You are on page 1of 6

Robert Mills Gagne lahir 21 Ogos 1916, di North Andover, Massachusetts.

Beliau meraih ijazah pertama dari Yale University tahun 1937 dan Ph.D. dari Brown University pada tahun 1940. Dia adalah seorang profesor psikologi dan psikologi pendidikan di Connecticut College (Girl)(1940-1949), Pennsylvania State University (1945-1946), Princeton (1958-1962), dan University of California di Berkeley (1966-1969) dan seorang profesor di Jabatan Pendidikan Penyelidikan di Florida State University di Tallahassee mulai tahun 1969. Gagne juga berkhidmat sebagai pengarah penyelidik untuk Tentera Udara (1949-1958) di Lackland, Texas, dan Lowry, Colorado. Dia bekerja sebagai perunding untuk Jabatan Pertahanan (1958-1961) dan di Pendidikan Dinas Amerika Syarikat (19641966). Selain itu, ia menjawat sebagai pengarah penyelidikan di American Institute of Research di Pittsburgh (1962-1965). Pekerjaan Gagne mempunyai pengaruh besar dalam pendidikan latihan ketenteraan Amerika Syarikat dan industri. Gagne dan Briggs LJ termasuk di antara para perintis awal konsep desain sistem pembelajaran yang menunjukkan bahawa semua bahagian dari suatu pelajaran atau suatu tempoh arahan boleh dianalisis dan bahawa semua bahagian boleh direka untuk beroperasi bersama sebagai rancangan bersepadu untuk arahan.Dalam sebuah rencana yang signifikan bertajuk "Pendidikan Teknologi dan Proses Belajar" (Pendidikan Peneliti, 1974), Arahan Gagne ditakrifkan sebagai "Rangkaian kegiatan yang dirancang luaran yang mempengaruhi proses belajar dan dengan demikian meningkatkan pembelajaran."

Teori Pembelajaran Gagne


Gagne telah mengenal pasti lapan peringkat pembelajaran. Setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar telah menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih awal.Peringkat-peringkat ini ditunjukkan dalam rajah dibawah :

Peringkat-peringkat Gagne adalah seperti berikut: (a)Pembelajaran Isyarat Seseorang individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Contohnya, apabilaseseorang menguap, kita dapat isyarat dia mengantuk. Apabila ayah pulang ke rumahdengan wajah masam atau muram, anak-anaknya dapat isyarat ayah mereka tidak sukadiganggu. Pembelajaran berlaku melalui pelaziman tingkah laku. Contohnya, apabila guru masuk ke bilik darjah, semua murid akan berdiri dan memberi ucapan, Selamatsejahtera, cikgu!. Dalam hal ini, murid -murid telah dilazimkan dengan tingkah laku tersebut.

b)Pembelajaran Gerak Balas Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengan gerak balas. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya gerak balas yang positif dapat dikekalkan. Contohnya, Ali menunjukkan kerja sekolah yang dia dapat 80%. Ibunya memberi pujian, Bagus, Ali pandai !. Ali akan mengulang tingkah laku itu lagi (membuat kerja sekolah dengan baik) untuk mendapat pujian daripada ibunya.

(c)Pembelajaran Rangkaian Motor Pembelajaran rangkaian motor digunakan dalam pembelajaran kemahiran sepertipermainan, muzik, elektronik, mekanikal dan lain-lain. Rangkaian merupakan satu siritingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan.

d)Pembelajaran Pertalian Bahasa Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran bahasa untukmengaitkan fakta, data dan konsep. Pertalian bahasa merupakan satu rangkaianberbahasa. Ia memerlukan kemahiran berbahasa yang telah dipelajari dahulu.

(e)Pembelajaran Diskriminasi Belajar membezakan benda-benda yang dipelajari mengikut ciri-ciri tertentu, untukmemudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan. Pada masa yangsama, pelajar dapat membezakan rangsangan atau maklumat penting berbandingmaklumat tidak penting dan memberi gerak balas berlainan untuk rangsangan yangberlainan. Pembelajaran diskriminasi adalah sangat penting dalam proses pembelajaran.Pelajar dapat menapis maklumat penting daripada maklumat tidak penting dan inimemudahkan proses pengkodan maklumat untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang.

(f)Pembelajaran Konsep Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi, iaitumengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat. Pelajar dapat membentukkonsepyang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang danperistiwa. Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh yang jelas supayadia dapat membentuk konsep yang betul dan tepat.

(g)Pembelajaran Hukum Pembelajaran ini melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalamsesuatu urutan atau rangkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsipdan generalisasi.

h)Pembelajaran Penyelesaian Masalah Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep danhukum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Terdapat beberapalangkah dalam penyelesaian masalah, iaitu mengenal masalah, mencari maklumat,membuat hipotesis, membuat pilihan, membuat rumusan.

Gagne (1974,1977) dan Gagne dan Biggs (1979) telah mengemukakan satu model pembelajaran langsung yang berasaskan model teori pemprosesan maklumat dimana lapan frasa pengajaran disesuaikan dengan lapan fasa pembelajaran (Slavin 1997). Fasa-fasa pembelajaran dan pengajaran tersebut ditunjukkan dalam rajah dibawah:

Penggunaan Prinsip Pembelajaran dan Pengajaran Gagne Prinsip pembelajaran dan pengajaran Gagne boleh digunakan dalam memberikan perhatian kepada dua perkara berikut: pengajaran dengan

Teori pembelajaran Gagne menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripadayang mudah (peringkat asas) kepada yang rumit. Sebelum guru mengajar sesuatukemahiran yang lebih tinggi, guru mesti memastikan pelajar telah menguasai kemahiranasas yang perlu untuk pelajaran baru. Supaya pembelajaran menjadi berkesan, Gagne mencadangkan agar guru merancangpengajaran yang meliputi langkah-langkah yang dicadangkannya, iaitu meliputi 8 fasapengajaran yang berinteraksi dengan 8 fasa pembelajaran.

IMPLIKASI TEORI KOGNITIF DLM P&P Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran sangat dipengaruhi oleh teori pembelajaran kognitif. Hal ini jelas membuktikan teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori ini menekankan proses kognitif untuk menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, teori ini juga menekankan faktor pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi. Teori pembelajaran kognitif ini menegaskan bahawa pengalaman sedia ada murid-murid akan banyak membantu mereka dalam menyelesaikan masalah. Dengan wujudnya teori pembelajaran kognitif ini ia sekali gus memberikan implikasi-implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak atau pun murid-murid. Implikasi teori pembelajaran kognitif yang pertama kepada proses pembelajaranmurid-murid iaiah merangsang ingatan kanak-kanak semula. Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada menggunakan pengalaman yang sedia bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran kognitif dapatmerangsang ingatan kanak-kanak semula. Contohnya, ketika kanak-kanak tersebut beradadi alam persekolahan mereka akan melalui pembelajaran yang memerlukan pengalamanatau pun pengetahuan yang sedia ada. Seperti kemahiran 3M iaitu membaca, menulis danmengira. Dengan pengetahuan ada ketika di prasekolah dahulu, tentu situasi ini tidakakan menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut. Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam proses pengajarandan pembelajaran murid-murid iaiah membantu murid-murid mengingat semula. Olehkerana pembelajaran kognitif ini menekankan kepada perubahan-perubahan yang berlakudalam cara manusia berfikir dari peringkat bayi sehingga ia dewasa. Jean Piagetmemandang kanak-kanak sebagai pelajar yang aktifyang berkelakuan seperti saintismuda dan akan memperkembangkan teori mereka masing-masing. Dalam bilik darjah,murid-murid akan belajar sesuatu mengikut tahap atau pun tingkat umur mereka. Selain itu, ia juga bergantung kepada bagaimana kanak-kanak tersebut memperolehipengetahuan mereka. Contohnya, kanak-kanak tadika memperolehi pengetahuan melaluipersepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Dengan itu, apabila kanak-kanaktersebut melalui zaman persekolahan ia akan membantu murid-murid semula tentang apayang mereka telah pelajari selama ini terutama sekali pengetahuan yang mereka milikiketika di prasekolah. Di samping itu, implikasi pembelajaran kognitif yang lain iaiah isi-isi pelajaranhendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Mengikut pendapatJean Piaget dalam teori pembelajaran kognitif, beliau telah mengelaskan kepada empattahap perkembangan kognitif Piaget iaitu sensori motor( sejak lahir hingga 2 tahun),praoperasi( 2 hingga 7 tahun), operasi konkrit( 7 hingga 11 tahun) dan operasi formal( 11tahun hingga remaja). Oleh yang demikian, isi pelajaran yang di sampaikan dalam prosespengajaran dan pembelajaran mestilah mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak.Hal ini demikian kerana, pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak berbeza mengikutumur atau pun tahap masing-masing. Di sini, guru haruslah menyampaikan danmenyusun isi-isi pelajaran mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Contohnya,di prasekolah ia lebih kepada bermain sambil belajar serta cenderung kepadapengetahuan asas tentang kemahiran 3M dengan itu guru hendaklah mengajar murid-murid tersebut mengikut peringkat perkembangan mereka dan bukannya mengajarmereka dengan menggunakan sukatan pelajaran sekolah rendah.

PRINSIP TEORI KOGNITIF Menurut Eggen dan Kauchak, antara prinsip-prinsip teori pembelajaran kognitif ialah otak manusia memainkan peranan yang aktif untuk memahami persekitaran. Ini bermakna setiap tindakbalas terhadap persekitaran bergantung kepada individu tersebut bagaimana untuk menyelesaikannya. Setiap ransangan yang diterima oleh otak akan mengalami pemprosesan maklumat. Selain iu, pengalaman individu membantu pembelajaran dan perkembangan mental merupakan salah satu prinsip kognitif. Ini bermakna, pengalaman individu yang lebih akan memberi kesan positif dalam pembelajaran dan perkembangan.

Selain itu juga, teori kognitf meletakkan pelajar sebagai Pembina pengetahuan, bukan sekadar merekod apa yang mereka peroleh. Ini bermakna, teori pembelajaran ini lebih berpusatkan pelajar. Pengetahuan yang dibina bergantung pada pengetahuan sedia ada pelajar juga adalah prinsip teori pembelajaran kognitif. Menurut Ausubel, pembelajaran bergantung pada penegtahuan asas sama ada dalam bentuk pengetahuan sedia ada ataupun persembahan maklumat umum ataupun gabungan kedua-duanya. Selain itu antara prinsip teori pembelajaran kognitif ialah pembelajran meningkat dalam persekitaran social yang sesuai. Ini termasuk dengan bahan bantu mengajar dan bagaimana seorang guru menyampaikan ilmu kepada pelajar. Jika persekiatan social yang baik, maka proses pembelajaran akan bertambah baik. Selain itu juga, pembelajaran memerlukan latihan dan maklum balas. Ini bermakna pembelajaran dua hala amat penting bagi membantu pembelajaran tersebut.

SEJARAH TEORI KOGNITIF Takrifan kognitif dapat dilihat dengan jelas dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga m/s 691 yang menerangkan kognitif adalah segala perkara yang berkaitan dengan kognisi seperti proses pembelajaran , pemahaman dan pemerolehan pengetahuan . proses ini boleh dianggap sebagai satu prosess atau fenomena yang tidak boleh dilihat secara langsung. Proses kognitif menekankan pada proses di sebalik tingkah laku yang ditunjukkan. Dengan perkataan lain proses ini lebih memberi fokus kepada proses mental dalaman. Maklumat yang diterima akan diproses melalui beberapa peringkat. Peringkat tersebut adalah pemilihan, perbandingan dan penyatuan dengan maklumat lain yang sedia ada dalam ingatan. Setelah itu, penyatuan maklumat yang terjadi akan diubah dan disusun semula. Hasil pemikiran bergantung pada proses mental dalaman tersebut. Ahli-ahli psikologi kognitif menekankan bahawa kita bukanlah penerima rangsangan-rangsangan yang pasif. Sebaliknya otak kita akan memproses secara aktif maklumat yang diterima dan menukarkan maklumat kepada bentuk atau kategori baru .Secara ringkasnya,teori ini menerangkan pembelajaran sebagai proses yang melibatkan pemerolehan dan penyusunan semula struktur kognitif kepada bentuk yang bermakna dan mudah diingat oleh pelajar. Bermula dengan teori perkembangan kognitif Piaget (1926 dalam Good & Brophy, 1990) teori ini menerangkan bahawa skema (the internal knowledge structure) berkembang apabila kanak-kanak berinteraksi dengan persekitarannya dan skema itu sentiasa berkembang dan berubah kerana menyerap dan menyimpan maklumat baru. Gagne (1985) pula menerangkan terdapat tiga peringkat pemprosesan maklumat, iaitu daftar deria (sensory register) dalam ingatan aktif (working memory, WM), ingatan jangka pendek (short-term memory, STM) dan ingatan jangka panjang (long-term memory, LTM). Maklumat baru yang dipelajari akan didaftarkan dalam WM dan jika diperlukan buat sementara waktu, ia akan disimpan dalam STM. Selepas digunakan beberapa kali, maklumat ini menjadi kekal dan disimpan dalam LTM untuk tempoh masa yang lama. Apabila maklumat ini perlu diingat kembali, ia akan diaktifkan semula dan dibawa ke WM untuk digunakan. Menurut Gagne, maklumat dalam minda sentiasa diproses dan diadaptasikan apabila maklumat baru diterima dan proses ini dinamakan proses pembelajaran. Ausubel (1978) menyokong teori pembelajaran ini melalui kajiannya yang mendapati bahawa jika pembelajaran itu memberi kesan kepada pelajar, maka ia akan lebih mudah dipelajari, diingat dan dihubungkaitkan dengan skema sedia ada, serta lebih kekal dalam ingatan. Bidang kajian ini dinamakan Sains Kognitif. Sebagai kesimpulannya,bagi melahirkan seorang individu yang aktif pemikirannya, seseorang perlulah memaksimumkan penggunaan minda mereka. Kita perlulah menggunakan sebaik mungkin anugerah kurniaan tuhan yang tak ternilai ini. Kita seharusnya menggunakan nikmat ini untuk membezakan antara yang hak dan batil. Selain itu, kita juga seharusnya dapat bertindak balas degan sewajarnya apabila menerima sesuatu maklumat dengan menjanakan pemikiran yang aktif.

Tokoh Robert Gagne juga telah mengemukakan teori beliau dalan bidang kognitif iaitu teori mengenai bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teori beliau, rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria manusia dan seterusnya ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang. Akhirnya, ia akan dihantar kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Mengikut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku. Berdasarkan kepada teorinya, Gagne kemudian mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam proses pembelajaran. Fasa motivasi. Ia adalah fasa pertama dalam proses pembelajaran. Kita belajar kerana didorong oleh motivasi tertentu. Motivasi memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran di sekolah, guru boleh menggunakan motivasi untuk menimbukan motif murid supaya berusaha belajar. Jadi, tanpa motivasi, proses pembelajaran tidak akan menjadi bermakna dan berkesan. Fasa Tanggapan melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan rangsangan yang tepat dan relevan. Dalam fasa ini, murid-murid akan menumpukan perhatian terhadap rangsangan yang dimotivasikan, dan memilih serta membezakan rangsangan-rangsangan melalui organ derianya. Semasa dalam pengajaran di sekolah, murid dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru dan menolak gangguan yang lain seperti bunyi perbualan daripada rakan-rakan sekelas. Dalam Fasa Penyimpanan, apabila seseorang kanak-kanak berjaya memilih rangsangan yang relevan dan mempersepsikannya dengan tepat, maka rangsangan itu akan dibawa oleh sistem saraf ke dalam stor ingatan jangka pendek. Seterusnya ialah Fasa Penahan. Selepas rangsangan yang dipilih dikodkan dalam ingatan jangka pendek, ia akan disalur dan disimpan dalam dalam stor ingatan jangka panjang dan ditransformasi menjadi sistem yang lebih mudah dan kekal dalam ingatan. Fasa Mengingati Kembali merupakan tindakan mencari maklumat yang telah simpan dalam stor jangka panjang. Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan luaran ataupun melalui motif dalaman. Dalam proses pembelajaran, murid-murid akan berusaha mengingati kembali apa yang telah dipelajarinya supaya menjawab soalan guru. Fasa Generalisasi pula merujuk kepada fasa pemindahan pembelajaran atau fasa aplikasi, di mana seseorang individu boleh mengingati kembali maklumat dalam stor ingatan panjang dan menggunakannya untuk situasi yang serupa atau sama. Asa Prestasi pula dikenali sebagai fasa perlakuan. Gagne mengatakan bahawa fasa ini boleh diperlihat dan diukur daripada perubahan tingkah laku seseorang dalam proses pembelajaran. Dan akhir sekali ialah Fasa Maklum Balas. Fasa ini berlaku selepas seseorang individu telah bertindak balas dengan prestasi atau perubahan tingkah laku yang tepat. Dalam proses pengajaran, guru haruslah sering memberikan pujian kepada murid yang memberi jawapan yang tepat. Ini boleh membentuk peneguhan positif dalam diri mereka dan meningkatkan prestasi mereka pada masa hadapan.

You might also like