ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA
Teks
•Jenis-jenis fon yang digunakan dalam menghasilkan teks biasanya ialah yang terdapat dalamkebanyakan komputer pengguna supaya dapat menampung keperluan semasa penyebaranproduksi multimedia kelak. Penggunaan teks adalah untuk menyampaikan maklumat denganlebih berkesan. Selain itu teks juga kadangkala boleh berfungsi sebagai “
hiperteks
”.
Grafik
•Grafik adalah elemen penting dalam penghasilan produksi multimedia yang dapat bertindakuntuk menyampaikan maklumat kepada pengguna sama ada dalam bentuk lakaran, tulisan,lukisan atau grafik berbentuk 2D dan 3D. Ia boleh membantu menerangkan konsep disampingteks. Ia juga mestilah menarik dan mudah disampaikan dengan bermakna dan konsisten kepadasemua pengguna. Grafik boleh diintegrasikan dalam produksi multimedia melalui pelbagai caraseperti pada latar belakang, antaramuka pengguna, imej, butang dan carta. Format penghasilangrafik adalah seperti
bitmap
,
jpeg
dan
gif
.
Animasi
•Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan kepada suatu objek. Ia membolehkansuatu objek yang pegun dapat bergerak dan kelihatan hidup. Ini akan menjadikan suatu produksimultimedia kelihatan menarik dan lebih bermakna seterusnya mampu menghasilkan suatukelainan. Ada perisian pengarangan yang dapat menghasilkan animasi yang mudah sahaja danada sesetengah perisian yang dapat menghasilkan animasi yang lebih kompleks. Formatpenghasilan animasi yang biasa digunakan ialah
gif animated
dan
swf
.