Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Cintai Aku, Boleh? - Ilynn Nyra

Cintai Aku, Boleh? - Ilynn Nyra

Ratings: (0)|Views: 2,257 |Likes:
JOM LAYAN BAB 1 - BAB 10 NOVEL INI...SYOKKKNYEEEE.....
JOM LAYAN BAB 1 - BAB 10 NOVEL INI...SYOKKKNYEEEE.....

More info:

Published by: Penerbitan Kaki Novel on Feb 20, 2014
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/02/2014

pdf

text

original

 
Ilynn Nyra
1
“A 
KU
 ceraikan kau dengan talak tiga!” Nur Qaira Shafyna menapak sedikit ke belakang tanpa sedar. Hancur luluh  jantungnya mendengar kalimah yang keluar daripada mulut suaminya. Masih layakkah lelaki itu digelar suami ketika ini?“Aku ceraikan kau dengan talak tiga, aku ceraikan kau dengan talak tiga! Kau boleh berhambus dari hidup aku! Benci aku tengok muka kau, tahu!” tempelak Syed Ashraff Zafryl kuat apabila melihat wanita itu masih terpinga-pinga. Bergema bilik yang berhias cantik khusus untuk pengantin baru.“Abang, apa salah Qaira? Kenapa buat Qaira macam ni? Tolong, bang!” rayu Qaira tidak henti-henti di sisi Syed  Ashraff.
 Lace
 di kepala ditanggal dan diletakkan di sisinya. Tidak sampai setengah jam dia menjadi isteri kepada Syed  Ashraff Zafryl, dia terpaksa menerima gelaran janda. Gelaran  yang tidak pernah dia impikan. Gelaran yang tidak pernah
 
Bab
1
 
Cintai Aku, Boleh?
2
diidamkan oleh mana-mana wanita pun. Dia cuba menggapai tangan suaminya namun, dengan pantas Syed Ashraff menolaknya. Seakan-akan dia jijik dengan sentuhan Qaira.“Kau tak payah berabang-abang dengan aku. Gelilah telinga aku dengar. Kau tak dengar ke apa aku cakap tadi?  Aku dah muak tengok muka kau. Jangan kau nak berangan  jadi isteri akulah. Jadi orang gaji aku pun kau tak layak!” hina Syed Ashraff. Bahu Qaira ditolak kasar.“Dah kira baik hati aku lepaskan kau... ke kau nak aku seksa kau? Nak? Hei, kau kena cerai talak tiga. Jadi lepas ni, aku dengan kau dah tak
de
 kaitan. Keluarga kau mahupun abang kesayangan kau tak boleh nak suruh aku kahwin dengan kau balik.” Qaira menyeka air mata yang tidak henti-henti menuruni pipi mulusnya. Dia amat berharap agar semua ini hanya mimpi. Apabila dia bangun daripada tidur, semuanya akan baik-baik sahaja.Syed Ashraff menarik tubuh Qaira dengan kasar dan mengheretnya keluar dari pintu biliknya. Dengan kuat dia menolak tubuh gadis itu hingga terdorong ke lantai.“Berhambus! Aku tak makan air mata kau tu. Apa kata kau balik... kau tanya abang kesayangan kau tu. Sepatutnya kau marah dia, bukan aku. Kita ni dalam situasi  yang sama. Aku tak nak kahwin dengan kau dan kau pun tak nak kahwin dengan aku.
Unless
, kau memang dah lama tergila-gilakan aku. Aku buat semua ni untuk kebahagiaan kau. Sekarang kau
blah
dari hidup aku!” ucap Syed Ashraff lantang dengan senyum sinis terukir di bibirnya.Puas hati dia dapat
 menyahkan
 Qaira dari kehidupannya. Mudah sungguh percaturan hidupnya. Tiada sedikit pun belas kasihan di hatinya.
 
Ilynn Nyra
3
“Awak nak tahu satu perkara? Awak akan menyesal. Saya jamin hidup awak takkan bahagia. Takkan! Satu saat nanti awak akan rasa macam mana sakit yang saya rasa. Awak tunggu ajelah. Tak lama lagi pun...” ucap Qaira dengan muka  yang merah menahan marah dan sakit hati.
 Blah
lah!” Pekik Syed Ashraff. Qaira bangun. Dia terus keluar meredah sanak saudara ibu mentuanya yang masih belum pulang. Yang dia tahu, dia ingin pergi jauh dari sini. Jauh dan jauh….

Activity (2)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->