You are on page 1of 4

Nama : Pemahaman Petikan

Kelas :

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Membaca dapat dilakukan di mana-mana sahaja mengikut kesesuaian. Namun begitu, bagi pelajar, tempat yang senyap amat sesuai untuk membaca bahan yang berkaitan dengan pelajaran. Kini, banyak bahan bacaan yang terdapat di pasaran. Antaranya, temasuklah majalan, buku, surat khabar. Kita akan memperoleh banyak manfaat menerusi pembacaan. Dengan membaca, kita dapat menambahkan pengetahuan. Pengetahuan yang kita peroleh pula meliputi pelbagai bidang seperti bidang bahasa, sejarah, agama, sains dan sebagainya. Tambahan pula, pengetahuan tersebut dapat kita gunakan dalam pembelajaran di dalam kelas. Kita juga dapat menggunakan masa dengan sebaik mungkin melalui aktiviti pembacaan. Jika masa yang terluang tidak dimanfaatkan untuk membaca, berkemungkinan masa itu digunakan untuk berpeleseran atau disia-siakan. Hal ini akan menyebabkan kita terjebak dalam kegiatan yang tidak sihat. Selain itu, kita juga akan terhibur menerusi aktiviti pembacaan. Katakanlah kita membaca sebuah buku cerita, jalan cerita yang disampaikan itu dapat menimbulkan keseronokkan dalam jiwa kita. Dengan membaca, kita akan menemui kosa kata baharu. Kita dapat mencari makna kosa kata itu dengan merujuki kamus atau bertanya kepada guru. Berdasarkan keterangan yang diberi, jelaslah bahawa banyak faedah yang kita peroleh daripada membaca. Oleh itu, manfaatkanlah masa dengan aktiviti membaca kerana membaca itu jambatan ilmu.
Diubahsuai daripada Suria Mahmud diadaptasi dari Praktis Topikal A+ Bahasa Malaysia Tahun 5

1. Apakah faedah yang diperoleh melalui aktiviti membaca? A. Menjimatkan wang dan perbelanjaan seharian. B. Memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berguna. C. Bercampur gaul dengan rakan yang tidak minat membaca. D. Menyihatkan tubuh badan kita dan mengelakkan penyakit. 2. Di manakah tempat yang paling sesuai untuk membaca? A. Pondok lama B. Perhentian bas C. Rumah kosong D. Tanah perkuburan 3. Apakah cara yang dicadangkan untuk mencari makna kosa kata? A. Merujuki kamus

B. Bertanya kepada ayah C. Menggunakan computer D. Berbincang bersama-sama rakan. 4. Rngkai kata membaca jambatan ilmu bermaksud A. kita perlu ada ilmu jika ingin membina jambatan B. untuk menambahkan ilmu perlulah membaca di jambatan C. orang yang tidak membaca tidak akan dapat memperoleh ilmu D. membaca diumpamakan sebagai salah satu cara untuk mendapatkan ilmu 5. Tajuk yang mungkin sekali sesuai bagi petikan tersebut ialah A. Cara-cara Membaca B. Faedah-faedah Membaca C. Teknik Membaca yang Betul D. Membaca dan Pengurusan Masa

Nama : Kelas : Pemahaman Petikan Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan soalan yang berikutnya. Yang saya hormati Ahli Jawatankuasa Keselamatan Kampung (AJKKK) Dusun Tengah, Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsan Dusun Tengah, dan penduduk kampung sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Hadirin yang saya kasihi, Sebagai ketua kampung, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi hadir dan memberikan sambutan yang sangat baik untuk Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kampung Dusun Tengah. Kempen sebegini merupakan usaha berterusan atas kerjasama dan komitmen AJKKK bagi menjayakan wawasan kampung kita. Wawasan tersebut adalah menjadikan jalan raya di kampung kita paling selamat dengan sikap penggunanya yang berhemah, bersopan dan bertimbang rasa. Berdasarkan laporan, dalam tempoh 15 hari musim perayaan utama, kadar kemalangan bertambah dengan mendadak pada setiap tahun. Peratusan kadar kemalangan maut turut bertambah. Oleh sebab itu, penekanan yang lebih tentang keselamatan di jalan raya perlu diberikan. Berdasarkan kajian AJKKK pula, ada beberapa kesalahan jalan ray yang sering dilakukan oleh penduduk kampung ini. Antaranya termasuklah tidak memakai topi keledar, tidak mempunyai lessen memandu, cukai jalan sudah tamat tempoh, tidak menghidupkan lampu kenderaan pada waktu malam, dan memandu dengan laju. Hadirin yang saya hormati sekalian, Janganlah sesekali memberikan keizinan kepada anak-anak yang belum mempunyai lessen memandu untuk memandu atau menunggang kenderaan. Selain membahayakan diri, sikap tersebut turut membahayakan nyawa orang lain. Anakanak di bawah umur ini biasanya ghairah untuk menunjukkan kemahiran memandu. Inilah faktor utama terjadinya kemalangan daalm kalangan remaja. Untuk menjayakan perancangan yang saya katakana tadi, says menyeru kepada semua peduduk kampung agar memberikan kerjasama dengan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Sekian, terima kasih.
Dipetik daripada Modul Akses A Bahasa Malaysia Tahun 5

1. Siapakah yang berucap sempena Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kampung Dusun Tengah? A. Ketua Kampung B. Pengerusi majlis C. Tuan Guru Besar Sekolah

D. Ahli Jawatankuasa Keselamatan Kampung 2. Apakah matlamat utama kempen tersebut diadakan? A. Menjadikan jalan raya di kampung itu paling selamat B. Melatih semua pengguna jalan raya agar memandu dengan berhemah C. Mengenal pasti kesalahan yang dilakukan oleh penduduk kampung D. Melarang remaja memandu tanpa lessen 3. Bilakah kadar kemalangan didapati meningkat dengan mendadak pada setiap tahun? A. Pada waktu malam B. Ketika musim perayaan C. Semasa kesesakan lalu lintas D. Apabila remaja menunjukkan kemahiran memandu kepada kawan-kawan 4. Pilih pernyataan yang tidak benar berdasarkan petikan. A. Kempen tersebut turut mendapati sokongan daripada guru besar sekolah. B. Ibu bapa seharusnya melarang anak-anak memandu tanpa lesen C. AJKKK Kampung Dusun Tengah memberikan komitmen yang sangat baik. D. Penduduk Kampung Dusun Tengah kurang berminat dengan kempen tersebut. 5. Rangkai kata tamat tempoh dalam petikan bermaksud A. Habis masa B. Tarikh luput C. Waktu akhir D. Tidak berfungsi

You might also like