You are on page 1of 11

TAHUKAH

ANDA ?

BUAH STRAWBERI

Dikenali dengan nama latin Fragaria rosaceae , buah Strawberi ini kaya vitamin C, buah ini juga mengandungi fitonutrient dan antioksidan yang memerangi radikal bebas. Mengandungi Vitamin K, mangan, Folic acid, potasium, Riboflavin, Vitamin B5, Vitamin B6, magnesium dan omega-3. Kerana kandungan serat yang tinggi, folat, vitamin C dan anti oksidan, Strawberi sangat efektif mengurangkan kadar kolesterol di dalam tubuh, dan mencegah penyakit jantung.

ALOE VERA

Aloe vera kaya dengan vitamin A, C dan E serta asid folik, choline, B1, B2, B3, B6 dan B12 di samping mineral seperti kalsium, magnesium, zink, kromium, selenium, sodium dan zat besi. Membantu masalah ciritbirit dan merawat masalah pencernaan dan pedih ulu hati, selain mengurangkan . Mampu mencantikkan dan menyihatkan kulit serta merawat masalah seperti jerawat, luka kecil, psoria sis, gigitan serangga, melecur dan memudarkan parut yang masih baru.

BUAH OREN

Kaya dengan vitamin C yang baik untuk kulit. Baik untuk kesihatan jantung dan penglihatan serta mengurangkan risiko penyakit kanser. Ia juga memiliki kelebihan sebagai antioksidan, membantu mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit strok di kalangan wanita.

DAUN PEGAGA

Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica ialah sejenis ulaman popular orang melayu. Ia kaya dengan vitamin A dan C serta zat besi. Pegaga amat baik untuk menyembuhkan luka dan kudis. Dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk serta melambatkan proses penuaan.

DAUN HEMPEDU BUMI

Nama saintifik Andrographis Paniculata. Daun hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi, merawat kencing manis, melegakan demam dan mencairkan kahak. Sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga.

BUAH KURMA

Kurma mengandungi jumlah karbohidrat (gula) yang tinggi malahan turut mengandungi pelbagai vitamin penting seperti vitamin A, tiamin, riboflavin, niasin, zat besi, vitamin B, asam nikotinat (yang baik untuk usus). Mengandungi banyak garam galian lain seperti magnesium, potasium dan kalsium. Membantu membebaskan tenaga yang cukup, menjaga kesihatan kulit dan saraf serta membantu fungsi jantung.

TIMUN

Mengandungi protein, lemak, kalsium, zat besi, vitamin A, vitamin C dan vitamin B1. Kandungan air dalam timun berfungsi untuk menyingkirkan sisa buangan dalam tubuh badan. Ia berfungsi untuk menyegarkan mata dan menghilangkan gelap bawah mata. Mampu merendahkan paras asid urik dalam tubuh sekaligus memastikan buah pinggang sentiasa dalam keadaan baik.

TOMATO

Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan. Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam. Mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.

BUAH DELIMA

Sebiji buah delima terdapat sekitar 700-800 benih biji padat dipanggil arils yang berwarna merah. Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil. Menstabilkan paras kolesterol dan mencegah penyakit jantung. Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya.

BUAH NAGA

Kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, kodium dan dan kalsim yang baik untuk kesihatan. Sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksin dalam darah. Mencegah kanser usus, mencegah kandungan kolestrol yang tinggi dan membantu menurunkan kadar lemak dalam badan.

You might also like