You are on page 1of 7

SULIT*

900/2 STPM 2006

JABATAN PELAJARAN PERAK

PENGAJIAN AM
KERTAS 2 SET 1
LEARNING TO SCORE
(Tiga jam)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon :

Jawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap bahagian A, B, D dan E,
dan dua soalan dalam bahagian C.
Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian.
Markah untuk tiap-tiap bahagian diberikan dalam tanda [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 7 halaman bercetak


Jabatan Pelajaran Negeri Perak 2006

1
SULIT*

Bahagian A

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250
hingga 300 patah perkataan. [25]

1. Pelancongan kesihatan merupakan sumber baru pertumbuhan ekonomi Malaysia.


Sejak tahun 1998 hingga Jun 2000, sekitar 400,000 orang pelancong asing mendapat
rawatan di negara ini. Bincangkan peranan pelancongan kesihatan dalam konteks tersebut
dan masalah-masalah yang mungkin timbul daripada aktiviti pelancongan kesihatan.

2. Kebiasaannya Orang Kurang Upaya (OKU) menghadapi masalah dalam menjalani


kehidupan seharian. Masalah ini menjadi punca sesetengah majikan enggan mengambil
orang kurang upaya bekerja di syarikat mereka.
Bincangkan.

Bahagian B

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250
hingga 300 patah perkataan. [25]

3. Hutan negara membekalkan pelbagai sumber yang penting kepada hidupan. Aktiviti
manusia telah mengancam keseimbangan biodervisiti. Justeru, hutan perlu dipulihara.
Bincangkan.

4. Ekosistem pesisiran pantai dan lautan sering terjejas akibat daripada aktiviti manusia
yang kurang beretika dalam peningkatan kualiti hidup.
Bincangkan.

Bahagian C

Jawab dua soalan sahaja dalam bahagian ini. Pilih satu daripada soalan 5(a) atau 5(b) dan
satu daripada soalan 6(a) atau 6(b).

5(a) “Sistem francais merupakan satu rangkaian perniagaan yang boleh menguntungkan
usahawan. Pemilihan kaedah yang paling sesuai untuk mengembangkan perniagaan
haruslah berasaskan sistem francais. Perniagaan melalui sistem francais adalah salah satu
kaedah terbaik dan tindakan menukar bentuk perniagaan kepada perniagaan ini mampu
memberi banyak kelebihan dan dapat meningkatkan taraf hidup usahawan. “

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Ekonomi Ogos, 2003 )

(i) Apakah pemilihan utama untuk mengembangkan perniagaan?


(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, huraikan kelebihan
sistem francais.

ATAU

2
SULIT*

5(b) “ Penglibatan remaja dalam gejala samseng dikaitkan dengan perasaan bangga
kerana dapat membuktikan kejaguhan kepada rakan setelah dicabar. Remaja mahu
dikatakan hebat di kalangan mereka walaupun mengetahui bahawa perbuatan samseng
hanya budaya ikut-ikutan atau kerana provokasi daripada rakan-rakan. “

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Zainal Madon dan Mohd Sharom Ahmad,
“ Panduan Pengurus Remaja Moden, 2004 )

(i) Apakah yang mendorong remaja melakukan kegiatan gengsterisme ?


(iii) Dengan tidak melebihi 50 patah perkataan, jelaskan usaha pihak sekolah untuk
menangani budaya gengsterisme di sekolah.

6(a) “ Kaedah Ubah Suai Genetik ( Genetically Modified Organisme ) atau Organisma
Transgenik merupakan kaedah sains teknologi yang mengubah organisma melalui
pemindahan gen. GMO adalah satu terma am yang merujuk kepada haiwan dan tumbuhan
yang telah diubahsuai kod genetiknya kepada produk baru dengan menggunakan teknik
kejuruteraan genetik dan bioteknologi. Perkembangan utama GMO adalah kemunculan
spesies baru yang yang imun kepada pestisid dan herbisid

(Dipetik dan diubahsuai daripada Dewan Masyarakat, November 2003)

(i) Apakah kaedah Organisma Transgenik?


(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kesan-
kesan sampingan kaedah Ubah Suai Genetik terhadap organisma.

ATAU

6(b) “Penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu yang sangat digeruni.
Penyakit jantung berlaku apabila saluran arteri koronari yang membekalkan darah pada
jantung menjadi sempit. Golongan yang berisiko untuk mendapat penyakit ini ialah individu
yang mengidap kencing manis,darah tinggi dan penyakit kronik yang lain, faktor genetik dan
amalan diet yang buruk.
(Dipetik dan diubahsuai daripada Majalah Minda, 2004)

(i) Bagaimanakah terjadi penyakit jantung?


(ii) Dengan tidak melebihi 50 patah perkataan, jelaskan bagaimanakah cara untuk
mengelak daripada mengidap penyakit jantung?

3
SULIT*

Bahagian D

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
[15]

7. Berdasarkan petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai menunjukkan


perbandingan hasil eksport utama Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2004 dan 2005.

Pada tahun 2004 hasil eksport utama negara adalah sebanyak RM 390 000 juta.
Jumlah ini telah bertambah sebanyak RM 25 000 juta pada tahun berikutnya. Pertambahan
ini berlaku disebabkan program-program untuk meningkatkan hasil eksport telah berjaya
dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Antara
bangsa dan Industri telah berusaha untuk menambahkan hasil pendapatan negara melalui
perdagangan.

Hasil eksport utama yang paling besar pada tahun 2004 adalah keluaran elektrik dan
elektronik iaitu sebanyak RM 241 483 juta atau sebanyak 61.92% daripada jumlah
keseluruhan eksport. Manakala hasil eksport yang paling kecil sumbangannya adalah getah
iaitu sebanyak RM 5 197 juta. Hasil eksport getah tidak berubah bagi tahun berikutnya.

Meskipun minyak kelapa sawit masih mendapat sambutan yang baik di kalangan
negara-negara pengimport tetapi jumlah eksport pada tahun 2004 adalah sebanyak RM
29116 juta. Manakala pada tahun 2005 pula eksport minyak kelapa sawit telah menurun
sebanyak RM 2 919 juta berbanding tahun sebelumnya.

Mutu petroleum mentah negara kita adalah antara yang terbaik di dunia. Negara kita
telah memperoleh hasil eksport petroleum sebanyak RM 21 762 juta pada tahun 2004 dan
RM 26 461 juta pada tahun 2005. Gas asli cecair pula telah menyumbang sebanyak 4.38%
daripada jumlah keseluruhan pada tahun 2004 dan meningkat sebanyak RM 1 493 juta
pada tahun 2005.

Negara-negara maju telah menyalahkan negara-negara Dunia Ketiga memusnahkan


alam sekitar melalui kegiatan pembalakan. Ekoran daripada itu negara kita telah mengawal
pengeluaran kayu balak selaras dengan kehendak global supaya alam sekitar
terpelihara.Justeru, pada tahun 2005, pengeluaran kayu balak telah merosot kepada RM 19
441 juta berbanding tahun 2004 sebanyak RM 19 778 juta.

Permintaan terhadap barang elektrik dan elektronik telah menurun sebanyak RM 1


456 juta pada tahun 2005. Penurunan ini mungkin disebabkan saingan yang hebat antara
negara-negara pengeksport yang lain.

Hasrat kerajaan untuk menambahkan hasil eksport negara hanya akan tercapai
dengan kerjasama yang padu antara agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan,


Jabatan Statistik Malaysia,2005)

4
SULIT*

8. Berdasarkan petikan di bawah, lukis graf bar yang sesuai untuk menunjukkan nilai
import makanan yang terpilih bagi tahun-tahun yang diliputi.

Menerusi Dasar Pertanian Negara, kerajaan telah mengadakan pelbagai program


untuk mengurangkan import makanan. Namun, masih ada beberapa jenis makanan yang
terpilih perlu diimport dari negara-negara rakan dagangan kita. Nilai import makanan negara
kita adalah tinggi dan sebahagian besar daripada pendapatan negara telah mengalir keluar
untuk pembiayaan tersebut. Langkah pengurangan import yang dilaksanakan oleh kerajaan
telah mengurangkan nilai import makanan dari tahun 1999 hingga 2002.

Pada tahun 1999 nilai import makanan yang terpilih adalah sebanyak RM 4 396.1
juta dan telah berkurangan kepada RM 4 322.3 juta pada tahun 2000. Pada tahun 2001
telah berkurang sebanyak RM 27.6 juta berbanding tahun sebelumnya dan nilai import ini
terus menurun kepada RM 4 107.2 juta pada tahun 2002.

Jagung merupakan import makanan terbesar pada tahun 1999 iaitu lebih kurang
25.35% daripada jumlah keseluruhan. Namun nilai import jagung telah menurun kepada RM
1 088.6 juta pada tahun 2002. Nilai import pada tahun 2001 berkurang sebanyak RM 132.3
juta berbanding tahun 2002, manakala nilai import jagung pada tahun 2000 adalah
sebanyak RM 1 088.5 juta.

Seterusnya nilai import susu krim dan tepung adalah sebanyak RM 772.4 juta pada
tahun 1999. Nilai ini telah meningkat kepada RM 869.8 juta pada tahun berikutnya.
Permintaan yang tinggi dalam kalangan pengguna menyebabkan nilai import telah
meningkat kepada RM 938.2 juta pada tahun 2001. Usaha kerajaan untuk mengurangkan
import telah menunjukkan kesan apabila nilai import pada tahun 2002 hanya mencatat
sebanyak RM 765.2 juta.

Gandum merupakan salah satu import makanan yang tinggi berbanding makanan
lain. Pada tahun 1999 import gandum adalah sebanyak RM 818.2 juta tetapi pada tahun
berikutnya telah menampakkan penurunan sebanyak RM 107.3 juta. Import gandum
masing-masing sebanyak RM 783.3 juta dan RM 766.4 juta bagi tahun 2001 dan 2002.

Makanan rakyat Malaysia kebanyakannya berasaskan gula seperti kuih-muih yang


menjadi salah satu hidangan utama. Pada tahun 1999 sahaja, kerajaan telah
membelanjakan sebanyak RM 972.3 juta untuk import gula. Nilai import gula menurun
sedikit pada tahun 2000 iaitu kepada RM 963.8 juta. Namun, pada tahun 2001 import gula
telah meningkat kepada RM 1 087.2 juta. Nilai import gula kembali menurun kepada RM
976.9 juta pada tahun berikutnya.

Kerajaan masih bergantung kepada import dari negara luar untuk menampung
bekalan beras negara. Pada tahun 1999 sebanyak RM 718.9 juta beras telah dimport dan
nilai ini menurun pada tahun 2000 iaitu hanya mencatat sebanyak RM 689.3 juta. Kerajaan
telah berjaya mengurangkan import beras kerana pada tahun 2001 hanya sebanyak RM
529.7 juta sahaja yang diimport. Nilai import ini berkurang lagi sebanyak RM 19.6 juta pada
tahun 2002 berbanding import pada tahun sebelumnya.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan,


Jabatan Perangkaan Malaysia, 2003)

5
SULIT*

Bahagian E

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. [15]

9. Berdasarkan maklumat di bawah, huraikan perubahan jumlah bilangan pelanggan


telefon mengikut jenis dari tahun 1998 hingga 2002,dan jelaskan mengapakah berlakunya
perubahan-perubahan tersebut?

MALAYSIA : JUMLAH BILANGAN PELANGGAN TELEFON MENGIKUT JENIS


DARI TAHUN 1998 - 2002

2000

1998
34.3%
32.2%
46.1%
47.9%

2.6%
1.5% 18.1%
17.3%

6,693,000 orang
9,901,000 orang
2002
24.0%

62.6% 12.5%
Kediaman
Perniagaan 0.9%
Awam
Selular

13,832,000 orang

[Dipetik dan diubahsuai daripada Suruhanjaya


Komunikasi dan Multimedia Malaysia]

6
SULIT*

10. Berdasarkan rajah di bawah, huraikan bagaimana bahan-bahan buangan diuruskan


secara bersepadu. Jelaskan kepentingan penggunaan semula bahan-bahan buangan
kepada manusia.

PENGURUSAN BAHAN BUANGAN SECARA BERSEPADU

Hasil Buangan

Bukan Organik Organik Lain-lain

Kompos Insinerator
Kertas Kaca Logam Plastik

Tapak Pelupusan
Baja

Kitar Semula

Penggunaan Lestari Bahan-Bahan Buangan

(Dipetik dan Diubahsuaikan daripada Rujukan Sains, 2005)

You might also like