1.0 PENGENALAN
Pada era globalisasi ini, kita didedahkan dengan isu dunia iaitu pemanasan global
yang berlaku. Aktiviti-aktiviti manusia menghasilkan sebuah selimut yang besar untuk menutupi bumi kita. Selimut ini diperbuat daripada gas-gas yang dikenali sebagai gasrumah hijau yang bertindak untuk meningkatkan suhu di permukaan bumi. Dalam ertikata lain, gas-gas tersebut akan memanaskan permukaan bumi. Mengikut pendapat Hare.T (1992, 4), pemanasan global merupakan kenaikan suhu bumi yang disebabkan oleh peningkatan paras gas-gas seperti karbon dioksida, metana dan lain-lain gas yangdibebaskan di atmosfera
.Menurut Laporan Perubahan Cuaca antara KerajaanPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) merekodkan sejak tahun 1950-an suhudunia mula meningkat satu darjah celcius sedekad dan tahun 1998 dianggap tahun paling panas di dunia. Hal ini disebabkan oleh kesan pengeluaran karbon dioksida yangmeningkat di atmosfera dan dianggarkan 35 peratus lebih tinggi dalam tahun 2006 berbanding tahun 1990. Angka anggaran tersebut merupakan satu kadar pertumbuhanyang lebih cepat lagi daripada yang dijangka.Fenomena-fenomena yang berlaku kesan daripada pemanasan globalmenyumbangkan kepada perubahan iklim dunia. Aktiviti-aktiviti manusia merupakanfaktor-faktor utama yang mengubah cuaca dan iklim dunia. Bukti-bukti perubahan iklimdunia seperti perubahan kandungan gas pencemar yang boleh menyebabkan berlakunyakesan rumah hijau, perubahan suhu atmosfera dan suhu air lautan pada masa kini danmasa akan datang. Pemanasan global berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor-faktor tersebut mendatangkan kesan-kesan negatif kepada pengguna atau manusia dimuka bumu ini.. Oleh itu beberapa langkah perlu diambil segera bagi mengurangkankesan pemanasan global.
1
Pemanasan global merupakan satu indikasi atau tanda-tanda meningkatnya suhu permukaan baik di atas daratan, lautan, ataupun kombinasi keduanya secara menyeluruh.
2
Hare. T (1992, 4), berpendapat bahawa pemanasan global merupakan kenaikan suhu bumi yangdisebabkan oleh peningkatan paras gas-gas seperti karbon dioksida, metana dan lain-lain gas yangdibebaskan di atmosfera
Leave a Comment
m