You are on page 1of 6

tip bergelar ibu bapa

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah anak. Ibu bapa merupakan guru kepada anak-anak dan ibu bapa jugala merupakan contoh kepada mereka. Setiap perwatakan ibu bapa akan diikuti oleh anak-anak. Tindakan dan tingkah laku yang baik akan memberikan gambaran kepada anak-anak untuk diikuti dan dicuba. Tapi bagaimana pula jika ibu bapa itu membawa sesuatu yang negatif dalam sahsiah kehidupan anak-anak. Sering kali kita mendengar berita semasa hal mengenai anak lari dari rumah, jenayah juvana yang mereka lakukan, kehidupan sosial yang hambar serta hancur dan pelbagai lagi yang sering kita salah kepada mereka. Sedarkah anda perbuatan-perbuatan mereka itu berpunca dari sikap dan persembahan yang kita lakukan didepan anak itu sendiri?

Sekecil-kecil perkara yang ibu bapa lakukan akan dijadikan panduan anak-anak. Dan sekecil-kecil kejahatan dan tindakan buruk itu juga mendorong anak-anak untuk mencuba yang lebih advance yang ibu bapa sendiri tidak sangka akan terjadi. Lalu kebiasannya ibu bapa akan menuding jari ke arah mereka, menyalahkan mereka. Tanpa ibu bapa itu sedari sendiri bahawa perbuatan anak-anak itu adalah berpunca dari mereka dan walaupun tanpa ibu bapa sedari kerana sebesar kesalahan anak itu berpunca dari sekecil perbuatan ibu bapa itu sendiri. Oleh itu anda perlulah sentiasa berhati-hati daripada setiap perbuatan dan percakapan anda. Ada beberapa perkara asas yang perlu anda ketahui dan perlu ditinggalkan demi keharmonian hidupa anak anda. Berikut adalah lima sikap yang teruk dan anda perlu tinggalkan untuk jadi seorang ibu bapa yang baik. Sikap pertama : Marah dan menjerit pada anak anda Memang sukar untuk tahan marah tetapi berbaloi untuk terus mencuba. Anda jangan terlalu kecewa atau rasa tertipu kerana apa yang telah terjadi, telah terjadi. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencari jalan penyelesaian dan ajar anak anda untuk maju kehadapan. Apabila anda marah, anda akan berfikir secara emosi. Berfikir secara emosi tidak akan memberi idea yang bagus untuk anda ikut. Jika anda berasa marah elakan berbual atau melakukan sesuatu dan cubalah untuk ke tempat yang tenang dan nyaman. Jika ada berada dalam keadaan bersendiri, perasaan marah anda tidak akan menular kepada orang lain yang berada dalam sekitar anda. Dan juga jika anda berada dalam keadaan bersendiri, anda akan lebih mudah untuk berfikir punca anda marah serta lebih mudah untuk memahami perasaan marah itu. Jika menggunakan akal fikiran, perasaan marah akan mudah dikawal. Oleh itu anda perlulah belajar menyesuaikan dan meredakan perasaan marah anda. Sikap kedua : tidak menghiraukan emosi dan kemahuan anak anda Semua manusia memunyai perasaan termasuklah anda dan anak anak anda. Anda perlu perhatikan emosi yang di tunjukkan oleh anak anda. Kadangkala dia ada masalah di sekolah dan mahu beritahu pada anda. Namun, dia tidak akan beritahu secara berhadapan. Sebaliknya, dia tunjukkan emosi marah dengan harapan anda akan bertanya kenapa. Jika anda tidak hiraukan emosi yang di tunjukkan oleh anak anda, anak anda mungkin akan melakukan sesuatu yang bodoh dan diluar jangka. Oleh itu berusahalah untuk memahami setiap emosi yang diluahkan anak anda walaupun secara tidak langsung kerana mereka adalah seperti buah yang masih mentah dan kurang memahami sesuatu keadaan yang berlaku berbanding anda sebagai seorang ibu bapa yang telah lama hidup di dunia. Walaupun apa yang dimaksudkannya itu kelakar atau nampak bodoh, berusahala untuk membantunnya kap ketiga : berleter Perkara yang paling di benci oleh ramai orang adalah di leteri oleh seseorang. Lebih baik menegur secara tegas sekali dari berleter. Berleter bukan sahaja akan merungsingkan pemikiran anda tetapi akan merungsingkan semua orang yang berada di sekeliling anda. Anda perlu kurangkan berleter dan beritahu perkara yang perlu sahaja. Kadang-kadang berleter adalah merupakan perasaan marah dan campuri dengan maki hamun. Dalam hal ini berleter sering membuatkan anak menjadi bingung dan benci dengan percakapan anda. Oleh itu, elakan berleter dan berubah menjadi seorang yang tegas, dengan tindakan yang ringkas tetapi padat. Sikap keempat : Menyumpah seranah anak anak dan membandingkan mereka

Ini merupakan tindakan yang sangat memalukan sebagai seorang ibu atau bapa. Jangan menyumpah anak anda dengan nama yang tidak baik seperti bodoh, bahalul dan sebagainya. Selain itu, anda jangan bandingkan anak anda sesame sendiri atau dengan anak orang lain. Membuat perbandingan akan menyebabkan anak anda berasa rendah diri dan hilang rasa sayang terhadap anda. Manusia amat tidak suka dibandingkan dan perbuatan ini akan juga boleh berubah kepada hasat dengki atau dendam. Jika anda perhatikan, sikap ini juga merupakan pendorong anak suka membuli orang lain, kerana mereka berasa megah dan riak akan keadaan mereka berbanding anak orang lain jauh lebih rendah dari mereka samada status taraf hidup atau kemampuan mereka. Ajarlah anak dengan adab sopan dan tatasusila yang baik, melalui perbualan yang lembut tanpa menyumpah seranah, anak anda akan dipandang elok oleh orang lain. Sikap kelima : Mungkir janji Jangan berjanji jika anda tidak mampu untuk menunaikannya. Kadangkala anda ingin menyedapkan hati anak anda dengan menabur janji manis terhadap mereka. Anda jangan lakukan perkara itu. Jika tidak mampu, anda katakan anda tidak mampu kepada mereka. Apabila anda mungkir janji, anak anda akan mula merajuk dan perangai mengada ngada dia akan bertambah tambah. Sikap ini juga membuatkan anak anda terikut-ikut dalam melakukan perkara lain yang melibatkan janji dengan orang lain. Sebagai contoh guru. Anak anda dengan mudah memungkiri janji dengan guru untuk menyiapkan kerja rumah walhal dia tidak melakukannya. Jika sikap ini dikuti anak, mereka tidak akan dapat menghargai erti sebuah janji dalam kehidupannya kerana dari awal lagi anda telah tunjukkan yang nilai janji itu tiada harganya kerana bagi mereka menganggap janji itu hanyalah omong kosong. Oleh itu jika anda tidak inginkan anak anda yang seorang pendusta atau pemungkir janji, anda sendiri haruslah tunjukkan janji anda kepadanya.

My metro

Kemahiran keibubapaan memang sangat penting dalam membentuk keluarga bahagia dan memperoleh anak yang mendengar kata. Sana sini orang memberikan panduan keibubapaan yang baik, malah ada beratus buku membincangkan perkara ini dengan terperinci. Namun, ramai ibu bapa terlepas pandang sikap mereka sendiri yang boleh memberi kesan buruk pada perkembangan psikologi dan perlakuan anak. Ramai juga ibu bapa yang berasakan mereka terlepas untuk menikmati saat anak membesar kerana kesibukan kerja dan perkara ini hanya disedari apabila anak meningkat remaja serta menunjukkan perlakuan yang memeningkan kepala. Sebenarnya tanpa sedar, anak banyak mewarisi sikap kita terutama perlakuan yang buruk. Sebelum ia terjadi, marilah kita sama-sama menilai semula sikap yang boleh memberi kesan negatif kepada perkembangan anak seperti: Memberi gelaran tidak baik kepada seseorang Anak sekarang bijak dan mereka boleh mengesan apabila mendengar sesuatu yang tidak sepatutnya diucapkan. Jika anda ada tabiat ini, berusahalah menghentikannya supaya anda tidak menjadi teladan buruk kepada anak.. Memberi gelaran sama ada kepada guru, ahli keluarga, jiran atau orang yang melewati di depan rumah anda adalah satu tabiat yang sangat hodoh. Oleh kerana kanak-kanak masih belum pandai membezakan antara baik dan buruk, dikhuatiri dia melakukannya ketika berada di khalayak ramai. Pada masa sama, elakkan juga memberi gelaran kurang manis kepada anak seperti hitam (kerana kulitnya gelap) atau cik mok (disebabkan badannya montel) seperti yang kerap dilakukan kebanyakan ibu bapa. Jangan beri anak gelaran negatif seperti penipu, bodoh, lembab, degil, lembik atau pembelot. Walaupun ada kalanya ia bertujuan untuk mengusik, ia memberi kesan buruk kepada psikologi anak. Panggilan seperti ini akan mengikis keyakinan diri mereka dan perkara ini boleh berlanjutan sehingga dewasa. Mereka akan membesar sebagai individu yang kurang yakin dan mempunyai tanggapan negatif pada diri sendiri. Panggilan negatif yang diulang berkali-kali lama-kelamaan akan meresap dalam fikiran anak dan dia percaya dirinya memang mempunyai sifat seperti nama gelaran itu. Kita boleh mengubah panggilan negatif ini kepada positif. Contohnya jika memang kulitnya agak gelap berbanding anak lain, panggillah dia si hitam manis, namun lebih baik jika perkataan yang menggambarkan warna kulitnya dipadamkan terus. Ciri fizikal seperti warna kulit dan bentuk badan hanyalah sifat luaran, apa yang penting ialah budi pekertinya. Jika si anak gemuk, ibu bapa perlu mengambil tanggungjawab untuk membantu menguruskan berat anak demi kesihatan dan keyakinan dirinya. Bercakap dengan nada suara yang tinggi atau suka menengking Sedarkah kita tabiat yang buruk itu lebih mudah dan cepat ditiru berbanding nilai murni? Anak akan menganggap bercakap dengan nada tinggi itu satu perkara normal dan melakukan perkara yang sama tidak kira di mana dia berada. Tidak memberikan perhatian kepada anak

Tidak mengendahkan anak secara fizikal atau emosi boleh memberi kesan negatif kepada anak anda. Tidak mengendahkan anak adalah antara penganiayaan yang paling biasa berlaku. Tidak memberi perhatian kepada keperluan anak membabitkan makanan, tempat tinggal, pendidikan, penjagaan kesihatan dan keselamatan akhirnya akan membuatkan anak berasa dipinggirkan dan rendah diri. Ia boleh meninggalkan parut psikologi yang berpanjangan. Mendera anak secara fizikal dan lisan Tanpa disedari kita melakukan penderaan lisan kepada anak-anak dengan mengherdik, mencemuh, memaki-hamun atau memanggilnya dengan nama yang memalukan. Kita tidak sedar kerosakan psikologi yang berlaku dalam fikiran anak kita. Akibatnya anak akan hilang keyakinan dan sentiasa berasa rendah diri. Memang tidak salah kita menghukum anak jika dia melakukan kesalahan, tetapi biarlah hukuman yang berpatutan, sesuai dengan jenis kesalahan dan umurnya. Ada banyak cara tidak menyakitkan boleh kita gunakan untuk menghukum anak supaya dia sedar. Kanak-kanak memerlukan sentuhan fizikal daripada ibu bapa seperti pelukan, ciuman dan tanda penghargaan yang lain. Jika anda marah menjerit-jerit, memanggilnya dengan nama gelaran, kerap mengatakan dia bodoh, tidak berguna, tidak bagus dan seumpamanya, lama-kelamaan anak akan percaya dia memang dilahirkan begitu. Setiap orang dicipta dengan kelebihan tersendiri. Carilah dan pupuk kelebihan itu supaya ia boleh menjadi ejen untuk meningkatkan keyakinan dan jati diri anak. Pilih kasih Kata orang tua-tua dulu, setandan pisang bukan semuanya sama baik. Sama juga dengan anak kita, masing-masing mempunyai karakter, kelebihan dan kekurangan masing-masing. Di sesetengah negara contohnya China dan India, budaya pilih kasih ini memang sangat ketara yang mana anak lelaki disayangi dan dihargai. Anak perempuan pula bukan saja kurang diberikan peluang pendidikan, bahkan mereka perlu bekerja untuk membantu keluarga menghantar anak lelaki ke sekolah. Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan berlakunya sikap pilih kasih, antaranya ialah pencapaian pelajaran, kerjaya, rupa paras dan peribadi anak itu sendiri. Malah rasa benci atau dendam kepada pasangan juga boleh menyebabkan seseorang bersikap pilih kasih pada anak. Sikap pilih kasih akan mencetuskan suasana kurang sihat dan membuatkan anak berasa kecil hati, tidak disayangi dan ada kemungkinan besar ia merapuhkan hubungan kekeluargaan akibat timbulnya rasa tidak puas hati. Ada sesetengah ibu bapa tidak sedar mereka bersikap pilih kasih tetapi ia amat jelas di mata anak-anak. Jika ada antara anak merungut mengatakan kita pilih kasih atau tidak adil, ambil berat rungutan mereka. Nilai semula tindakan kita dan berusahalah untuk memberi layanan sama rata kepada anak. Menggalakkan anak berkelakuan tidak elok dengan tidak menetapkan disiplin Ramai ibu bapa tidak berbuat apa-apa apabila anak menunjukkan perlakuan tidak elok dan lebih malang mereka marah apabila ada orang menegur tindakan si anak. Sebelum kita hendak menegur anak, perhatikan dulu tingkah laku kita. Kebarangkalian untuk anak mewarisi perwatakan kita amat tinggi kerana setiap hari dia melihat tingkah

laku anda yang sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran dan perlakuannya. Jika kita bercakap kasar, tentulah teguran supaya anak bercakap sopan tidak akan meninggalkan kesan di hatinya. Selain itu, jika berlaku perselisihan faham antara anda dan isteri, paling penting elakkan bertengkar di depan anak. Simpanlah sikit rasa malu pada anak-anak, jangan tunjukkan sikap buruk anda berdua di depan mereka. Pertengkaran tidak akan membawa kebaikan pada mana-mana pihak termasuk anak-anak. Tempias negatifnya turut terkena pada anak kerana anak yang kerap menyaksikan ibu bapa bertengkar akan berasa tertekan, sedih dan mungkin menganggap merekalah punca berlakunya keadaan berkenaan. Terlalu sibuk sehingga tiada masa melayan anak Ini juga antara tanda gaya keibubapaan yang buruk. Memang diakui ibu bapa kini sibuk bekerja bagi memberikan kehidupan yang lebih baik kepada anak. Bagaimanapun, perkara terpenting dalam perkembangan anak adalah kita ibu bapa bukan wang ringgit atau gajet elektronik yang mahal. Kesibukan sehingga tiada masa untuk diluangkan bersama anak bermakna kita mengabaikan anak sendiri. Luangkan masa untuk berbual, mengambil tahu apa yang berlaku pada anak ketika di sekolah, siapa kawan-kawannya, meneliti dan membantu dia menyiapkan tugasan sekolah serta terbabit dalam aktivitinya adalah antara cara untuk mendekati hati si kecil. Jika duduk menemaninya, tetapi kita sibuk melayan laman sosial atau telefon bimbit, pun tiada gunanya. Keasyikan kita melayan laman sosial atau telefon bimbit memberi gambaran tidak baik kepada anak kerana ia menunjukkan teman di laman sosial itu lebih penting berbanding dirinya yang ada di sisi kita. Tidak rajin melayan pertanyaan anak Ketika anak mula belajar bercakap, kita sibuk memperkenalkannya dengan banyak perkataan namun apabila dia sudah petah, kita pula malas hendak melayan pertanyaannya. Lebih buruk jika pertanyaannya kita jawab dengan satu atau dua patah perkataan saja seperti Entah, Ibu tidak tahu, Jangan bisinglah atau ayat lain yang membantutkan sikap ingin tahunya. Jangan kecewa atau marah apabila anak remaja memberikan jawap an yang pendek juga seperti baik, okay, tidak tahu, biasa saja apabila kita bertanya perjalanan harinya. Mereka belajar daripada kita. Kita yang mengajarnya untuk menjawab begitu. Jika kita tidak tahu jawapan kepada pertanyaannya, kita boleh kata Ibu tidak tahu, nanti ibu cari jawapannya dan tunaikan janji ini secepat mungkin. Mengamalkan corak pemerintahan kuku besi Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak dan berasakan kita berhak membuat semua keputusan. Walaupun kita lebih dulu makan garam, tidak semestinya semua keputusan yang kita ambil itu betul. Ketahuilah anak juga mempunyai minat, cita rasa dan pendapat sendiri sesuai dengan zamannya. Dengar pendapat anak dan beri cadangan untuk mendapat keputusan yang lebih baik. Dengan cara ini anak akan berasa dirinya penting dan dihargai. Memanjakan anak dengan wang atau barangan berjenama

Anak yang dimanjakan dengan wang dan barang berjenama akan bersikap individualistik dan materialistik (mementingkan kebendaan). Ia akhirnya boleh membuahkan sikap suka menunjuk-nunjuk dan kurang prihatin kepada kawan yang kurang berkemampuan. Sikap ini perlu dibendung lebih-lebih lagi jika dia anak tunggal. Pupuk sikap pemurah dengan menggalakkan dia bersedekah sejak kecil. Jadikan bersedekah itu amalan keluarga supaya sikap yang baik ini akan terus subur dalam jiwa anak. Jika kita sendiri kedekut, tidak mustahil anak juga akan bersikap kedekut. Ketahuilah, bersedekah tidak menjadikan kita miskin atau susah sebaliknya ia akan membuatkan rezeki kita lebih berkat dan bertambah. Pada masa sama, kita dapat menggembirakan orang lain.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/27

http://www.fppsm.utm.my/download/doc_view/479-pelajar-melanggar-disiplin-sekolah-kaitaninteraksi-keluarga-terhadap-konsep-kendiri.html http://ddms.usim.edu.my/bitstream/handle/123456789/2729/Peranan%20Ibu%20Bapa%20Dalam%20 Menangani%20Masalah%20Sosial%20Remaja.pdf

You might also like