You are on page 1of 16

TEORI ASAS PENTADBIRAN PENDIDIKAN (GC6213)

Pensyarah: DR. AZLIN NORHAINI BINTI MANSOR

Disediakan oleh: HAWATI BINTI HASAN [P61744]


1

TAJUK

Pengurusan Kualiti Menyeluruh


(Total Quality Management/TQM)

TUJUAN

Mengenalpasti tahap amalan pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) terhadap pencapaian pelajar.

PENGENALAN
TQM dirancang bagi meningkatkan dan memperbaiki perniagaan.
Matlamat TQM adalah memenuhi kehendak pelanggan dalam pasaran, dengan andaian bahawa kualiti merupakan keluaran terakhir yang diperolehi hasil daripada aktiviti atau proses pengeluaran melalui kerjasama daripada pekerja untuk meningkatkan produktiviti. Pelopor terkenal teori ini ialah W.E Deming, Ishikawa dan Juran.

DEFINISI & KONSEP TQM


TQM didefinisikan sebagai satu proses pengurusan kualiti yang:Berorientasikan pelanggan (customer). Berjalan secara berterusan (continuous improvement); dan Melibatkan semua aspek dalam organisasi (Total Perspective). Sumber : PKPA Bil. 1,1992 Konsep TQM ialah membawa perubahan menyeluruh ke arah melahirkan organisasi yang cemerlang.

MODEL & CIRI-CIRI


MATLAMAT
a. Kepuasan hati pelanggan b. Output tanpa cacat (zero defect) c. Output yang sentiasa tepat a. Sistem dan proses b. Budaya organisasi c. Pelanggan d. Pembekal Penambahbaikan yang berterusan Melibatkan seluruh organisasi Tindakan-tindakan yang strategik Berorientasikan matlamat jangka panjang Pengawalan kos kualiti Tindakan pencegahan Menekankan kepastian kualiti Penyelesaian masalah secara sistematik Pengurusan atasan (pemimpin) Seluruh kakitangan Pasukan-pasukan kerja

FOKUS

TQM
STRATEGI

PELAKSANA

Sumber : Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, 1992

(7) Kepastian Kualiti

(1) Sokongan Pengurusan Atasan

(2) Perancangan Strategik

(6) Pengukuran Prestasi

PRINSIP-PRINSIP YANG MENYOKONG TQM

(3) Mengutamakan Pelanggan

(5) Semangat Berpasukan

(4) Latihan & Pengiktirafan

Sumber : Pekeliling PKPA Bil. 1,1992

PRINSIP 1 : Sokongan Pengurusan Atasan PRINSIP 2 :

Perubahan hanya dapat dilakukan dengan jayanya melalui sokongan dan komitmen yang padu pihak pengurusan atasan.

Bertujuan mengenalpasti sub-unit menjalankan Perancangan peranan yang tepat (Doing The Right Thing). Strategik
PRINSIP 3 : Mengutamakan Pelanggan

Output berkualiti adalah ditentukan oleh pelanggan melalui kepuasan dan ekspektasi pelanggan. Latihan bertujuan meningkatkan pengetahuan dan perlakuan sosial selari dengan matlamat organisasi. Pengiktirafan bertujuan menghargai prestasi pekerja dan membuktikan komitmen organisasi terhadap usaha peningkatan kualiti.

PRINSIP 4 : Latihan dan Pengiktirafan

PRINSIP 5 : Semangat Berpasukan

Bertujuan untuk mendapatkan penglibatan menyeluruh. Faedah semangat berpasukan kepada organisasi adalah pertukaran maklumat & idea, komunikasi terbuka serta kuasa bertindak kepada pasukan (empowerment).

Untuk mengetahui tahap kualiti output, memberi maklumat tentang prestasi proses PRINSIP 6 : Pengukuran kerja, proses yang bermasalah dan tindakan penambahbaikan bermatlamat menepati Prestasi standard yang ditetapkan. PRINSIP 7 : Kepastian Kualiti

Menekankan kepada pencegahan daripada timbulnya masalah-masalah kualiti dalam proses penghasilan output. Ini menjamin penghasilan output menepati matlamat tiada kecacatan (zero-defect).

KUALITI DALAM PENDIDIKAN


Mencapai standard yang ditetapkan

Kualiti Input
(Sumber : manusia, peralatan, modal)

Kualiti Proses
(Penambahbaikan berterusan, penglibatan seluruh organisasi,tindakan & penyelesaian masalah)

Kualiti Output (Pencapaian pelajar)

Sumber : Jemaah Nazir Sekolah, 2001

TQM & PENDIDIKAN


Menurut Patimah (2002), TQM diperkenalkan dalam perkhidmatan awam di Malaysia pada tahun 1992 manakala di Kementerian Pelajaran pada tahun 1995. James Abbot (1997) menyatakan sebagaimana dunia perniagaan yang mementingkan kualiti produk dan kepuasan pelanggan, guru harus menganggap dunia pendidikan sebagai satu perniagaan. Tanggungjawab guru bukan setakat memindahkan ilmu yang dimilikinya kepada pelajar tetapi menyediakan peluang agar proses pembelajaran boleh berlaku. Guru perlu memikirkan peralatan yang perlu sebagai menyediakan asas yang kukuh kepada pelajar untuk membentuk kemahiran, membuat keputusan, berfikiran kritis dan berupaya mengembangkan bakat semulajadi mereka.

PERBINCANGAN
Kajian Tricia Kelly (1991) mendapati bahawa amalan TQM amat berkesan dalam meningkatkan produktiviti iaitu pencapaian akademik pelajar. Sekolah yang dikaji telah mengubah sistem di dalam organisasi dengan memfokus kepada peranan pendidik, pelajar dan ibu bapa. Seorang guru, David Langford telah mempelajari konsep kualiti dan membawa amalan tersebut ke sekolah. Beliau bersama guruguru lain beserta pelajar melawat ke sekolah kualiti dan beberapa buah kilang. Selepas itu, mereka mula mengatasi sendiri masalahmasalah di sekolah. Misalnya pelajar dapat mengurangkan kadar datang lewat ke sekolah dengan menyiasat sendiri punca kelewatan tersebut. Proses penambahbaikan yang berterusan telah berjaya dilaksanakan dan akhirnya hampir 50% pelajar berjaya melanjutkan pelajaran ke kolej.

Kajian Norlia Yub (2000) di tiga buah sekolah berasrama di Selangor mendapati bahawa sekolah yang mengamalkan prinsip TQM dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Tahap persetujuan paling tinggi dicapai bagi prinsip perancangan strategik kualiti iaitu 90%. Ini bermakna di sekolah-sekolah yang berjaya, para guru menganggap perancangan strategik adalah mustahak bagi memastikan kecemerlangan sentiasa dipertingkatkan. Prinsip latihan dan pengiktirafan mencapai tahap persetujuan yang tinggi juga iaitu melebihi 85%. Dapatan menunjukkan bahawa pemberian insentif dan galakan sama ada kepada guru dan pelajar adalah mustahak di dalam organisasi.

Pihak pengurusan menggalakkan guru mengikuti kursus atau latihan di dalam bidang masing-masing bertujuan untuk meningkatkan kemahiran atau mempelajari ilmu baharu ke arah peningkatan kualiti.

Kajian oleh Loh Kok Cheang (2008) di sebuah sekolah menengah harian di Papar, Sabah mendapati majoriti responden tidak mempunyai masalah (11%) dan (44%) ada masalah dalam mengekalkan komitmen terhadap tugas. Seramai 40% mengatakan mereka kadang kala ada masalah dalam mengekalkan komitmen dan 4% menyatakan mereka kerap mempunyai masalah. Guru memerlukan komitmen bagi merealisasikan sesuatu hala tuju dan misi secara berterusan dan konsisten. Penglibatan rakan sejawat dan sokongan pihak pengurusan atasan dalam sesuatu program dapat mengekalkan komitmen.

RUMUSAN
Dalam mengenalpasti amalan pengurusan kualiti menyeluruh terhadap pencapaian pelajar, prinsipprinsip TQM itu sendiri perlu difahami oleh pengurus atasan dan semua kakitangan dengan jelas. Ini kerana prinsip-prinsip TQM telah menggabungkan pembangunan individu, ilmu dan organisasi dalam satu sistem yang mementingkan kualiti secara menyeluruh.

RUJUKAN
Haji Wan Azmi Ramli. 2001. Pengurusan Terkini. Golden Book Centre Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Jaafar Muhamad. 2008. Kelakuan Organisasi. Leeds Publications (M) Sdn. Bhd. Selangor. Latifah Mohd Yusof. 2003.Kepimpinan Pengetua Dalam Amalan TQM di Sebuah Sekolah Menengah di Zon Keramat. Tesis. UM. Kuala Lumpur. Loh Kok Cheang.2008. Kepimpinan Guru di Sebuah Sekolah Menengah Kerajaan di Papar Sabah : Kes SMK Majakir. Tesis. Sabah. Mohammed Sani; Mohd Izham. 2012. Pengurusan Perubahan Makro dalam Pendidikan. UKM. Bangi. Norlia Yub Ghazali. 2000. Mengenalpasti Faktor Kejayaan Sekolah Ke arah Pendidikan Berkualiti. Tesis. UKM. Bangi. Robiah Sidin.2003. Teori Pentadbiran Pendidikan : Satu Pengenalan. UKM. Bangi.

You might also like