You are on page 1of 4

REFLEKSI INDIVIDU PJM 3112

RAMIZAH BT RAMLI PISMP SAINS/ PJ/ SVK SEM 5 LAWATAN ILMIAH PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN (PJM 3112) Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya,saya dan rakanrakan dapat menjalankan lawatan ilmiah selaras dengan keperluan silibus untuk PJM 3112 pada semester ini. Pada semester kali ini, kami telah menjalankan lawatan ke sebelah negeri utara, Perak Darul Ridzuan. Ini merupakan kali pertama kami menjalankan lawatan ke sebelah utara Malaysia kerana sebelum ini lawatan kami hanya tertumpu di sebelah bahagian timur dan selatan sahaja. Lawatan kami mengambil masa selama 3 hari dua malam. Kami mendapat tempat penginapan di Institut Pendidikan Ipoh selama kami berada di sana. Pengalaman yang di peroleh sebenarnya banyak dan menjadi guru yang bernilai untuk kami bawa ke masa hadapan. Perjalanan kami bermula pada jam 8 pagi menaiki bas institut seramai 39 orang. Hanya seorang pelajar dari kelas PJ tidak dapat mengikuti lawatan ini keraan mengalamai kecederaan pada kaki dan perlu bertongkat. Sepanjang perjalanan ke Perak kami perlu melalui jalan Grik yang berbelit seperti ular kena patuk. Salah seorang dari ahli kami muntah kerana tidka tahan dengan keadaan jalan yang sebegitu. Pada saya, itu merupakan pengalaman yang berharga yang dilalui olehnya. Kami sampai di IPG Ipoh pada sekitar jam 6 petang. Kemudian, kami diberi bilik seramai dua orang sebilik. Apa yang menarik, saya suka akan pengurusan penginapan sebegitu yang menyediakan kemudahan selimut dan juga bangunan yang selesa kepada kami sebagai tetamu. Layanan yang diberikan juga baik dan membuatkan saya selesa. Pada hari pertama untuk lawatan pertama, kami telah bergerak ke Kompleks Sukan TLDM yang terletak di Lumut. Perjalanan kami mengambil masa selama dua jam dari Ipoh ke Lumut. Di sini, saya ingin kongsikan bahawa Pusat TLDM itu saya andaikan seperti menjejakkan langakh ke suatu Bandar yang lain. Suatu Bandar yang lengkap dengan kemudahan seperti, stadium, sekolah dan juga tempat membeli belah.

REFLEKSI INDIVIDU PJM 3112


Kemudahan yang disediakan begitu lengkap dan ini memudahkan para pekerja yang berada di TLDM untuk menguruskan keperluan harian tanpa perlu bersusah payah. Sepanjang kami berada disana, kami dibawa ke Dewan Galeri, ke tempat penerbangan NAVY dan juga ke tempat perkapalan. Semasa berada di Dewan Galeri, kami didedahkan dengan nama-nama ketua yang pernah menganggotai TLDM dari tahun 80-an sehingga kini. Galeri itu turut menempatkan sejarah hidup dan biodata kesemua ketua-ketua TLDM. Ke semua mereka merupakan insan yang cemerlang dan banyak menggondol anugarah sepanjang berada dalam TLDM. Kemudian, saya membeli cenderahati di galeri tersebut sebagi tanda kenang-kenangan. Kemudian, kami bergerak ke lapangan kapal terbang TLDM. Apa yang menariknya, ini merupakan pertama kali saya menjejakkan kaki dan melihat secara jelas kapal terbang yang sebelum ini hanya dapat melihatnya didalam televisyen sahaja. Setibanya disana, kami diperkenalkan dengan dua jenis kapal terbang iaitu kapal terbang perang dan kapal terbang untuk aktiviti mengiring pihakpihak tertentu. Fungsi fungsi tertentu ini membezakan antara keadaan atau rupa fizikal badan kapal terbang itu sendiri. Banyak input yang menarik yang saya tidak ketahui. Kemudian, kami bergerak ke bahagian perkapalan TLDM. Di sini, kami dapat mengelilingi sekitar kapal TDLM yang julung kalinya saya naiki. Kami dibawa melawat sekitar kapal dan diberi pengetahuan bagaimana kapal ini bergerak dan peranan setiap ahli kapal dalam kapal bertugas. Pengorbanan mereka dalam mempertahankan Negara begitu tinggi dan kita perlu menghargai mereka. Setelah penat melawat sekitar TLDM, kami bergerak pula ke Outward Bound Malaysia (OBM) yang merupakan pertama kali saya dengar. OBM merupakan badan pesendirian yang menagjurkan aktiviti aktiviti yang outdoor kepada sesiapa yang berminat terutamanya yang mahu menganjurkan program self-builder dan team-builder. Aktiviti yang disediakan begitu menarik dan sesuai untuk semua peringkat umur terutamanya kepada belia-belia muda. Setelah mendengar taklimat dariapda pihak OBM, kami dibawa ke sekitar tempat tersebut dan melihat barang-barang yang disediakan untuk aktiviti outdoor seperti kayak, sampan dan sebagainya. Pada

REFLEKSI INDIVIDU PJM 3112


pandangan saya, aktiviti outdoor yang ingin dijalankan sesuai untuk diadakan disekitar laut kerana alatan yang disediakan lengkap dan cirri-ciri keselamatan amat dititikberatkan. Pendedahan ini sekurangnya saya mengetahui bahawa ada juga tempat yang dapat menyediakan dan membantu belia-belia untuk mengadakan aktiviti yang berfaedah dan menyihatkan. Hari kedua menjelma, sebelum ke Kompleks Belia dan Sukan negeri Perak, kami membuat sedikit diskusi bersama pejar dan pensyarah minor PJ dari IPG Ipoh. Pelbagai perkongsian yang dibaut terutamanaya dalam mengelolaan PJ dalam aspek pengurusan alatan mahupun lawatan. Perkongsian ini sedikit sebanyak dapat mendedahkan pelaksanaan mereka dan sebarang kekurangan dapat sama-sama memperbaiki. Layanan dan kemesraan mereke begitu menyenangkan kami. Sebelum bertolak pulang dari IPG tersebut, kami bergmabar sebagai tanda kenang-kenangan. Seterusnya, kami bergerak ke Kompleks Belia dan Sukan sebagai destinasi terakhir untuk lawatan ini. Kedatangan kami disambut dengan baik dan terdapat sedikit sesi taklimat untuk kami. Beberapa soalan telah dikemukakan terutamanya megenai pelaksanan dan pengurusan pihak mereka. Alhamdulillah, respon mereke begitu baik dan terakhirnya kami dibawa mengelilingi sekitar kompleks tersebut untuk melihat kemudahan yang disediakn untuk rakyat Perak menggunakan kompleks untuk aktiviti sukan. Antaranya ialah climbing wall, tempat untuk bersenam dan paling istimewa ialah gim untuk semua peringkat umur dan jantina. Kesimpulannya, kompleks merupakan antara tempat yang menyediakan kemudahan untuk rakyat melakukan aktiviti yang dapat menyihatkan badan. Pengalaman menagdakan lwatan ilmiah ini merupakan pengalaman yang bermakna dan berharga sebagai seorang bakal guru sukan. Rata-rata tempat yang dilawati sebenarnya dapat kita hubungkan untuk tujuan kecergasan dalam PJ. Semoga segala pengalaman dan ilmu yang diperoleh dapat diaplikasi untuk masa hadapan dengan sebaiiknya. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini. Sekian, terima kasih.

REFLEKSI INDIVIDU PJM 3112

You might also like