You are on page 1of 1

Laporan Sambutan Hari Guru Sekolah Kebangsaan Taman Harapan 2014 Pada 16 Mei yang lalu,Sekolah Kebangsaan Sungai

Ular telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah.Sambutan ini diadakan adalah untuk menghargai jasa guru-guru yang selama ini telah banyak menyumbang jasa kepada para pelajar. Lebih kurang jam 7.45 pagi,murid-murid dan guru-guru berhimpun di tapak perhimpunan untuk perhimpunan khas sempena Hari Guru.Guru-guru berpakaian serba indah dan wajah yang ceria. Aturcara yang pertama pada pagi itu ialah nyanyian lagu Negaraku dan diikuti dengan bacaan doa yang dibacakan oleh Ustaz Zamri.Selepas perutusan daripada Menteri Pelajaran dan Pengarah Pelajaran Malaysia dibacakan ,Encik Azizan b Kassim selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Ular memberi ucapan.Acara yang dinanti-nantikan pada hari itu iaitu nyanyian lagu Guru Malaysia yang telah disampaikan oleh semua guru mendapat tepukan gemuruh daripada murid-murid.Sebelum majlis bersurai,guru-guru dihadiahkan sejambak bunga yang disampaikan oleh pengawas sekolah. Selepas itu,murid-murid dapat menyaksikan beberapa jenis permainan yang dipertandingkan pada hari itu.Antara permaianan yang diadakan ialah bola jaring,bola sepak dan ping pong.Para guru bermain dengan bersungguh-sungguh manakala murid-murid bersorak memberi sokongan. Setelah murid-murid dan guru-guru berehat untuk membasahkan tekak,tibalah pula acara persembahan guru dan murid.Banyak persembahan yang diadakan seperti dikir barat,nyanyian solo dan boria.Murid-murid dan guru-guru sungguh terhibur menyaksaikan persembahan pada hari itu. Kemudian ,Guru Besar telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan pada hari itu.Acara ini diadakan di dewan sekolah.Lebih kurang jam 1.00 tengah hari murid-murid dibenarkan pulang. Kesimpulanya,sambutan Hari Guru pada tahun ini berjalan dengan lancar dan meriah.Walaupun kelihatan guru-guru agak kepenatan namun tergambar seribu kepuasan diwajah mereka. Laporan disediakan oleh, aniza (HANIZA BT MAHMOOD) Setiausaha, Sambutan Hari Guru 20 Mei 2010

You might also like