You are on page 1of 16

HAMIZOL BIN SAPONG

1.0

Pendahuluan

Pengarang Novel Lestari Bukit Menghijau ialah Syed Mahadhir Syed Ibrahim atau nama penanya SMAHADZIR dan SMSI dilahirkan pada 22 Januari 1961 di Sungai Tawar, Kedah. Beliau memulakan alam persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Tawar, Baling, Kedah, Sekolah Kebangsaan Kota Bukit, Sik, Kedah, Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah, Institut Teknologi Mara (ITM) - Diploma Kajian Reka Bentuk dan Universiti Putera Malaysia Ijazah Sarjana Muda Linguistik.

Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Penerangan di Jabatan Perhubungan Awam, Lembaga Letrik Negara, Pengurus Editorial di Food and Agriculture of Organization (FAO) of United Nation, Editor dan Pengurus Editorial di beberapa buah syarikat penerbitan dan kini beliau merupakan penyelidik budaya di Majlis Kebudayaan Negeri Selangor, Pengarah Urusan Pujangga Gemilang Resources dan penceramah bebas seminar motivasi, penulisan kreatif dan kaunseling serta berkecimpung di dalam bidang penulisan dan kebudayaan sepenuh masa. Di samping itu beliau juga merupakan Fasilitator PPSB/PLKN anjuran Dewan Bahasa Pustaka dan Jabatan Latihan Khidmat Negara, Exco Majlis Kebudayaan Negeri Selangor, Setiausaha Persatuan Penulis Dan Kebajikan Negeri Selangor (KEMUDI) dan Setiausaha Persatuan Penggiat Seni Budaya Daerah Kuala Langat (PESAT). Beliau sering dijemput sebagai hakim dalam pertandingan mendeklamasi puisi, syarahan, bercerita, tarian tradisional, teater, nyanyian lagu-lagu asli, nyanyian lagu-lagu patriotik, pantun dan juga nyanyian lagu-lagu irama Malaysia peringkat daerah, negeri dan juga kebangsaan. Novel Lestari Bukit Menghijau ini telah diterbitkan oleh Creative Enterperise .

1.1

Sinopsis Novel

Kehadiran Pak Tua di Kampung Alor Rambai menimbulkan kecurigaan penduduk kampung. Dia dianggap gila kerana membeli bukit yang penuh dengan hutan belantara. Bukit tersebut dianggap tidak berfaedah oleh penduduk kampung. Pak Tua terlalu mencintai alam sekitar sehingga

HBML4203- KESUSTERAAN MELAYU DAN KOMSAS

HAMIZOL BIN SAPONG

menimbulkan perasaan tidak senang dalam kalangan penduduk kampung. Dia akan menegur sesiapa sahaja yang cuba menebang pokok. Hubungan Pak Tua dengan penduduk kampung tidak mesra, dia tersisih kerana sikapnya yang pendiam, suka memencilkan diri dan tidak mesra.

Zahiran sebagai pelajar Tingkatan 3 di kampung tersebut berjaya mendekati lelaki misteri ini dalam usaha menjayakan projek sekolah lestari. Projek sekolah lestari telah diilhamkan oleh Cikgu Idham, pengetua baharu di SMK Alor Rambai yang proaktif dalam menceriakan kawasan sekolah. Zahiran dan rakan-rakannya telah ditugaskan untuk mencari beberapa jenis burung dan ikan untuk menghiasi taman sekolah mereka. Projek sekolah lestari ini adalah sebagai persediaan untuk menyertai pertandingan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Kementerian Pelajaran yang menawarkan hadiah wang tunai RM10,000.

Hasil usaha Zahiran dan rakan-rakannya, Pak Tua mula diterima oleh penduduk kampung. Hamzah yang diserang demam kuning menjadi titik permulaan kepada usaha gotong-royong bagi membersihkan kawasan rumah Hamzah yang kotor dan menjadi tempat pembiakan nyamuk. Seluruh kampung turut dibersihkan. Hasil cetusan idea Pak Tua, Tabung Pak Hamid dilancarkan bagi membantu keluarga malang itu. Penyakit untut Pak Hamid berjaya dirawat setelah menjalani pembedahan di Hospital Appolo, Chennai, India.

Tragedi pokok Bintangor yang terbakar membolehkan Zahiran mencungkil sejarah hidup Pak Tua, iaitu seorang saintis yang pernah tinggal di Chicago, Amerika Syarikat. Isteri Pak Tua, Kamariah dan dua orang anaknya Zahirah dan Zuwairah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kedua-dua orang anaknya meninggal dunia, manakala isterinya menderita penyakit HIV akibat pemindahan darah. Kamariah meninggal dunia sewaktu Pak Tua dan rakan-rakannya telah berjaya dalam usaha mengumpul sampel untuk penawar HIV. Pokok bintangor spesies

calophyllum leanigerum merupakan estrak penting dalam menghasilkan penawar HIV. Pokok ini banyak terdapat di belantara negeri Sarawak dan Pak Tua telah berusaha menanam pokok bintangor di sekitar Bukit Bintangor.

HBML4203- KESUSTERAAN MELAYU DAN KOMSAS

HAMIZOL BIN SAPONG

Akhirnya, Pak Tua telah menghembuskan nafas terakhir setelah dia mewakafkan tanahnya di Bukit Bintangor untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan.

2.0

Teori atau Pendekatan yang Digunakan Dalam Kajian

Teori atau pendekatan yang digunakan dalam kajian ini ialah Pendekatan Strukturul. Pendekatan ini dipilih oleh kerana pendekatan ini beranggapan bahawa karya sastera dibina darpada unsur yang tidak boleh berdiri sendiri tetapi saling berkaitan antara satu sama lain di dalam kesatuan yang kukuh. Teeuw berpendapat bahawa teks merupakan kesatuan yang bulat yang mempunyai koherensi batiniah. Di dalam keseluruhannya itu, setiap bahagian memberi sumbangan yang bererti untuk maksud utama pengarangnya.

Stanton berpendapat bahawa unsur membentuk cerita ialah tema dan fakta cerita. Fakta cerita meliputi plot, setting, watak serta penceritaan (antaranya ialah sudut pandangan , konflik ,simbol ,ironi , gaya dan nada). Oleh sebab itu , kaedah ini melihat hubungan antara unsur yang terdapat di dalam sesebuah cereka.

Unsur terpenting di dalam karya ialah tema cerita. Unsur ini merupakan dasar bagi sebuah cerita. Dengan itu, unsur lain harus mampu mendukungnya untuk membentuk cerita. Dasar cerita yang merupakan idea pengarang itu kemudiannya dikembangkan oleh tokoh di dalam cerita tersebut. Penampilan tokoh cerita melalui watak yang berbeza-beza perwatakannya akan menimbulkan konflik yang mampu menggerakkan peristiwa yang membentuk cerita itu.

Semua peristiwa itu terjalin dalam satu ruang dengan segala peralatan dan situasi yang mewarnainya. Ruang merupakan wadah atau teempet kewujudan cerita. Dalam plot cerita dimasukkan motif-motif yang merupakan sebahagian daripada struktur. Motif ialah unsur terkecil di dalam plot yang sering diulang dab berfungsi sebagai penggewrak cerita. Motif mendukung tokoh dan tema sesebuah cereka.

HBML4203- KESUSTERAAN MELAYU DAN KOMSAS

HAMIZOL BIN SAPONG

3.0

Analisis Teks

3.1

Tema

Kepentingan menjaga alam sekitar. Pak Tua sangat mencintai alam sekitar sehingga dia sanggup membeli bukit yang dipenuhi hutan belantara. Dia melarang sesiapa sahaja yang cuba menebang pokok. Dia juga menangis apabila pokok bintangor kesayangannya terbakar. 3.2 a) Persoalan Persoalan cinta akan alam sekitar

Pak Tua amat mencintai alam sekitar hingga sanggup membeli sebuah bukit seluas empat hektar yang dipenuhi belantara. Kawasan bukit ini ditanami dengan pokok bintangor. b) Persoalan menjaga kebersihan kawasan persekitaran

Penduduk Kampung Alor Rambai telah membersihkan kawasan rumah Pak Hamid dan kawasan kampung demi mengelakkan penyakit-penyakit bawaan nyamuk. c) Persoalan peranan pelajar menjayakan sesuatu projek sekolah

Zahiran dan rakan-rakannya berusaha mencari burung dan ikan untuk menjayakan projek sekolah lestari. d) Persoalan mempercayai kepercayaan karut

Pak Hamid mempercayai khidmat dukun Lebai Deraman yang mengubati anaknya, Hamzah. Hamzah dikatakan demam biasa akibat ditegur hantu tanah. e) Pak Persoalan para saintis membuat kajian menghasilkan perubatan moden Tua dan rakan-rakannya berjaya menghasilkan penawar HIV daripada ekstrak pokok

bintangor spesies calophyllum lanigerum.

HBML4203- KESUSTERAAN MELAYU DAN KOMSAS

HAMIZOL BIN SAPONG

f)

Persoalan sumber alam yang boleh memberikan manfaat kepada manusia

Sumber alam seperti pokok bunga cempaka putih boleh mengubati bisul, kudis dan radang tengkuk.

Daun pokok kacang kelor berkhasiat membantu membersihkan darah, mengurangkan kandungan gula dan mengawal tekanan darah di dalam badan.

3.3

Watak dan Perwatakan

3.3.1 Watak Utama a) Zahiran

Zahiran adalah seorang anak yatim semenjak bapanya meninggal dunia semasa ia berusia 10 tahun.Dia merupakan pelajar Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Rambai. Zahiran adalah seorang yang baik hati dan selalu membantu Pak Tua menukar tayar jip yang pancit dan menjadi ketua kumpulan mencari burung bagi menjayakan projek sekolah lestari. Dia juga seorang yang mencintai alam sekitar dan menyedari manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan alam sekitar.

Di samping itu, dia juga dapat menguasai nama saintifik beberapa jenis pokok , belajar daripada Pak Tua. Dia juga mempunyai hubungan erat dengan Pak Tua. Dia juga telah berjaya mengikis anggapan orang kampung terhadap Pak Tua. Zahiran juga seorang yang bertanggungjawab contohnya dia melaksanakan tugasan yang diarahkan seperti mencari burung. Dia juga seorang yang rajin berusaha seperti rajin mengulangkaji pelajarannya dan suka mempelajari namanama saintifik pokok daripada Pak Tua. Selain itu, dia juga seorang yang bijak sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Melaka di Londang. Seterusnya, dia bercita-cita untuk menjadi seorang saintis seperti Pak Tua.

HBML4203- KESUSTERAAN MELAYU DAN KOMSAS

HAMIZOL BIN SAPONG

3.3.2 Watak Sampingan a) Pak Tua

Pak Tua berusia dalam lingkungan 60-an.Beliau mempunyai perwatakan pendiam, selekeh, suka memencilkan diri, tidak mudah mesra dan hidup bersendirian di sebuah pondok kayu. Sebenarnya beliau merupakan seorang saintis iaitu Profesor Osman Yunus yang pernah

bertugas di Chichago, Amerika Syarikat. Beliau juga seorang yang berharta kerana mampu membeli 4 hektar tanah di Bukit Bintangor ekoran beliau amat cinta akan alam sekitar.

Di samping itu, Pak Tua adalah seorang yang berpengetahuan luas dalam banyak perkara contohnya mengetahui tentang punca penyakit untut yang disebabkan bawaan nyamuk,

kegunaan pokok-pokok untuk tujuan perubatan. Pak tua juga boleh menguasai nama saintifik pokok-pokok.

Pak Tua juga banyak idea bernas. Antara idea beliau ialah mencetuskan idea penubuhan Tabung Pak Hamid bagi membantu mengubati penyakitnya. Seterusnya, Pak Tua adalah seorang yang pemurah kerana beliau sanggup mewakafkan Bukit Bintangor untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan.

b)

Cikgu Idham

Pengetua baharu di SMK Alor Rambai. Di sekolah, beliau mengajarkan mata pelajaran Sains Pertanian. Berusia dalam lingkungan 45 tahun. Beliau merupakan seorang yang kreatif dan banyak idea. Cikgu Idham memperkenalkan Kempen Amalan Hijau Sekolah dan kitar semula.

Beliau juga mencetuskan idea menceriakan kawasan sekolah dan mengadakan projek sekolah lestari. Sangat berfikiran terbuka dan dengan mudah menerima idea Pak Tua untuk bergotongroyong membersihkan kampung serta menubuhkan Tabung Pak Hamid.

HBML4203- KESUSTERAAN MELAYU DAN KOMSAS

HAMIZOL BIN SAPONG

3.4

Plot

Novel ini dibina mengikut kronologi dari awal hingga akhir.

a) Permulaan Dimulakan dengan kehadiran Pak Tua di Kampung Alor Rambai telah menimbulkan pelbagai prasangka penduduk kampung terhadapnya. Keputusan Pak Tua membeli bukit seluas empat hektar (bukit bintangor) menyebabkan penduduk kampung menganggapnya sebagai tidak waras. Zahiran cuba mendekati Pak Tua yang tinggal di kaki Bukit Bintangor. b) Perkembangan Cikgu Idham mencetuskan idea untuk mengadakan projek sekolah lestari dan berhasrat menyertai pertandingan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar anjuran Jabatan Alam Sekitar dan Kementerian Pelajaran. Zahiran dan rakan-rakannya ditugaskan menangkap burung dan ikan, serta mencari pelbagai jenis pokok bunga. Secara tidak langsung, hal ini membolehkan

Zahiran dan rakan-rakannya mengenali Pak Tua dengan lebih dekat. Mereka mendapati Pak Tua bukanlah seperti yang dianggap oleh orang kampung. c) Puncak Hamzah telah diserang penyakit demam kuning yang boleh membawa maut. Penyakit demam kuning berpunca daripada gigitan nyamuk aedes aegypti. Pak Tua menyarankan Hamzah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Rentetan daripada peristiwa itu, gotong-royong membersihkan kawasan rumah Hamzah dan sekitar kampung dijalankan. d) Peleraian Pak Tua berhasrat untuk membantu Pak Hamid yang menderita penyakit untut akibat gigitan nyamuk culex SP. Pak Tua mencadangkan penubuhan Tabung Pak Hamid untuk tujuan

rawatan. Manakala, Zahiran berjaya mencungkil latar belakang kehidupan Pak Tua. Sebelum meninggal dunia, Pak Tua telah mewakafkan tanahnya di Bukit Bintangor untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan.
HBML4203- KESUSTERAAN MELAYU DAN KOMSAS 7

HAMIZOL BIN SAPONG

3.5 a)

Teknik Plot Dialog

Contoh: Kenapa dengan jip pak cik? Zahiran mengulangi. Tayarnya pancit! ujar Pak Tua sambil mengeluh panjang.

b) Imbas kembali Contoh: Zahiran terkenang akan kisah Pak Tua setiap kali dia memandang Bukit Bintangor. PakTua telah menceritakan kisah kehidupannya kepada Zahiran. c) Suspens Contoh: Pembaca tertanya-tanya apakah yang berlaku apabila kelihatan asap tebal keluar dari pucuk-pucuk hutan di Bukit Bintangor. d) Kejutan Contoh: Zahiran mengetahui latar belakang kehidupan Pak Tua. Dia terkejut apabila mengetahui bahawa Pak Tua ialah saintis yang pernah bertugas di Chicago, Amerika. e) Pemerian Contoh: Bukit yang tersergam megah, menghijau di hujung kampung. Kampung Alor Rambai, Sungai Jeneri, Jeniang itu banyak kisahnya, terselit suka terpalit duka perjuangan seorang tua.

HBML4203- KESUSTERAAN MELAYU DAN KOMSAS

HAMIZOL BIN SAPONG

3.6 3.6.1

Latar Latar Masa

Sekitar tahun 1990-an buktinya kajian mencari ubat penyakit HIV dan adanya pertandingan Sekolah Lestari. Peristiwa berlaku pada waktu pagi, petang dan malam Contoh peristiwa : i) Pagi Zahiran pergi ke Bukit Bintangor untuk berjumpa dan mengenali Pak Tua

dengan lebih rapat. ii) Petang Zahiran pergi ke kedai runcit Pak Long Hamad dan dalam perjalanan dia melihat banyak tumbuhan hijau yang telah dikenalinya. iii) Malam Selepas sembahyang Isyak penduduk kampung telah berbincang tentang cadangan Pak Tua menubuhkan tabung kutipan derma bagi membantu mengubati penyakit Pak Hamid.

3.6.2 Latar Tempat a) Kampung Alor Rambai

Secara keseluruhannya, kebanyakan peristiwa berlaku di Kampung Alor Rambai. b) Bukit Bintangor

Pak Tua telah menanam pokok bintangor yang hanya terdapat di belantara Sarawak. c) Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Rambai

Cikgu Idham memperkenalkan Kempen Amalan Hijau Sekolah.

HBML4203- KESUSTERAAN MELAYU DAN KOMSAS

HAMIZOL BIN SAPONG

d)

Pondok Pak Tua di kaki Bukit Bintangor

Pak Tua hidup bersendirian di pondok kayu di bukit itu. e) Kedai Runcit Pak Long Hamad

Setiap awal bulan, Pak Tua akan ke kedai runcit Pak Long Hamad untuk membeli barang-barang keperluan dapur. f) Rumah Hamzah

Pak Tua dan Zahiran mengunjungi rumah Hamzah untuk melawatnya yang sedang demam. g) Hadapan rumah Zahiran

Pak Tua menengking Zahiran yang sedang menebang pokok cempaka putih di hadapan rumahnya. h) Sungai Jeneri

Sewaktu musim hujan lebat, Sungai Jeneri akan dilimpahi air deras dan berbahaya. 3.6.3 Latar Masyarakat a) Masyarakat kampung yang suka membuat fitnah

Contoh: Seleman, Setopa dan Kasa menyebarkan fitnah bahawa Pak Tua terlibat dalam kegiatan haram memproses dadah untuk diedarkan ke bandar-bandar besar seluruh negara. b) Masyarakat pendidik yang berwawasan

Contoh: Cikgu Idham ialah guru yang berwawasan untuk merealisasikan impian pelajar Modal Insan Berdisiplin dan Sekolah Mesra Alam Lestari. c) Masyarakat pelajar yang rajin dan bertanggungjawab

Contoh: Zahiran, Kadir, Hamzah dan rakan-rakannya yang lain rajin dan bertanggungjawab mencari pokok bunga, ikan dan burung yang diamanahkan kepada mereka.
HBML4203- KESUSTERAAN MELAYU DAN KOMSAS 10

HAMIZOL BIN SAPONG

d)

Masyarakat Saintis yang membuat uji kaji tentang penawar penyakit Profesor Osman Yunus bersama dengan beberapa orang pakar botani membuat

Contoh:

penyelidikan dan berjaya menghasilkan penawar HIV. 3.7 a) Gaya Bahasa Diksi

Penggunaan kata yang mudah difahami. Penggunaan istilah-istilah saintifik. Contoh: atmosfera, biodiversiti, bronchitis, farmakologi, sintesis dan virus. Penggunaan bahasa pinjaman Bahasa Arab. Contoh: madrasah. Penggunaan bahasa Inggeris. Contoh: mosquito. Penggunaan dialek. Contoh: benak (bertempiaran), ceridau (kicauan), jerba (terkam/terpa), mengeluyur (keadaan tidak keruan/merayau-rayau), terkelih (terlihat) dan upar (menggentel tapak tangan). b) Penggunaan Ayat

Penggunaan ayat yang pendek. Contoh: Pagi berkabus. Penggunaan ayat yang panjang. Contoh: Di pinggir bukit yang kaya dengan pokok-pokok pelbagai jenis mengalir Sungai Jeneri, tempat bermain seluang, baung, sempilai, haruan, kenjeng, lais, betuk, bujuk, tapah dan kedak. c) Simile Contoh: seperti penceramah Forum Perdana (m.s: 11), terkenal macam Datuk Azhar Mansur (m.s: 39), Pandai betul kamu buat lawak ye! Macam Senario dalam TV3 (m.s: 41)
HBML4203- KESUSTERAAN MELAYU DAN KOMSAS 11

Pengunaan Bahasa Perbandingan

HAMIZOL BIN SAPONG

d)

Penggunaan imej alam

Contoh: sungai, bukit, pokok, ikan, burung, hutan balak, hutan belantara dan nyamuk. e) Sinkope

Contoh: tak, ni, nak, dah dan tu f) Personifikasi

Contoh: mesra dengan hujan yang menitis, manja dengan belaian angin yang menderu segar, hujan tak bertandang menyuburkan tumbuhan hijau, angin tidak datang mengusap tubuh, sinarnya menjunam di celah-celah daun pokok lalu menimpa tanah, cahaya matahari masih lagi bersembunyi. g) Ungkapan Menarik

Simpulan Bahasa: tersenyum simpul (m.s : 10)

Peribahasa: tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata, ada udang di sebalik batu.

Bahasa puitis: Semua makhluk ada hubungan yang erat dengan cahaya matahari. Mesra dengan hujan yang menitis dari langit dan manja dengan belaian angin yang menderu segar.

3.8

Nilai

a) Nilai kasih sayang antara sesama insan

Pak Tua menunjukkan kasih sayang sejati kepada isterinya, Kamariah sehingga dia sanggup membuat penyelidikan tentang penawar HIV.

b) Nilai tolong-menolong dalam menyelesaikan sesuatu masalah

Zahiran telah menolong Pak Tua menukar tayar keretanya yang pancit.
HBML4203- KESUSTERAAN MELAYU DAN KOMSAS 12

HAMIZOL BIN SAPONG

c) Nilai kecekalan menghadapi halangan dan rintangan

Pak Tua cekal menghadapi dugaan hidup selepas kematian anak dan isterinya.

d) Nilai baik hati

Pak Tua baik hati terhadap keluarga Zahiran dengan membelikan barang-barang keperluan dapur.

e) Nilai bertanggunjawab

Zahiran dan rakan-rakannya bertanggungjawab menangkap burung dan ikan yang diamanahkan kepada mereka.

f) Nilai bekerjasama

Penduduk Kampung Alor Rambai bekerjasama membersihkan kawasan rumah Pak Hamid dan kawasan kampung demi menjaga kebersihan kawasan persekitaran.

Pak Tua dan rakan-rakan saintisnya bekerjasama menjalankan uji kaji untuk mencari penawar HIV.

3.9 Pengajaran

a) Kita hendaklah berkasih sayang antara satu sama lain

Pak Tua menunjukkan kasih sayang sejati kepada isterinya, Kamariah sehingga dia sanggup membuat penyelidikan tentang penawar HIV.

HBML4203- KESUSTERAAN MELAYU DAN KOMSAS

13

HAMIZOL BIN SAPONG

b) Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara

Pak Tua dan rakan-rakan saintisnya bekerjasama menjalankan uji kaji untuk mencari penawar HIV.

c) Kita haruslah menolong orang yang berada dalam kesusahan

Zahiran telah menolong Pak Tua menukar tayar keretanya yang pancit. Penduduk Kampung juga telah membantu Pak Hamid dengan mengadakan kutipan derma bagI mengubati penyakitnya.

d) Kita mestilah cekal apabila menghadapi halangan dan rintangan dalam hidup

Pak Tua cekal menghadapi dugaan hidup selepas kematian anak dan isterinya.

e) Kita perlu bersikap baik hati terhadap orang lain

Pak Tua baik hati terhadap keluarga Zahiran dengan membelikan barang-barang keperluan dapur.

f) Kita hendaklah bertanggunjawab terhadap amanah yang diberikan

Zahiran dan rakan-rakannya bertanggungjawab menangkap burung dan ikan yang diamanahkan kepada mereka.

g) Kita mestilah menjaga kebersihan kawasan persekitaran pada setiap masa

Penduduk Kampung Alor Rambai bekerjasama membersihkan kawasan rumah Pak Hamid dan kawasan kampung demi menjaga kebersihan kawasan persekitaran.

HBML4203- KESUSTERAAN MELAYU DAN KOMSAS

14

HAMIZOL BIN SAPONG

4.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, sebagai kesimpulan novel ini mengisahkan mengenai Pak Tua dan Bukit Bintangor yang terletak di hujung Kampung Alor Rambai, Sungai Jeneri, Jeniang. Menarik minat Zaharin kerana misteri dan keanehan perangai Pak Tua dan dianggap sudah nyanyuk. Pak Tua melarang penduduk kampung termasuk Zaharin, Lebai Jusoh menebang pokok di sekitar rumah dan kampungnya kerana mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Bagaimanapun kehadiran Cikgu Idham mengubah suasana di kampung itu. Misinya melaksanakan Kempen Amalan Bumi Hijau di sSekolah hingga memenangi hadiah Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar anjuran JAS dan KPM. Konflik mula tercetus apabila abang Seleman menyebar cerita dan dakwaan mengenai Pak Tua yang dikatakan menjalankan kegiatan haram di Bukit Bintangor. Bagaimanapun Zahiran berjaya menerangkan tujuannya dan rakanrakan datang memikat burung di bukit itu kepada Pak Tua. Sejak itu, Zahiran kerap bertemu dengan Pak Tua di bukit itu dan berbincang mengenai tumbuh-tumbuhan hijau. Sebaliknya, perbuatan Zahiran tidak disenangi oleh abang Seleman, Setopa dan Kasa. Konflik tercetus lagi apabila Hamzah demam selepas balik daripada Bukti Bintangor. Orang kampung menuduh Pak Tua mengenakan ilmu hitam kepada Hamzah.Pak Tua menjelaskan kepada Zaharin bahawa Hamzah mengidap demam kuning dan bapanya berpenyakit untut kerana persekitaran rumah mereka menjadi tempat pembiakan nyamuk.Konflik menjadi semakin rumit apabila Pak Hamid enggan menghantar Hamzah ke hospital kerana percaya kepada air penawar Lebai Deraman. Bagaimanapun Pak Tua berjaya memujuknya dan menghantar Hamzah ke hospital. Penyakit demam kuning merebak dan menjangkiti beberapa murid SMK Alor Rambai. Cikgu Idham, Pak Tua dan Lebai Jusoh menggerakkan gotong royong bersama penduduk membersihkan kawasan sekitar tempat pembikan nyamuk selain mengadakan kutipan derma untuk membantu Pak Hamid.

HBML4203- KESUSTERAAN MELAYU DAN KOMSAS

15

HAMIZOL BIN SAPONG

HBML4203- KESUSTERAAN MELAYU DAN KOMSAS

16

You might also like