You are on page 1of 12

1.

0 PENGENALAN

Teori pertukaran sosial merupakan satu teori yang telah dikembangkan oleh
pakar psikologi John Thibaut dan Harlod Kelley (1959),ahli sosiologi seperti
George Homans (1961), Richard Emerson (1962), dan Peter Blau (1964).
Berdasarkan teori ini, kita memasuki dalam hubungan pertukaran dengan orang
lain kerana daripadanya kita dapat memperolehi sesuatu ganjaran Dengan kata
lain hubungan pertukaran dengan orang lain akan menghasilkan sesuatu
ganjaran.Bagi kita teori pertukaran sosial melihat antara perilaku dengan
lingkungan hubungan yang saling mempengaruhi (reciprocal). Pada
umumnya,hubungan sosial terdiri daripada masyarakat, maka kita dan
masyarakat lain di lihat mempunyai perilaku yang saling mempengaruhi dalam
hubungan tersebut,yang terdapat unsur ganjaran (reward), pengorbanan (cost)
dan keuntungan (profit).Ganjaran merupakan segala hal yang diperolehi melalui
adanya pengorbanan,manakala pengorbanan merupakan semua hal yang
dihindarkan, dan keuntungan adalah ganjaran dikurangi oleh pengorbanan.. Jadi
perilaku sosial terdiri atas pertukaran paling sedikit antara dua orang
berdasarkan perhitungan untung-rugi Misalnya, pola-pola perilaku di tempat
kerja, percintaan, perkahwinan,dan persahabatan.Teori pertukaran sosial
mencadangkan tabiat sosial itu adalah hasil satu proses pertukaran. Tujuan
pertukaran ini adalah bagi memaksimumkan faedah dan meminimumkan kos-
kos.Menurut teori ini, rakyat mempertimbangkan potensi faedah dan risiko bagi
perhubungan sosial. Apabila risiko-risiko itu lebih berat untuk memberi
ganjaran, rakyat akan menamatkan atau meninggalkan begitu sahaja
hubungan.Teori pertukaran sosial ini juga digunakan untuk menjelaskan
berbagai penelitian mengenai sikap dan perilaku dalam ekonomi (Theory of
Economic Behavior). Selain itu, teori ini juga digunakan dalam penelitian
komunikasi, misalnya dalam konteks komunikasi interpersonal, kelompok dan
organisasi. Di samping itu, teori pertukaran sosial, menjelaskan mengenai sikap
dalam ekonomi,ia juga menjelaskan mengenai hubungan dalam komunikasi.

1
2.0 TEORI PERTUKARAN GEORGE C. HOMANS

2.1 PERTUKARAN

George C. Homan terkenal dengan teori pertukaran sosial pada peringkat mikro iaitu
dalam konteks psikologi. Beliau percaya bahawa struktur manusia tidak berlaku
secara semulajadi atau di luar jangkaan pemikiran manusia seperti mesin. Sesuatu
yang berlaku itu merupakan perilaku ataupun tindakan manusia itu sendiri dimana ia
dipengaruhi tindakan serta pemikiran seseorang. Didalam struktur sosial yang sedia
ada, seseorang itu tidak dapat mengambarkan sesuatu kejadian itu dapat
mempengaruhi perilaku atau tindakan orang lain dari segi tindak balas dan
sebagainya. Jika pernyataan tersebut dikatakan oleh Homan terlalu bersifat struktur,
maka ia dapat mengambarkan ciri-ciri atau sifat bagi seluruh kaum fungsionalisme.
Misalnya Malinowski mengambarkan bahawa sesuatu benda yang berlaku itu bukan
hanya menghubungkan antara satu dengan yang lain, tetapi juga memerlukan
hubungan individu dengan anggota masyarakat tersebut. Selain itu, Homan juga
menyatakan bahawa sesuatu ganjaran itu datangnya daripada linkungan masyarakat
yang bersifat fungsionalisme iaitu masyarakat yang bersikap positif dalam memberi
sumbangan samada dalam bentuk kelestarian, integrasi dan juga teladan yang boleh
dijadikan panduan umum masyarakat. Disamping itu, Homan juga menyatakan
bahawa ada suatu hubungan yang positif di antara ganjaran atau sumbangan yang
diperolehi dengan pengekalan struktur masyarakat. Ini kerana sumbangan dan juga
ganjaran merupakan sebahagian daripada keperluan dalam mengekalkan
kesejahteraan masyarakat sejagat dimana ia penting untuk menilai perubahan
masyarakat.
Kebenaran yang bersifat sejagat digunakan dalam kehidupan seharian manusia
untuk tujuan tertentu, yang pada umumnya mereka tidak menyedari adanya perkaitan
antara sesuatu teori dengan penjelasannya. Homans berkeinginan untuk menyatakan
kebenaran tersebut didalam suatu rangkaian atau kedudukan teori dan mengujunya.
Hal ini mendorongnya bukan sahaja mengambarkan perilaku sosial yang bahkan juga
membuat suatu eksplanasi terhadapnya. Tindakan perilaku sosial yang dimaksudkan

2
oleh Homans adalah tindakan yang berkenaan dengan suatu kemahuan atau keinginan
yang mengakibatkan adanya suatu ganjaran dan hukuman dari orang lain. Dengan ini,
maka tindakan yang mengakibatkan adanya ganjaran dan hukuman yang disebabkan
oleh linkungan bukan manusia tidak dianggap sebagai suatu perilaku sosial.
Misalnya, seorang anak petani menanam gandum dan jagung dengan cara tertentu,
perilakunya atau tindakannya dianggap bersifat sosial sepanjang tindakannya itu
diorientasikan terhadap potensi ganjaran dan hukuman dari orang lain, contohnya
kepada ayahnya. Pada masa yang sama, tindakannya tidak dianggap bersifat sosial
jika seorang anak petani yang menanam jagung itu hanya di orientasikan semata-mata
untuk mendapatkan sumbangan ataupun ganjaran. Para syarat yang lebih jauh lagi
adalah jika seseorang bertindak dengan cara tertentu terhadap yang lain, maka
ganjaran dan hukuman itu harus datang dari pihak yang kedua dan bukannya dari
pihak yang ketiga, baik yang bersifat individual mahupun organisasi. Akhirnya
permasalahan yang utama menurut Homans adalah perilaku yang bersifat aktual, iaitu
interaksi antara manusia dan bukan antara norma-norma atau hukum-hukum yang
diterapkan di dalam keadaan atau kedudukan mereka. Ia juga menyatakan bahawa
perlakuannya terhadap norma-norma yang ada bukanlah bererti mengabaikan
kebenaran norma-norma tersebut tetapi ia menganggap bahawa norma-norma dan
hukum-hukum tersebut tidak mampu membuat ekplanasi. Oleh kerana individu yang
berinteraksi secara langsung dengan yang lain ia kenali sebagai perilaku yang
mendasar. Hal ini kerana ia lebih relatif dan lebih mudah untuk dijadikan suatu
penjelasan daripada alasan-alasan yang lain.

Menurut Homans, nilai-nilai seperti memahami perilaku sosial yang ditunjukkan


merupakan nilai yang bukannya semata-mata di tonjolkan dalam melakukan sesuatu
tindakan. Sesuatu tindakan yang bernilai yang dilakukan menyebabkan seseorang itu
akan menyebabkan seseorang itu mendapat ganjaran dan penghargaan terhadap
pekerjaan yang dilakukan. Misalnya, ketika pihak kedua menolong pihak pertama,
maka ini jelas mengambarkan nilai-nilai yang positif atau penghargaan, akan tetapi
sekiranya pihak kedua menolak untuk menolong dan melakukan pekerjaan untuk
dirinya sendiri, maka ini bererti ia telah menhilangkan ganjaran dari pihak pertama.

3
Sebaliknya jika dia menolong, maka ini bererti ia akan mendapat nilai dari
perbuatannya sendiri. Pada masa yang sama, jika ia bekerja untuk dirinya sendiri,
maka ia telah menghilangkan nilai-nilai seperti tolong-menolong apabila diperlukan.
Rumusan yang timbul dari pertukaran ini adalah keuntungan dan ganjaran yang
diperolehi daripada sumbangan nilai-nilai yang ditonjolkan dalam masyarakat.
Homans menyatakan bahawa keuntungan adalah sebagai suatu ganjaran yang
hasilnya daripada nilai-nilai yang dimiliki oleh seseorang individu. Beliau juga
mengatakan bahawa ”pertukaran tidak akan berlaku sekiranya kedua-dua belah pihak
tidak saling menguntungkan”. Disamping itu, beliau juga berpendapat bahawa, rahsia
yang terbuka dari pertukaran menusia adalah dengan melakukan perbuatan atau
perilaku yang baik kepada orang lain, dimana ia melebihi diri sendiri. Hal ini kerana
jika seseorang itu membuat perlakuan baik kepada seseorang, maka orang tersebut
akan mendapat balasan kebaikan yang berganda daripada apa yang telah dia lakukan.
Secara umumnya Homan mengambarkan bahawa pertukaran yang adil adalah
pertukaran yang saling mendapat keuntungan kedua belah pihak. Berdasarkan logikal,
manusia akan berhubungan antara satu sama lain, sekiranya hubungan tersebut
merupakan suatu hubungan yang adil dan jujur. Hubungan yang baik juga merupakan
suatu keadilan kerana jika hubungan yang terjalin itu tidak berlaku dengan adil maka
bahagian-bahagiannya akan berpecah-belah.Pada masa yang sama, Homans juga
menyatakan bahawa penggunaan teori ini tidaklah begitu tepat diaplikasikan dalam
dunia sosial yang luas, sebaliknya ketepatannya dapat dilihat atau diperhatikan dalam
dunia sosial mikro kerana ia lebih spesifik serta mudah diaplikasikan. Homans juga
manyatakan bahawa keadilan itu merupakan sesuatu yang bersifat relatif dan
subjektif. Nilai-nilai seperti ganjaran dan juga keuntungan merupakan nilai yang
sudah sebati dalam masyarakat seharian dimana setiap manusia akan sentiasa
membuat sesuatu perkara yang boleh mendapatkan ganjaran dan juga keuntungan.

4
2.2 KEADILAN

Menurut Homans, keadilan dalam setiap perilaku sosial boleh dicirikan oleh
peraturan yang mendasarkan bagi setiap individu dalam perhubungan pertukaran
untuk mendapat ganjaran yang bersifat lebih kepada nilai itu sendiri. Keadilan juga
berkait dengan rasa keadilan yang menurut hak dan hukum alam. Keadilan biasanya
ada, jika seseorang merasakan bahawa risiko antara hasil kemasukan berada dalam
keseimbangan, baik secara dalam perhubungan diri sendiri mahu pun perhubungan
dengan orang lain.

Dalam hal ini dapat ditunjukkan tentang kisah dalam kehidupan seharian. Dalam
satu team pemain bowling. Alec adalah salah seorang pemain yang menganggap
dirinya sebagai pemain bowling yang tebaik. Kebetulan ia menganggu yang lain,
termasuk Long Jhon, di mana ia merupakan seorang anggota yang paling dihormati,
dan sahabat Doc iaitu ketua team tersebut. Doc mengadakan suatu percubaan untuk
pemainnya, maka Alec tidak dapat mengetuai bola dengan cara yang baik. Bagi
Homans mengamati bahawa “bermain bowling yang baik memerlukan keyakinan”.
Kita lihat sedangkan Doc dan para sahabat telah mengetahui keadaan itu iaitu
keyakinan Alec telah terganggu akibat permasalahan yang sederhana,iaitu Alec
bersikap kurang baik terhadap anggota pemain maka demikian pula pertukaran yang
telah diperolehi oleh Alec iaitu kehilangan sokongan dari anggota pemain.Dengan
demikian, “keadaan mereka itu merupakan suatu tahap keadilan”.

Peraturan keadilan yang ingin di kemukakan oleh Homans di sini adalah bahawa
suatu nilai dari ganjaran yang diterima oleh seorang anggota dari kelompok tersebut
di dalam suatu siri haruslah profesional terhadap nilai aktiviti yang disumbangkan
kepada mereka pada siri yang lain. Jika Alec hanya menyumbangkan sedikit di dalam
satu bidang dan akan merosak sejumlah norma-norma anggotanya itu, maka
kelompok itu akan mengurangi ganjaran terhadap Alec. Mereka memberikan nilai-
nilai tersebut dari apa yang ia dapatkan seimbang dengan apa yang diberikan.

5
Keadilan di dalam kehidupan seharian merupakan permasalahan yang komplek dan
seseorang tidak akan dapat memulai untuk menghadapi kompleks tersebut dengan
menyamakan keadilan dengan bentuk apa sekali pun dari kelompok yang
menekankan adanya kesepakatan. Oleh itu, seseorang yang menjatuhkan cara
penilaian yang lebih objektif tentang bagaimana hubungan keadilan tersebut, dan
semata-mata bukan kriteria subjektif dari kelompok itu sendiri.

2.3 KEKUASAAN

Jika ada dua atau individu memasuki suatu hubungan pertukaran, dan salah seorang
di antara mereka mampu mengubah perilaku yang lain sesuai dengan keinginannya,
maka dapat dikatakan bahawa orang itu mempunyai kekuasaan yang melebihi orang
lain. Bagi Homans mengaitkan bahawa pihak pertama dan pihak kedua pada dasarnya
mendapatkan hal yang sama dari pertukaran diatas kesepakatan dan nasihat. Dalam
masa yang sama, dengan pelbagai alasan yang wujud, manakala nilai-nilai nasihat
dari pihak kedua itu telah mendorong, mugkin ia terlalu banyak menghabiskan masa
kerjanya sendiri. Pihak kedua sekarang mampu, apakah ia sedar atau tidak untuk
mendapat penghargaan yang lebih dari setiap nasihatnya. Pada umumnya, terdapat
perbezaan dalam kekuasaan iaitu bagi pihak yang kurang mendapat ganjaran maka ia
juga kurang mampu untuk mengubah orang lain jika dibandingkan dengan orang
yang mendapat ganjaran yang lebih.

Keadaan ini dapat dibuktikan melalui situasi di mana seorang yang mempunyai
kekuasaan yang melebihi dari beberapa orang lain, sekaligus mendapat keuntungan
yang besar dalam mempertahankan kekuasaannya di atas keseluruhan kelompok
tersebut. Bagi orang yang mempunyai kepentingan yang lebih itu selalunya akan
mengawal kelompok-kelompok tersebut, tetapi dengan pertukaran yang lain dan ia
harus mengurangkan kepentingan sendiri. Pertukaran seumpama ini akan
memberikan ganjaran kepada kelompok tersebut dan mereka akan bergabung
dengannya atas dasar untuk mendekati persamaan. Tetapi yang sebenarnya terjadi
pada masa ini adalah adanya pasangan hubungan baru yang telah ditetapkan. Sebagai
contohnya dari pertukaran ini adalah ada pada para pekerja yang cuba

6
mengorganisasikan diri mereka sendiri untuk memepertahankan dan mendorong
kepentingan mereka dalam menghadapi para majikan mereka itu sendiri.

Menurut Homans lagi, manakala keseimbangan praktis telah tercapai, maka


kekuasaan itu mulai menghilang dan hubungan pertukaran tersebut menjadi suatu
hubungan atas dasar persamaan. Pendapat ini sama dengan apa yang telah disanggah
dalam “Social Behavior” , di mana Homans menyakinkan sepanjang hubungan itu
berlangsung, maka hubungan itu adalah adil. Dalam konteks ini bererti ia bukan
hanya membahas tentang ketidakadilan tetapi ia juga membahas persamaan.

Dalam hal ini dapat dilihat apabila kekuasaan keatas pihak pertama kerana pihak
kedua mempunyai pengetahuan yang lebih berbanding dengan pihak pertama yang
sama sekali mempunyai kekurangan dari semua segi serta memerlukan bantuan
darinya. Homans menyatakan bahawa kekuasaan itu merupakan akibat dari suatu
perubahan situasi iaitu situasi di mana pihak kedua telah menerima penghargaan yang
setanding dengan nasihat yang telah diberikan. Perubahan macam ini biasa terjadi
kerana ada beberapa alasan, tetapi dalam keadaan ini perubahan itu terjadi akibat
daripada campur tangan pihak ketiga. Sebagaimana pihak pertama, pihak ketiga ini
juga relatif kerana tidak mempunyai kemahiran, oleh kerana itu ia juga menilai
bahawa nasihat tersebut lebih penting dari apa yang dimiliki untuk mambalasnya.
Pihak kedua sekarang menasihati dua orang dan nilainya semakin bertambah kerana
dia harus menambah waktunya untuk pihak pertama dan pihak ketiga serta dapat
mengurangkan waktu kerja sendiri. Walaupun pihak kedua ini telah mendapat
penghargaan yang lebih, namun nilai penghargaan itu telah mengurangkan kepuasan
pekerjaannya. Ini merupakan cara Homans untuk menjelaskan timbulnya suatu
kekuasaan iaitu dari perubahan keadaan tersebut, khususnya apabila pihak ketiga
masuk dengan automatiknya menambah keuntungan kepada pihak kedua.

7
3.0 TEORI PERTUKARAN DAN KEKUASAAN PETER BLAU

3.1 PERTUKARAN

Menurut ahli sosiologi dari Amerika iaitu Peter Blau.Beliau menempatkan dirinya
pada permasalahan yang bersumberkan proses sosial yang mengatur struktur
komuniti dan struktur sosial yang sangat kompleks, dari proses yang lebih meluas
pada aktiviti seharian hubungan antara individu dan hubungan peribadi antara
mereka.Berbeza dengan Homans,Blau lebih melihat pada peringkat dimensi
kekuasaan di dalam pertukaran sosial.Transaksi dan kekuasaan adalah akibat daripada
pertukaran yang membentuk tekanan sosial sehingga harus dipelajari daripada
dimensi pertukaran itu sendiri dan bukan hanya daripada sudut pandangan nilai dan
konteks normatif sehingga dapat membatasi atau menguat studi tersebut.Ketika
seseorang menggunakan kekuasaannya terhadap orang lain,maka segala bentuk
kepuasannya bererti ia telah menekan dan meminta wang daripada individu lain,iaitu
orang yang dibebani oleh kekuasaan tersebut.Hal ini tidak bererti bahawa hubungan
sosial tidak semestinya dalam permainan yang sama.Tetapi mungkin kekuasaaan itu
bermaksud setiap individu-individu dapat memperolehi keuntungan daripada
kumpulan mereka.Namun mereka tidak mungkin dapat memperolehi keuntungan
yang sama.Beberapa individu mungkin mendapatkan keuntungan yang melebihi jika
dibandingkan dengan individu yang lain,kerana potensi individu yang dapat
mengeluarkan wang yang lebih banyak berbanding dengan individu lain.Menurut
Blau juga, dengan adanya tarik-menarik di antara individu tersebut,maka akan
menyebabkan berlakunya proses pertukaran sosial.Dengan menggunakan paradigma
duaan yang ditemui dalam karya Homans,Blau tertarik dengan persoalan adanya
ketimpangan kekuasaan.Ketimpangan kekuasaan merupakan kateristik pertukaran

8
yang telah diuji oleh Homans.Selain itu,Blau lebih menekankan tentang perbezaan
berdasarkan dua jenis bentuk pertukaran,iaitu dunia mikro dan dunia makro yang
mengariskan bahawa ketidakseimbangan kekuasaan akan menyebabkan wujudnya
perbezaan pembahagian tugas.contohnya,jika pihak pertama membalas jasa pihak
kedua dan kemudian pihak kedua tidak memberikan bantuan sebagaimana yang ia
harapkan,maka pihak yang pertama mepunyai tiga alternatif”(1)ia akan menekan
pihak kedua untuk memberikan bantuannya,(2)ia akan mendapatkan bantuan itu
daripada sumber yang lain,(3)ia mungkin juga akan berusaha dengan menggunakan
berbagai cara tanpa meminta bantuan”.Jika ketiga alternatif itu tidak dapat
dilaksanakan,maka pihak pertama hanya mepunyai satu pilihan yang terakhir baginya
iaitu ia harus menyerahkan dirinya kepada orang lain supaya dapat memenuhi
keinginannya.

3.2 KEKUASAAN

Blau mengikuti Weber dalam mendefinisikan kekuasaan sebagai berikut,iaitu


kemungkinan seseorang individu yang ada dalam hubungan sosial akan berada pada
suatu kedudukan yang mampu melaksanakan kemahuannya walaupun terdapat
pertahanan daripada individu lain.Dengan kekuasaan seseorang dapat mewujudkan
dirinya di samping, individu lain yang bergantung untuk mendapatkan ganjaran
positif yang diberikan olehnya dan mereka takut apabila disingkirkan.contohnya yang
jelas dapat dilihat melalui kekuasaan majikan terhadap para pekerjanya.Dengan
adanya pergantungan mereka terhadap majikan dan takut menerima persepsi
kehilangan pekerjaan,maka mereka terpaksa mematuhi apa-apa perintah daripada
majikan.Selain itu,Blau juga menyatakan bahawa kekuasaan merupakan sumber yang
mungkin mengatur dan mengkoordinasikan aktiviti manusia.Tetapi kekuasaan itu
bukanlah merupakan sumber yang sederhana,kerana ia akan melibatkan
dominasi.Apabila adanya dominasi menyebabkan wujudnya konflik.Kepimpinan

9
merupakan suatu bentuk kekuasaan yang biasa mendapatkan legitimasi tetapi
mungkin tidak mendapat legitimasi.Apapun bentuk kekuasaan itu memerlukan
legitimasi.Kekuasaan pemimpin terletak pada sumbangan yang telah ia berikan
kepada kelompoknya,dimana akhirnya ia mampu mengikat anggotanya dan
menawarkan kepada mereka.Dengan tidak adanya sumbangan sumber
alternatif,kekuasaan pemimpin tidak dapat dilaksanakan,Kepatuhan dan penyerahan
memerlukan wang bagi mereka yang mematuhinya.Sekiranya mereka
mematuhi,kedudukannya yang berada dalam keputusan yang dibuat oleh kelompok
yang memerintah,dalam waktu yang masa mereka mematuhi juga pertimbangan
sumbangan nilai kelompok yang memerintah berbanding penyerahan
wangnya.Tuntutan kekuasaan itu di nilai dari sudut pandangan norma-norma
kejujuran sosial.Apabila pihak bawahan ini menggangap bahawa tuntutan dari pihak
penguasa sebanding dengan sumbangannya,maka sesuatu pihak akan menunjukkan
kesepakatannya.Apabila pihak bawahan itu menggangap bahawa tuntutan itu
berlebih-lebihan,maka pihak bawahan akan menunjukkan penentangan.Dengan
adanya kekuasaan yang mencukupi,maka pihak penguasa dapat menekan supaya
mereka patuh.Namun kesepakatan itu sendiri tidak dapat memaksa dengan kekuasaan
yang dimiliki oleh mereka.peningkatan kesepakatan ini memiliki kecederungan untuk
melegitimasikan kekuasaan dan hal ini jelas bahawa”efektiliti dan stabiliti
kepepimpinan”bergantung kepada dukungan sosial dari pihak bawahan.Konsep yang
memadai tentang kepimpinan haruslah diuji dengan suatu kenyataan bahawa manusia
itu bukan semata-mata tanpa ada rasa penghormatan kepadanya.Mereka mentaati
perintah-perintah pemimpin sebagai satu kewajipan.Kewajipan inilah yang akan
memperkuatkan seseorang pemimpin dalam mengorganisasikan aktiviti anggota
kelompok tersebut.dan hal ini melibatkan adanya perintah terhadap individu untuk
membuat sesuatu yang bukan demi kepentingan diri individu itu secara langsung.

10
4.0 KESIMPULAN

Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam bukunya, Blau meletakkan kekuasaan,


dominasi dan juga konflik sebagai suatu yang penting sebagai kajiannya. Hasil
konsepnya (kajian) tentang realiti sosial lebih bermanfaat jika dibandingkan dengan
Homans. Dengan mengabstrakkan hubungan kelompok-kelompok kecil dunia mikro
yang diambil dari konteks yang lebih luas, ini bermakna Homans telah mengabaikan
makna konteks kekuasaan dan dominasi yang lebih luas seperti pemerintahan
birokrasi dan juga sepertimana perlakuan orang yang berkuasa terhadap orang yang
dikuasai. Hal ini berbeza dengan Blau yang selalu menghubungkan tingkat mikro dan
makro mengambarkan bagaimana prinsip tersebut digunakan. Beliau juga
mengatakan bahawa pengawalan sumber atau jasa yang disumbangkan tidak
menpunyai alternatif yang lain kerana ia merupakan sumber kekuasaan. Jika pihak
kedua menpunyai kekuasaan seperti berikut dan pihak kedua menerimanya, maka
pihak pertama harus mematuhi kehendak pihak kedua. Parson atau Homans tidak
memberikan perhatian yang sistematik terhadap elemen ini, melainkan fakta-fakta
yang penting dimana ia memerlukan penjelasan yang kukuh.

Secara umumnya, Homans mengemukakan keadaan-keadaan yang berkaitan


dengan perilaku sosial dimana manusia banyak belajar membina nilai-nilai daripada
masyarakat. Hal ini mengambarkan bahawa perilaku sosial berdasarkan sesuatu
perbuatan ataupun nilai-nilai yang diperlakukan oleh individu itu sendiri. Pada masa

11
yang sama, sesuatu perlakuan atau perilaku yang subjek tidak dapat dinyatakan
hanya dalam terminologi tetapi ia boleh diaplikasikan dalam diri individu itu sendiri.
Sekiranya mereka memiliki sifat seperti tamak, meterial, ingin bersaing, maka mereka
bukan daripada golongan yang akan menerima hukuman psikologi, tetapi ia
merupakan hasil daripada usaha mereka sendiri samada ia hasil daripada sumber yang
baik atau sebaliknya. Nilai-nilai yang dibentuk dalam masyarakat dijadikan panduan
dan teladan dalam mendasari kehidupan seharian.

BIBLIOGRAFI

George Homans, Social Behavior: Its Elementary Forms (New York:Harcourt, Brace &
World, 1961)

Irwing M. Zeitlin; ,1973(Anshori, Juhanda,Terjemah) Memahami kembali sosiologi:


kritik terhadap teori sosiologi kontemporer;Indonesia,,Universitas Gadjah Mada(karya
asli diterbitkan 1973)

Peter M. Blau, Excahenge and Power in Social Life (Copyright 1964 by John Willey &
Sons. Inc

Diperoleh pada Mac 22,2009 daripada


www.gumilarcenter.com/Makalah/SocialExchangeTheory.pdf -

http//blogs,unpard.ac/rsdarwis/?pz4

12

You might also like