ABM) hendaklah menarik dan berkesan untuk menarik perhatian dan menimbulkan minat murid-murid, alat ini harus disediakan dengan menggunakan gambar yang berwarna. Alat bantu mengajar (ABM) harus disediakan dengan perbelanjaan yang rendah dan dalam masa yang berpatutan. Tiada gunanya membuat Alat bantu mengajar (ABM) dengan perbelanjaan yang terlalu tinggi dan menggunakan masa yang lama untuk menyediakannya. Alat bantu mengajar (ABM) harus disediakan dalam saiz dan berat yang sesuai supaya ia mudah dibawa, diguna dan disimpan. Alat bantu mengajar (ABM) yang terlalu berat dan besar akan mengganggu kelancaran penyampaian guru atau penggunaan murid. Sumber pengajaran-pembelajaran haruslah mengandungi nilai-nilai murni yang tinggi. Guru tidak harus menggunakan bahan-bahan seperti gambar yang tidak sopan, misalnya memakai baju yang menjolok mata atau menggunakan bahan-bahan yang mengandungi unsur negatif seperti berjudi dan merokok.[4]

5.

PENGAPLIKASIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM).

Setelah dibuat pemilihan terhadap jenis alat bantu mengajar (ABM). Guru juga harus mahir dan faham dalam penggunaan alat bantu mengajar (ABM) tersebut. Untuk keberkesanan aplikasi alat bantu mengajar (ABM) terlebih dahulu guru menekan perkara berikut:-

Tentukan sumbangan yang dapat diberikan oleh alat bantu mengajar (ABM) itu kepada pengajaran tertentu berhubung dengan objektif pengajaran yang hendak diajar. Elakkan daripada menyedia alat bantu mengajar (ABM) yang tidak sesuai digunakan atau tidak dapat digunakan dengan berkesan. Rancangkan bagaimana alat bantu mengajar (ABM) itu dapat digabungkan penggunaannya dalam pengajaran untuk menambah pengalaman pembelajaran murid-murid. Aturkan supaya alat-alat bantu mengajar (ABM) itu dapat digunakan oleh murid dengan sebaikbaiknya supaya tidak menjadi kelam kabut atau mengganggu pengajaran. Kaji maklumat daripada berbagai-bagat punca tentang cara penggunaan sesuatu alat bantu mengajar (ABM) untuk mendapat kesan yang memuaskan. Nilaikan sumbangan alat bantu mengajar (ABM) kepada pengajaran melalui percubaan. Ubahsuaikan cara penggunaannya berdasarkan penilaian ini.[5] 6. CARA-CARA APLIKASI ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)

Dalam zaman yang serba moden dan canggih sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat yang semakin berkembang pesat dari semasa ke semasa. Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) juga berkembang dari menggunakan papan tulis bertukar kepada yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer, bahan elektronik dan sebagainya.

Di antara jenis alat bantu mengajar (ABM) yang boleh digunakan adalah seperti Kad Manila, Carta, Model, Projektor, Multimedia dan sebagainya. Alat dengar seperti radio, pita rakaman adalah sesuai untuk pembelajaran yang berkehendakkan penguasaan kemahiran yang tertentu seperti bacaan AlQuran. Filem dan Televisyen sesuai digunakan untuk sesuatu pemerhatian aspek-aspek khusus atau untuk tujuan memperlihatkan tunjuk cara yang berhubung dengan penguasaan sesuatu aspek yang tertentu[6] seperti pergerakan amali dalam sembahyang.

Secara amnya, cara untuk menggunakan bahan bantu mengajar hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap supaya pelajar dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta dalam ingatan mereka. Selain sebagai bahan tambahan kepada penyampaian pengajaran secara lisan oleh guru, penggunaan bahan bantu mengajar sebenarnya turut memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria, iaitu deria penglihatan, deria sentuh, dan deria pendengaran

Tujuan utama menggunakan alat bantu mengajar (ABM) dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membantu guru menyampaikan pengajarannya dengan mudah, tepat, cepat serta menarik. Untuk mencapai tujuan ini, guru haruslah memahami teknik penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dan menggunakannya dengan cekap. Berikut ialah beberapa garis panduan menggunakan alat bantu mengajar (ABM) untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran:

Alat bantu mengajar (ABM) seperti carta haruslah digantung di suatu tempat yang sesuai supaya semua murid boleh melihatnya dengan mudah. Semasa menggunakannya, guru haruslah membimbing murid-murid meneliti perkara yang penting supaya tidak membazirkan masa muridmurid serta boleh mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki. Jika carta itu mengandungi beberapa bahagian, guru boleh menutupnya terlebih dahulu, kemudian menunjukkan kepada muridmurid bahagian demi bahagian mengikut urutan penerangan guru. Cara ini boleh menarik minat murid serta membangkitkan daya pemikiran mereka. Sebelum alat bantu mengajar (ABM) diedarkan kepada murid-murid untuk menjalankan kerja praktik, guru harus memberi arahan yang tegas dan jelas supaya aktiviti pembelajaran itu dapat dijalankan dengan tepat, berdisiplin dan mengikut masa yang ditetapkan. Tunjukkan alat bantu mengajar (ABM) kepada murid-murid hanya pada ketika yang perlu. Jika sesuatu Alat bantu mengajar (ABM) ditunjukkan lebih awal, murid-murid akan asyik tumpukan perhatian mereka kepada alat itu dan kurang memberi perhatian kepada aktiviti pengajaran guru.

Guru harus membimbing murid-murid membincang fakta-fakta penting yang terkandung dalam alat bantu mengajar (ABM). Selepas itu, harus diadakan pula aktiviti penilaian terhadap tindak balas murid-murid berdasarkan hasil penggunaan alat bantu mengajar (ABM) itu dengan tujuan untuk mengetahui pencapaian objektif pembelajaran. Alat bantu mengajar (ABM) yang telah selesai digunakan haruslah dikumpul balik dan disimpan dengan baik di tempat yang sesuai. Alat bantu mengajar (ABM) hanya digunakan untuk membantu guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan ia tidak boleh menggantikan tempat guru. Penggunaan Alat bantu mengajar (ABM) haruslah sesuai dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya mencapai objektif pelajaran yang ditentukan. Pada amnya, cara menggunakan alat bantu mengajar (ABM) hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap, supaya murid-murid dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta dalam ingatan mereka. Nilai sesuatu alat bantu mengajar (ABM) yang baik akan dihapuskan sekiranya alat itu tidak disediakan mengikut kriteria-kriteria yang telah dihuraikan atau penggunaannya kurang cekap ataupun kurang berkesan[7]

7.

KESAN DARI PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM).

Jika guru dapat menguasai kemahiran memilih dan aplikasi alat bantu mengajar (ABM) dengan berkesan, beberapa kesan yang baik dapat diperlihatkan, seperti :

Pelajar akan dapat memahami sesuatu konsep, fakta atau idea dengan lebih jelas. Pelajar dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pelajar akan dapat terus mengikuti setiap perkembangan proses pengajaran yang dijalankan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dipelbagaikan. Pelajar menaruhkan keyakinan terhadap pengajaran guru. Aktiviti pembelajaran akan lebih menarik. Konsep, fakta dan idea yang diterima akan lebih kekal dalam ingatan.[8] 8. KELEMAHAN YANG TERDAPAT PADA ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) DAN CARA MENGATASINYA. Jika kita perhatikan, alat bantu mengajar (ABM) sememangnya tidak mempunyai kelemahan secara langsung, kerana tujuan utama alat bantu mengajar (ABM) adalah untuk menutup sebahagian kelemahan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tetapi kelemahan itu dapat dilihat melalui perkara berikut:-

Kurangnya kemahiran guru dalam memilih jenis alat bantu mengajar (ABM) yang sesuai. Kurangnya kemahiran guru dalam pengaplikasian alat bantu mengajar (ABM). Kesukaran dalam penyediaan alat bantu mengajar (ABM). Seperti kurangnya alat pelaksanaannya, bahan atau rujukan dalam menyediakan, keperluan masa yang mempengaruhi guru dalam menyediakan alat bantu mengajar ABM. Faktor pelaksanaannya yang kadang mendatangkan masalah. Untuk mengatasi segala kelemahan adalah seperti di bawah ini:

guru seharusnya lebih prihatin dan memahami kehendak pelajar yang diajarkan. guru harus muhasabah dan meningkatkan segala kemahiran dalam proses pengajarannya terutama dalam menggunakan segala alat bantu mengajar ABM, seperti kemahiran menggunakan Teknologi maklumat, Multimedia dan sebagainya. kerjasama semua pihak dalam merancang dan menyusun proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu guru dalam penyediaan alat bantu mengajar (ABM). Merancang dengan sistematik. Perkara yang harus diambil perhatian adalah alat bantu mengajar adalah alat sokongan bukan sebagai pengganti guru sepenuhnya. Yang mengendalikannya adalah guru. Jika guru dapat merancang segala-galanya dengan baik, maka segala kelemahan akan dapat diatasi.

9.

KESIMPULAN

Teknik pengajaran dan pembelajaran bagi seorang guru bukan sekadar chalk and talk tapi lebih dari itu, seperti penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) perlu dipelbagaikan dengan kaedah dan teknik mengajar agar pengajaran dijalankan dengan berkesan, menarik perhatian, menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya penggunaan alat bantu mengajar (ABM) kepada guru-guru dalam menyampaikan pelajaran kepada pelajar-pelajarnya. Seseorang guru harus mahir mengenal pasti, membuat keputusan untuk memilih alat bantu mengajar (ABM) yang berkesan dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang ketika dalam pengaplikasiannya. Ini kerana penggunaan alat bantu mengajar (ABM) amat penting kepada guru bagi membantu mereka menyampaikan pelajaran dan memastikan pelajar dapat menguasai ilmu yang disampaikan.

Dalam pendidikan banyak inovasi diperkenalkan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran guru. Alat bantu mengajar (ABM) memudahkan para guru memindahkan ilmu

pengetahuan kepada pelajarnya. Ia juga membantu interaksi sosial antara guru dan pelajarnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru sepatutnya dapat menggunakan sebarang bahan yang ada dan sesuai dalam proses interaksinya dengan pelajar-pelajarnya.

Kualiti sesuatu pelajaran yang memusatkan pelajar amat bergantung pada keberkesanan guru memilih dan menggunakan alat bantu mengajar (ABM) yang sesuai. Di sekolah, pusat sumber sekolah merupakan tempat yang boleh menjadi rujukan kepada guru-guru dalam mendapatkan sumber pengajaran. Walau bagaimanapun, sesebuah sekolah yang mempunyai pusat sumber yang dilengkapi lat bantu mengajar (ABM) tidak dapat membantu pelajar dalam pembelajarannya jika gurunya tidak menggunakan bahan itu dalam pengajarannya. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin bagi membantu kefahaman pelajar-pelajarnya tentang konsep dan ilmu pelajaran yang hendak disampaikan.

10. BIBLIOGRAFI. Ahmad Mohd Salleh, (2008), Pengajian Agama Islam & J-QAF Metodologi dan Pedagogi Pendidikan, Selangor Darul Ehsan, Oxford Fajar Sdn Bhd.

Abdul Ghani Bujang, (1986), Pengajaran Prinsip dan Amalan, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Brunei,

Mok Soon Sang, (1994), Asas Pedagogi Dalam Pengajaran-Pembelajaran, Kuala Lumpur Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Mok Soon Sang, (2003), Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 2, Selangor Darul Ehsan, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang, (2002), Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3, Selangor Darul Ehsan, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Rosini Abu & Ramlah Hamzah, (1998), Pedagogi 1 Kurikulum & Pengurusan Bilik Darjah, Selangor Darul Ehsan, Longman Malaysia Sdn Bhd.

[1] Ahmad Mohd Salleh, Pengajian Agama Islam & J-QAF Metodologi & Pedagogi Pendidikan, Oxford Fajar Sdn Bhd, Selangor, 2008, ms 254.

[2] Ibid ms 254.

[3] Ibid, ms 254

[4] Mok Soon Sang, Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3,Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Selangor, 2002, ms 336.

[5] Ahmad Mohd Salleh, Pengajian Agama Islam & J-QAF Metodologi & Pedagogi Pendidikan, Oxford Fajar Sdn Bhd, Selangor, 2008, ms 255

[6] Abdul Ghani Bujang, Pengajaran Prinsip dan Amalan, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Brunei, 1986, ms 297

[7] Mok Soon Sang, Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3,Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Selangor, 2002, ms

[8] Mok Soon Sang, Asas Pedagogi Dalam Pengajaran-Pembelajaran, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 1994, ms 180

You might also like