You are on page 1of 20

PSIKOLOGI SUKAN

PENGENALAN
Berasal daripada perkataan Greek iaitu psyche yang bererti roh dan logos bererti mengkaji sesuatu perkara . Bidang psikologi telah lama dikaji 1925 bidang psikologi dikembangkan semula di University of Illinois oleh Coleman Griffith . Pada 1960 kajian tentang personaliti dengan pencapaian dalam sukan mendapat perhatian umum ( Thomas & Tutho )

DEFINISI
Cox 1998 menyatakan psikologi sukan merupakan satu bidang sains iaitu prinsip2 psikologi diaplikasikan dalam sukan .

Satu bidang kajian saintifik yang melihat kesan serta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal , afektif serta kognitif ke atas mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti tersebut . ( Wann : 1997 )

PERANAN PSIKOLOGIS SUKAN

KAITAN ANTARA PSIKOLOGI SUKAN DENGAN PRESTASI

Emosi

Kognitif
Tafsiran tentang perlakuan pelaku sebelum , semasa , dan selepas sesuatu aktiviti

Kesan dalaman yang berlaku akibat dari tafsiran (kognitif) yang telah dilakukan . Ianya akan meningkatkan atau menurunkan prestasi atlit.

Fizikal
Tindakan yang lahir dari tafsiran serta perasaan atlit.

MOTIVASI
Definisi
Arah dan intensiti usaha seseorang individu . ( Sage , 1977 ) Arah : mendekati atau mengelakkan diri dari situasi tertentu
Intensiti usaha : Takat usaha seseorang untuk mendekati atau mengelakkan diri dari situasi tertentu

Motivasi dalam sukan :


Proses kebangkitan dalam diri individu yang membantu usaha mengarah serta mengekalkan perlakuan yang diingini . ( Wann , 1997 )
Satu daya yang membantu peningkatan serta pengekalan perlakuan seseorang individu ( Shaharudin , 2001 )

SUMBER MOTIVASI
INTRINSIK EKSTRINSIK

Keyakinan Diri

Ganjaran ( positif / negatif )

Kebolehan

Orang Tersayang

Kemahuan Dan Keinginan

Persekitaran

MOTIVASI DAN GANJARAN


Ganjaran ekstrinsik yang ditafsirkan sebagai pengiktirafan terhadap kebolehan atlit mampu meningkatkan motivasi intrinsik atlit . Ganjaran intrinsik yang ditafsirkan sebagai pengiktirafan terhadap kebolehan atlit boleh meningkatkan motivasi intrinsik atlit . Ganjaran ekstrinsik yang ditafsirkan sebagai mengawal atlit akan mengurangkan motivasi intrinsik serta keseronokan atlit .

Ganjaran intrinsik yang ditafsirkan sebagai mengawal atlit akan mengurangkan motivasi intrinsik serta keseronokan atlit .

Kemahiran Memotivasikan Diri


A) Menetapkan Matlamat

Jangka Panjang - matlamat terakhir untuk mencapai sasaran Jangka Sederhana - matlamat pertengahan untuk menilai ketepatan stategi Jangka Pendek - matlamat harian atau mingguan sebagai pemangkin motivasi diri dan menjadi pengukur pencapaian matlamat .
Kata-kata Perangsang - Perkataan samada berbentuk slogan atau pembangkit semangat yang digunakan untuk meningkatkan motivasi , keyakinan dan intensiti usaha seperti Malaysia Boleh

B)

KEBIMBANGAN
Definisi :
Perasaan yang subjektif berpunca dari tafsiran atau persepsi seseorang individu terhadap sesuatu situasi yang menghasilkan kebangkitan dan tekanan. ( Levitt , 1980 )

Definisi Lain
Kesan kognitif atau emosi yang terhasil dari persepsi terhadap situasi yang dihadapi yang dilahirkan dalam bentuk ancaman yang bakal diterima oleh seseorang individu seperti kekalahan , ugutan fizikal ,rasa malu dsd . ( Shaharudin , 2001 )

Kesan fisiologi yang mungkin berlaku seperti peningkatan kadar nadi , pernafasan yang cepat dan tidak teratur , menggeletar , tumpuan menjadi sempit dan otot mengecut .

JENIS-JENIS KEBIMBANGAN
Kebimbangan Tret (Trait Anxiety)
o Ciri-ciri personaliti individu .Merasakan diri mereka tergugat .

KebimbanganSeketika (State Anxiety)


o Kebimbangan semasa terhasil dari persepsi individu terhadap bentuk tekanan di persekitarannya pada waktu itu .

Rangsangan Perkara persekitaran yang memberikan kesan kepada individu PROSES TAFSIRAN KEBIMBANGAN

Tafsiran Analisis terhadap rangsangan dihadapi samada positif atau negatif

Perlakuan Tindakan yang diambil berdasarkan tafsiran yang dilakukan

KEMAHIRAN MENGAWAL KEBIMBANGAN


Terapi Pernafasan Pemusatan (Centering) Relaksasi Visualisasi

ATRIBUSI
Definisi Bagaimana seseorang individu cuba untuk menjelaskan , memahami serta menjangka sesuatu situasi berdasarkan kepada persepsi kognitif . @ Proses memberi penjelasan mengenai sesuatu situasi berdasarkan persepsi kognitif .

DIMENSI PENYEBAB ATRIBUSI


Lokus Penyebab/ Locus of Causality
Sebarang kejadian ditafsirkan berpunca daripad faktor dalaman atau luaran individu tersebut

Kestabilan / Stability
Bergantung kepada sestabil mana faktor penyebab dalam tempoh tertentu .

Kebolehkawalan / Controllability
Merujuk sama ada faktor penyebab berada di dalam atau di luar kawalan individu tersebut . Dimensi penyebab memainkan peranan dalam membentuk atribusi.

Kesan Atribusi
Perubahan lokus kawalan boleh mengurangkan kesungguhan / daya saing individu. Individu bermotivasi pencapaian tinggi biasanya memiliki atribusi dalaman yang tinggi. Guru dan jurulatih perlu meningkatkan keyakinan serta keupayaan atlit dengan membuat atribusi yang sesuai ketika berjaya atau gagal dalam sesuatu kerja

KEAGRESIFAN
Definisi Perlakuan atau tindakan yang bermatlamat untuk menyakitkan atau menyebabkan kecederaan fizikal serta mental kepada benda hidup yang berusaha untuk mengelakkan tindakan tersebut ( Silva , 1981 ) Tindakan yang bermatlamat untuk mengakibatkan kecederaan secara fizikal , verbal atau psikologikal ke atas seseorang yang bermotivasi untuk mengelakkan diri daripada dicederakan atau perbuatan yang mendatangkan kerosakan kepada harta benda yang berpunca daripada kemarahan . ( Shaharudin , 2001 )

KLASIFIKASI KEAGRESIFAN
Keagresifan Ketara(Hostile ) Matlamat :mencederakan Niat :agar individu menderita Faktor :kecederaan dan penderitaan yang dialami oleh mangsa Tindakan didorong oleh rasa marah / kecewa Keagresifan Instrumental Matlamat :mencederakan Niat :mendapatkan ganjaran Faktor :perlu bagi mencapai matlamat Bersifat dominan

Asertif Tidak berniat untuk mendatangkan kecederaan kepada orang lain . Tindakan mengikut peraturan Penggunaan daya fizikal serta perkataan yang dibenarkan bagi mencapai matlamat individu terbabit ( Silva , 1980 )

Faktor Yang Mempengaruhi Keagresifan 1. Psiko-Fisiologikal


Tafsiran yang dibuat . Individu yang merasakan dirinya terancam akan bertindak untuk merpertahankan diri .Menyebabkan kadar nadi meningkat , tumpuan menjadi sempit , dan tindakan fizikal keterlaluan .

2. Faktor Semasa
i) Suhu Semakin tinggi suhu semakin tinggi kemungkinan bertindak agresif .

Sambungan. .
ii) Perbezaan mata / jaringan Semakin tinggi perbezaan semakin agresif tindakan diambil oleh pihak yang ketinggalan.

iii) Pengaruh penonton Sorakan dan ejekan penonton boleh menjadi penyebab kegresifan dilakukan . iv) Tempoh masa permainan Berlaku lazimnya di pertengahan permainan ( kajian ) . Faktor perbezaan mata dan masa akhir perlawanan juga menjadi faktor tindakan agresif diambil .

You might also like