You are on page 1of 18

TAJUK: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS AYAT TUNGGAL MENGGUNAKAN RAJAH TETINGKAP DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3

NAMA PENYELIDIK: ISMAIL BIN YUSOP mel_501@yahoo.com / ismailyusop70@gmail.com

Bab 1 : Latar belakang kajian 1.0 Pengenalan 1.1 Latar belakang masalah kajian Antara kemahiran yang penting di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ialah kemahiran menulis. Kemahiran menulis menjadi kemahiran yang wajib dikuasai kerana kebanyakan ujian pencapaian murid dilakukan melalui ujian bertulis. Di dalam kemahiran menulis terdapat beberapa aspek yang perlu dikuasai seperti aspek tatabahasa, kosa kata dan struktur ayat. Ayat tunggal dan ayat majmuk merupakan inti dalam penulisan ayat dalam bahasa Melayu. Bagi sesetengah murid sekolah rendah terutamanya bagi murid tahap 1, penguasaan ayat dalam membina ayat tunggal masih berada di tahap yang kurang memuaskan. Murid-murid kebanyakannya dilihat mempunyai masalah dalam membina ayat tunggal terutamanya dalam menulis ayat yang dapat memberi maksud yang tepat dan mempunyai makna. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid tahun 3 iaitu menulis ayat tunggal. Ayat tunggal adalah ayat yang hanya mempunyai sekurang-kurangnya 1 subjek dan 1 predikat dan tidak mempunyai sebarang kata hubung. Menulis ayat tunggal adalah tapak dan asas bagi kemahiran menulis yang sangat perlu untuk dikuasai oleh murid sekolah rendah. Rasional kajian ini dijalankan adalah untuk membantu murid-murid sekolah rendah amnya dan murid tahun 3 khususnya untuk menulis ayat tunggal dengan betul. Selain itu, kajian ini dapat membantu murid untuk meningkatkan keyakinan diri supaya murid-murid yang lemah tidak berasa tercicir dan berputus asa untuk dibantu. Tambahan pula, secara tidak langsung kajian ini dapat meningkatkan nilai suka berusaha dalam diri murid dan sentiasa fokus di dalam bilik darjah. Kajian ini juga dapat menjadi wadah kepada guru untuk terus mengamalkan sikap prihatin, berusaha untuk memperbaiki kaedah pengajaran dan bersungguh-sungguh untuk menyampaikan ilmu yang berkesan kepada anak didik dan bertepatan dengan amalan profesionalisme guru.

1.2 Pernyataan masalah Pada semester ini saya perlu menjalani praktikum selama 3 bulan di sekolah yang telah saya pilih. Apabila sesi praktikum bermula, saya telah ditugaskan untuk mengajar bahasa Melayu Tahun 3. Saya menerima tugas ini dengan hati yang terbuka dan bersiap sedia untuk turut melaksanakan kajian tindakan yang perlu saya siapkan pada semester akan datang. Matlamat Kurikulum bahasa Melayu adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial dan urusan harian. Matlamat ini dapat dicapai apabila pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pula banyak bergantung kepada kebolehan guru menggunakan kemahiran mengajar yang efektif untuk memudahkan aktiviti pembelajaran murid. Saya telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut panduan Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Rancangan Pengajaran Tahunan yang telah ditetapkan. Dalam dokumen-dokumen tersebut terdapat beberapa kemahiran yang perlu diajarkan sesuai mengikut tema yang telah dinyatakan. Murid-murid saya tidak mempunyai sebarang masalah yang ketara apabila saya melaksanakan pengajaran berteraskan kemahiran lisan dan kemahiran membaca kerana mereka boleh dikategorikan sebagai murid-murid yang baik dan cemerlang dalam menguasai isi pelajaran. Namun begitu, murid kelas ini sukar untuk membina ayat dengan betul. Lebih-lebih lagi jika membina ayat berdasarkan bahan grafik. Kebanyakan dari mereka sukar untuk mendapat idea dan tidak dapat meletakkan kata kerja yang betul pada pelakuan pelaku dalam bahan grafik yang diberikan. Ada juga murid yang menulis kata kerja yang langsung tidak bertepatan dengan pelakuan di dalam bahan grafik yang diberikan sebagai rangsangan. Semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung, saya cuba merangsang murid-murid untuk menulis ayat dengan betul melalui perbincangan bersama murid. Beberapa orang murid kelihatan tidak memberi respon dan ada yang mengangkat tangan bertanya kepada saya jawapan kerana mereka tidak mengetahui jawapan yang sebenar. Selain itu, apabila saya memberikan latihan menulis ayat, kebanyakan dari mereka mula kelihatan seperti hilang minat dan sedikit kebosanan.

Masalah ini tidak berhenti setakat ini sahaja. Keadaan menjadi lebih membimbangkan apabila saya mula memeriksa latihan yang telah saya berikan kepada murid-murid. Ayat yang telah ditulis kebanyakannya mempunyai kesalahan dari segi kosa kata dan beberapa kesalahan tatabahasa. Saya sedikit kecewa kerana murid-murid saya ini sangat bijak tetapi telah membuat kesalahan yang boleh menjejaskan prestasi mereka dalam matapelajaran bahasa Melayu. Apabila saya menanyakan kepada murid-murid apakah sebenarnya yang bermain di dalam minda mereka sehingga mereka melakukan kesalahan sedemikian, kebanyakan mereka hanya terdiam dan beberapa dari mereka menyatakan mereka tidak tahu apakah perkataan sebenar yang perlu digunakan. Saya menerangkan kepada mereka kesalahan sedemikian perlu dielakkan kerana kesalahan tersebut akan menyebabkan ayat yang ditulis serta merta akan menjadi salah. Setelah temubual dan perbincangan yang saya jalankan dengan guru bahasa Melayu kelas tersebut, sememangnya guru bahasa Melayu kelas 3 Cempaka ini mengakui bahawa beberapa orang murid kelas ini agak lemah dalam kemahiran menulis ayat. Beliau menambah, selain dari menulis ayat lain-lain kemahiran dapat dikuasai oleh murid ini dengan tahap yang membanggakan. Selain itu, beliau juga ada mengatakan bahawa murid-murid kelas ini sering menjalani latih tubi bagi meningkatkan kemahiran menulis ayat. Namun begitu, peningkatan yang berlaku melalui latih tubi yang dijalankan sangat perlahan dan kurang memberansangkan. Atas kesedaran terhadap masalah ini, saya bercadang untuk menjalankan kajian terhadap kemahiran menulis ayat yang telah dihadapi oleh murid-murid kelas 3 Cempaka bagi mengatasi masalah yang paling ketara dihadapi oleh murid-murid kelas ini. Terlebih dahulu saya perlu menyiapkan kertas cadangan untuk kajian ini dan perlu membuat bacaan dan analisis mengenai kajian yang ingin saya lakukan bagi memudahkan kajian yang bakal dijalankan. 1.3 Kerangka konsep Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menitik beratkan pekembangan individu secara menyeluruh dan seimbang mencakupi aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial, semua guru perlu bertanggungjawab dan berusaha keras untuk melaksanakan hasrat murni yang telah diketengahkan dalam sistem pendidikan negara kita ini. Usaha ini tidak lain dan tidak bukan adalah bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Konsep pendidikan untuk semua juga adalah tunjang murni yang menjadi amalan dan pegangan bagi para pendukung lapangan ilmu. Semua guru perlu memberi layanan yang baik dan adil kepada semua murid mereka tanpa mengira latar belakang, kebolehan, kaum dan agama. Justeru itu, kajian saya dilaksanakan bagi memastikan murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik tidak ketinggalan dan tidak diabaikan. Inovasi yang terancang adalah medium yang baik untuk diguna pakai bagi mengatasi masalah keciciran dan lemah penguasaan dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Ubah suai atau penambahbaikan semasa pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan bahan yang lebih kreatif dan kaedah yang lebih tepat dilihat dapat membantu penguasaan murid. Ini dibuktikan oleh pendapat Cambell (1981) yang menyatakan bahawa gambar adalah bahan ransangan penting yang digunakan untuk mengajar ketika di sekolah. Gambar bukan sahaja dapat menarik perhatian kanak-kanak malah dapat menyampaikan sesuatu konsep dengan tepat dan jelas serta mengubah dari pemikiran konkrit kepada abstrak. Dalam usaha untuk memastikan semua murid saya dapat menguasai kemahiran menulis yang menjadi elemen penting dalam bahasa Melayu, saya telah menggunakan beberapa kaedah yang dapat membantu murid-murid. Antaranya penggunaan kepelbagaian bahan dan teknik untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih difahami dan menarik. Ini sejajar dengan pegangan nilai yang menjadi panduan saya bahawa semua murid harus menguasai pembelajaran dan tidak boleh diketepikan atau dibiarkan ketinggalan. Rasional saya mengamalkan nilai ini kerana dalam mengejar arus kemodenan yang semakin laju mengalir dalam kehidupan kita, keciciran pembelajaran adalah wabak yang dapat menjadi pembunuh senyap kepada sesuatu pembangunan negara bangsa. Di dalam persidangan anggota parlimen di Dewan Rakyat pada bulan November tahun 2006, ahli parlimen Tebrau iaitu Teng Boon Soon mendedahkan bahawa kadar keciciran pelajar dari setahun ke setahun meningkat kepada 37% dan kini berada pada situasi amat membimbangkan.

Selain itu, sistem pendidikan di negara hari ini sebenarnya terlalu mementingkan aspek peperiksaan dan belajar secara menghafal dengan mengabaikan pemikiran kreatif di samping mengenepikan aspek kebudayaan akhirnya telah mengakibatkan masalah kelesuan yang teruk dalam sistem pendidikan negara. Pelajar dimomokkan dengan igauan kecemerlangan dalam peperiksaan tanpa menghiraukan dan menggunakan sepenuhnya potensi sebenar yang ada pada diri seseorang pelajar. Hal ini berbeza sekali dengan kaedah pendidikan di luar negara terutama di negara maju yang sangat menekankan kepada pembudayaan aplikasi seharian dan penonjolan terhadap potensi diri terhadap sesuatu bidang. Justeru saya tidak boleh memandang remeh isu sebegini dan terus menerus mengamalkan sikap tradisional segelintir guru yang hanya memberikan perhatian kepada sesetengah pelajar yang pintar lalu mengabaikan beberapa pelajar yang lambat untuk menguasai sesuatu kemahiran. Akibatnya sangat besar dan boleh mengakibatkan angka rakyat Malaysia yang boleh menguasai kemahiran asas berbahasa semakin menurun. Bermula dari satu masalah yang dipandang remeh lalu akan kian merebak dan akhirnya persekolahan akan dianggap bukanlah jawapan yang tepat bagi mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas berbahasa dalam kalangan rakyat Malaysia. Saya berasa bertanggungjawab untuk memperbaiki kelemahan ini. Murid sepatutnya didedahkan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan. Saya percaya bahawa murid dalam kelas ini bukanlah berada pada tahap yang sangat lemah sehinggakan mereka tidak dapat menjawab soalan yang diberikan. Sekiranya teknik dan kaedah pengajaran yang sesuai digunakan, sudah pasti masalah ini dapat diatasi dengan baik. Saya percaya, setiap murid berpotensi dan guru mesti melakukan apa sahaja untuk memastikan murid mengalami proses pembelajaran. Oleh itu, guru perlu membuat perancangan persiapan pengajaran yang menepati masalah pembelajaran murid.

1.4 Objektif kajian Isu yang menjadi sebab utama kajian ini dijalankan adalah murid tidak dapat membina ayat tungal berdasarkan situasi yang terdapat di dalam bahan ransangan. Selalunya murid tidak dapat menulis kata kerja yang sesuai berdasarkan gambar atau bahan ransangan yang telah saya berikan. Murid seperti tidak ada panduan untuk menulis ayat walaupun ayat yang perlu ditulis

hanyalah ayat tunggal. Beberapa orang murid di dalam kelas ini telah dikenal pasti mengalami masalah yang serius dalam menulis ayat tunggal yang betul. Sekiranya menulis ayat tunggal tidak dapat dikuasai dengan baik oleh murid pada tahun 3, besar kemungkinan murid tersebut akan bertambah sukar untuk membina ayat majmuk selanjutnya akan memberikan masalah kepada murid dalam peperiksaan yang akan dihadapi kelak terutamanya pada bahagian menulis karangan. Saya memandang isu ini sebagai satu masalah yang serius kerana jika tidak diatasi dengan segera, murid akan membentuk satu pemikiran negatif di dalam minda mereka bahawa bahasa Melayu adalah satu matapelajaran yang susah dan menyusahkan berbanding dengan hakikat sebenar. Isu ini juga akan menyebabkan masalah yang berlanjutan seterusnya akan melemahkan murid dalam penguasaan kemahiran menulis dalam matapelajaran bahasa Melayu. Saya mengenal pasti gejala ini apabila saya menanda buku latihan murid-murid kelas ini. Saya juga ada membuat beberapa soal selidik untuk mendapatkan kesahan mengenai isu kajian ini. Kaji selidik ini saya lakukan terhadap guru bahasa Melayu kelas 3 Cempaka yang sedikit sebanyak dapat menyokong isu yang ingin dikaji dalam kajian ini. Maklumat sampingan turut saya perolehi melalui data anekdot iaitu pemerhatian saya terhadap murid yang selalu termenung dan berfikir terlalu lama untuk menulis ayat tunggal. Selain itu, terdapat beberapa orang murid yang meniru antara satu sama lain. Hal ini jelas menunjukkan bahawa mereka tidak tahu menulis ayat tunggal yang betul.

Menurut teori pemerolehan bahasa behaviorisme, bahasa dapat dikuasai melalui proses pengulangan. Hal ini kerana, tidak semua murid mempunyai tahap yang sama di dalam proses mengingati sesuatu pembelajaran yang diajarkan kepada mereka. Walau bagaimanapun, bahasa tidak terhasil melalui bentukan biasaan semata-mata, ia haruslah melibatkan aktiviti mental. Menurut Chomsky (1959), setiap pelajar mempunyai kebolehan mental untuk mengelola, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pembelajaran lanjutan atau untuk menyelesaikan masalah. Oleh itu, guru mempunyai peranan yang signifikan bagi memastikan setiap murid dapat mengembangkan kemampuan intelektualnya untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Antara faktor terjadinya isu ini ialah kerana murid-murid kurang membaca dan tidak mempunyai idea untuk menulis ayat. Mereka juga seperti tidak ada panduan untuk menulis

dengan tepat ayat tunggal. Mereka tidak tahu apakah isi-isi yang perlu ada untuk menjadikan ayat tunggal yang ditulis mempunyai makna yang tepat. Selain itu, murid-murid kelas ini juga tidak mengetahui kosa kata yang tepat untuk menggambarkan perilaku yang terdapat di dalam bahan ransangan untuk menulis ayat.

1.5 Soalan kajian 1.6 Kepentingan kajian 1.7 Batasan kajian 1.8 Terminologi 1.9 Kesimpilan

Bab 2 : TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Khalid Johari (2003) menyatakan tujuan untuk membuat tinjauan literatur ialah untuk melihat perkaitan antara kajian terdahulu dengan masalah yang dikaji. Menurut Chua Yan Piaw (2011) tujuan utama kajian literatur ialah untuk meletakkan kajian yang akan dijalankan pada perspektif saintifik. Ia meletakkan kajian pengkaji ke dalam lautan pengetahuan, ia membantu pengkaji untuk menghubung-kaitkan kajiannya dengan badan pengetahuan (body of knowledge).

2.2 Kajian-Kajian Literatur Terlebih dahulu marilah kita meninjau pendapat beberapa tokoh mengenai kemahiran menulis memandangkan kajian ini berkisar mengenai kemahiran menulis yang tidak dapat dikuasai dengan baik oleh beberapa orang murid tahun 3 Cempaka. Menurut Ishak Harun (1979) kemahiran menulis adalah mustahak dalam kegiatan pendidikan formal kerana kebanyakan jawapan dalam ujian dan peperiksaan adalah memerlukan idea, fakta, pendapat dan lain-lain yang disampaikan melalui kemahiran bahasa tulisan. Pendapat di atas disokong oleh Kamaruddin Hussin (1986) yang merujuk kepada Awang Mohsin (1983) yang berpendapat tujuan pengajaran penulisan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah ialah untuk memberi kemahiran bertutur supaya kemahiran bertutur itu dapat ditukar menjadi kemahiran menulis melalui latihan penulisan. Sementara itu di peringkat sekolah menengah pula tujuan pengajaran penulisan ialah untuk memberi kemahiran menggunakan bahasa penulisan yang bersesuaian yang membolehkan mereka melahirkan buah fikiran, pengalaman dan imaginasi melalui penggunaan bahasa yang diperolehi dari sekolah rendah lagi. Penguasaan penulisan sebenarnya juga dipengaruhi oeleh cara mereka berfikir (Mohd Nashuha Jamidin, 1995) Berhubung dengan penulisan Breal (1910) mahu penulisan dimulakan terus dengan pengenalan pada ayat yang lengkap dan tidak dengan tatabahasanya dahulu. Ini agak sesuai dengan pendapat aliran Struktural yang dibawa oleh Teori Bloomfield dan Skinner. Richards(1955) pula menyatakan bahawa penggunaan perkataan perlu dikaitkan dengan cara

meletakkan ayat mengikut situasi. Sedangkan Miller (1951) pula menyatakan bahawa corak yang terjalin dalam ayat ini menentukan fahaman pada ertinya. Pendapat-pendapat ini adalah antara bukti kukuh yang menyatakan kemahiran menulis bukanlah satu aspek yang boleh dipandang ringan oleh warga pendidikan. Persepesi bahawa kemahiran menulis boleh ditambah baik dengan sendiri oleh murid-murid haruslah dikikis dengan segera demi memastikan kemahiran yang penting ini dapat dikuasai dengan baik oleh semua murid.

Setelah itu, kita perlu mengetahui apakah rasionalnya penggunaan bahan yang sesuai dan kaedah yang betul dalam proses membantu murid untuk meningkatkan kemahiran menulis ayat. Menurut Heidi Dulay, Marina Burt dan Stephen Krashen, strategi belajar mestilah mencakupi penyederhanaan (simplification) untuk memudahkan pembelajaran, dan pengajaran secara latih tubi dan menghafal (drills and rote memorization) supaya satu pendekatan memproses informasi (information-prosessing approach) ke arah pembelajaran terbentuk dalam diri kanak-kanak. Dalam satu kajian tindakan, Harnani Jaafar (2010) telah menggunakan jadual untuk meningkatkan kemahiran menulis ayat majmuk berdasarkan gambar. Ini adalah salah satu contoh yang menunjukkan terdapat kajian terdahulu yang menggunakan intervensi grafik sebagai bahan atau kaedah yang dapat menyelesaikan masalah kemahiran menulis bagi murid sekolah rendah. Manakala menurut Kamaruddin Hj Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1995), permainan bahasa ialah sejenis aktiviti yang menarik dan memikat. Aktiviti yang dirancang akan dapat meninggalkan kesan yang mendalam kepada murid. Ini menunjukkan kepelbagaian penggunaan bahan dapat meningkatkan lagi kefahaman murid tentang pengajaran yang disampaikan. Kajian secara intensif tentang penggunaan grafik dalam pembelajaran berlaku antara tahun 1960-an dan 1980-an. Menurut Paivio, maklumat berbentuk grafik dan teks mempunyai kelebihan berbanding hanya maklumat perkataan apabila dikod dalam memori kerana maklumat grafik lebih mudah untuk diingat kembali daripada maklumat perkataan. Kewujudan kedua-dua kod (iaitu grafik dan perkataan) meningkatkan kemungkinan mengingat kembali kerana jika salah satu kod hilang dari memori tetapi satu kod lagi masih ada. Ingatan juga akan meningkat apabila grafik dipersembahkan dan digabungkan dengan teks. Selain itu, maklumat dapat disimpan lebih lama dalam bentuk imej atau grafik daripada maklumat berbentuk perkataan.

2.3 Kajian-Kajian Literatur Berkaitan Dalam melaksanakan kajian tindakan ini saya perlu merancang langkah-langkah tindakan yang perlu dilaksanakan untuk mencapai objektif kajian ini. Justeru saya menggunakan Model Penyelidikan Tindakan (Model Lewin, 1946 dan Laidlaw, 1992). Pelaksanaan kajian menerusi model ini lebih bersesuaian dengan jenis kajian yang akan dikaji. Model ini mengandungi lima peringkat tindakan yang akan dijalankan oleh guru, peringkat tersebut seperti berikut:

Merujuk kepada Model Lewin dan Laidlaw ini, peringkat pertama bagi melaksanakan kajian tindakan guru perlu mengenal pasti aspek amalan murid. Pada peringkat ini, data-data akan dikumpulkan untuk mengenal pasti aspek amalan yang ingin dibuat penambahbaikan. Seterusnya, guru harus merancang tindakan yang akan diambil bagi mengatasi masalah yang dikenal pasti. Oleh itu, guru haruslah membuat tinjauan awal melalui pengumpulan data atau maklumat secara tepat pada peringkat permulaan bagi membolehkan guru mengenal pasti punca sebenar berlakunya masalah tersebut. Pengumpulan data ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti melalui ujian, soal selidik, pemerhatian dan analisis dokumen. Setelah mengenal pasti punca masalah yang dihadapi oleh murid, guru perlu merancang pelan tindakan bagi menambah baik amalan. Perancangan tindakan ini memerlukan daya kreativiti guru digunakan sepenuhnya. Antara tindakan yang boleh dilakukan ialah mencari kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk diguna pakai bagi menangani masalah tersebut. Dalam peringkat ini saya merancang untuk menggunakan Rajah Tetingkap sebagai bahan bantu untuk meningkatkan penguasaan kemahiran menulis murid. Kemudian peringkat yang seterusnya ialah peringkat melaksanakan tindakan. Setelah merancang tindakan yang akan dijalankan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, maka saya perlu untuk melaksanakan tindakan berkenaan mengikut perancangan. Semasa malaksanakan tindakan, guru perlu membuat pemerhatian, memberi ujian, mengadakan temu bual dan melakukan analisis dokumen berkaitan untuk menentukan keberkesanan pelaksanaan tindakan. Dalam masa yang sama, guru juga perlu membuat refleksi terhadap tindakan intervensi yang dijalankan. Berikut merupakan langkah-langkah pelaksanaan yang akan dijalankan.

2.4 Teori / model Kajian

Rajah 1 : Adaptasi Model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992)

Kitaran kedua

Mengenal pasti aspek amalan

Refleksi

Merancang

Melihat kesan tindakan

Tindakan/implementasi

Merujuk kepada Model Lewin dan Laidlaw ini, peringkat pertama bagi melaksanakan kajian tindakan guru perlu mengenal pasti aspek amalan murid. Pada peringkat ini, data-data akan dikumpulkan untuk mengenal pasti aspek amalan yang ingin dibuat penambahbaikan. Seterusnya, guru harus merancang tindakan yang akan diambil bagi mengatasi masalah yang dikenal pasti. Oleh itu, guru haruslah membuat tinjauan awal melalui pengumpulan data atau maklumat secara tepat pada peringkat permulaan bagi membolehkan guru mengenal pasti punca

sebenar berlakunya masalah tersebut. Pengumpulan data ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti melalui ujian, soal selidik, pemerhatian dan analisis dokumen. 4. Mengumpul data Seterusnya, peringkat mengumpul data akan dilakukan selepas melaksanakan tindakan. Dalam kajian ini alat mengumpul data yang digunakan ialah pemerhatian, temu bual dan ujian selepas intervensi. Kaedah pemerhatian dilakukan untuk memastikan komunikasi berlaku antara guru dengan murid serta murid dengan murid. Malah pemerhatian juga bertujuan untuk melihat reaksi murid ketika sesi pengajaran dijalankan sama ada murid seronok, faham dengan pengajaran guru dan sebagainya. Temu bual pula bertujuan untuk mengetahui dengan lebih mendalam tahap penguasaan murid terhadap kemahiran menulis ayat tunggal menggunakan Rajah Tetingkap. Pengumpulan data yang terakhir ialah ujian selepas intervensi. Ujian ini dilakukan untuk mendapatkan tahap penguasaan murid dalam menulis ayat tunggal selepas intervensi berperingkat dijalankan.

2.5 Kesimpulan Secara rumusannya, kemahiran menulis merupakan kemahiran yang penting dan perlu untuk dikuasai oleh murid-murid berdasarkan pendapat-pendapat tokoh yang telah dikemukakan di atas. Dalam mencari penyelesaian bagi isu kemahiran menulis ayat tunggal yang tidak dapat dikuasai dengan baik oleh segelintir murid-murid tahun 3 Cempaka, saya telah memilih untuk menggunakan Rajah Tetingkap iaitu satu bahan seperti jadual yang dapat memandu murid untuk menulis ayat dengan betul. Rasional pemilihan bahan ini berdasarkan hujah-hujah dan pendapatpendapat yang telah saya kemukakan di atas berkaitan penggunaan bahan yang baik akan membantu murid untuk meningkatkan penguasaan kemahiran yang kurang dikuasai murid-murid sebelum ini.

Bab 3 : Metodologi Kajian 3.1 Pengenalan 3.2 Lokasi Kajian Pada semester ini saya perlu menjalani menjalankan kajian berkaitan tajuk penulisan.Iaitu membina ayat tunggal di sekolah tempat saya mengajar iaitu SK Wangsa Jaya,Kuala Lumpur.. Saya telah bertugaskan untuk mengajar bahasa Melayu Tahun 3. Saya menerima tugas ini dengan hati yang terbuka dan bersiap sedia untuk turut melaksanakan kajian tindakan yang perlu saya siapkan pada semester akan datang. 3.3 Reka bentu kajian Langkah-langkah intervensi:

Langkah Intervensi 1 1. Guru memberikan lembaran kerja Rajah Tetingkap kepada murid. 2. Rajah Tetingkap tersebut mempunyai beberapa pilihan jawapan. 3. Murid hanya perlu memilih jawapan yang betul dan menulis semula jawapan tersebut dalam bentuk ayat dalam buku latihan. Contoh : Siapa Buat apa Di mana di tepi sungai / di tepi laut

Ali / Ahmad memancing / menjala

Langkah Intervensi 2 1. Guru memberikan lembaran kerja Rajah Tetingkap kepada murid. 2. Kali ini Rajah Tetingkap tersebut tidak lagi mempunyai pilihan jawapan. 3. Murid dikehendaki mengisi sendiri Rajah Tetingkap yang telah diberikan kepada mereka

Contoh : Siapa Buat apa Di mana

Langkah Intervensi 3

1. Murid diminta untuk menulis sendiri ayat tunggal tanpa menggunakan Rajah Tetingkap. Contoh : 1. Ahmad memancing di tepi sungai 2. Ali berjalan ke sekolah 3. Abu membeli ikan di pasar 4. Ramesh mengangkat kotak di halaman rumah 5. Ah Seng menyapu sampah di dalam kelas.

3.4 Populasi dan sampel Tugasan kali ini melibatkan kelas Tahuun 3 Cempaka sekolah SK Wangsa Jaya yang mana murid terdiri seramai 39 orang yang terdiri daripada 16 Lelaki dan 23 Perempuan. Sampel bagi kajian ini melibatkan 3 orang murid dari kelas 3 Cempaka. Ketiga-tiga mereka berbangsa melayu. Seorang dari mereka adalah murid perempuan manakala 2 orang lagi adalah

murid lelaki. Pencapaian am murid-murid ini di dalam matapelajaran bahasa Melayu berada di tahap yang sederhana jika dibandingkan dengan rakan-rakan sekelas mereka yang lain. Ini dapat dibuktikan melalui markah yang diperoleh dari Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang dijalankan baru-baru ini. Bagi kemahiran menulis ayat pula, ketiga-tiga murid ini sangat lemah dalam menulis ayat. Berdasarkan pemerhatian saya, mereka tidak dapat menulis kata kerja yang betul dan seringkali tidak mempunyai idea dan panduan untuk menulis ayat walaupun ayat yang perlu ditulis hanyalah ayat tunggal. Mereka bertiga juga mendapat markah yang paling rendah dalam ujian awal yang telah saya jalankan. Guru bahasa Melayu kelas ini turut menamakan mereka sebagai murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik. Justeru, mereka bertiga telah dipilih untuk menjadi kumpulan sasaran bagi kajian tindakan saya ini.

3.5 Instrumen Kajian 3.6 Kajian Rintis 3.7 Prosedur Kajian 1. Mengenal pasti aspek amalan Merujuk kepada Model Lewin dan Laidlaw ini, peringkat pertama bagi melaksanakan kajian tindakan guru perlu mengenal pasti aspek amalan murid. Pada peringkat ini, data-data akan dikumpulkan untuk mengenal pasti aspek amalan yang ingin dibuat penambahbaikan. Seterusnya, guru harus merancang tindakan yang akan diambil bagi mengatasi masalah yang dikenal pasti. Oleh itu, guru haruslah membuat tinjauan awal melalui pengumpulan data atau maklumat secara tepat pada peringkat permulaan bagi membolehkan guru mengenal pasti punca sebenar berlakunya masalah tersebut. Pengumpulan data ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti melalui ujian, soal selidik, pemerhatian dan analisis dokumen. 2. Merancang pelan tindakan Setelah mengenal pasti punca masalah yang dihadapi oleh murid, guru perlu merancang pelan tindakan bagi menambah baik amalan. Perancangan tindakan ini memerlukan daya

kreativiti guru digunakan sepenuhnya. Antara tindakan yang boleh dilakukan ialah mencari kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk diguna pakai bagi menangani masalah tersebut. Dalam peringkat ini saya merancang untuk menggunakan Rajah Tetingkap sebagai bahan bantu untuk meningkatkan penguasaan kemahiran menulis murid. 3. Peringkat melaksanakan tindakan Kemudian peringkat yang seterusnya ialah peringkat melaksanakan tindakan. Setelah merancang tindakan yang akan dijalankan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, maka saya perlu untuk melaksanakan tindakan berkenaan mengikut perancangan. Semasa malaksanakan tindakan, guru perlu membuat pemerhatian, memberi ujian, mengadakan temu bual dan melakukan analisis dokumen berkaitan untuk menentukan keberkesanan pelaksanaan tindakan. Dalam masa yang sama, guru juga perlu membuat refleksi terhadap tindakan intervensi yang dijalankan. Berikut merupakan langkah-langkah pelaksanaan yang akan dijalankan.

3.8 Pengumpulan dan Analisis Data 3.9 Kesimpulan

You might also like